Anda di halaman 1dari 20

DKI 3743 AQIDAH ISLAM.

LT KOL HJ MOHAMAD MUNTAHA BIN HJ SALEH

(12).
ISU-ISU SEMASA DALAM
AKIDAH
1. KAFIR MENGKAFIR / TAKFIR
1. Firman Allah SWT:
‫َو اَّلِذ يَن ُيْؤ ُذ وَن اْلُم ْؤ ِمِنيَن َو اْلُم ْؤ ِم َناِت ِبَغ ْيِر َم ا اْك َتَس ُبوا َفَقِد اْح َتَم ُلوا ُبْهَتاًنا َو ِإْثًم ا ُم ِبيًنا‬
Maksudnya: “Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang
beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan
yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya
mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat
nyata.” (Surah al-Ahzab: 58)

2. Sabda Rasulullah s.a.w :


‫ َفَقْد َباَء ِبَها َأَح ُدُهَم ا‬،‫َأُّيَم ا َر ُج ٍل َقاَل َأِلِخ يِه َيا َك اِفُر‬
“Sesiapa yang memanggil saudaranya dengan kata ; ‘wahai kafir’, maka tuduhan itu
kembali kepada salah seorang daripada keduanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
MEMAHAMI ISU TAKFIR

Pertama: Sesiapa yang tidak mengkafirkan orang yang


kafir, maka ia kafir.

Bermaksud seseorang boleh tergelincir akidahnya jika tidak


memperakui bahawa golongan yang dikafirkan dengan nas syarak
seperti penganut agama Kristian, Yahudi, Ateisme dan lain-lain itu kafir.
(Lihat Al-Ibtal li Nazariyyah al-Khalt Bayn Din al-Islam wa Ghayrih min
al-Adyan, 94)
Kedua: Sesiapa yang menuduh seseorang yang tidak
kafir itu kafir, maka kafir itu berbalik kepada dirinya.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:


‫ َفَقْد َباَء ِبَها َأَح ُدُهَم‬،‫َأُّيَم ا َر ُج ٍل َقاَل َأِلِخ يِه َيا َك اِفُر‬
Maksudnya: “Mana-mana orang yang mengatakan kepada
saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah (kafir itu) ke atas salah
seorang daripadanya.” Riwayat al-Bukhari (6104) dan Muslim (111).
Berdasarkan hadith ini, al-Isfirayini mengatakan sesiapa yang
membid’ahkan orang yang tidak bid’ah, menyesatkan orang yang tidak
sesat atau mengkafirkan orang yang tidak kafir, maka hukum tersebut
akan kembali kepadanya. (Lihat Al-Tabsir fi al-Din, 180)
Ketiga: Kesilapan dalam membiarkan orang yang jatuh kafir itu hidup
lebih ringan berbanding kesilapan menumpahkan darah seorang
muslim.

Imam al-Ghazali mengatakan ramai orang dengan mudah menjatuhkan kafir terhadap golongan yang tersilap
dalam berijtihad sedangkan mereka itu bukan termasuk dalam golongan yang mendustakan Rasulullah SAW.
Pengkafiran itu berlaku kebanyakannya berpunca daripada kefanatikan dan sikap taksub. Sedangkan tidak
sabit pengkafiran terhadap golongan yang tersilap dalam mentakwil, kerana ‘ismah (keterpeliharaan) darah
seseorang muslim adalah muktamad berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari (25):
‫ َفِإَذ ا َفَع ُلوا َذ ِلَك َع َص ُم وا ِم ِّني ِد َم اَء ُهْم‬،‫ َو ُيْؤ ُتوا الَّز َك اَة‬،‫ َو ُيِقيُم وا الَّص َالَة‬،‫ َو َأَّن ُم َح َّم ًد ا َر ُسوُل ِهَّللا‬،‫ُأِم ْر ُت َأْن ُأَقاِتَل الَّناَس َح َّتى َيْش َهُد وا َأْن َال ِإَلَه ِإاَّل ُهَّللا‬
‫َو َأْم َو اَلُهْم ِإاَّل ِبَح ِّق اِإل ْس َالِم‬
Maksudnya: “Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga dia mengucapkan, tiada tuhan yang layak
disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah, apabila mereka mengucapkannya, maka
terpeliharalah daripadaku darah dan harta mereka kecuali dengan hak Islam (syarak).” (Lihat Al-Iqtisad fi al-
I’tiqad, hlm. 270)
Keempat: Membezakan Antara Takfir Nau’ (Jenis) Dan Takfir Syakhs Mu’ayyan (Peribadi).

“Hendaklah diberikan perhatian apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun
mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini
bermaksud, contohnya kita katakan: Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular
yang membantah hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru
kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukuman pada jenis. Adapun apabila perkara ini
berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah
diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini
dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat
dan juga tiada lagi keuzuran untuknya”. (Lihat Fatawa Mu’asirah Qaradawi, 1/126).
Justeru, kita dapati para salaf mengkafirkan firqah-firqah secara mutlak seperti
firqah Jahmiyah dan Rafidhah, akan tetapi mereka tidak serta merta mengkafirkan setiap
anggota firqah tersebut, kecuali hanya beberapa orang daripada mereka seperti Ja’d bin Dirham,
Hallaaj dan Hafs al-Fard (yang pengkafirannya masih diperselisihkan). (Lihat Majmu’ Fatawa
Imam al-Nawawi, 23/349-350)
Kelima: Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Tidak Mengkafirkan Individu
Muslim Kecuali Terdapat Bukti Yang Yakin Tanpa Syak Dan Tiada
Keuzuran Lagi Yang Boleh Diberikan Kepadanya,

Sabda Nabi s.a.w:


‫ َع ُد ُّو ِهللا َو َلْيَس َك َذ ِلَك ِإاَّل َح اَر َع َلْيِه‬: ‫ َأْو َقاَل‬،‫َو َم ْن َدَع ا َر ُج اًل ِباْلُك ْفِر‬
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’
sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya
(penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ahbash. Diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habsyi (1910-2008) dan pengikut Dr Hasan Saqqaf yang sering
mengkafirkan orang yang berbeza pendapat dengan mereka..

• Ahbash ini membawa fahaman menyeleweng dari mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah. Antaranya mereka berfahaman
Jahmiyyah iaitu kumpulan yang menafikan sifat ALLAH SWT, membawa fahaman Murjiah, Jabariah dan Rafidhah atau
Syiah. Mereka mencela sahabat Nabi SAW dan menuduh Aisyah RA bermaksiat kepada ALLAH di samping fatwa-fatwa
mereka yang pelik.
• Terdapat juga nama-nama seperti Hussam Qirqira, Timbalan Pengerusi Jam‟iyyah al-Masyari‟ al-Islamiyyah, Kamal al-
Huth, „Imad al-Din Haidar dan „Abdullah al-Barudi. Kesemua mereka menyeliakan kumpulan penyelidikan yang telah
mula mentahkik kitab-kitab turath berdasarkan fahaman Jahmiyyah.
• Mereka mentakwilkan sifat ALLAH tanpa method yang betul, seperti yang dilakukan oleh mazhab Muktazilah dan
Jahmiyyah.
• Al-Harari Al-Habasyi mendakwa al-Quran adalah lafaz Jibrail, bukan Kalamullah sepertimana akidah Ahl al-Sunnah wa
al-Jamaah (ASWJ). Ini boleh dilihat dalam kitab tulisan AlHarari, Izharul Aqidati Al-Sunniyyah: halaman 591.
• Ahbash dalam masalah berkaitan dengan iman sama seperti Murjiah dan Jahmiyyah iaitu memisahkan antara iman dan
amal.
• Ahbash dalam masalah Al-Qadr sama seperti Jabariyyah yang menyeleweng. Mereka mendakwa ALLAH telah menolong
seorang kafir atas kekufurannya, kalau tidak kerana ALLAH, tidaklah seorang kafir itu menjadi kafir. Lihat kitabnya Al-
Nahju Al-Salim halaman 71.
• Ahbash menggalakkan pergi ke kubur bagi tujuan memohon pertolongan dan meminta diperkenankan hajat-hajat dari
ahli kubur. Mereka mendakwa, ahli kubur keluar dari kubur menunaikan hajat pemohon kemudian kembali ke kubur
semula.
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
• “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lubnan, ia
menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng
dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak… dan yang lebih
dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam
kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak
muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid
tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai
para ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan
selainnya…
• Golongan Ahbash yang melampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam
Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-
Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu
samada dalam pemikiran, adab dan akhlak..
• Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah
dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia
mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan
kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan
menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini..” (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa
Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).
Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah pula membuat kenyataan berikut:

“Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik
dari segi pemikiran dan method yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di
kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir
(pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi
masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan
berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak.
Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahli Sunnah
wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi
dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir. Sesungguhnya al-
Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn
Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad
al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah
Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka
kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif” Banyak lagi fatwa para ulama
mengenai kemelampauan puak Ahbash ini.
2. Isu Kalimah Allah yang digunakan oleh Herald Catholic
dalam terbitan bahasa Melayunya

• Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi
keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk
menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

• Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali ke-2/2008, pada 11 - 12 Jun
2008
KEPUTUSAN : Hukum menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah seperti berikut :
Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media
elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru
atatu memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan
Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1985 dan lain-lain istilah agama Islam
yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang
bukan Islam.
Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen
Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989
• Bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang
digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek.
• Kedua-dua bahasa Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi
kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan.
• Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga
Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St.
Matthew bab 27: 46 yang menyebut : Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara
nyaring: “Eli, Eli, lama sabaktani?” (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau
meninggalkan aku?”)
• Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah
Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun
besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan
sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu,
mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.
3. Adakah Nabi Muhammad s.a.w makhluk ciptaan Allah yang pertama ?

4. Isu Nabi Hidhir masih Hidup ?

5. Yoga

6. Meminta Non Muslim Turut Berdoa kepada Tuhan masing-masing

7. Surat Berantai

8. Tabarruk dgn capal nabi.


9. Wasatiah Dalam Tauhid (Usul ke-10)
Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikan-Nya adalah
setinggi-tinggi Aqidah Islam.
Ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadithnya yang sahih berkaitan
sifat-sifat Allah, serta penyerupaaan yang layak denganNya;
kita beriman dengannya sebagaimana ia datang tanpa takwil
(tafsir sendiri) dan ta’thil (menolaknya).
Kita jangan cuba mendedahkan khilaf dalam kalangan ulama’
di dalam masalah itu. Sudah cukup bagi kita apa yang telah
cukup bagi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.
1. Mengenal Allah Ta’ala. Al-Talaq ayat 12, al-Zariyat ayat 56, Thoha ayat 110,…
-Dgn mengenal kesan penciptaanNya

2. Mengesakan Allah Ta’ala. Al-Ankabut ayat 61, Yunus ayat 18 dan 31, az-Zumar ayat 3, al-Fatihah ayat 5, Al-
Ambiyak ayat 25, Al-Nahl ayat 36, Al-Taubah ayat 31, Ali Imran ayat 64,…….

- tauhid Rububiyyah /
- tauhid Uluhiyyah (ibadah)/konsep tauhid yg dibawa oleh Rasul2

3. Mensucikan allah Ta’ala drpd sebarang kekurangan. Thoha ayat 8, Al-Hasyru ayat 24, Al-
A’raf ayat 180, Al-Baqara ayat 32, Al-Ambiyak ayat 87, Ali Imran ayat 191,…….

-drpd segala sifat yg tak layak dgn kesempurnaanNya


10. Mahabbah al-solohin & Karomah (Usul
Ke-13)
• Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian
terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan, adalah satu di antara
jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
• Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an iaitu
orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
• Karamah yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat
yang bertepatan dengan dengan syara’, serta mempercayai bahawa mereka
adalah kalangan orang yang diredhai oleh Allah SWT., Mereka tidak mampu
untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup atau pun
setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kelebihan yang
ada pada mereka itu kepada orang lain.
11. Ziarah Kubur (Usul Ke-14)
• Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
• Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang
disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan dari
ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana perkara
tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat
atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur,
menyelimutinya, meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan
sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada perkara-perkara
bid’ah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan
amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran
12. Tawassul (Usul Ke-15)
• Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam
masalah Aqidah.
• Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan
salah satu makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada
masalah furu’ (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan
bukannya permasalahan aqidah.
Bab akidah islam
“Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa
saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman,
dan janganlah Engkau jadikan dalam jantung hati kami
perasaan hasad dendam terhadap orang-orang yang beriman.
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha melimpah
belas kasihan dan Maha Penyayang”. (Surah al-Hasyr, 10).

Anda mungkin juga menyukai