Anda di halaman 1dari 12

SOSIALISASI

ASMAWI IBRAHIM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
KONSEP
Konsep sosialisasi yang diberikan oleh para sarjana
adalah pelbagai, berasaskan perspektif yang
digunakan.
• Perspektif ahli sosiologi.
Proses anggota masyarakat mempelajari
kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan
peranan sosial mereka.
Proses ini penting untuk membolehkan individu
menyesuaikan diri/menjadi anggota kelompoknya.
• Perspektif ahli antropologi.
Merupakan proses pembudayaan atau proses
individu mempelajari dan memperolehi
norma-norma sosial.
• Perspektif ahli psikologi.
Satu proses pembentukan nilai atau proses
pembelajaran nilai seseorang.
PROSES SOSIOLISASI
• Merupakan satu proses yang dialami oleh
setiap individu.
• Ia bermula sebaik sahaja seseorang individu
dilahirkan. Sebagai contoh, semenjak
individu dilahirkan individu berkenaan mula
mempelajari tentang aspek-aspek norma
masyarakatnya. Antara lain ia mempelajari
atau diajar berbahasa, peraturan tingkah laku
yang wajar dalam situasi kekeluargaannya dll.
• Proses ini berlaku secara berterusan sehingga
satu tahap di mana norma masyarakat
berkenaan menjadi norma bagi dirinya sendiri.
• Proses ini juga akan dialami oleh individu
setiap kali ia berhadapan dengan peranan baru
atau situasi baru bagi hidupnya. Sehubungan
dengan itu para ahli sosiologi berpendapat
proses ini merupakan satu proses yang berlaku
pada sepanjang hayat seseorang.
Sebagai satu proses yang berterusan, para ahli sosiologi
telah membahagikannya kepada dua bentuk:

• Bentuk Primary.
Bentuk ini berlaku terhadap individu pada peringkat kanak-
kanak. Pada peringkat berkenaan individu mempelajari
perlakuan asas dan norma-norma asas dalam kehidupan,
khususnya dalam konteks keluarga.

Contoh, mempelajari bahasa, cara bercakap, cara makan,


cara berhubung dengan anggota keluarga dll.
• Bentuk Secondary
Bentuk sosialisasi yang dialami oleh individu
setelah meningkat dewasa, iaitu apabila
mereka mula berhadapan dengan masyarakat
yang lebih luas.
Dalam konteks ini mereka mempelajari
peranan-peranan baru, dan pelbagai bentuk
norma sesuai dengan peranan dan penglibatan
mereka yang lebih luas dalam masyarakat.
AGEN SOSIALISASI
• Keluarga.

– Keluarga banyak memainkan peranan pada


perkembangan diri kanak-kanak.
– Keluarga mengajar anak-anak memegang peranan
sosial yang wajar dalam masyarakat.
– Memperkenalkan kanak-kanak kepada norma asas
dalam hidup bermasyarakat; mengenal konsep
baik/ buruk, hormat/benci, bersih/kotor,
bahaya/selamat dll.
• Rakan Sebaya.

– Penting apabila kanak-kanak sudah besar, iaitu banyak terlibat


dengan masyarakat luar daripada keluarga.

– Pengaruh rakan sebaya amat penting pada peringkat remaja.


Nilai dan norma yang terdapat dalam kumpulan sebaya yang
diikuti amat menarik perhatian dan mempengaruhi individu
berkenaan.

– Remaja merasa diri mereka perlu diterima oleh kumpulan


rakan mereka. Oleh yang demikian, mereka akan melakukan
apa sahaja untuk mencapai hasrat berkenaan.
• Sekolah.
– Merupakan agen sosialisasi berbentuk formal.
– Berfungsi untuk menyalurkan norma dan nilai
masyarakat kepada anak-anak.
– Terdapat beberapa fungsi sosialisasi bagi sekolah:
• Di sekolah terdapat kumpulan rakan sebaya yang besar.
• Terdapatnya guru yang bertanggungjawab mengajar.
• Terdapat kurikulum secara formal.
• Mendedahkan nilai-nilai sejagat, seperti tepat masa
dan berdisiplin.
• Media Massa
– Pelbagai bentuk media memainkan peranan
begitu penting dalam menyalurkan nilai-nilai
masyarakat, seperti nilai kasih sayang, hormat
kepada individu tertentu dll..
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai