Anda di halaman 1dari 29

BAB 1

KONSEP-KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
PM LT KOL DR BURHANUDDIN JALAL
SIAPA MANUSIA
-Definisi
• Bahasa Melayu, “manusia” berasal
dari bahasa Sanskrit. “Manu”
membawa maksud berfikiran dan
berakal budi
• Kamus Dewan manusia sebagai insan
dan makhluk yang mempunyai akal
SIAPA MANUSIA
-Definisi

• Inggeris “human” berasal perkataan


latin “humo” yang membawa erti yang
dilahirkan dari tanah.
• Bahasa Arab “ins, al-insan, an-nas”
dan “al-basyar” digunakan. Ia
membawa maksud sebagai sejenis
haiwan yang boleh berfikir dan
bertutur
Asal Usul Manusia

• Charles Darwin (1802-1889) dan Jean Baptiste Come


de Lamarck (1749-1829). memperkenalkan satu teori
evolusi bahawa manusia berasal dari monyet
• Teori evolusi mulai luntur apabila pakar sains Barat
sendiri menyanggah kerana tidak bersifat saintifik dan
tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
• Pakar sains membuat kesimpulan bahawa Darwin dan
pengikut-pengikutnya sahaja yang berasal dari monyet,
sedangkan manusia yang lain berasal dari Adam a.s.
sepertimana yang disarankan oleh al-Qur’an
ETNIK
ETNIK
- Definisi
• English Dictionary mendefinisikannya sebagai
ras (race).
• Ilmu yang mengkaji berkaitan dengan etnik
dikenali sebagai “ethnology” iaitu klasifikasi
manusia berasaskan kepada faktor sosial dan
kebudayaan.
• Kajian berkaitan hubungan etnik dengan
faktor geografi dan kependudukan dikenali
sebagai “ethnography”
Kemunculan Etnik
• Teori evolusi asal usul manusia
menjelaskan bahawa jenis Homo
Sapiens berkembang menjadi tiga etnik
utama iaitu etnik Caucasoid, etnik
Mongoloid dan etnik Negroid
• Setiap satu etnik itu mempunyai bentuk
tubuh badan dan warna kulit yang
berlainan
MASYARAKAT
MASYARAKAT
-Definisi
• Kamus Dewan, masyarakat sebagai
kumpulan manusia yang bergaul, hidup
bersama dan hidup bermasyarakat
• Bahasa Inggeris dua perkataan yang
digunakan iaitu “society” dan “community”.
• “Society” membawa maksud hidup
bersama dengan orang lain
MASYARAKAT
MASYARAKAT
-Definisi

• “Community” pula membawa maksud


kumpulan individu yang hidup bersama
dan mempunyai nilai bersama
• Bahasa Arab “syaraka, yusyariku,
musyarakatan” Bermaksud bersekutu,
berkongsi dan sebagainya. Ia membawa
maksud hidup bersama dan bermasyarakat
Takrif dari segi istilah
• Dari segi istilah, masyarakat seperti yang
dijelaskan oleh Kuncaraningrat sebagai
kelompok terbesar dari makhluk-makhluk
manusia yang hidup terjaring dalam satu
kebudayaan
• Roucek dan Waren mendefinisikan masyarakat
sebagai “satu kumpulan manusia yang
berhubungan secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti-aktivitinya secara kolektif
dan merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama”
Takrif dari segi istilah

• Layson – “masyarakat sebagai satu


kumpulan yang berhubungan secara tetap
dan tersusun dalam menjalankan aktiviti”.
• Hammudah Abdalati – “ masyarakat
sebagai seluruh bentuk hubungan yang
diatur oleh keakraban yang tinggi dari
seseorang dalam pergaulannya dengan
seseorang yang lain”.
Kesimpulannya, walaupun setiap sarjana
memberikan definisi masyarakat yang
berbeza, namun mereka mempunyai
arah dan matlamat yang sama. Di mana
individu-individu,
• interaksi (pergaulan) dan
• peraturan (kebudayaan)
Kemunculan Masyarakat
• Ahli antropologi, sosiologi dan arkeologi pada
keseluruhannya berpendapat bahawa masyarakat
manusia di dunia ini mengalami proses evolusi
• Fiedrichcist (1987-1846) mengatakan bahawa
masyarakat berkembang melalui lima peringkat
iaitu
• Berburu dan memancing
• Menternak
• Bertani.
• Bertani dan berkejiranan.
• Bertani, berkejiranan dan berniaga
Kemunculan Masyarakat
• Tweedie (1970:2) membahagikan peringkat
perkembangan masyarakat kepada lima
tahap:
• Zaman Batu Lama (Old Stone Age). Zaman ini
juga dikenali sebagai “palaelithic”.
• Zaman Batu Pertengahan (Middle Stone Age).
Zaman ini juga dikenali sebagai “Mesolithic”
• Zaman Gangsa (Bronze Age).
• Zaman Besi (Iron Age).
Pandangan Ibn Khaldun (1332-
1406)
• Manusia sebagai makhluk yang lemah
memerlukan individu lain dan
memerlukan hidup berkelompok dan
tolong menolong dan akhirnya
berkolektif dan membentuk
masyarakat”.
Pandangan tokoh lain

• Kewujudan masyarakat bermula dari


individu-individu.
• Terbentuknya satu organisasi
masyarakat yang terikat kepada satu
norma dan nilai yang dipatuhi bersama
oleh setiap anggota masyarakat
Ciri Masyarakat
- Lima ciri oleh Brownel
• Kelompok-kelompok jiran yang
mengenali antara satu dengan yang lain.
• Kelompok itu menyeluruh dirangkumkan
dalam kaedah umur, jantina, kepintaran,
fungsi dan pertolongan, sifat gotong-
royong antara satu dengan lain.
Ciri Masyarakat
- Lima ciri oleh Brownel

• Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama, terdapatnya


kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti besar dalam penghidupan
yang dianjurkan bersama.
• Mempunyai perasaan kasih atau “sence of belonging”, di
samping mempunyai identiti kelompok (group identity) dan
perpaduan.
• Kelompok yang kecil seperti keluarga, desa atau pekan kecil di
mana seseorang itu dapat berkenalan rapat sesama mereka
KEBUDAYAAN
- Definisi
• Bahasa Arab ,“al thaqafah”
• Inggeris, “culture”
• Kamus Dewan, pekataan kebudayaan berasal dari
empat suku kata iaitu “ke, budi, daya” dan “an”.
• Ia membawa maksud segala daya usaha manusia
untuk mengatasi segala masalah kehidupan mereka
dan usaha menyesuaikan diri dengan alam
persekitaran. Segala-galanya tersirat di dalam ilmu
pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, falsafah,
bahasa, kesusasteraan, seni bina dan sebagainya
Unsur budaya
• Kebudayaan sejagat
• Aktiviti kebudayaan
• Kompleks unsur-unsur
• Unsur-unsur tret kebudayaan
• Faktor mempengaruhi kebudayaan
• Perubahan kebudayaan
• Peminjaman kebudayaan
• Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan
a. Kebudayaan sejagat
- Herskovits menyenaraikan empat:

•Alat teknologi.
•Sistem ekonomi.
•Keluarga.
•Kekuasaan politik.
Kebudayaan sejagat
- Kluckhohn (1953) menyenaraikan tujuh unsur:
• Kluckhohn (1953) menyenaraikan tujuh unsur:
• Peralatan dan kelengkapan hidup manusia. Kebendaan
dan teknologi.
• Mata pencarian dan sistem ekonomi.
• Sistem sosial.
• Bahasa. Unsur pertama dipelajari lebih awal daripada
agama dan adat resam.
• Kesenian.
• Pengetahuan.
• Agama.
b. Aktiviti kebudayaan

•Ia meliputi perburuan,


penternakan, perdagangan,
berkebun dan sebagainya.
c. Kompleks unsur-unsur

•Termasuk sistem pemilikan


tanah, teknik menanam,
membajak dan lain-lain.
d. Unsur-unsur tret kebudayaan
• Ia mengandungi unit kebudayan paling
mudah sama ada kebendaan seperti anak
panah dan sebatang pena atau bukan
kebendaan seperti berjabat tangan.
e. Faktor pengaruhi kebudayaan
- Dawson menyenaraikan empat faktor;
• Persekitaran - Iaitu keadaan penempatan manusia.
Yang utama ialah keadaan muka bumi, iklim dan
sebagainya.
• Bangsa dan etnik - Kepelbagaian bangsa, ras dan
etnik mempengaruhi corak kebudayaan.
• Psikologi.
• Ekonomi - Penghidupan berekonomi
mencorakkan kebudayaan.
f. Perubahan kebudayaan
- dua jenis perubahan:
• Dalaman yang dibawa seseorang ke dalam
sesebuah masyarakat seperti idea, konsep
dan penemuan baru.
• Luaran hasil dari interaksi antara etnik
dan antara-bangsa berlaku pengaruh-
mempengaruhi dan pinjam-meminjam.
g. Peminjaman kebudayaan
-Terdapat tiga jenis peminjaman kebudayaan

• Difusi - Ia membawa maksud penyebaran


dan pemindahan unsur-unsur dari satu
kebudayaan ke dalam kebudayaan lain.
• Akulturasi - Berlaku akibat percantuman
dua kebudayaan atau lebih.
• Asimilasi - Penyesuaian sesuatu
kebudayaan dengan kebudayaan lain.
h. Sikap terhadap kepelbagaian
- Terdapat tiga sikap terhadap kepelbagaian
kebudayaan:

•Etnocentrisme
•Xenocentrisme
•Relativisme -
- Terdapat tiga sikap terhadap kepelbagaian
kebudayaan:
• Etnocentrisme - Melihat sesuatu berasaskan kepada
bangsa dan kebudayaan sendiri. Lantas memandang
rendah terhadap kebudayaan lain (Superiority
complex)
• Xenocentrisme - Melihat kebudayaan sendiri lebih
rendah dari kebudayaan orang lain (inferiority
complex).
• Relativisme - Menilai sesuatu kebudayaan sebagai
sesuatu yang relatif kerana ia tidak dapat dinilai
secara objektif. Penilaian sesuatu kebudayaan itu
ditentukan oleh perspektif kebudayaan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai