Anda di halaman 1dari 13

Ilmu Wahyu Dan Sains

Sains Ketuhanan
Kandungan

Pengenalan
Definisi Ahl Sunnah wal Jamaah
Mazhab ASWJ
Salaf & Khalaf
Manhaj Salaf & Khalaf

Sample Footer Text 2/8/20XX 2


Pengenalan

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), perkataan Tuhan bermaksud sesuatu
(seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang beragama.
• Dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan ilah yang bererti Tuhan atau Allah
(Faruqi 1991). Secara epistemologi, perkataan ketuhanan bermaksud Allah sebagai
Tuhan yang disembah, manakala selain daripada Allah tidak layak disembah dan
dipanggil Tuhan (Al-Raghib 1972).
• Sains ketuhanan adalah ilmu yang membicarakan tentang kewujudan Allah SWT
sebagai Tuhan yang berhak disembah, Pencipta, Pentadbir segala alam yang disebut
dengan segala nama dan sifat-Nya yang Maha Agung (al-Asma al-Husna).
Perbahasan berkaitan dengan sains ketuhanan ini diperkukuh berdasarkan dalil,
hujah, dan ayat al-Quran yang diambil daripada pelbagai surah bagi menunjukkan
perbezaan dan kesepaduan antaranya dengan bidang sains sosial dan sains natural
Sample Footer Text 2/8/20XX 3
Definisi Ahli Sunnah
Wal Jamaah

Terdiri daripada 3 komponen utama : Ahli, al-Sunnah & al-Jamaah


Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
• Ahli bermaksud keluarga atau penduduk.
• Al-Sunnah. Dari segi bahasa Sunnah bermaksud jalan dan sirah atau cara sama ada terpuji atau dihina
dan dikeji. Pada istilahnya pula bermaksud petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dan para
sahabatnya sama ada dalam ilmu, iktikad, perkataan, amalan dan taqrir (pengakuan).
• Al-Jamaah. Dari segi bahasa, jama’ah memberi maksud menghimpunkan sesuatu atau mendekatkan
sebahagian dengan sebahagian yang lain. Perkataan ini berlawanan dengan perkataan perpecahan. Dari
segi istilah pula, ia merangkumi segala sesuatu yang telah disepakati oleh para sahabat Nabi saw pada
zaman pemerintahan khulafa Al-Rasyidin. Perkataan jama’ah juga memberi maksud jumlah yang ramai
dalam kalangan manusia. Jama’ah juga ditakrifkan sebagai sebagai kumpulan manusia yang berhimpun
dalam mencapai satu-satu urusan dan perkara.
• Golongan ASWJ merupakan himpunan orang Islam yang terdiri daripada sahabat, tabiin dan yang
mengikut jejak langkah mereka dengan baik sehingga hari kesudahan. Mereka bersepakat dalam
mengikut kitab dan Sunnah.

Sample Footer Text 2/8/20XX 5


Mazhab ASWJ

Al-Asyairah & Al-Maturidi


Al-Asyairah
• Imam Abu Hasan Ali Bin Ismail al-Asyaari yang bermazhab syafie. Beliau dilahirkan pada
tahun 262 Hijrah di Basrah. Pada awalnya, beliau mengikuti mazhab gurunya al-Jubba’i
yang berfahaman Muktazilah selama hampir 40 tahun. Beliau kemudiannya meninggalkan
mazhab tersebut serta membangkang fahaman muktazilah berdasarkan hujah-hujah Sunnah.
• Memurnikan hubungan antara nas dan akal, sebagaimana yang digambarkan oleh Imam al-
Ghazali “nas itu ibarat cahaya matahari dan akal pula seumpama mata yang sempurna”.
• Gerakan al-Asyairah menjadikan akal sebagai khadam kepada nas dan tidak menjadikan
akal sebagai hakim yang menentukan segala-galanya.
• Mereka juga memurnikan antara golongan yang yang terlampau berpegang kepada hadith,
kata-kata sahabat r.a dan tabiin dan golongan yang terlampau berpegang dengan akal.
Justeru, gerakan al-Asya`irah memahami ayat-ayat al-mutasyabihah melalui dalil akal, selagi
tidak bercanggah dengan syarak dan penggunaan bahasa Arab (Razali 2020).

