Anda di halaman 1dari 28

MPU 3362

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN ISLAM


TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK:
AEMY ELYANI BINTI MAT ZAIN

DISEDIAKAN OLEH:

19BE02137 NOR FAZLINDA BINTI ABD HAKIM

19BE02139 NUR NASHRAH BINTI YAAKOB

19BE02145 ZAWIN ULFAH BINTI MOHAMAD MUSTAJAB

19BE02153 SITI NURHAZWANI BINTI MOHAMAD JONID

19BE02162 NUR A’FIFAH ATHIRAH BINTI AMRAN

19BE02169 NURUL NABIHAH BINTI ABD GHANI

19BE02170 NURSTAHIRAH FARHANI BINTI MOHD ZAMRI

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN MULTIMEDIA


(KEPUJIAN)
BE02 4B

FAKULTI PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan
2. Latar belakang Imam Asha’arih
3. Sejarah Kemunculan Aliran Asha’irah
4. Siapakah yang mengikuti aliran Asha’irah?
5. Fahaman Aliran Asha’irah
6. Ciri-ciri fahaman Aliran Asha’irah
7. Faktor penentangan aliran Asha’irah
8. Peringkat Pemikiran Imam Al-Ash’ari
9. Tokoh-tokoh aliran Al-Asha’irah
10. Penutup
11. Rujukan
SEJARAH KEMUNCULAN ALIRAN ASHA’IRAH

Fenomena kemunculan dan perkembangan ideologi Asha’irah turut dibantu dengan


kemunculan ideologi Maturidiyyah yakni suatu gelombang ideologi yang mempertahankan
metodologi klasik dengan hujah akal, fiqh dan ahli hadis. Aliran Asha’irah dan Maturidiyyah
bukanlah satu aliran yang membawa akidah baru dan jauh berbeza dengan ajaran Islam.
Sebenarnya, dua aliran ini adalah satu pegangan yang berusaha untuk menguatkan lagi dan
meneguhkan akidah Islam yang sahih sebagaimana yang dibawakan oleh al-Quran dan hadis.

Aliran Asha’irah ini diketuai oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari bermula pada akhir
kurun ketiga Hijrah. Pada ketika itu, pegangan Muktazilah sedang berkemuncak menguasai
daripada aspek akidah, politik dan penentangan mereka terhadap ahli feqah dan ahli hadis.
Beberapa orang khalifah pada waktu itu memaksa supaya orang Islam menerima ajaran dan
pegangan Muktazilah. Tindakan ini menyebabkan timbulnya rasa benci dalam kalangan umat
Islam yang tidak bersetuju dengan Muktazilah. Hal ini telah mengakibatkan masyarakat Islam
berpecah sehingga melahirkan puak-puak kecil yang cuba menentang Muktazilah.

Imam al-Ash’ari yang sebelum ini berguru dan mempelajari selok-belok aliran
Muktazilah, telah membuat keputusan untuk keluar daripada aliran tersebut. Beliau kemudiannya
kembali berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah sehinggalah aliran Asha’irah
menjadi golongan majoriti dalam mempertahankan akidah Islam yang berlandaskan al-Quran
dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Menurut Ahmad Mahmud Subhi, terdapat dua faktor dan
peristiwa yang telah menyebabkan beliau keluar daripada pegangan Muktazilah.

Faktor yang pertama adalah disebabkan kerana berlakunya perselisihan pendapat dengan
gurunya sendiri ketika berpegang dengan ajaran Muktazilah yakni Abu Ali al-Jubba’i mengenai
kekuasaan Allah SWT berdasarkan konsep al-salah wa al-salah. Ketika berlakunya perdebatan
tersebut, gurunya itu sendiri tidak mampu untuk mempertahankan akidah Muktazilah dengan
pertanyaan-pertanyaan Imam al-Ash’ari. Perkara ini telah menimbulkan rasa keraguan di dalam
fikirannya tentang fahaman Muktazilah yang sering mendahulukan akal berbanding al-Quran dan
al-Sunnah.

1
Seterusnya, faktor kedua adalah kerana ketika di bulan Ramadhan, Imam al-Ash’ari ada
bermimpi bahawa beliau bertemu dengan Rasulullah SAW. Di dalam mimpi itu, Baginda Nabi
Muhammad SAW meminta Imam al-Ash’ari untuk sentiasa membela al-Quran dan al-Sunnah
daripada dipermainkan oleh ajaran bid’ah terutamanya golongan Muktazilah. Oleh hal yang
demikian, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Muktazilah.

Setelah meninggalkan pegangan Muktazilah, Imam al-Asha’irah menggiatkan diri dalam


aktiviti penyampaian dakwah akidah Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah yang sebenar. Beliau sering
mengajar di masjid-masjid dan menghadiri majlis-majlis perdebatan termasuklah majlis yang
dianjurkan oleh golongan Muktazilah untuk berdebat dengan mereka. Perkara ini telah
menimbulkan persoalan oleh orang ramai tentang tujuannya yang masih bergaul dengan ahli-ahli
bid’ah iaitu Muktazilah. Imam al-Ash’ari menjawab bahawa kebanyakan tokoh Muktazilah
memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, maka mustahil bagi mereka datang kepada beliau
untuk berbincang. Jika beliau tidak pergi kepada mereka, ini bermakna mereka tidak akan
mengetahui tentang kebenaran Ahli Sunnah wa al-Jama’ah.

FAHAMAN ALIRAN ASHA’IRAH

Seperti aliran-aliran yang lain, aliran Asha’irah ini juga mempunyai pegangan dan
fahaman mereka yang tersendiri. Fahaman ini diguna pakai dan dijadikan pedoman dalam
kehidupan mereka yang mengikuti aliran Asha;irah. Secara umumnya, dapat dilihat bahawa
fahaman Asha’irah jauh berbeza dengan fahaman yang dibawa oleh fahaman Muktazilah. Antara
fahaman-fahaman Asha’irah adalah:

i. Tentang Sifat Tuhan


Di dalam fahaman Asha’irah, mereka mengakui bahawa Tuhan itu mempunyai sifat-Nya
yang tersendiri yang menjadi bukti tentang kewujudan Allah SWT. Antara sifat-sifat

tersebut adalah hidup (‫)حي اة‬, berkuasa (‫)ق درة‬, mengetahui (‫)علم‬, berkehendak (‫)إرادة‬,

melihat (‫)بصر‬, mendengar (‫ )مسع‬dan berbicara (‫)كالم‬. Manakala bagi golongan

2
Muktazilah pula, mereka menyatakan bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat. Ini kerana
bagi mereka, sekiranya Tuhan itu mempunyai sifat, maka sudah tentulah sifat itu juga
akan kekal seperti Tuhan. Akan tetapi, di dalam fahaman Asha’irah ini juga menyatakan
bahawa sifat Tuhan bukanlah hakikat (zat) Tuhan itu sendiri. Menurut mereka, sifat-sifat
dan zat-Nya adalah dua perkara yang berlainan.

ii. Kekuasaan dan Keadilan Tuhan


Bagi aliran Asha’irah, Allah adalah Yang Maha Kuasa dan Maha Adil. Akan tetapi,
pemahaman tentang kekuasaan dan keadilan ini adalah berbeza antara satu pihak dengan
pihak yang lain. Dalam aliran Asha’irah, mereka mendefinisikan bahawa adil ini adalah

apabila sesuatu itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya (‫حمله‬ ‫)وض ع الش ئ يف‬. Oleh
kerana hakikat Allah adalah Yang Maha Kuasa, maka ianya membawa maksud bahawa
Allah boleh melakukan apa sahaja terhadap apa yang dikuasai-Nya. Sekiranya Allah
mempunyai hak kekuasaan terhadap sesuatu perkara, maka setiap apa yang diaturkan dan
dilakukan Allah itu adalah sebuah keadilan. Tidak akan pernah wujud ketidakadilan bagi
Allah SWT.

iii. Melihat Allah di Akhirat


Menurut Imam al-Ash’ari, beliau berpendapat bahawa manusia dapat melihat Allah SWT
ketika di akhirat kelak. Menurut beliau juga, sifat-sifat yang tidak disandarkan kepada
Tuhan hanyalah sifat-sifat yang diberikan kepada ciptaan Tuhan.

iv. Perbuatan manusia


Pendapat Asha’irah yang paling menarik perhatian adalah pandang tentang perbuatan
manusia. Al-ash’ari menmperkenalkan teori al-kasb sebagai satu jalan perantaraan di
antara pandangan fahaman Jabariyah dan Qadariyah. Antaranya adalah:
a) Seperti aliran Muktazilah, perbuatan manusia bukanlah diwujudkan dan dibuat-
buat oleh manusia itu sendiri. Akan tetapi, ianya telah diciptakan oleh Tuhan.

3
b) Tuhan telah menciptakan iman dan mengkehendaki supaya iman bersifat berat
dan sulit. Iman bukanlah dicipta oleh orang mukmin.

v. Kemampuan Akal Manusia


Kemampuan akal manusia sangat bergantung kepada pemahaman mengenai kekuasaan
dan keadilan Allah serta perbuatan manusia. Bagi al-Ash’ari, akal manusia mengetahui
adanya Tuhan, tetapi kewajiban untuk mengetahui Tuhan tidak ditetapkan oleh akal.
Wahyu Allah yang mewajibkan manusia untuk mengetahui Tuhan dan bersyukur kepada-
Nya. Sekiranya wahyu tidak turun kepada manusia, maka mereka tidak wajib untuk
mengetahui dan bersyukur sama sekali kepada-Nya. Baginya, baik dan buruk tidak
melekat pada suatu perbuatan, tetapi bergantung kepada ketentuan Tuhan. Berdusta
adalah antara contoh bagi perkara yang dilarang Tuhan. Namun begitu, apabila ianya
menjadi perintah Tuhan, maka perbuatan itu adalah satu perkara yang dianggap sebagai
kebaikan.

vi. Kebaikan dan Keburukan


Menurut Imam al-Ash’ari, kebaikan adalah setiap sesuatu yang diperintahkan oleh Allah.
Ia bukan sahaja merupakan satu kewajiban, akan tetapi setiap apa yang tidak ditegah dan
tiada larangan yang tegas ke atasnya juga adalah merupakan satu kebaikan. Manakala
bagi keburukan pula, ianya adalah setiap sesuatu yang telah dilarang oleh Allah SWT.

vii. Pembaharuan Alam


Bagi al-Ash’ari, alam merupakan sesuatu yang baru dan tiada yang kekal selain daripada
Tuhan. Perkara ini disandarkan kepada perubahan yang berlaku terhadap sesuatu benda
yang dapat dilihat setiap perbezaannya. Perkara inilah yang menjadi bukti terhadap
pembaharuan alam.

viii. Dosa Besar

4
Menurut Imam al-Ash’ari, iman seseorang itu akan tetap ada dalam diri seseorang selagi
mana mereka masih mengakui dan membenarkan kewujudan Allah dan Rasul-Nya.
Baginya, apabila orang beriman itu melakukan dosa besar, mereka tetap dianggap orang
mukmin. Manakala pengampunan terhadap dosa besar tersebut, diserahkan sepenuhnya
kepada Tuhan sama ada akan diampunkan ataupun tidak.

6.0 CIRI-CIRI FAHAMAN ALIRAN ASHA’IRAH

Terdapat tiga kategori yang terkandung dibawah mazhab asy’airah. Kategori ini boleh
menjadikan kesemua fahaman aliran Asya’irah, pegangan sebahagian besar atau hanya pegangan
tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan mereka. Oleh itu, tiga kategori yang disebutkan itu ialah
ciri-ciri umum, ciri-ciri khusus dan ciri-ciri separa. Sepertimana yang disebutkan, ciri-ciri umum
ialah hal-hal yang membezakan mazhab Asya’airah dengan mazhab-mazhab yang lain. Ia juga
turut menjadi titik persamaan kepada kesemua fahaman aliran Asya’irah tidak kira di mana
sahaja mereka berada dan bila-bila masa. Ciri-ciri umum ini juga ia merangkumi ijmak-ijmak
Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam menyelesaikan masalah akidah seperti yang dinyatakan oleh
Syeikh Dhiya’ Al-Din Abu Najib Abdul Qahir bin Abdullah Al Suhrawardi Al-Syafie (w. 563H/
1168M) sepertimana yang terkandung di dalam karya beliau.

Seterusnya adalah ciri-ciri khusus. Ciri-ciri ini merupakan perkara yang menjadikan titik
persamaan kebanyakan majoriti fahaman aliran Asya’irah itu sendiri. Ciri khusus ini juga
menjadi satu keistimewaan bagi fahaman aliran Asya’irah di tempat atau daerah yang tertentu.
Seperti contoh, mazhab Asya’irah di Maghribi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri
yang tidak terdapat di Andalus dan di Timur Tengah dunia Islam. Selain itu, ciri-ciri yang mejadi
keistimewaan dalam fahaman aliran Asya’irah ini ialah ia berlaku pada tempoh dan pada waktu
terentu. Contohnya, sepertimana yang berlaku dan terdapat pada zaman pemeritahan dinasti
Muwahuddin, tetapi keistimewaan pula tidak terdapat pada zaman Mariyyin, Watthasiyyin dan
zaman-zaman lain. Ciri-ciri golongan fahaman aliran Asya’irah ini biasanya disifatkan kepada
Al-asya’irah itu sendiri. Walaubagaimana pun, mereka sudah terbiasa dengan konsep tersebut,
tetapi mereka tidak kelihatan berpegang kepada ajaran tersebut, al-asya’irah ini menekankan
bahawa orang Islam yang berdosa besar tetap mu’min tetapi akan menerima hukuman azab api
neraka.

5
Ciri-ciri ketiga iaitu ciri-ciri separa. Ciri-ciri membawa maksud keseluruhannya sebagai
“Ikhtiyarat kalamiyyah” atau ijtihad-ijtihad ilmu kalam yang menjadi pegangan kepada beberapa
tokoh ilmu kalam Asya’irah dan membentuk pemikiran akidah mereka. Fahaman aliran Al-
asya’irah mengatakan bahawa al-Quran adalah Kalam Allah dan Kalam Allah itu adalah qadim.
Mereka juga berpendapat bahawa melihat Allah di akhirat adalah suatu hakikat yang perlu di
lalui.

6.1 MEMBAHAGIKAN JALAN PEMBUKTIAN (ISTIDLAL) KEPADA 4 JALAN

Justeru, terdapat juga di dalam konteks ciri-ciri fahaman aliran Al-asya’irah ini
yang menyentuh tentang ciri-ciri umum berkaitan tentang isi akidah iaitu membahagikan
jalam pembuktian iaitu istidlal kepada 4 jalan iaitu yang pertama membuktikan
kewujudan yang qadim dengan berdalilkan perkara yang qadim. Sepertimana Allah
Taalah telah berfirman dengan membuktikan bahawa Dia Maha Mendengar dan Maha
Melihat dengan berdalilkan firmannya "‫"وهو السميع العليم‬. Seterusnya ialah membuktikan
kewujudan yang baharu dengan berdalilkan perkara yang baharu. Seperti contoh dengan
membuktikan bahawa jauhar adalah perkara baharu dengan berdalilkan ‘aradh yang
besifat baharu. Pembuktian jalan yang ketiga ialah dengan membuktikan kewujudan yang
qadim dengan berdalilkan perkara yang baharu. Sebagai contoh membuktikan kewujudan
Allah Taala yang qadim dengan berdalilkan jauhar dan ‘aradh yang mana-mana kedua-
duanya adalah bersifat baharu. Pembuktian jalan (istidlal) yang keempat adalah dengan
membuktikan kewujudan yang baharu dengan berdalilkan perkara yang qadim, sebagai
contoh ini adalah jalan para sufi sepertimana yang terdapat pada himpunan kata-kata
Imam Ibn ‘Athoillah Al-Sakandari dalam bahagian munajat dari Kitab Al-Hikam.
Dibawah ini ialah kata-kata Al-Hikam dalam Iqaz Himam Fi Syarh Al-Hikam, Ibn
Ajibah, Dar Fikr jilid 434.

‫إهلي! كيف يُستدل عليك مبا هو يف وجوده مفتقر إليك؟! أيكون لغريك من الظهور ما ليس لك حىت‬
‫يكون هواملظهر لك؟! مىت غبت حىت حتتاج إىل دليل يدل عليك؟! ومىت بعدت حىت تكون اآلثار هي اليت توصل‬
‫إليك؟‬
Maksudnya:

6
Tuhanku, bagaimanakah kewujudan-Mu ditu dapat dibuktikan dengan sesuatu yang
memerlukan-Mu untuk wujud? Adakah yang selain-Mu itu mempunyai kezahiran yang
tidak ada pada-Mu sehingga dia menjadi penzahir diri-Mu? Bilakah Engkau menghilang
sampaikan Engkau memerlukan petunjuk yang menunjukkan kepada kwujudan-Mu
Bilakah Engkau menjauh sehingga makhluk-makhluk yang merupakan tanda kekuasaan-
Mu menjadi penyampai kepada-Mu?

6.2 IMAN, MAKRIFAH DAN NAZHAR

Ciri-ciri yang menyentuh akidah dalam fahaman aliran Asya’irah ini ada tiga iaitu
iman, di mana syarat sahnya adalah berdasarkan makrifan. Ciri yang kedua menyentuh
tentang makrifah, di mana syarat sahnya perlu berdasarkan nazhar dan ciri yang ketiga
ialah nazhar di mana syarat sahnya pula berdasarkan qasd manakala qasd pula syarat sah
pensyaratannya adalah berdasarkan pendapat Imam Al-Juwaimi. Isi akidah yang pertama
adalah iman. Makna iman di sisi Asya’irah adalah membenarkan dengan hati semata-
mata. Selain itu, memgungkapkan kalimah syahadah hanyalah syarat untuk
membolehkan hukum-hakam syariat Islam dilaksanakan ke atas setiap orang dan ia
bukanlah syarat sah iman. Namun, sehubungan dengan itu, dalam erti kata lain, orang
yang telah membenarkan dengan hatinya bahawa Allah adalah Tuhan dan Muhammad
SAW itu adalah rasul, tetapi dia tidak mengucapkan dua kalimah syahadah secara
kebetulan, bukan kerana atas dasar disuruh atau dipaksa, maka dia adalah seoarang
mukmin yang selamat di akhirat kelak, manakala di dunia pula dia tidak dikebumikan di
perkuburan Islam dan tidak dilaksanakan apa-apa hukum-hakam syariat keatasnya.
Namun, iman juga boleh disebut bagi pengucapan kalimah syahadah dan amal perbuatan
tubuh badan haruslah atas dasar menamakan perkara yang disyarati dengan nama syarat,
menemakan dalil dengan nama madlul dan menamakan akibat dengan nama sebab.

Seterusnya ialah makrifah, makrifah merupakan syarat sah iman kerana yang
dituntut dalam iman adalah keyakinan yang bertepatan dengan alam realiti yang didapati
melalui bukti iaitu dalil. Terdapat beberapa perkara yang terkeluar dan terkecuali
daripada kategori keyakinan iaitu zhan yang bermaksud andaian yang kuat, syak
bermaksud persamaan dua andaian dan ketiga wahami yang bermaksud andaian yang

7
marjuh iaitu makna yang kuat. Ketiga-tiga kategori ini tidak terpakai alam akidah
berdasarkan ijmak Asya’irah. Ciri-ciri ketiga yang menyentuh tentang isi-isi akidah ialah
nazhar, ia merupakan syarat sah makrifah kerana dengan berdasarkan makrifah seseorang
dapat keluar dari daerah taqlid yang terjadi perbezaan pendapat ulama’ berkenaan
kesahihan iman orang yang bertaqlid. Dengan adanya nazhar juga seseorang dapat
mencapai makrifah yang telah disepakati kesahihan iman orang yang beriman di atas
jalan makrifah. Perkataan nazhar yang dimaksudkan di sini ialah bukanlah nazhar tafsili
seperti yang dilakukan oleh para muta’allimun, sebaliknya yang dimaksudkan adalah
nazar ijmali.

6.3 SIFAT-SIFAT ILAHIYYAH

Ada pun ciri-ciri fahaman aliran Asya’irah ini menyentuh tentang hsifat-sifat
ilahiyyah serta pembahagiannya di sisi Asya’irah dan terbahagi kepada empat iaitu yang
pertama nafsiyyah, iaitu sifat yang terdapat di bawh nafsiyyah adalah wujud (ada). Sifat
ilahiyyah yang kedua adalah salbiyyah, sifat yang tergolong dibawahnya adalah qidam
(terdahulu), baqa’ (kekal), mukhalafatuhu lil hawadisi (yang berbeza dengan
makhluknya), qiyamuhu, binafsihi (berdiri dengan sendirinya) dan wahdaniyyah (yang
Esa). Sifat yang seterusnya, ma’ani. Sifat yang terkandung di bawahnya pula ialah
qudrah (kuasa), iradah (berkehendak), ilm (yang mengetahui), hayah (hidup),
sama’(mendengar), basar (melihat) dan kalam (berkata-kata). Sifat ilahiyyah yang
terakhir adalah ma’nawiyyah dan sifat yang berada di bawahnya ialah kaunuhu qadiran
(keadaan-Nya yang berkuasa), kaunuhu mudiran (keadaan-Nya yang berhak
menentukan), kaunuhu aliman (keadaan-Nya yang mengetahui), kaunuhu hayyan
(keadaan-Nya yang hidup), kaunuhu sami’an (keadaan-Nya yang mendengar), kaunuhu
basiran (keadaan-Nya yang melihat) dan mutakalliman (keadaan-Nya yang berkata-
kata).

Secara zahirnya, masih terdapat kehilafan antara Asya’irah dalam menetapkan


sifat ma’nawiyyah, namun hakikatnya mereka semua bersetuju dengan sifat tersebut. Ini
kerana fahaman aliran Asya’irah ini yang menetapkan 7 sifat ma’nawiyyah dan
berpendapat sedemikian kerana sifat-sifat ini adalah ahwal. Ahwal ini adalah sfat yang

8
berbeza dengan sifat ma’ani, makai a mestilah ditetapkan sebagai sifat. Seterusnya ialah
asya’irah yang tidak menetapkan 7 sifat ma’nawiyyah pula berpendapat bahawa ahwal
adalah umur I’tibariyyah, ianya hanya boleh difahami di dalam fikiran namun tidak ada
pada realitinya. Kesimpulannya, ulama’ yang menetapkan ahwal mengatakan bahawa
sifat ma’nawiyyah adalah sifat, sepertimana sifat ma’nawiyyah juga adalah sifat
manakala ulama’ yang menolak ahwal pula tidak lah menolak makna yang difahami daari
sifat-sifat ma’nawiyyah ini. Tetapi mereka berpendapat ia tidak perlu dinyatakan sebagai
sifat kerana ia hanyalah umur ittibariyyah dan idhafiyyah sahaja.

6.4 SIFAT-SIFAT KESEMPURNAAN TUHAN

Asya’irah beriktikad bahawa segala sifat kesempurnaan adalah wajib bagi Allah
serta sifat kesempurnaan ini tidak terbatas. Asya’irah mengatakan wajib tanzih Allah dari
kesemua lawan bagi sifat-sifat ini yang mustahil bagi-Nya. Mereka mempercayai Tuhan
mempunyai sifat yang kekal (qadim) seperti mengetahui, melihat, berkata-kata dan
dengan sifat-sifat itulah Tuhan mengetahui, melihat dan berkata-kata. Selain itu,
Asya’irah mengatakan bahawa Allah mempunyai dan dua tangan serta dua mata. Mereka
turut menjelaskan bahawa sifat itu adalah sifat-sifat sebenar yang keadaannya tidak
diketahui dengan tepat. Beliau mengganggap “Allah duduk di atas “arasy” juga dalam
bentuk yang sama. Justeru, mereka juga menegaskan kekuasaan (qudrah) Allah, semua
perkara sama ada baik mahupun sebaliknya adalah semuanya dikehendaki oleh Allah dan
Dialah yang menjadikan perbuatan manusia dengan menjadikan dalam diri manusia.
Disamping itu, sifat-sifat kesempurnaan Allah yang kita buktikan dengan dalil akal dan
naqli hanyalah ada 20 sifat sahaja. Kemudia, 20 sifat ini wajib diketahui secara lebih
terperinci manakala kesemua sifat kesempurnaan yang selebihnya yang wajib bagi Allah
namun kita tidak dapat mengetahauinya kerana ketiadaan dalil, maka kita dengan sifat-
Nya yang secara umum 20 sifat itu sahaja.

6.5 ALLAH TAALA MENJADIKAN SEMUA PERKARA DENGAN KEHENDAK DAN


KETENTUANNYA

9
Sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa semua perkara yang terjadi dalam
kehidupan kita kesemua atas kehendaknya. Asya’irah mereka berpendapat bahawa semua
perkara yang wujud pada asalnya boleh jadi wujud dan boleh jadi sesuatu itu tidak wujud,
boleh jadi ia wujud dengan saiz ukuran, kadar dan sifatnya ketika ini dan boleh jadi juga
ia wujud dengan, kadar dan sifat yang lain. Oleh itu, yang menentukan kewujudan atau
ketiadaan hal, menentukan kadar ukuran serta sifatnya adalah berdasarkan kehendak-Nya
yang didaari ilmu-Nya yang azali serta tiada permulaan dan tiada pengakhiran kerana
sifat Allah itu adalah kekal abadi buat selama-lamanya. Justeru, pengingkaran terhadap
hakikat ini akan membawa kepada penolakan sifat qudrah dan iradah yang azali dan
membawa kepada kepercayaan bahawa alam ini qadim serta kepercayaan ini akan
menyebabkan salah satu daripada tiga perkara yang terlarang. Seterusnya, kepercayaan
alam qadim membawa kepada penciptaan berdasarkan ‘illah iaitu dengan erti kata lain
sesuatu perkara wujud kerana ada perkara yang lain tanpa perlu bergantung kepada
kehendak perkara lain tanpa perlu bergantung kepada syarat dan mawani’. Seterusnya,
penciptaan secara tabii membawa maksud sesuatu perkara wujud kerana ada perkara
yang lain tanpa perlu bergantung kepada kehendak perkara yang lain itu. Namun dasar
kewujudannya bergantung kepada syarat dan mawani’. Kepercayaan qadim yang ketiga
ialah penciptaan melalui quwwah muda’ah iaitu kekuatan yang dijadikan oleh Allah
dalam diri makhluk. Dengannya makhluk dapat mewujudkan jurang tentang hal dan
memberi kesan kepada perkara lain. Maka, jika ia dicabut dari dalam diri makhluk itu
maka dia tidak dapat mewujudkan apa-apa.

Namun, terdapat perbezaan antara ‘illah dan tabii’ah adalah pada keperluan
kepada syarat dan mawani’. ‘iilah ini sifatnya tidak bergantung kepada kedua hal ini
manakala tabiiah bergantung kepada kedua-duanya. Dalam pada itu, ‘illah yang disebut
oleh ahli sunnah wal jamaah dalam penulisan mereka bukanlah dengan erti yang
dikatakan oleh ahli falsafah ini. Tetapi, sebaliknya ia bererti talazzum antara dua perkara
sama ada dari segi akal, syara’ atau adat. Walaubagaimana pun orang yang berpegang
dengan pendapat ketiga mengatakan quwwah muda’ah dijadikan oleh Allah tetapi
alasannya tidak dapat mengeluarkannya dari kebatilan. Oleh kerana itu, jika ada
sebahagian perkara yang hanya dapat terjadi dengan perantaraan quwwah muda’ah, maka

10
ini bererti Allah perlu kepada perantaraan quwwah tersebut untuk menjadikan perkara
tersebut. Ini cukupmuntuk menunjukkan kelemahan dan keperluan kepada yang lain.

6.6 ALLAH TAALA MENJADIKAN SEMUA PERBUATAN PARA HAMBA

Setiap makhluk yang Allah jadikan di atas muka bumi semuanya ke atas kehendak-Nya
daripada permulaan perjalanan hidup seseorang itu sehingga ke akhir hayatnya dan sudah tercatat
di luh mahfuz lagi. Disini selain daripada menceritakan tentang fahaman aliran Asya’irah ada
juga menerangkan serab sedikit tentang aliran Jabariyyah. Fahaman aliran ini berpendapat
bahawa semua perbuatan hamba yang terjadi adalah dengan qudrah Allah sahaja dan mereka
mengganggap tiada qudrah yang baharu bagi setiap makhluk. Seterusnya, bagi fahaman aliran
Asya’irah itu sendiri berpendapat bahawa semua perbutan hamba yang terjadi dengan qudrah
Allah dan perbuatan ikhtiyari makhluk yang disertai qudrah yang baharu tanpa memberi kesan
dengan mewujudkan perkara yang lain sama ada secara mubasyarah atau tawallud. Menurut Al-
Subki, Abu Hassan Al-Asya’irah tidak menciptakan pendapat-pendapat atau dengan kata-kata
lain, akidah-akidahnya tetapi beliau sebagai muqarrir mazhab Al-Salaf yang berpegang teguh
dengan menggunakan metodologinya dalam megemukakan dalil dan hujah. Jikalau secara
realitinya terhadap pemikiran al-Asya’irah dalam persoalan akidah jelas kelihatan ia merupakan
hasil kombinasi pendapat-pendapat yang diambil daripada pelbagai sumber. Fahaman terakhir
yang dibincangkan ialah Qadariyyah Mu’tazilah, iaitu mereka mengatakan bahawa semua
perbuatan ikhtiyari terjadi dengan yang baharu sahaja serta ianya terjadi secara mubasyarah atau
tawallud. Al-asya’irah memang terbukti menolak keras pendapat Mu’tazilah secara menyeluruh.
Jadi, pendapat Mu’tazilah secara umumnya tidak ditemui dalam pemikirannya. Walaubagaimana
pun, oleh kerana pada masa perkembangan pemikiran dan akidah sedang dalam proses
pengukuhannya, bahawa beliau dikatakan sebagai seorang al-Jabariyyah. Ini kerana al-Asy`ari
mempunyai pendapat-pendapat tertentu yang sama dengan pendapat-pendapat yang dipegang dan
diyakini oleh mazhab-mazhab tersebut. Mungkin perkara ini berlaku kerana al-Asy`ari terlibat
dalam pemikiran golongan tersebut dan mengambil mana-mana pendapat yang dipersetujuinya
ataupun pendapatnya itu adalah pendapatnya sendiri dan secara kebetulan bersamaan dengan
pendapat-pendapat mereka.

Kata dasar hamba ini secara zahirnya bermaksud merdeka batinnya terpaksa. Ayat
terpaksa yang disebut itu ialah bermaksud hamba yang terpaksa kerana semua yang terjadi bukan
dengan kuasanya. Ianya bagaikan bekas bagi curahan hawadis dan a’radh. Allah Taala

11
menjadikan pada dirinya apa yang Allah kehendaki. Tidak ada yang mencegah-Nya, dan tiada
pula yang membantu, tiada yang menasihati dan tiada juga yang menjadi pengganti bagi mencipta
perbuatan hamba-Nya. Namun, hamba merdeka kerana sunnatullah dalam kehidupan dunia ini
adalah Allah yang akan menjadikan perbuatan yang disukai dan menjadi kecenderungan hamba
tersebut. Allah tidak menjadikan perbuatan yang dibenci hamba tersebut tetapi Allah menjadikan
perbuatan hamba tersebut apabila keazaman, kehendak dan tekad seseorang hamba tersebut. Oleh
itu, secara zahirnya, hamba tersebut bebas dan berkuasa melakukan atau meninggalkan sesuatu
perbuatan, namun secara batin semuanya yang terjadi adalah dengan izin dan kuasa Allah.

6.7 TIDAK WAJIB KE ATAS ALLAH TAALA MELAKUKAN SESUATU PERKARA


PUN

Secara akal, Allah Taal tidak wajib memberi ganjaran pahala kepada hamba yang taat dan tidak
wajib memberi balasan seksa kepada hamba yang derhaka. Dia adalah juga bagi seluruh semesta
alam yang berhak melakukan apa-apa sahaja dan semua kebaikan yang dijadikan kepada hamba
adalah dari kepermurahn-Nya manakala semua keburukan yang menimpa adalah dari keadilan-
Nya. Imam Al-Bakki Al-Kumi berkata:

‫ وما فيه من تعذيب أو ابتالء أو‬،‫”فجميع ما فعل ممل فيه لطف بعبده فمحض فضل وكرم وإحسان منه إليه‬

‫ إذ ال جيب على هلال تعاىل فعل‬.‫ "ومن اجلائزات خلق األعمال‬.‫ ولو شاء لعكس‬.‫تضييق فمحض عدل منه إليه‬
‫ ال يسأل عما يفعل‬.‫ خيص من يشاء مبا شاء‬.‫ فالثواب منه فضل والعقاب منه عدل‬.‫وال يتحتم عليه ثواب وال عقاب‬
‫وهم يسألون‬."

Maksudnya:

“Antara perkara yang harus bagi Allah adlah menjadikan amalan-amalan para hamba
kerana tiada perbuatan yang wajib ke atas Allah. Tiada kewajipan memberikan ganjaran
pahala dan balasan dosa. Maka, ganjaran pahala dari-Nya adalahsuatu pemberian
manakala balasan dosa adalah satu bentuk keadilan, dia memberikan kepada sesiapa yang
Dia kehendaki apa-apa sahaja yang dia kehendaki. Dia tidak ditanya sedangkan mereka
lah (para hamba) yang akan ditanya (segala perbuatannya).

12
6.8 AMALAN HAMBA BUKANLAH ‘ILLAH YANG MEWAJIBKAN DOSA DAN
PAHALA KE ATASNYA

Berhubung dengan aspek pemikiran al-Asya’irah ini, nereka tidak banyak yang diketahui
tentang pemikiran al-Asya’irah dalam setengah abad selepas kematian pengasasnya.
Golongan al-Asya’irah berpegang kepada slogan dan prinsip “mengikut sunnah adalah
lebih baik daripada melakukan bid’ah”. Mereka berpegang kepada sumber-sumber yang
sahih seperti sumber al-Quran, al-Sunnah, sahabat Rasulullah, para tabiin dan ahli al-
Hadith. Golongan tersebut tidak begitu memberikan perhatian dan penekanan kepada
akal, berbanding dengan Mu’tazilah atau mauturidiyyah. Ini terdapat pada hadis-hadis
seperti:

)‫اعملوا فكل ميسر لما خلق له (رواه البخاري والترمذي‬ 


.‫ إال أن يغمدني هلال برحمته‬،‫ وال أنا‬:‫ وال أنت يا رسول هلال؟ قال‬:‫ قالوا‬.‫لن يدخل الجنة أحد بعمله‬ 

Maksudnya:
Telah berkata Imam Al-Bakki Al-Kumi: “iktikad ini merupakan salah satu perkara yang
disepakati oleh Ahl Sunnah Wal Jamaah. Kesimpulannya, kata-kata syarak telaj sepakat
menyatakan bahawa bergantung harap kepada amalan merupakan syirik khafi iaitu syirik
yang tidak. Kalau lah amalan merupakan suatu perkara yang wajib. Perkara yang wajib
itu sudah pasti tidak dituntu agar ditinggalkan, sedangkan syirik adalah perkara yang
dituntut agar ditinggalkan.

6.9 ALLAH TAALA MENJADIKAN SESUATU KERANA TUJUAN

tujuan yang dimaksudkan di sini adalah “sebab yang dikehendaki oleh sang pencipta
disebalik ciptaanya kerana sebab tersebut dapat memberikan kesempurnaan kepada
dirinya atau dapat mencegah kekurangan dari dirinya”. Tujuan ini turut menjelaskan
mustahil bagi Allah Taala kerana ia akan menyebabkan Allah memerlukan perkara lain
untuk menjadi sempurna atau untuk mencegah kekurangan dari-Nya. Tujuan di dalam
konteks ini dalam kata erti kata lain ialah bukanlah perkara yang mustahil, iaitu tentang
sesuatu perkara yang terdapat di sebalik ciptaan atau hukum yang djadikan bahkan semua
yang Allah Taala jadikan pasti mempunyai hikmah disebaliknya walaupun akal kita tidak

13
dapat mengetahuinya dan semua perkara yang telah berlaku, sedang berlaku mahupun
telah berlaku semuanya telah tercatat di luh mahfuz lagi dan kita sebagai umat Islam
perlulah percaya kepada rukum iman serta qada’ dan qadar.

6.10 IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

Di sisi fahaman aliran Asya’irah mereka berpendapat bahawa sifat manusia itu imannya tidak
bertambah dan tidak berkurang. Ini kerana iman adalah sifat yang tidak boleh diabahagi-
bahagikan. Jika ia boleh dibahagikan dan boleh dikurangkan sudah pasti lawan iman akan
menggantikan bahagian yang berkurang tersebut. Kita sebagai umat Islam perlu tahu bahawa
lawan kepada iman adalah kufur. Ini bererti iman dan kekufuran boleh berada dalam diri
seseorang pada satu masa dan hal ini sudah jelas mustahil. Jadi, jika hal ini mustahil, maka
musathil juga untuk berlaku penambahan dan pengurangan iman kepada seseorang. Disamping
itu, ulama’ juga mengatakan iman bertambah dan berkurang bermaksud bahawa penambahan dan
pengurangan boleh berlaku pada kata-kata dan amalan yang merupakan iman secara majazi
seperti yang telah dinyatakan.

6.11 MENGGANTIKAN IMAN KEPADA KEHENDAK ALLAH

Ciri-ciri yang menyentuh isi akidah yang seterusnya ialah menggantungkan iman kepada
kehendak Allah iaitu dengan mengatakan kata-kata “saya seorang mukmin insha Allah”.
Keharusan untuk menyebut kata-kata itu adalah pendapat Asya’irah manakala
Maturidiyyah pul berpendapat kata-kata ini tidak boleh diungkapkan dan sepatutnya
orang tersebut berkata “saya seorang mukmin secara pasti”. Perbezaan pendapat ini
hanyalah perbezaan secara lafaz kerana Asya’irah melihat penghujung hidup seseorang
itu yang hanya diketahui Allah. Justeru, Maturidiyyah melihat akan keadaan mukmin
pada masa kata-kata tersebut diungkapkan ketika orang tersebut sudah pasti dalam
keadaan beriman. Jika tidak, maka dia seorang yang syak, kafir dan lagi meragukan. Jika
tidak syak, dan bahkan yakin dengan keimanannya, maka tidak sepatutnya untuk
menggantungkan keimanannya sebegitu walaupun hanya untuk bertabarruk dengan kata
“insha Allah” kerana ia memberikan sangkaan yang buruk bahawa dia seorang yang syak
lagi meragukan dalam setiap perbuatannya.

14
6.12 KEBAHAGIAAN DAN KESENGSARAAN

Berkaitan ciri-ciri yang menyentuh soal akidah tentang kebahagiaan dan


kesengsaraan adalah ada terdapat masalah kekhilafan antara fahaman aliran Asya’irah
dan Maturidiyyah. Aliran Asya’irah berpendapat bahawa “setiap orang yang sengsara
tidak akan Bahagia selamanya”. Manakala Maturidyyah pula berpendapat bahawa “orang
yang Bahagia boleh sengsara, orang yang sengsara boleh Bahagia”. Kekhilafan yang
berlaku ini hanyalah secara lafaz kerana Maturidiyyah melihat keadaan hamba sekarang
ini yang boleh berubah-ubah. Ada pun, orang yang beriman boleh menjadi murtad
dengan sekelip mata tanpa disedari manakala orang kafir pula yang boleh jadi beriman.
Secara tuntasnya, kita sebagai umat Islam yang tahu serba serbi tentang hukum hakam
Allah senantiasalah menjaga setiap perkataan dan pertuturan di dalam perbicaraan serta
tidak menyutukan Allah dalam perbuatan. Asya’irah melihat kepada kebahagiaan di
akhirat yang hanya diketahui oleh Allah Taala. Antara dalil mereka yang terdapat di
dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

6.13 TAHSIN, TAQBIH SECARA SYARA’ DAN IMAMAH

Imam Ibn Juzay menyatakan bahawa istilah baik dan buruk itu boleh digunkan
untuk 3 makna, pertama baik adalah perkara yang bertetapan dengan tabiat dan ujian
serta buruk kepada sesuatu lawannya. Kedua, sifat baik ini adalah satu sifat
kesempurnaan manakala sifat buruk pula adalah sifat kekurangan. Ketiga, baik adalah
satu sifat yang dipuji oleh Allah, dan sifat buruj yang dikeji oleh Allah diberi balasan.
kedua-dua makna yang dinyatakan di atas ini telah disepakati bahawa kedua-duanya tidak
bergantung kepada pemberitahuan daripada syarak. Seterusnya, dari segi makna yang
ketiga pula tidak dapat diketahui melainkan dalam syara’ inilah pendapat Asya’irah dan
hal ini berbeza dengan pendapat Mu’tazilah yang mengatakann bahawa ia dapat diketahui
dengan akal. Akhir sekali adalah berkaitan dengan imamah dan terdapat tiga perkara
penting di bawahnya. Mengikut pendapat mazhab Asya’ari ianya wajib secara syara’
tetapi bukan secara kekal. Seterusnya, mengikut pendapat mazhab imamiyyah,
ismailiyyah, mu’tazilah dan zaidiyyah adalah wajib secara akal tetapi bukan secara

15
syara’. Akhir sekali menurut pendapat Al-Jahiz dan Abil Husain Muhammad bin Ali Al-
Thoyyib Al-Basri adalah wajib secara dan juga syara’.

16
PERINGKAT PEMIKIRAN AL-ASHA’IRAH

Imam al-Ash’ari adalah seorang tokoh besar bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Terdapat beberapa pihak yang berusaha ingin menyatakan bahawa pegangan aliran mereka
itu mempunyai persamaan dengan aliran pegangan Imam al-Ash’ari. Ibn Taymiyyah (m.
728H) mengatakan bahawa Imam al-Ash’ari ini telah melalui tiga peringkat dalam pemikiran
yang matang. Al-Zabidi (1989: 2/4-2/8) pula menyokong pernyataan yang dikeluarkan oleh
Ibn Taymiyyah akan tetapi al-Zabidi ingin memberi tahu bahawa Imam al-Ash’ari hanya
melalui dua peringkat sahaja dan beliau bersama Ahl al-Sunnah wa al’Jama’ah.

Menurut kajian Wahab, M. R., & Omar, S. H. S. (2013) pada peringkat awal iaitu
peringkat yang pertama menyatakan bahawa Imam al-Ash’ari ini masih berada dalam
Muktazilah sehingga beliau berumur 40 tahun. Pada peringkat kedua pula ada yang
mengatakan Imam al-Ash’ari keluar daripada Muktazilah untuk mengikut pegangan Ibn
Kullab (m. 240H) dan pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat yang ketiga ada juga
yang menyatakan Imam al-Ash’ari mengarang karyanya al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah
kerana keluar daripada mengikut pegangan Ibn Kullab untuk kembali kepada Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah.

Kisah Imam al-Ash’ari melalui tiga peringkat pemikiran tidak pernah disebutkan oleh
mana-mana tokoh ulama silam selepas Imam al-Ash’ari. Tokoh-tokoh tersebut tidak
mungkin untuk bersepakat atau sengaja melupakan kisah ini jika benar Imam al-Ash’ari telah
melalui tiga peringkat pemikiran memandangkan beliau merupakan seorang ulama yang
sangat masyhur untuk dijadikan tempat rujukan (Hamda al-Sinan & Fauzi al-Anjari 2006:
45). Terdapat tokoh-tokoh yang yang tidak sependapat dan mengatakan bahawa Imam al-
Ash’ari ini telah melalui tiga peringkat kematangan pemikiran. Menurut Ibn Khaldun (t.th:
3/1088) pula, setelah Imam al-Ash’ari berpaling daripada Muktazilah, beliau telah mengikut
tokoh-tokoh salaf daripada kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah seperti Ibn Kullab, al-
Muhasibi dan al-Qalanisi.

Antara penulisan Ibn al-‘Asakir yang dinukilkan daripada Abu Bakar Ibn Furak
bahawa Imam al-Ash’ari hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja iaitu Mu’tazilah dan
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah (Ibn al-‘Asakir 1347H: 127). Ini merupakan salah satu riwayat
yang sampai kepada umat Islam pada hari ini. Pernyataan tersebut dapat menyatakan bahawa

17
Imam al-Ash’ari ini hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja. Namun begitu, terdapat
kenyataan yang mengatakan ketika Imam al-Ash’ari bersama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah,
menurut al-Zabidi, beliau berpegang kepada takwil Khalaf pada awalnya dan tafwid Salaf
pada akhirnya. Perkara ini berlaku disebabkan perselisihan ulama dalam menentukan karya
Imam al-Ash’ari sewaktu awal dan akhir semasa hidupnya beliau.

Seterusnya, perkara ini menjelaskan berkaitan Imam al-Ash’ari pada peringkat kedua
yang mengatakan bahawa beliau keluar daripada Muktazilah untuk mengikut pegangan Ibn
Kullab (m. 240H). Terdapat ulama yang mengatakan bahawa Ibn Kullab ini merupakan salah
seorang ahli bid’ah dan beliau juga menolak pandangan Muktazilah. Menurut kajian Wahab,
M. R., & Omar, S. H. S. (2013) ada juga yang berpendapat menyatakan bahawa Imam Al-
Ash’ari meninggalkan Muktazilah ketika beliau berumur 40 tahun. Hal ini kerana berlaku
perselisihan pendapat dengan seorang gurunya yang bernama al-Jubba’I mengenai perbuatan
yang dilakukan oleh Allah melalui konsep al-salah wa al-aslah. Oleh sebab itu. Imam al-
Ash’ari meninggalkan Muktazilah disebabkan keraguan dan pandangan gurunya serta
meninggalkan murid-muridnya yang ramai dalam meneruskan penyebaran aliran Asha’irah.

Kajian berkaitan Imam al-Ash’irah ini perlu diteliti dengan lebih mendalam supaya
penjelasan dapat dilakukan dengan lebih baik. Hal ini kerana, jika dirujuk kepada tarikh surat
Imam al-Ash’ari kepada Ahl al-Thaghr (berdasarkan karya Risalah Ila Ahl al-Thaghr) iaitu
pada tahun 297H, menunjukkan bahawa Imam Al-Ash’ari pada ketika itu berumur 37 tahun
setelah dibandingkan dengan tahun kelahiran beliau 260H. Ini bermaksud Imam al-Ash’ari
telah meninggalkan Muktazilah sebelum atau sekurang-kurangnya berumur 37 tahun lagi
memandangkan karya tersebut bukan karya terawal beliau setelah meninggalkan Muktazilah
(al-Ash’ari 2002: 105; 131).

Walau bagaimanapun, sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan


bahawa bahawa Ibn Kullab telah menyimpang daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Hal
ini disebabkan oleh perselisihan yang berlaku di antara beliau dengan Imam Ahmad bin
Hanbal berkaitan dengan cara bacaan al-Quran seseorang manusia itu dianggap sebagai
makhluk atau tidak. Namun, Ibn Kullab serta ulama lain seperti al-Karabisi, al-Muhasibi, al-
Qalanisi, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain memberitahu bahawa bacaan itu adalah makhluk,
sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pendiriannya dan menegaskan bacaan itu

18
bukan makhluk. Oleh sebab itu, sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal mendakwa
bahawa Ibn Kullab adalah ahli bidaah Muktazilah.

Terdapatnya pernyataan bahawa kandungan karya al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah


adalah mengikut pegangan Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ibn Kullab sebagaimana yang
dilaporkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani (al-Ash’ari 1977: 2/20; al-‘Asqalani (4256) 2002:
4/487). Imam Ahmad bin Hambal menafsirkan berkaitan nas sifat mutashabihat merupakan
lafaz ja’a (datang tuhan) ditafsirkan sebagai datangnya pahala dari tuhan. Hal ini menyatakan
bahawa metod ini bukan sesuatu yang baru dikenali pada zaman Khalaf (Ibn Kathir 1998:
14/386). Sekiranya Imam al-Ash’ari ini menggunakan kedua-dua cara sama ada tafwid atau
takwil, perkara tersebut masih bertepatan dengan pendirian ulama Salaf seperti Imam Ahmad
bin Hanbal.

Kajian Wahab, M. R., & Omar, S. H. S. (2013), ini juga mengatakan bahawa
menurut al-Kawthari (2009: 62), penulisan Imam al-Ash’ari paling awal setelah beliau keluar
daripada Muktazilah ialah al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, sedangkan al-Luma’ fi al-Rad ‘ala
Ahl al-Zaygh wa al-Bid’a dan pernyataan ini disokong oleh Hamudah Gharabah (pentahqiq
al-Luma’ fi al-Rad ‘ala Ahl al-Zaygh wa al-Bid’a). Hal ini kerana, gaya penulisan yang
ditulis oleh Imam al-Ash’ari menunjukan dengan jelas bahawa beliau baru meninggalkan
Mu’tazilah. Kemudian, dalam karya terakhir beliau al-Kawthari berpendapat bahawa al-
Luma’ fi al-Rad ‘ala Ahl al-Zaygh wa al-Bid’a adalah karya terakhir Imam al-Ash’ari. Hal
ini kerana, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam karya tersebut memperlihatkan
tentang keilmuan dan kematangan dalam melakukan karya tersebut dalam menggabungkan
beberapa dalil naqli dan ‘aqli (Hamudah Gharabah 1955: 7).

Dakwaan yang dilakukan oleh Ibn Taymiyyah kepada Imam al-Ash’ari melalui tiga
peringkat tidak bertepatan dengan fakta yang diperolehi. Hal ini menunjukkan bahawa Imam
al-Ash’ari melalui dua peringkat sahaja iaitu mengikut Muktazilah dan kemudian bersama
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah selepas beliau meninggalkan Muktazilah. Imam Ahmad bin
Hanbal dan Ibn Kullab dijadikan sebagai rujukan beliau dalam meneruskan perjuangan untuk
penyebaran Islam. Hal ini demi mempertahankan akidah yang dibawa oleh Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah daripada terus diancam oleh golongan ahli bid’ah. Keseluruhan yang berpendapat

19
berkaitan dengan Imam al-Ash’ari harus merujuk kepada karya yang masih lagi mempunyai
perdebatan dan perlu juga dirujuk oleh muridnya serta pengikut beliau yang muktabar.

1.0 TOKOH-TOKOH ALIRAN AL-ASHA’IRAH

Aliran ini merupakan aliran yang diikuti oleh majoritinya ulama Islam dan
terdapat empat pengikut mazhab fiqah yang bersungguh-sungguh dalam mengikuti aliran
al-Asha’irah dalam pelbagai perkara. Antara perkara yang berkaitan dengan aliran ini
adalah akidah, dakwah dan manhaj atau kaedah yang berkaitan dengan aliran. Terdapat
beberapa tokoh-tokoh besar bagi aliran ini yang disusun mengikut kelahiran serta
mengikut peristiwa yang bermula dari zaman awal kemunculannya.

Tokoh-tokoh aliran al-Asha’irah pada peringkat pertama adalah pengikut dan


murid kepada seorang Imam iaitu Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari. Antara nama-nama
yang menjadi pengikut dan menjadi murid Imam Abu al-Hasan ialah Abu Ishaq al-
Isfirayni (W: 418 hijrah), Abu Bakr al-Qaffal (W: 365 hijrah), ‘Abd al-‘Aziz Ibn
Muhammad al-Tabari (W: 310 hijrah), Ibn Mujahid Ibn Ahmad al-Ta’I (W: 370 hijrah)
dan Abu al-Hasan al-Bahili (W: 324 hijrah). Pada kurun ke-3 hijrah terdapatnya dua
tokoh terakhir yang berusaha keras dalam menyokong, menyebar dan mempertahankan
aliran Asha’irah ini.

Pada peringkat yang seterusnya iaitu pada kurun ke-4 hijrah aliran ini menjadi
kuat dan kukuh kerana ramainya para ulama yang memberikan sokongan. Ulama-ulama
bermula untuk menyokong dan menyebabkan aliran ini terus berkembang dengan baik
setelah terdapatnya karya-karya yang dihasilkan untuk menyebarkan aliran ini. Terdapat
tiga orang tokoh yang paling terkenal dalam menyokong aliran ini dan terus berkembang.
Antara tiga orang tokoh tersebut ialah al-Qadi Abu Bakr Muhammad al-Tayyib al-
Baqillani (W: 403 hijrah) seorang yang bermazhab Maliki. Antara karyanya yang
masyhur ialah al-Tamhid fi al-Radd ‘ala al-Mulahidah wa al-Mu‘attilah wa al-Rafidah wa

20
al-Khawarij wa al-Mu‘tazilah, al-Bayan, Manaqib al-A’immah fi Naqd al-Mata‘in ‘ala
Salaf al-Ummah, al-Intisaf, Kashf al-Asrar fi al-Radd ‘ala al-Batiniyyah dan al-Ibanah‘an
Ibtal madhhab ahl al-Kufr wa al-Diyanah.

Tokoh kedua ialah Abu Bakr Muhammad Ibn al-Hasan (W: 406 hijrah) yang lebih
dikenali dengan gelaran Ibn Furat. Beliau dikenali sebagai seorang ahli sasterawan, ahli
ilmu kalam dan usul. Beliau memegang mazhab Shafi’i dan tinggal di sekitar al-Rayy dan
Naysabur. Tokoh yang ketiga dikenali dengan gelaran al-Isfirayni dan nama sebenar
beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim Ibn Muhammad (W:418 hijrah). Beliau pula merupakan
salah seorang ahli faqih, ahli ilmu usul dan juga kalam serta mempunyai sebuah pusat
pengajian di Naysabur. Mereka ini merupakan tokoh yang berusah dalam melakukan
penyebaran aliran ini pada kurun ke-4. Tanpa adanya dukungan daripada tiga tokoh ini
aliran ini pasti tidak akan berkembang pesat.

Menurut kajian yang dilakukan oleh bin Mat Idris, M. F. H., bin Suliaman, I., bin
Salleh, A. Z., bin Yusof, S., bin Abdul Wahab, A. H., & bin Mohd Razali, M. A. T.
(2015) era ini merupakan era yang terkenal kerana ramai dalam bilangan para ulama’
yang mengikuti aliran ini pada kurun yang ke-5. Seorang tokoh yang merupakan
pengarang kepada kitab al-Firaq bayn al-Firaq yang bernama ‘Abd al-Qadir Ibn Tahir al-
Baghdadi (W: 429 hijrah). Beliau merupakan salah seorang ulama’ yang mengikuti aliran
al-Asha’irah. Tokoh-tokoh lain pula adalah seperti Muhammad Ibn Ahmad Ibn Ahmad
Abu Ja‘far al-Sammani al-Hanafi, al-Qadi al-Baghdadi (W: 444 hijrah) seorang yang
bermazhab Hanafi dalam fiqah dan beraliran al-Asha‘irah dalam akidah.

