Anda di halaman 1dari 15

Asas Pengucapan Awam

KKN 10303

Pengucapan Awam : Permulaan


27 Mei 2023
Perjalanan sebuah ucapan…
AGENDA #1 AGENDA #3

Permulaan yang baik akan Mengulang kembali isi ucapan serta


memberi gambaran yang positif. membuat kesimpulan secara ringkas.

Mula Isi Tutup

AGENDA #2

Setiap isi mesti jelas, teratur dan


sentiasa dalam ruang lingkup tajuk.
Ucapan selamat.

• Mulakan ucapan selamat dan salam (dalam


majlis yang dihadiri majoriti orang Islam,
ucapan salam diikuti dengan puji-pujian kepada
Allah, selawat atas Nabi, menyatakan
kesyukuran kepada Allah, dan memohon
petunjuk-Nya).
“Best way to conquer stage fright is to know what
you’re talking about.” – Michael H. Mescon

Sambungan…

• Selamat malam, salam sejahtera, salam hormat,


salam persaudaraan dan seumpamanya.
• Sekiranya boleh menyebut ucapan salam dalam
bahasa lain yang boleh difahami oleh hadirin,
maka ia adalah suatu kelainan.
“Before anything else, preparation is the key to success.”
– Alexander Graham Bell

Sambungan…

• ATAU boleh juga dimulakan dengan ucapan


penghormatan, kemudian disusuli dengan ucapan
salam.
• Contoh: Yang berusaha saudara Pengerusi
Majlis… Yang diraikan Tuan Haji… Yang
dihormati Pengerusi Persatuan… dan…
“Always give a speech that you would like to hear.”
– Andrii Sedniev

Sambungan…

• ATAU boleh dimulakan dengan petikan ayat-ayat


al-Quran, sabda Nabi, atau kata-kata mutiara dan
ikuti dengan ucapan salam dan penghormatan.
• Contoh: Firman Allah s.w.t ...
Nabi s.a.w. pernah bersabda…
Seorang pujangga terkenal pernah berkata...
“Only the prepared speaker deserves to be confident.”
– Dale Carnegie

Sambungan…

• ATAU dimulakan dengan anekdot ringkas dan


diikuti dengan ucapan salam dan penghormatan.
• Contoh: Dalam perjalanan saya ke sini tadi, saya
terserempak dengan…
Dua tahun yang lalu, saya pernah datang ke dewan
ini...
“If you can’t explain it simply, you don’t understand
it well enough.” – Albert Einstein

Sambungan…

• ATAU dimulakan dengan soalan dan diikuti


dengan ucapan salam dan penghormatan.
• Contoh: Sebelum saya memulakan ucapan
saya, saya ingin tahu berapa ramaikah
daripada kita yang di sini mempunyai minat
untuk…?
“All the great speakers were bad speakers at first.”
– Ralph Waldo Emerson

Sambungan…

• ATAU dimulakan
dengan pantun dan
diikuti dengan ucapan
salam dan
penghormatan.
Panggilan hormat.

• Kebiasaannya panggilan hormat ini melibatkan


tetamu kehormat yang menghadiri majlis.
• Melibatkan beberapa jenis panggilan hormat
antaranya ialah panggilan hormat DiRaja,
panggilan hormat jawatan, dan panggilan
hormat kurniaan darjah kebesaran.
Ungkapan penghargaan.

• Izinkan saya merakamkan penghargaan kepada pihak


penganjur yang sudi menjemput saya untuk…
• Saya berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama
dengan tuan-tuan dan puan-puan…
• Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas
kejayaan tuan-tuan dalam menjayakan program ini…
Tujuan ucapan.

• Tujuan kita berkumpul hari ini ialah untuk


merakamkan penghargaan kepada…
• Ceramah saya pada kali ini bertajuk…
• Topik yang diberikan kepada saya pada hari ini
ialah…
Gambaran isi ucapan.

• Saya akan mengemukakan beberapa fakta


mengenai masalah ini, kemudian memberi ulasan
mengenainya, dan akhir sekali saya akan memberi
peluang kepada tuan-tuan untuk mengajukan
soalan dan respons.

Anda mungkin juga menyukai