Anda di halaman 1dari 27

Ilmu Wahyu Dan Sains

Aliran Pemikiran Menyimpang


Kandungan

Pengenalan
Muktazilah
Murjiah
Jabariyyah
Qadariyyah
Khawarij
Syiah

Sample Footer Text 2/8/20XX 2


Pengenalan

• Rasulullah ‫ ﷺ‬telah memberitahu mengenai perpecahan umat yang


bakal berlaku sepertimana berlakunya perpecahan di antara
golongan Yahudi dan Nasrani. Selain itu, baginda juga memberi
perkhabaran tentang kemunculan ahli bid’ah dari indivindu tertentu
atau gerakan tertentu yang menjadi punca perpecahan umat Islam.
Terdapat banyak hadis mengenai perkara ini yang juga
menunjukkan gerakan ini membawa pemikiran atau fahaman yang
menyimpang dari aliran Ahl Sunnah Wal Jamaah.
• Aliran pemikiran yang menyimpang dari fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah ialah fahaman yang tidak mengikuti jalan Rasulullah dan
Sample Footer Text para sahabat (Abdullah Jalil 2020 : 6). 2/8/20XX 3
Muktazilah

Sejarah & Fahaman Muktazilah


SEJARAH

• Kurun kedua hijrah


• Wasil bin Ata’
• Wasil mengatakan pelaku dosa besar tidak mukmin secara mutlak dan tidak kafir.
Turut bersetuju dengan pendapat adalah ‘Amru bin ‘Ubayd. Setelah itu pengikut
Wasil dan ‘Ubayd dikenali sebagai Muktazilah.

Sample Footer Text 2/8/20XX 5


Fahaman Muktazilah
• Dipengaruhi oleh falsafah Yunani, falsafah India dan falsafah Parsi. Mereka cuba
menyesuaikan ayat-ayat al-Quran dengan ajaran-ajaran falsafah tersebut.
• Meletakkan akal jauh lebih tinggi daripada syariat yang diturunkan Allah SWT itu
sendiri. Harus bagi mereka menolak dalil syariat jika didapati bertentangan dengan akal
manusia meskipun itu merupakan hadith Nabi SAW yang sahih. Ayat-ayat al-Qur’an juga
akan ditakwilkan sesuai dengan akal sekalipun ia merupakan nas yang jelas maknanya.
• Konsep Keadilan. Menolak keberadaan taqdir.
• Prinsip manzilah bayn manzilatayn (posisi tengah antara iman dan kufur) : pelaku dosa
besar tidak boleh dihukum beriman sebagaimana mereka juga tidak boleh dihukumkan
kafir.

Sample Footer Text 2/8/20XX 6


Murjiah

Sejarah & Fahaman Murjiah


Sejarah
• Bermula selepas pembunuhan Sayidina ‘Uthman.
• Isu ini dieksploitasi untuk diperbahas dan ditafsirkan oleh kelompok tertentu menurut
fahaman masing-masing. Isu ini dibincangkan oleh golongan yang datang selepas
zaman Sahabat adalah berkaitan hukum golongan para Sahabat yang terlibat dalam
peperangan tersebut. Secara asasnya, mereka dipandang telah melakukan dosa besar.
• Isu ini akhirnya telah berubah menjadi satu fahaman akidah melibatkan kedudukan
pelaku dosa besar.

Sample Footer Text 2/8/20XX 8


Fahaman
• Iman bagi golongan Murji’ah adalah tasdiq (membenarkan di dalam hati) sahaja atau tasdiq
berserta nutuq (ikrar dengan lisan) sahaja
• Iman tidak bertambah dan tidak juga berkurang.
• Pelaku maksiat namun mempunyai keimanan yang sempurna tidak akan dimasukkan ke
dalam neraka.
• Kufur terhadap Allah itu adalah jahil terhadap-Nya kerana bagi golongan ini, keimanan itu
adalah makrifat (pengetahuan). Ini sepertimana yang telah dihikayatkan adalah perkataan
dari Jahm bin Safwan.
• Sebahagian Murji’ah mengatakan bahawa setiap yang bermaksiat kepada Allah SWT, dosa
tersebut adalah dosa besar. Ini sepertimana perkataan Bisyr al-Murisi. (Lihat Maqalat al-
Islamiyyin, 1/114, 122).

Sample Footer Text 2/8/20XX 9


Jabariyyah

Sejarah & Fahaman Jabariyyah


Sejarah
• Jabara yang bererti memaksa dan mewajibkannya melakukan sesuatu. (Lihat al-
Munjid, m. 78).
• Dari sudut istilah, Al-Jabr adalah penafian hakikat perbuatan kepada hamba dan
menyandarkannya kepada Allah SWT.
• Golongan yang berlebih-lebihan dalam masalah takdir sehingga menganggap bahawa
manusia tidak memiliki kehendak dan tidak memiliki pilihan untuk berbuat. Semua
serba dipaksa oleh Allah SWT, sepertimana gerakan getar tubuh yang tidak dapat
dikawal oleh pemiliknya. Terdiri daripada jabariyyah khalisah dan mutawasittah.
• Antara fahaman di bawah aliran Jabariyyah ialah :

Sample Footer Text 2/8/20XX 11


Jahmiyyah
• Pengikut Jahm bin Safwan daripada Jabariyyah Khalisah. Pemikirannya mula
berkembang di Turmuz. Di bawah Jabariyyah Khalisah (Tulen).
• Manusia tidak mempunyai kebebasan, kehendak, kemampuan mahupun daya
usaha sendiri. Manusia juga dikatakan tidak mempunyai ikhtiar atau pilihan. Segala
perilaku dalam sesuatu yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah SWT.
• Segala perilaku manusia itu hanyalah simbolik semata-mata atau kiasan seperti
mana peredaran bumi, terbit dan terbenamnya matahari serta pasang dan surutnya
air laut yang semua itu di dalam kawalan dan ketentuan Allah.
• Menerima pahala dan dosa juga termasuk dalam kewajipan.

Sample Footer Text 2/8/20XX 12


Najjariyyah
• Pengasas bagi aliran ini adalah al-Husain bin Muhammad al-Najjar. Aliran ini juga
dikenali sebagai al-Husainiyyah sempena nama beliau. Ia dimasukkan di bawah
kelompok Jabariyyah Mutawassitah (Pertengahan/sederhana).
• Dalam isu perbuatan Allah (af’al Allah) dan perbuatan hamba (af’al al-‘ibad),
Najjariyyah menyatakan bahawa Allah berkuasa sepenuhnya mencipta setiap
perbuatan manusia sama ada baik atau pun buruk iaitu sama sebagaimana
pemikiran yang dibawa oleh Jahm bin Safwan.
• Beza di antara kedua-duanya ialah berkenaan persoalan usaha (kasb). Ini
bermaksud manusia mempunyai pengaruh kepada kekuasaan baru dalam
kewujudan perbuatan-perbuatan mereka. Walaubagaimanapun setiap apa yang
berlaku masih lagi di atas kehendak Allah SWT.

Sample Footer Text 2/8/20XX 13


Dirariyyah

Sejarah & Fahaman Dirariyyah


Sejarah & Fahaman
• Aliran ini dipelopori oleh Dirar bin ‘Amru al-Kufi yang wujud di akhir pemerintahan
Bani Umayyah.
• Menurut fahaman ini Tuhan dan manusia bekerjasama dalam mewujudkan
perbuatan-perbuatan manusia . Manusia tidak semata-mata dipaksa melakukan
perbuatan mereka. Walaubagaimanapun, pada hakikatnya setiap perbuatan manusia
itu adalah diciptakan oleh Allah SWT.
• Para ulama’ bangkit menentang mereka, antaranya adalah masalah keterpaksaan,
kerana mereka meninggalkan perbuatan serta pra-syarat yang membawa kepada
takdir kerana manusia tidak mampu berbuat apa-apa jua tiada kekuasaan baginya.

Sample Footer Text 2/8/20XX 15


Qadariyyah

Sejarah & Metode Qadariyyah


Sejarah

• Dipelopori oleh Ma’bad al-Juhani dan Ghaylan al-Dimasyqi.


• Lawan kepada aliran al-Jabariyyah atau al-Mujbirah yang dipelopori oleh Jahm bin
Safwan

Sample Footer Text 2/8/20XX 17


Fahaman
• Ketuhanan (al-Tawhid): Menafikan sifat al-‘ilm, al-qudrah dan al-iradah kepada Allah
(s.w.t). Allah tidak mempunyai ‘ilm, qudrat, hayat, sama‘, basar dan tidak mempunyai
sifat yang azali. Justeru kerana itulah, mereka dianggap oleh Ahl al-Sunnah wa al-
Jamaah secara umumnya sebagai al-Mu‘attilah (golongan yang menafikan sifat Allah).
• Al-Quran : Berpendapat Kalam Allah adalah baru. Pendapat mereka dikatakan sama
dengan pendapat Jahm bin Safwan (daripada aliran al-Jabariyyah) yang mengatakan al-
Quran makhluk dan bukan qadim.
• Af‘al al-‘Ibad (perbuatan manusia): Mengatakan kehendak Allah tidak mempunyai
pengaruh yang menentukan kepada perbuatan manusia. Manusia ditentukan sepenuhnya
oleh akal mereka dalam penentuan perbuatan mereka. Allah bukanlah pencipta kepada
setiap usaha manusia dan seluruh binatang (hayawan).

Sample Footer Text 2/8/20XX 18


Khawarij

Sejarah & Fahaman Khawarij


Sejarah
• Menurut Dr. Muhammad ‘Imarah, kumpulan Khawarij pada awalnya muncul kebanyakannya
daripada kalangan golongan al-Qurra’ yang majoritinya terdiri daripada golongan Arab Badwi
yang tidak memahami selok belok percaturan politik. Mereka juga tidak mampu untuk
menerima hakikat apabila kaum Quraysh mengambil alih kepimpinan dan memiliki
keistimewaan tertentu setelah Islam menyamaratakan antara kaum Muslimin.
• Peristiwa tahkim adalah titik mula kemunculan golongan Khawarij. Ia bermula dengan
pendirian mereka yang mengkafirkan Ali bin Abi Talib, Mu’awiyah bin Abi Sufyan, Talhah, al-
Zubayr dan Aishah RA serta menghalalkan darah mereka. konsep kafir turut mengalami
perubahan. Setelah perang Siffin dan peristiwa tahkim antara Ali dan Mu‘awiyah, golongan ini
telah keluar daripada kumpulan Ali kerana tidak bersetuju dengan tindakan Ali untuk
menerima tahkim. Kumpulan ini kemudiannya dikenali dengan gelaran Khawarij.

Sample Footer Text 2/8/20XX 20


Fahaman
• Konsep kafir turut mengalami perubahan. Kafir bukan lagi hanya dinisbahkan
kepada orang yang tidak berhukum dengan al-Quran, tetapi orang yang berbuat
dosa besar juga turut dipandang sebagai kafir oleh golongan Khawarij.
• Khawarij berbeza dengan Muktazilah yang berpandangan bahawa pelaku dosa
besar adalah bukan mukmin dan bukan juga kafir tetapi berada antara dua
kedudukan atau dikenali sebagai al-manzilah bayn al-manzilatayn. Sementara
Murji’ah pula mengatakan bahawa pelaku dosa besar tetap dianggap beriman
dengan iman yang sempurna manakala dosanya diserahkan kepada Allah SWT
sama ada diampuni atau tidak.

Sample Footer Text 2/8/20XX 21


Syiah

Sejarah & Fahaman Syiah


Sejarah
• Menurut as-Syahrastani, orang yang menegakkkan ajaran Imam Ali Abi Talib, mengatakan akan Imamnya
dengan nas dan mendakwa seluruh keturunannya adalah Imam. Tentang kemunculan Syiah, ianya lebih
merujuk kepada sejarah bahawa kemunculan mereka melalui tiga peringkat iaitu:-

Sample Footer Text 2/8/20XX 23


3 Peringkat Pembentukan Syiah
P E R I N G K AT 2 P E R I N G K AT 3
P E R I N G K AT 1 (POLITIK) (AKIDAH)
• Pembentukan Syiah sebagai sebuah parti
• Ahli Sejarah berpendapat pembentukan • Peristiwa perang Siffin antara golongan
agama (Hizbu ad-Dini), di mana mereka
Syiah lebih merujuk kepada zaman Nabi Aliwiyin (para pengikut Syaidina Ali ra)
mengambil akidah ini sebagai asas kepada
saw ketika hayatnya. Mereka mendakwa dengan golongan Umawiyin (para
pembentukan mereka berikutan dengan
nabi telah mewasiatkan agar Ali ra pengikut Muawiyah Bin Sufyan) pada
pembunuhan Saidina Hussein ra pada tahun
dilantik sebagai khalifah selepasnya. tahun 37H, di mana mereka mengangkat
61H. Mukhtar bin Abi `Abid at-Thaqafi (salah
Mereka juga mengatakan bahawa Ali Ali sebagai Imam dan menanamkan
seorang pemimpin Parsi) bertindak membakar
merupakan sebaik-baik umat. Ini adalah semangat tersebut dalam politik mereka
dan menaikkan semangat pengikutnya untuk
peringkat sejarah dalam pembentukan manakala golongan Umawiyin mereka
membalas dendam terhadap Umawiyin yang
Syiah. anggap sebagai musuh ketat dan patut
telah melakukan pembunuhan tersebut. Mukhtar
diperangi. Peristiwa ini dinamakan
mengambil peluang ini dengan mengumpulkan
sebagai peristiwa Fitnah Kubro ataupun
ramai pengikutnya dikalangan penduduk Iraq
Mihnatul al-Muslimin. Punca peristiwa ini
sehinggalah menjadi seakan-akan satu mazhab
adalah kerana campurtangan daripada
agama dan akidah yang mengaku sebagai
golongan Yahudi terutamanya Abdullah
golongan ansar kepada Hussein dan
bin Saba’ yang telah mengapi-apikan
keluarganya.
Sample Footer Text
suasana. 2/8/20XX24
Fahaman Syiah (3 Golongan)
S Y I A H M U G H A L I YA H SYIAH RAFIDAH S Y I A H M U ’ TA D I L A H
( P E L A M PA U ) ( I M A M I YA H ) ( Z A I D I YA H )

• Mereka adalah merupakan majoriti Syiah yang


• Mereka yang melampau mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali • Disandarkan kepada Zaid bin
telah mewariskan imamah anaknya Hassan Ali Zainal Abidin.
terhadap dakwaan imamnya
manakala Hassan telah mewariskan imamah
Ali. Mereka mendakwa • Mengutamakan Ali Ra atas
saudaranya Hussein. Begitulah seterusnya
bahawa Ali adalah nabi imamah itu berpindah dengan nas kepada anak- sahabat lain dan menghormati
(nubuwah) bahkan tuhan anak Hussein iaitu antaranya Muhammad bin serta tidak mengkafirkan Abu
(uluhiyah) sehinggalah Hassan al-Askari (r pada pendapat mereka ) dan Bakar dan Umar Ra sebagai
akan muncul membawa kebenaran dan keadilan khalifah yang sah, tetapi tetap
kepada susur galur
ketika mana bumi ini dipenuhi dengan meletakkan Saidina Ali lebih
keturunannya. utama daripada sahabat yang
kezaliman, kefasikan dan penindasan
lain.
• Dinamakan golongan Rafidah kerana mereka
menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khatab
dan Uthman Affan dengan hujah bahawasanya
Nabi saw telah menaskan Ali sebagai khalifah
selepasnya.
Sample Footer Text 2/8/20XX 25
Kesimpulan

Sejarah pemikiran yang menyeleweng dari akidah Ahli Sunnah


Wal Jamaah dalam dunia Islam ini boleh dijadikan panduan
dan teladan agar umat Islam dalam mendepani arus pemikiran
moden. Anasir yang boleh merosakkan pemikiran Islam ini
sudah bermula dari zaman silam dan berkembang menjadi
pemikiran moden yang dibawa dari Barat mula diterima oleh
masyarakat Islam. Perkara ini, jika tidak dihalang akan
memberi suatu ancaman pemikiran Islam dalam kalangan
masyarakat Islam. Gerakan golongan ini juga semakin utuh
dengan penyebaran media sosial tanpa sempadan yang mudah
disebarkan dan mempengaruhi umat Islam.

Sample Footer Text 2/8/20XX 26


Thank You
Q&A

Sample Footer Text 2/8/20XX 27

Anda mungkin juga menyukai