Imam al-Haramayn Abu al-Ma‘ali ‘Abd al-Malik Ibn ‘Abd Allah al-Juwayni (W:
478 hijrah) antara seorang tokoh yang masyhur ketika zaman ini. Beliau seorang yang
faqih, ahli ilmu usul dan kalam. Antara karya beliau ialah al-Shamil fi al-Usul al-Din, al-
Irshad ila Qawati‘ al-Adillah fi Usul al-I‘tiqad dan Luma‘ al-Adillah fi Qawati‘ ‘Aqa’id
ahl al-Sunnah. Hujjah al-Islam Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali (W:
505 hijrah) juga merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dan beliau mempunyai

21
karya tersendiri. Tahafut al-Falasifah, al-Munqidh min al-Dalal, Ihya’ ‘Ulum al-Din dan
al-Iqtisad fi al-I‘tiqad ini merupakan karya yang telah beliau usahakan.

Pada kurun yang ke-6 ini ramai yang menjadi saksi dalam hal ini kerana ramainya
kelahiran mereka ini menjadi tokoh-tokoh yang besar dalam aliran al-Asha’irah ini.
Muhammad Ibn Tumart (W: 525 hijrah) merupakan salah seorang tokoh yang besar
dalam aliran ini. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Daulah Muwahhidin dan
anak murid kepada Imam al-Ghazali. Tokoh yang lain pula adalah seperti Abu Bakr
Muhammad Ibn ‘Abd Allah yang lebih terkenal dengan gelaran Ibn al-‘Arabi al-Maliki
(W: 543 hijrah). Beliau merupakan salah seorang yang faqih dan juga pakar dalam tafsir
al-Qur’an.

Pada kurun ini juga terdapatnya dua orang tokoh yang terkenal iaitu Abu al-Fath
Muhammad Ibn ‘Abd al-Karim al-Shahrastani (W: 548 hijrah) dan Fakhr al-Din al-Razi
(W: 656 hijrah). Kedua-dua tokoh ini merupakan seorang yang tersohor dalam aspek-
aspek tertentu. Abu al-Fath mempunyai karya yang tersendiri dan karya tersebut
merupakan salah satu karya yang tersohor pada kurun ke-6. Nama bagi karya tersebut
ialah al-Milal wa al-Nihal dan Nihayah al-Aqdam fi ‘Ilm al-Kalam. Manakala Fakhr al-
Din al-Razi merupakan pakar dalam beberapa bidang tertentu. Misalnya seperti bidang
tafsir, fiqah, usul al-Fiqh dan ‘Ilm al-Kalam.

Menurut bin Mat Idris, M. F. H., bin Suliaman, I., bin Salleh, A. Z., bin Yusof, S.,
bin Abdul Wahab, A. H., & bin Mohd Razali, M. A. T. (2015) pada kurun ke-7 ini ramai
yang dapat menyaksikan bahawa aliran al-Asha’irah terus berkembang dengan pesat.
Waktu aliran ini terus berkembang, terdapatnya tokoh-tokoh yang bertanggungjawab
dalam memperluaskan aliran ini. Antara nama tokoh-tokoh yang mendapat perhatian
pada kurun ke-7 ini ialah Sayf al-Din al-Amidi (W: 631 hijrah), Shaykh al-Islam al-‘Iz
Ibn Abd al-Salam (W: 660 hijrah), Shaykh Abu ‘Amru Ibn al-Hajib al-Maliki, Shaykh al-
Islam ‘Iz al-Din al-Husayri al-Hanafi dari Bukhara dan al-Qadi al-Baydawi (W: 685
hijrah).

22
Kurun yang terakhir adalah kurun yang ke-8 di mana ramai dalam kalangan
masyarakat yang juga menjadi saksi perkembangan dari aliran ini. Aliran ini juga
berkembang dengan baik dan kukuh. Semakin berkembang aliran ini semakin ramai
masyarakat mengikuti ajaran ini kerana kebenaran dalam beragama. Nama tokoh-tokoh
yang menjadi tumpuan semasa kurun ke-8 hijrah ini ialah Shaykh al-Islam Ibn Daqiq
al-‘Id (W: 702hijrah), Taqi al-Din al-Subki (W: 756 hijrah), Safyy al-Din al-Hindi (W:
715 hijrah), Qadi al-Qudah Shams al-Din al-Saruji al-Hanafi W: 710 hijrah), Shaykh
Jamal al-Din al-Zamlakani (W: 727 hijrah) dan al-Qadi ‘Adud al-Din al-Iiji al-Shirazi
(W: 756 hijrah) (Ali ‘Abd al-Fattah, 1995). Mereka inilah yang membantu dalam
penyebaran dakwah Islam sehingga ramai yang menjadi pengikut aliran al-Asha’irah ini.

2.0 Penutup
Secara keseluruhan, aliran ini merupakan satu aliran yang mampu memberikan
ketenangan dalam jiwa manusia terutama dalam mengukuhkan akidah Islam seperti mana
yang dibawakan oleh al-Quran dan hadith. Perbahasan dan perdebatan yang sering
dilakukan juga dikaitkan dengan merujuk al-Quran dan hadith berdasarkan dalil-dalil
yang tertentu serta menggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian dengan isu yang
yang dibangkitkan. Sikap kesungguhan para ulama dan tokoh dalam aliran Al-Asha’ari
membawa perubahan kepada dunia dan menyebabkan Islam terus berkembang disetiap
negara pada hari ini. Karya-karya yang ditinggalkan oleh beberapa tokoh dan imam yang
terdahulu membawa kesan yang positif dalam diri umat Islam. Aliran ini membawa
sumbangan yang hebat dalam mendidik pemikiran Islam dan meninggalkan jasa yang
sangat besar dalam memantapkan akidah umat Islam. Ilmu yang diajarkan kepada umat
Islam juga membawa petunjuk dalam mencapai keredhaan Allah S.W.T.

23
3.0 Rujukan

bin Mat Idris, M. F. H., bin Suliaman, I., bin Salleh, A. Z., bin Yusof, S., bin Abdul
Wahab, A. H., & bin Mohd Razali, M. A. T. (2015). Al-Asha ‘irah: Faktor
Perkembangan dan Metodologi Argumentasinya [Al-Asha'irah: Developmental
Factors and Methodology of Argument]. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari, 11, 99-109.
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/141

Wahab, M. R., & Omar, S. H. S. (2013). Peringkat Pemikiran Imam al-Ash’ari Dalam
Akidah. International Journal of Islamic Thought, 3, 58-70.
http://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/5-Muhammad-Rashidi-IJIT-
Vol-3-2013.pdf

Mustafa Kamal bin Amat Misra, Jaffary bin Awang2 & Abdull Rahman bin Mahmood.
(2018). AL-ASHAIRAH: ANALISIS PERKEMBANGAN DAN TOKOH.
Jurnal Pengajian Islam. http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-
content/uploads/2019/01/11_II.03.pdf

Mohd Faiz Hakimi Mat Idris, Ishak Suliaman, Ahmad Zahid Salleh, Sofyuddin Yusof,
Abdillah Hisham Abdul Wahab & Mohd A’tarahim Moh Razali. (2015). AL-
ASHA‘IRAH: FAKTOR PERKEMBANGAN DAN METODOLOGI
ARGUMENTASINYA. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 11(1):
99-109. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/141/107

Dr. Razali, Bin Musa, (2020), Perselisihan Antara Gerakan Al-Asya’irah Dan
Salafiyyah: Analisis Pendekatan Ulama Ahl Sunnah Wal Al-Jamaah, Jurnal
Peradaban Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
https://peradabanislam.com/jurnal/article/view/6

24
Umi Ma’rifah. (2020). AL-ASY’ARIYAH (Latar Belakang, Al -Asy’ari, dan Pokok
ajaran Asy’ariyah). Miftakhul Azizah.
https://www.academia.edu/43182645/Umi_Marifah_Teologi_Pemikiran_al_Asy
ariyah

25

Anda mungkin juga menyukai