Sample Footer Text 2/8/20XX 7


Al-Maturidi
• Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud, al-Maturidi, al-Ansari, al-Hanafi, al-Samarqandi (Wan 1998). Abu Mansur al-
Maturidi lahir di Samarkand, Uzbekistan pada pertengahan kedua dari abad kesembilan Masehi dan meninggal pada tahun 944M.
Beliau merupakan salah seorang pengikut Imam Abu Hanifah dan fahaman akidah beliau banyak persamaan dengan fahaman yang
dibawa oleh Imam Abu Hanifah sebelum beliau menimbulkan satu aliran baru yang dikenali sebagai aliran al-Maturidiyah.

• Sebagaimana mazhab al-Asyaari, mazhab al-Maturidi juga memfokuskan perhatian dan pemikiran mereka untuk menentang pemikiran
Muktazilah.

• Al-Maturidi menghadapi Muktazilah di Samarqand, Asia Tengah manakala al-Asyaari menghadapi Muktazilah di Iraq. Kedua-dua
aliran ini menggunakan dalil naqli dan aqli untuk membidas segala hujah yang dilontarkan oleh golongan Muktazilah. Mereka
berpandangan, untuk mengenal siapa pencipta dan kewajiban mengetahui pencipta perlu menggunakan akal sebagai alatnya.
Kemampuan akal untuk mengetahui kedua-dua perkara tersebut mestilah selari dengan al-Quran dengan menggunakan akal untuk
berusaha mengenali dan beriman kepada Allah SWT.

Sample Footer Text 2/8/20XX 8


Salaf & Khalaf
Pengertian Salaf & Khalaf

Sample Footer Text 2/8/20XX 9


Pengertian Salaf dan Khalaf

SALAF KHALAF
• Sahabat dan tabiin, serta pengikut mereka • Golongan selepas 300 tahun Hijrah iaitu
daripada Imam-imam terkemuka yang selepas golongan Salaf. Mereka
mengikuti al-Quran dan as-Sunnah. menghidupkan kembali tradisi Salaf,
• Golongan yang terawal dalam Islam iaitu menolak bidaah dan khurafat supaya
300 tahun pertama Hijrah. Tetapi tidak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.
semua merupakan golongan salaf seperti
pengasas Muktazilah iaitu Abu Huzaifah
Wasil Bin Ata. Mereka tidak digelar
sebagai ahli Salaf kerana akidah mereka
bertentangan dengan prinsip Ahl Sunnah
Wal Jamaah.
2/8/20XX 10
Manhaj Salaf & Khalaf

SALAF KHALAF
• Golongan Khalaf berpandukan kepada tiga cara iaitu;
• Mereka berkeyakinan bahawa akal tidak boleh digunakan
di luar batasan manusia. • a. Beriman dengan sebenar-benar ayat mutasyabihat.

• Berpandu kepada tiga prinsip iaitu beriman dengan ayat • b. Mentanzihkan (menyucikan) Allah tanpa sebarang
mutasyabihat, tidak menyamakan Allah dengan sebarang penyamaan dengan makhluk.
persamaan dengan makhluk. Selain itu, mentafwidkan
• c. Mentakwilkan pengertian ayat mutasyabihat dengan
atau menyerahkan segalanya kepada Allah tanpa
pengertian dengan sesuatu dan dapat diterima akal.
sebarang pentakwilan.
• Kemunculan golongan Khalaf untuk membersihkan akidah umat
Islam daripada diselewengkan oleh pemikiran falsafah ketuhanan
Yunani, Batiniah, Tasawuf Falsafi dan kebudayaan lama

Sample Footer Text 2/8/20XX 11


Penutup

• Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang benar adalah mengikuti


ajaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, seperti
golongan Salaf dan Khalaf.
• Ahli Sunnah wal Jamaah tidak mudah mengkafirkan orang
Islam yang lain, walaupun tidak mempunyai pandangan yang
sama, seperti perkara-perkara yang berkaitan dengan feqah.
• Perbezaan manhaj Khalaf dan Salaf adalah kerana golongan
Khalaf ingin membersihkan fahaman yang menyeleweng dari
ajaran ahli sunnah wal jamaah yang muncul pada zaman itu.

Sample Footer Text 2/8/20XX 12


Thank You
Sesi Q&A

Sample Footer Text 2/8/20XX 13

Anda mungkin juga menyukai