Anda di halaman 1dari 11

GBM 1103 :

CERAMAH &
SYARAHAN
PENSYARAH : EN. ROSLI BIN AB. GHANI
KUMPULAN 4:
MOHAMMAD RIDZUAN BIN SARMAN
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MALUDIN
KHAIRUL YAZIQ BIN KHIRUSALLEH

CERAMAH
Ceramah ialah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu
pengetahuan dan lain-lain.
Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai
dengan khalayak, sama ada masyarakat biasa ataupun
yang berpendidikan tinggi.
Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan
dengan menggunakan intonasi suara (turun naik ataupun
tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian khalayak.
Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan
menurut protokol. Contohnya seperti Tuan Pengerusi
majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu
kehormat, guru-guru, dan pelajar sekalian.

Diselitkan unsur sapaan sepertihadirin yang


saya muliakan, hadirin yang dihormati
sekalian,
tuan-tuan
dan
puan-puan
sekalian, dan sebagainya.
Diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti
yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli
denganucapan terima kasihkepada hadirin
atas keprihatinan mereka mendengar ceramah
dengan tekun.

CONTOH CERAMAH

Ucapan alu-aluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya
ucapkan kepada, tuan pengerusi majlis, para
jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian.
Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah kesan perkembangan perkhidmatan
perubatan swasta.

Isi ceramah
Tuan-tuan dan puan-puan,
Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di
negara ini semakin pesat. Kepesatan ini adalah
selaras dengan perkembangan yang di capai
dalam
sector
sosioekonomi
penduduk.
Perkembangan pesat ini adalah untuk menampung
keperluan perubatan Negara.

Penutup
Sekian sahaja ceramah saya pada kali
ini. Terima kasih.

SYARAHAN
Syarahan merupakan aktiviti berkomunikasi secara
sehala, iaitu menjelaskan perkara-perkara tentang
sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan. Syarahan
juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi
meyakinkan sekumpulan pendengar.
Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk
tertentu dan dipertandingkan.
Digunakan untuk menyampaikan buah fikiran tentang
sesuatu perkara secara lisan.

Dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat


kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas,
dan audiens. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta
haruslah menyebut para hakim yang arif lagi adil.
Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi ,
sebut ungkapan seumpama Tuan-tuan dan puan
yang saya hormati, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian, para hadirin yang saya muliakan.
Mengakhiri syarahan dengan memohon maaf dan
ucapan terima kasih.

CONTOH SYARAHAN
Ucapan alu-aluan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar,
guru-guru,
rakan-rakan
dan
hadirin
sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tajuk syarahan saya ialah Kepentingan Membaca.
Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh
memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan,
kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya
melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber
maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku
di seluruh dunia.

CONTOH:

Isi syarahan
Saudara dan saudari sekalian,
Selain mendapat maklumat, membaca juga
boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita
menjadikan sifat membaca sebagai amalan,
sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu
sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri
daripada
melakukan
perkara
yang
tidak
berfaedah seperti bermain-main dan merayaurayau di kedai-kedai dan sebagainya.

CONTOH:
Kata-kata penutup
Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan
bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera
dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap
individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi
dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin
kesihatan kita.
Sebelum mengundur diri, saya ingin meminta
maaf jika tersilap bahasa dan bicara. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai