Anda di halaman 1dari 32

Ilmu Wahyu Dan Sains

ISU DAN CABARAN SEMASA DALAM AKIDAH MASYARAKAT


Kandungan

1. Pengenalan
2. Murtad
3. Khurafat
4. Azimat
5. Takfir
6. Penutup

2/8/20XX 2
Pengenalan

• Sejarah mencatatkan umat Islam Malaysia sejak turun temurun


telah mengamalkan ajaran Islam menurut kaca mata Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Ketetapan sedemikian secara tidak langsung
mempengaruhi pembentukan tamadun dan kehidupan masyarakat
Islam di bumi Malaysia ini.
• Namun begitu realitinya hari demi hari umat Islam di Malaysia
akan terus berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam
pelestarian pengamalan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
dianuti secara tradisi (Adam 2018).

Sample Footer Text


Isu Murtad

“Barang siapa yang murtad di antara kamu dari


agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka
mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di
akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka
kekal di dalamnya”. (Al-Baqarah: 217)
Definisi Riddah (Murtad)

• Bahasa : Beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain.


• Istilah: Beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain.

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily, ia bermaksud berpaling daripada Islam dan


kembali kepada kufur, sama ada dengan niat atau perbuatan yang mengkafirkan
atau perkataan, dan sama ada diucapkan dengan gurauan atau penentangan atau
iktiqad.

2/8/20XX 5
Tiga Syarat Murtad

Terdapat tiga syarat yang menyebabkan seseorang itu disebut murtad, iaitu:

i. Baligh
ii. Berakal
iii. Pilihan sendiri

2/8/20XX 6
..Syarat Murtad
• Seseorang yang melakukan perkara yang membawa kepada murtad hendaklah dia
melakukannya dengan kehendak dan keredhaan dirinya sendiri. Sekiranya seseorang itu
dipaksa untuk menjadi murtad, maka dia tidak menjadi murtad.
• Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari
Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan
iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa
kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar”. (Al-Nahl: 106)
• Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Diampunkan ke atas ummatku daripada kesilapan, lupa dan apa yang dipaksa ke atasnya”.
(Riwayat Ibn Hibban)

2/8/20XX 7
Penyebab Murtad

1. Perbuatan. Contohnya ialah perbuatan seseorang yang sujud kepada makhluk.


2. Perkataan. Contohnya ialah seseorang mengatakan bahawa Allah SWT bersifat
dengan sifat kekurangan.
3. Hati/Iktikad. Contohnya ialah seseorang yang berazam untuk murtad pada minggu
depan.

Sample Footer Text 2/8/20XX 8


Hak Yang Digugurkan

Hak-hak orang murtad yang digugurkan adalah sebagaimana berikut:


1. Hak untuk hidup kerana dia wajib dibunuh.
2. Hak untuk memiliki kerana segala haknya digugurkan.
3. Semua status peribadi seperti perkahwinan dan sebagainya digugurkan.

9
Hukuman Bagi Pesalah Murtad
Hukuman
1. Pesalah murtad wajib diminta segera bertaubat dari kemurtadannya.
2. Pesalah diberi amaran tentang akibat buruk jika masih kekal murtad.
3. Pesalah wajib dibunuh jika masih mempertahankan kemurtadannya dan tidak mahu bertaubat.

Sabda Nabi SAW:


“Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
aku ini adalah rasul Allah kecuali kerana salah satu daripada tiga sebab berikut, iaitu nyawa
dengan nyawa, orang pernah kahwin yang berzina dan orang yang memisahkan diri daripada
agamanya serta meninggalkan masyarakat Islam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2/8/20XX 10
Pelaksanaan Hukum dan Implikasi

Syarat-Syarat Pelaksanaan Hukum Implikasi Hukuman Mati


i. Baligh dan berakal. i. Haram dikafan dan disembahyangkan.
ii. Diminta supaya bertaubat. ii. Tidak boleh dikebumikan di tanah
iii. Kemurtadannya disahkan melalui perkuburan orang Islam.
pengakuan sendiri atau melalui saksi
yang sahih dan memenuhi syarat
yang ditetapkan.

2/8/20XX 11
Khurafat
Definisi Khurafat
• Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, khurafat ialah kepercayaan karut,
dongeng dan tahyul.
• Menurut al-Mu’jam al-Wasith, khurafat ditakrifkan sebagai cerita-cerita
yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.
• Menurut Kamus al-Marbawi, khurafat ialah cerita karut (karut marut).

Dari beberapa definisi yang dinyatakan, dapatlah dibuat kesimpulan


bahawa khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan
takrifan ini, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan
bersifat karut dan dusta.
2/8/20XX 13
Ciri-ciri Khurafat
i. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
ii. Berbentuk cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
iii. Bersumberkan kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah
dengan Islam.
iv. Berunsur pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang
memudharatkan dan menyeleweng dari akidah Islam.
v. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk
tujuan yang tertentu.
vi. Mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam.

14
Bentuk-bentuk Khurafat
i. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat dan
sebagainya.
ii. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.
iii. Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis
tepung tawar, adat pantai dan sebagainya.
iv. Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang
dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai
dan laut dan bermain pantai.
v. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi
di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air. Tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut
mendapat sial atau bala dan sebagainya.
vi. Percaya kepada amalan-amalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
vii. Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.
2/8/20XX 15
Azimat
Definisi Azimat
• Menurut al-Mu’jam al-Wasith, azimat bermaksud jampi.
• Menurut Kamus al-Mu’jam fi al-Lughah wa al-I’lam, azimat ialah al-ruqyah ialah
memohon pertolongan atau bantuan untuk memperoleh sesuatu perkara dengan
menggunakan kekuatan yang melampaui kekuatan tabi’i.
• Menurut Kamus Dewan, azimat ialah barang (tulisan) yang dianggap mempunyai sakti
dan dapat melindungi pemakainya.
• Dr. Yusuf al-Qaradawi, mengatakan bahawa seseorang itu berjampi dan berazimat
dengan kata-kata yang tidak dapat difahami.

Kesimpulannya, azimat ialah suatu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan


atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan
menggunakan objek-objek dan ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan
kuasa-kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semulajadi apabila dijampi atau dipuja.
2/8/20XX 17
Ciri-ciri Azimat

i. Kepercayaan kepada kekuatan sesuatu benda bukan berdasarkan kepada nas-nas


syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
ii. Menjadikan tulisan-tulisan, rajah-rajah dan objek-objek tertentu sebagai tangkal.
iii. Menggunakan jampi serapah yang dicampuradukkan dengan perkara-perkara kufur
yang boleh membawa kepada syirik.
iv. Berjampi kepada objek-objek atau rajah-rajah yang dicampuraduk dengan ayat-ayat al-
Quran untuk tujuan tertentu.

18
Bentuk-bentuk Azimat
i. Menjampi batu, cincin, rantai, baju, keris dan sebagainya untuk dijadikan
pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih dan sebagainya.
ii. Membungkus tulisan-tulisan, rajah-rajah atau objek-objek tertentu dengan kain
kuning untuk dijadikan tangkal.
iii. Menjampi tulisan-tulisan yang tidak diketahui maknanya seperti dan
dicampuradukkan dengan ayat-ayat al-Quran
iv. Berjampi atau berazimat menggunakan kata-kata dicampuradukkan dengan kata-
kata sihir dan kufur yang tidak diketahui maknanya, contohnya: “Bikana, makna,
Nabi Yakun, Numa Yakun Akulah sebenar-benar Zat Allah.”

19
Hukum Beramal
Dengan Khurafat dan
Azimat

Sample Footer Text 2/8/20XX 20


Hukum Beramal • Percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda
dengan Khurafat dan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta
Azimat memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada
benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai
kuasa selain dari Allah SWT adalah membawa kepada syirik
• Segala amalan dan kepercayaan yang dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah
tidak berdasarkan kepada sumber-sumber SWT.
yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’
• Kepercayaan kepada sial, majal dan beramal dengan mandi,
dan qias adalah ditolak oleh Islam.
seperti mandi safar, jampi dan sebagainya untuk menolaknya
• Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa adalah syirik dan merosakkan akidah.
mengada-adakan di dalam agama kami
• Sabda Rasulullah SAW: “Percaya kepada burung itu syirik,
sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka
percaya kepada burung itu syirik, dan tiada seorang pun dari
yang dikerjakan itu adalah tertolak.”
kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah akan
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
menghilangkannya dengan tawakkal.” (Burung yang disebut
sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak, kelicap)
(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

2/8/20XX 21
…Hukum Beramal
dengan Khurafat dan • Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang

Azimat menemui tukang tilik atau tukang sihir dan


menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus
mempercayai apa yang dikatakannya, maka
• Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang
seperti yang selalu dilakukan oleh seseorang bomoh dan telah diturunkan kepada Nabi Muhammad.”
dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang-orang yang (Riwayat Ahmad dan Hakim)
bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan
• Rasulullah SAW bersabda lagi : “Bukan dari
tukang tenun adalah tergolong di dalam golongan yang
golongan kami sesiapa yang merasa sial atau
menzalimi diri sendiri.
meminta diramalkan kesialannya atau menenung
• Firman Allah SWT: “ Janganlah engkau menyembah atau nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan
memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat atau meminta disihirkan.”
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau
mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-
orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu). (Yunus: 106)

22
…Hukum Beramal
dengan Khurafat dan • Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam

Azimat kitab Fatawa alMu’asirah, sesuatu jampi


itu harus dilakukan berdasarkan kepada
• Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri tiga syarat:
seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu i. Ia mesti didasarkan kepada Allah SWT
penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir dan nama-namaNya.
adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
ii. Ia mestilah dituturkan dengan bahasa
• Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya jampi Arab dan kata-kata yang boleh
mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.” (Riwayat Abu difahami maknanya.
Daud dan Ahmad)
iii. Beriktikad bahawa ianya tidak
• Jampi mentera juga merupakan bentuk azimat yang seringkali memberi kesan dengan sendirinya,
dilakukan. Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: “Dahulu kami melakukan tetapi dengan takdir Allah SWT.
jampi di zaman jahiliyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda:
Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu, tidak mengapa
melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal
syirik.” (Riwayat Muslim)
23
Jampi Yang Dibolehkan
Dalam amalan perubatan tradisional, terdapat jenis-jenis jampi yang dibolehkan (diharuskan)
dan ada yang diharamkan.

i. Jampi yang diharuskan: Jampi jenis ini ialah jampi yang menetapi tiga syarat seperti
yang dinyatakan di atas.
ii. Jampi yang diharamkan: Jampi yang ditegah dan diharamkan ialah jampi yang
mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan bahasabahasa
yang tidak difahami atau yang bercampur-aduk, seperti jampi yang dimulakan dengan
Bismillah atau Alhamdulillah dan diseru nama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi
dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah” atau
seumpamanya.

24
Isu Takfir
(Mengkafirkan
sesama Muslim)

2/8/20XX 25
Isu Takfir
• Perbuatan mengkafirkan sesama Islam merupakan suatu perbuatan buruk dan berbahaya
kerana boleh memberi kemudaratan kepada akidah, memutuskan hubungan sesama Islam,
memecahbelahkan masyarakat Islam serta boleh mengganggu gugat keharmonian dalam
masyarakat dan negara.
• Islam menggesa setiap individu Muslim agar bersikap teliti dan berhati-hati serta melarang
daripada bermudah-mudah dalam menjatuhkan hukum kafir terhadap sesama Islam. Begitu juga
Islam turut melarang daripada menghukum fasik, munafik, sesat dan seumpamanya.
• Firman Allah SWT: Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang
beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang
tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah
memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. (Al-Ahzab: 58)
• Orang Islam sama sekali tidak boleh semberono dalam berkata atau menuduh seseorang itu
dengan gelaran kafir. Hukumnya adalah haram termasuk dalam kategori dosa besar.

26
Isu Takfir

• Dalam aspek yang lain, Rasulullah SAW ada menyatakan tentang pemeliharaan
nyawa dan harta benda orang yang bersyahadah.

• Sabda Rasulullah SAW : “Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga dia
mengucapkan, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu
Rasulullah, apabila mereka mengucapkannya, maka terpeliharalah daripadaku
darah dan harta mereka kecuali dengan hak Islam (syarak)”. (Riwayat Bukhari)

27
Implikasi Takfir
• Orang yang menuduh seseorang Muslim itu dengan kafir boleh memberi kesan buruk kepada
akidah si pelaku tersebut.
• Sabda Rasulullah SAW: “Tidak menuduh seseorang lelaki akan lelaki lain dengan fasik dan
tidak menuduhnya dengan kufur melainkan tuduhan itu Kembali kepadanya sekiranya
temannya (orang yang dituduh) tidak demikian”. (Riwayat Bukhari)
• Rasulullah SAW juga bersabda: “Sesiapa yang berkata kepada saudaranya, wahai si kafir!
Maka jika sekiranya dia (benar-benar kafir, maka jadilah) sebagaimana yang telah dikatakan
itu dan sekiranya tidak nescaya kembalilah (kekafiran) kepada orang yang berkata”. (Riwayat
Muslim)
• Berdasarkan kedua-dua hadis ini, sekiranya seseorang itu mengkafirkan Muslim lain
sedangkan orang yang dikafirkan itu sebenarnya tidak kafir maka kekafiran itu akan kembali
kepadanya.

28
Dua Kaedah Mentakfir

i. Takfir Mutlaq. Bererti menyatakan bahawa sesiapa berbuat sesuatu perkara


yang boleh mengkafirkan maka ia boleh membawa kepada kekufuran, tanpa
memaksudkan orang tertentu. Kenyataan seumpama ini difokuskan kepada
perbuatan atau ajaran atau pembawaannya, bukan orang secara khusus.
ii. Takfir Mu’ayyan. Bererti menyatakan bahawa si fulan bin si fulan, iaitu dengan
menyebut nama orang tertentu telah kafir. Kenyataan seumpama ini ditujukan
secara langsung kepada seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang boleh
mengkafirkan

29
Syarat Menghukum
• Selain itu, ramai ulama Islam juga telah menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum
menghukum seseorang itu terkeluar daripada Islam atau murtad.
• Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
i. Hendaklah pendapat atau amalan itu secara jelas menunjukkan kekufuran yang
dilakukan berdasarkan pilihannya dan bukan kerana terpaksa.
ii. Hendaklah dia terus berpegang dengan pendapat atau amalan kufur tersebut,
dan ketika dijelaskan kepadanya (al-haq) dia tetap berpegang kepadanya.
iii. Hendaklah telah ditegakkan hujjah kepadanya dan dia telah jelas terhadap
perkara tersebut. (Lihat Majmu' Fatawa, 12/500-501)

30
Penutup

• Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Tanpanya


tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang
rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang.
Sesungguhnya Allah SWT menurunkan wahyu-Nya
dengan memberi penumpuan yang serius terhadap
persoalan akidah supaya setiap orang Islam tidak
tergelincir dari akidah yang benar dan suci. Justeru, umat
Islam perlu berjaga-jaga daripada segala bentuk
penyelewengan akidah seperti perkara yang
menyebabkan murtad, takfir sesama Muslim, ajaran
sesat, perkara khurafat dan azimat.

2/8/20XX 31
wAllahu a’lam
Sesi Q&A

Sample Footer Text 2/8/20XX 32

Anda mungkin juga menyukai