Anda di halaman 1dari 24

EDUP3073

Budaya Dan Pembelajaran

SOSIOBUDAYA & PERKEMBANGAN


SOSIOBUDAYA DALAM BILIK DARJAH
Pengertian Sosiobudaya
• Kamus Dewan Edisi Keempat : “Hubungan masyarakat dgn
budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain)

• Faktor sosiobudaya adalah adat, gaya hidup dan nilai-nilai yang


mencirikan masyarakat.

• Aspek kebudayaan termasuk konsep kecantikan, pendidikan,


bahasa, undang-undang dan politik, agama, organisasi sosial,
teknologi dan budaya material, nilai dan sikap.

• Faktor sosial termasuk kumpulan rujukan, keluarga, peranan dan


status dalam masyarakat, masa dan sumber yang ada”.
Teori Sistem Ekologi
Bronfenbenner
Teori Sistem Ekologi Bronfenbenner
Teori Sistem Ekologi Bronfenbenner
• Teori ekologi Bronfenbrenner terdiri atas lima sistem
lingkungan, diantaranya : Microsystem, Mesosystem,
Exosystem, Macrosystem dan Chronosystem.

• Teori Ekologi dari Urie Bronfenbrenner (1917-2005)


menunjukkan bagaimana orang atau persekitaran dalam
kehidupan seseorang individu dapat mempengaruhi
perkembangan mereka.
Teori Sistem Ekologi Bronfenbenner

Video
Mikrosistem(Microsystem)
Adik-
beradik

Ibu Mikrosistem
Rakan-
Bapa rakan

Jiran
1. Mikrosistem
• Mikrosistem adalah interaksi langsung dengan
orang- orang terdekatnya, seperti keluarga, rekan
sebaya dan sekolah. Mempengaruhi seseorang
individu secara langsung.

• Contohnya, ibu bapa mengajar saya menghormati


orang tua.
2. Mesosistem (Mesosystem)
• Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan
mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu
mikrosistem dapat mempengaruhi mikrosistem yang lain.

• Contohnya, guru dan ibu bapa menjalin hubungan yang


baik(menyokong satu sama lain) dan mementingkan pelajaran
murid bersama, ia akan membawa perkembangan yang positif
kepada murid, manakala jika hanya guru berusaha membantu
pelajaran muridnya dan ibu bapa tidak peduli pelajaran anaknya
serta tidak menyokong tindakan guru, hal ini akan menyebabkan
perkembangan negative kepada murid tersebut.
3. Ekosistem (Exosystem)

Ekosistem ialah pengalaman


dengan persekitaran yang tidak
melibatkan individu secara
langsung tetapi keputusan Ibu bapa bekerja sampai lewat
yang diambil dalam malam, mereka membawa
persekitaran tersebut memberi kerja balik ke rumah dan
kesan kepada invidu tersebut. terlupa menyertai aktiviti
Oleh itu pengalaman individu sekolah, mereka menghadapi
tersebut akan mempengaruhi stres yang berat. Hal tersebut
orang lain. memberi kesan kepada saya
berasa tidak dapat kasih
sayang yang cukup daripada
ibu bapa.
4. Makrosistem (Macrosystem)
• Sistem yang melibatkan budaya, yang memiliki cakupan
yang lebih luas, seperti ideologi negara, pemerintah,
tradisi, agama, peran etnis dimana siswa dan guru
tinggal, nilai-nilai dan kebiasaan masyarakat, dan faktor
sosial-ekonomi dalam perkembangan anak. (Memberi
kesan kepada sistem yang lain)
• Contohnya, tanggungjawab kaum lelaki lebih dominan
berbanding dengan kaum perempuan. Kaum wanita
kurang diberikan peluang pendidikan yang sewajarnya
kerana beranggapan tugas wanita hanya sekadar di
dapur dan membantu suami/kaum lelaki sahaja.
5. Kronosistem (Chronosystem)

• Perubahan keadaan dalam suatu masa.

• Merujuk kepada pola peristiwa dan transisi yang berlaku


dalam persekitaran individu di sepanjang hayatnya.

• Contohnya, apabila ibu bapa bercerai ,kanak mereka akan


berasa sedih dan hal ini memberi kesan yang negatif
kepada kanak tersebut selama tempoh yang panjang.
Teori Perkembangan
Sosiobudaya Lev Vygotsky
Teori Perkembangan Sosiobudaya
Lev Vygotsky
• Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori
gabungan antara kognitif dengan persekitaran sosial.

• Teorinya juga menyatakan bahawa perkembangan


kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak
dengan orang yang ada di sekitarnya yang menjadi alat
penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka
membina pandangan tentang sekeliling
Pandangan Vygotsky mengenai
konsep budaya sosial
• Teori Vygotsky menawarkan suatu potret
perkembangan manusia sebagai sesuatu yang
tidak terpisah dari kegiatan-kegiatan sosial dan
budaya.

• Ia juga menekankan bagaimana anak-anak


dibantu berkembang dengan bimbingan dari
orang-orang yang sudah berpengalaman di dalam
bidang-bidang tersebut.
Zon proximal Development (ZPD)
Zon proximal Development (ZPD)
• Kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan
oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan
bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa
atau rakan sebaya yang lebih mahir.

• Vygotsky percaya bahawa anak akan lebih


berkembang jauh jika berinteraksi dengan
orang lain.
SCAFFOLDING
• Bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses
pengajaran & pembelajaran melalui soalan dan interaksi yang
bersifat positif.

• Di awal-awal pembelajaran guru melakukan bimbingan


langsung kepada pelajar, semakin tinggi tahap kemampuan
pelajar, maka bimbingan yang diberikan akan semakin sedikit.

• Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari


kemahiran baharu, namun bimbingan yang diberi di kurangkan
sehingga pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran.
Peranan Guru Dalam Perkembangan
Sosiobudaya Di Bilik Darjah
• Guru perlu memberi layanan adil terhadap setiap murid.
• Guru haruslah mengenali latar belakang pelajar, taraf
sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,
kepercayaan dan agama akan membolehkan guru
memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar
mengikut keperluan individu.
• Guru mengambil perhatian yang sesuai bagi mebolehkan
setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk
pembelajaran yang berkesan
• Guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan
mengikut kemampuan pelajar.
• Guru haruslah mengelakkan unsur-unsur negatif dan
sensitive bagi mana-mana etnik.
Bagaimana Teori Bronfenbenner
dapat membantu guru?
Soalan Esei

Bagaimana Teori Bronfenbenner dapat


membantu guru?
• Guru akan menjalin hubungan yang erat dengan ibu bapa
dapat memberi keyakinan kepada ibu bapa dapat mendidik
anak mereka dengan betul dan hormat terhadap guru.
• Guru bekerjasama dengan ibu bapa membantu membimbing
murid dengan cepat apabila masalah berlaku.
• Mengamalkan minda yang terbuka kepada murid-murid.
• Guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan
mengikut kemampuan pelajar.
• Sentiasa mengamalkan sifat adil.
Huraikan peranan guru dalam
menangani perkembangan sosiobudaya
di bilik darjah
Soalan Esei

Huraikan peranan guru dalam menangani


perkembangan sosiobudaya di bilik darjah
• Guru perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti PnP
perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-
mana murid bagi mengelakkan perselisihan dan mengekalkan
hubungan.
• Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang
boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya
menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan
impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard
memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian
dalam PnP.
• Hubungan guru dengan murid yang erat meningkatkan minat murid
untuk meneruskan pembelajaran mereka dan sentiasa membantu
murid untuk memahami diri sendiri.
• Guru boleh meminta pandangan murid-murid mengenai masalah
pembelajaran yang mereka hadapi dan aktiviti-aktiviti yang ingin
mereka lakukan secara bersama-sama. Guru perlu sentiasa
memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Bibliografi
• https://www.slideshare.net/azlanbehadin/teori-ekologi-
bronfenbrenner-21342337
• http://nutty-questionmark.blogspot.my/2016/10/teori-
ekologi-bronfenbrenner.html
• http://www.academia.edu/8584318/Implikasi_Kepelbagaian_
Sosiobudaya

Anda mungkin juga menyukai