Anda di halaman 1dari 4

Karangan Syarahan

Perkara Butiran Selanjutnya


Tips Berguna
Syarahan kebiasaanya berdasarkan satu-satu tajuk
Karangan
tertentu dan yang akan dipertandingkan.
Syarahan
Ucapan salam diberikan dan nama-nama tetamu hadir
disebut mengikut urutan berpandukan statusnya. Salam
juga diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan yang
menghadiri majlis itu
Gunakan bahasa yang mudah difahami; padat; berkesan
dan meyakinkan.
Setiap kandungan syarahan adalah berasaskan kepada
tajuk syarahan yang diberi.
Calon mestilah menjawab dan menyelesaikan masalah jika
anda ada kemukakan soalan; bukan dengan
menjadikannya sebagai persoalan.
Kemukakan dan huraikan isi demi isi. Sebelum isi
dipaparkan; ungkapan seperti "tuan-tuan dan puan
sekalian" atau "tuan-tuan dan puan-puan yang saya
sanjungi sekalian" atau "para hadirin yang saya hormati"
hendaklah disebut sebagai ungkapan penegasan.
Isi syarahan hendaklah menarik supaya pendengar tidak
berasa jemu mendengarnya.
Selitkan dalam syarahan unsur kata-kata hikmat; jenaka;
peribahasa atau kiasan agar lebih menarik.
Akhiri syarahan dengan ucapan terima kasih dan
memohon maaf.
Karangan Syarahan 1
Soalan Pertama : Anda diminta untuk menyampaikan sebuah karanagn syarahan
pt3 yang bertajuk “Mengisi Masa Lapang dengan Perkara Yang Berfaedah”

Perkara Butiran Rangka Karangan


Kata-kata aluan diberikan dan ucapan terima kasih
Pengenalan
diucapkan
Perenggan Kedua Tajuk syarahan
Melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
Perenggan Ketiga
kokurikulum
Perenggan Membaca pelbagai bahan bacaan untuk isi masa
Keempat lapang
Aktiviti yang paling berfaedah
Penutup Ucapan terima kasih.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua, guru-guru, rakan-rakan serta


hadirin yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih ingin saya
ucapkan kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tajuk syarahan saya ialah ‘Mengisi Masa Lapang dengan Perkara Yang
Berfaedah’. Masa lapang atau masa yang terluang hendaklah diisi dengan perkara-
perkara yang berfaedah. Masa lapang yang kita ada tidak sepatutnya dibazirkan
begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti yang bermanfaat.

Terdapat pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mengisi masa lapang.
Antaranya adalah dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Dengan cara
itu, kita dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan juga dapat meningkatkan
pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Ada juga yang memilih aktiviti membaca untuk mengisi masa lapang yang ada.
Banyak sumber bahan bacaan yang dapat dibaca seperti majalah, surat khabar,
buku sejarah dan sebagainya. Membaca merupakan aktiviti yang paling berfaedah
dan bermanfaat untuk mengisi masa terluang.

Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Dengan ucapan terima kasih dan
lafaz assalamualaikum, saya sudahi syarahan pada hari ini.
Contoh Karangan Syarahan 2
Soalan kedua : Andaikan bahawa anda telah terpilih untuk menyampaikan syarahan
bagi mewakili kelas anda. Tajuk karangan syarahan pt3 yang seterusnya adalah
berkenaan ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik. Sediakan teks
syarahan berikut.

Perkara Butiran Rangka Karangan


Pengenalan Ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis;
karangan syarahan para hakim; Pengetua; guru-guru dan rakan-rakan
pt3 sekalian
Isi karangan Akan mendatangkan banyak keburukan jika terlalu
syarahan pt3 boros berbelanja
Kita tidak akan mempunyai simpanan wang di masa
kita membutuhkannya
Makanan akan terbuang begitu sahaja jika kita
membeli secara berlebihan
Membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah
adalah amalan buruk yang harus dijauhi
Setiap detik masa adalah emas
Gunakanlah masa dengan sebaik dan sepenuhnya
Membazir air dan juga elektrik
Kesannya; bil kedua-dua ini akan meningkat
Pada musim kemarau; catuan air terpaksa dilakukan
Penutup karangan
Membazir itu sememangnya amalan buruk
syarahan pt3
Lebih banyak mendatangkan keburukan
Yang dihormati dan disanjungi Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, guru-
guru, rakan-rakan dan hadirin hadirat sekalian. Salam sejahtera dan
Assalamualaikum saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini adalah
“Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”.

Saudara dan saudari sekalian,

Maksud “membazir” adalah berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara atau


ketika menggunakan sesuatu sehingga akan ada yang terbuang akhirnya.
Sebenarnya amalan membazir ini banyak mendatangkan keburukan dari banyak
aspek. Misalnya, jika kita terlalu ikutkan nafsu sehingga boros berbelanja, kelak kita
tidak akan mempunyai wang pada saat kita membutuhkannya. Manakala, jika kita
membeli makanan secara berlebihan, kemungkinan besar makanan itu tidak akan
habis dan akan terbuang begitu sahaja.

Selain dari itu, membuang masa dengan aktiviti yang tidak mendatangkan
faedah juga adalah satu pembaziran. Bagi seorang pelajar setiap detik masa itu
emas. Oleh sebab itu, pelajar harus merangka jadual waktu agar setiap masa dapat
diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Kita juga disarankan agar tidak melakukan pembaziran air dan elektrik. Jika kita
tidak menggunakan air dan elektrik secara berkhemah, pembaziran akan berlaku. Ini
akan mengakibatkan kita membayar bil elektrik dan air yang tinggi jumlahnya. Pada
musim kemarau pula, masalah kekurangan air akan berlaku dan catuan air akan
dikenakan.

Oleh disebabkan kekangan masa, saya terpaksa mengakhiri syarahan saya


pada hari ini. Konklusinya, saya ingin menegaskan bahawa membazir adalah amalan
yang tidak baik dan akan mendatangkan kesan buruk kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai