Anda di halaman 1dari 10

TEORI

STRUKTURAL FUNGSIONAL
(Antropologi)

RAMLE ABDULLAH
UniSZA
PENGENALAN
• Dipelopori oleh Bronislow Malinowski seorang
ahli antropologi England.
• Pada asalnya seorang ahli matametik. Semasa
Perang Dunia Ke dua melakukan kerja lapangan di
kalangan masyarakat Trobriand.
• Cuba melihat masyarakat primitif dari kacamata
masyarakat itu sendiri supaya dapat memahami
kebudayaan masyarakat berkenaan dengan tepat.
• Pendekatan yang dipakai kamudiannya diguna
oleh ramai ahli antropologi dalam menjalankan
kerja lapangan masing-masing.
• Akhirnya orientasi seumpama ini dinamakan
pendekatan fungsonalisme.
ANDAIAN TEORI
• Menganggap semua trait kebudayaan adalah
berfungsi dalam masyarakat yang
mengamalkan tret seumpama itu.
• Lebih jelas lagi, semua pola adat resam,
tingkah laku, kepercayaan, cara berfikir,
teknologi dll merupakan bahagian-bahagian
daripada kebudayaan yang mempunyai
tugas/fungsi asas yang tersendiri.
• Malinowski menegaskan bahawa, tugas sesuatu
tret kebudayaan adalah untuk memenuhi
sebahagian daripada keperluan asas dan
sampingan anggota masyarakat berkenaan.
• Di antara keperluan asasi adalah seperti
makanan, pembiakan, keselesaan, keselamatan
dan pergerakan.
• Setelah semua keperluan asas dapat dipenuhi,
timbul pula keperluan sampingan untuk
dipuaskan.
• Contoh: Dalam mengerjakan pertanian, wujud
elemen kerjasama dan jenis alat-alat yang
digunakan. Dalam pentadbiran, wujud pelbagai
organisasi samada organisasi politik mahupun
sosial.
• Bagi Malinowski pendekatan ini penting untuk
mengkaji masyarakat primitif. Melaluinya
dapat mengajar kita tentang kepentingan
relatif terhadap adat resam yang pelbagai.
• Kelemahan teori: Tidak dapat menghuraikan
perbezaan dan perubahan kebudayaan.
TOKOH AWAL: Bronislaw
Malinowski(1884 – 1942)
• Seorang warganegara Austria
• Pada mulanya seorang ahli psikologi
• Tertarik dengan bidang antropologi (etnologi)
setelah membaca bahan-bahan berkaitan cerita
rakyat dan ilmu ghaib yang dihasilkan oleh
penulis terdahulu termasuk J.G. Frazer.
• Mula mendalami bidang etnologi semasa
mengikuti pengajian di peringkat kedoktoran
(Ph.D), khususnya berkaitan masyarakat Mailu di
Papua Niugini Selatan.
• Pada tahun 1914 datang ke Kepulauan Trobriand,
tenggara Papua Niugini untuk melakukan
penyelidikan
• Penyelidikan dibuat dengan menggunakan
kaedah pemerhatian ikutserta, dan beliau tinggal
bersama masyarakat setempat lebih daripada 2
tahun.
• Menghasilkan banyak buku. Antara yang
terkenal;
 Argonauts of The Western Pacific (1922)
 Crime and Custom in savage Society (1926)
 Sexual Life of The Savage (1929).
SUMBANGAN MALINOWSKI
• Memperkenalkan kaedah pemerhatian Ikut
serta dalam mengumpul data etnografi.
 Menganggap kaedah terbaik dalam
mengumpul data etnografi
 Penyelidik perlu faham bahasa penduduk
setempat untuk lebih memahami amalan
penduduk.
 Catatan penyelidik mesti bersifat realiti.
• Memperlihatkan Etnografi Berintegrasi secara
fungsional
 Ditunjukkan melalui kefungsian sistem sosial
masyarakat di kepulauan Trobriand.
 Dijelaskan bagaimana situasi saling berkait
dan memerlukan di antara pelbagai institusi
serta aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat
berkenaan sebagai masyarakat perdagangan.
• Fungsi Kebudayaan
 Dijelaskan tugas sesuatu tret kebudayaan
adalah untuk memenuhi sebahagian daripada
keperluan asas dan sampingan anggota
masyarakat berkenaan.
 Di antara keperluan asasi adalah seperti
makanan, pembiakan, keselesaan,
keselamatan dan pergerakan.
 Setelah semua keperluan asas dapat dipenuhi,
wujud pula keperluan sampingan untuk
dipuaskan.

Anda mungkin juga menyukai