Anda di halaman 1dari 17

GMGA1024

POLITIK DAN PENTADBIRAN

BAB 2
POLITIK, KUASA DAN AUTORITI
OBJEKTIF BAB

 Menghuraikan tentang konsep politik, kuasa dan autoriti.


 Membincangkan tentang sistem pengkelasan politik,
kuasa, autoriti dan pengesahan.
 Mengenal pasti Doktrin Pengasingan kuasa.
PENGENALAN
 Elemen-elemen dalam politik:
 kuasa
 autoriti
 pengaruh
 keabsahan
 Nadi utama dalam politik.
 Entiti berasingan tetapi berkait.
 Penguasaan/gabungan elemen-elemen tersebut seseorang itu
lebih berkarisma dan berwibawa.
 Kuasa - satu daya, kemampuan, kudrat, keupayaan, tenaga,
kesanggupan, minat, hak, wibawa, mandat, keagungan,
kawalan, ketahanan, ketabahan, karisma, dan kekuatan.
 Autoriti - kuasa yang sah dan mempunyai kuasa atau hak
untuk memberi perintah, mengawal dan arahan ke atas
pengikutnya.
 Pengaruh - kebolehan untuk menggunakan kuasa sosial
untuk mengubah tingkahlaku.
 Keabsahan - perakuan atau pengiktirafan kuasa yang
bersifat menyeluruh.
Parti politik
Pilihanraya SIFAT-SIFAT POLITIK
Pembentukan
kerajaan
Konflik
SIFAT-SIFAT POLITIK (SAMB…..)
 Negara
 Suatu organisasi dalam suatu wilayah yang mempunyai kekuasaan tertinggi yang sah
dan ditaati oleh rakyatnya.
 Ilmu politik adalah ilmu yang mempelajari kehidupan bernegara yang merupakan
bahagian dari kehidupan masyarakat;
 Ilmu politik turut mempelajari bagaimana negara-negara itu melakukan tugas-tugasnya.
 Kuasa
 Kemampuan seseorang/kelompok untuk mempengaruhi tingkah laku orang/kelompok
lain sesuai dengan keinginan pelaku.
 Ilmu politik mempelajari kekuasaan dalam masyarakat terutamanya sifat-sifat hakiki,
dasar, proses-proses, ruang lingkup dan hasil-hasil.
 Sarjana ilmu politik menumpukan perjuangan untuk mencapai atau mempertahankan
kekuasaan, melaksanakan kekuasaan atau pengaruh orang lain atau menentang
pelaksanaan kekuasaan itu.
SIFAT-SIFAT POLITIK (SAMB…..)
 Pembuatan keputusan
 pilihan di antara beberapa alternatif; pengambilan keputusan adalah menunjuk pada
proses yang terjadi sampai keputusan itu terjadi atau dilaksanakan.
 Politik adalah pengambilan keputusan kolektif untuk kepentingan masyarakat
seluruhnya/melalui saranan umum
 Dasar awam
 merupakan suatu kumpulan keputusan yang diambil oleh organisasi atau pemerintah
dalam usaha memilihatau mencapai tujuan dan cara untuk mencapai tujuan tersebut.
 Pembahagian atau pengagihan
 pembahagian dan pengagihan dari nilai-nilai dalam masyarakat.
 Politik adalah membahagikan dan mengagihkan nilai- nilai secara adil dan saksama.
 pembahagian dan pengagihan sering tidak merata sehingga menimbulkan konflik dalam
masyarakat.
KUASA
 Kebolehan untuk menjayakan sesuatu rancangan mengikut naluri seseorang untuk memaksa
orang lain melakukan sesuatu walaupun mereka enggan berbuat demikian
 Kebolehan menyatakan sesuatu dan memaksa untuk berbuat sesuatu kerana takutkan kuasa
(keterpaksaan).
 Kuasa merupakan kebolehan menyatakan sesuatu atau memaksa untuk berbuat sesuatu
kerana takutkan kuasa.
 Kuasa wujud setelah masyarakat merasakan mereka harus memberi sepenuhnya
kepercayaan dan hak kepada orang yang bakal memimpin.
 David Eatson - kuasa sebagai kebolehan individu, kumpulan untuk pengaruhi individu atau
kumpulan lain bagi memenuhi kehendak organisasi.
 Talcott Parson - kuasa ialah keupayaan yang dipunyai oleh unit-unit tertentu yang boleh
memaksa organisasi besar memenuhi tanggungjawab.
 Robert D. Putnam - kekuasaan dapat diertikan sebagai kemampuan mempengaruhi proses
pembuatan keputusan kolektif.
KATEGORI KUASA
 Kuasa Politik
 Kuasa Ekonomi

 Kuasa Ketenteraan
JENIS-JENIS KUASA
 Kuasa Paksaan
 Kuasa Ganjaran
 Kuasa Pakar
 Kuasa Sah
 Kuasa Personel/Rujukan
 Kuasa Perhubungan
DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
 Amerika Syarikat
 Separation of power
 House of Representative
 Senate
 Malaysia
 Eksekutif/Pentadbiran
 Legislatif/Perundangan
 Judiciary/Kehakiman
AUTORITI
 Alan Renswick dan Ian Swinburn - seseorang untuk menyuruh kita melakukan
sesuatu. Mereka berfikir sebagai individu atau kumpulan, harus mempunyai hak
menyuruh orang lain melakukan sesuatu.
 R. Michels - satu kapasiti, semula jadi atau diperolehi bagi penggunaan untuk
menentukan siapa yang berkuasa.
 Herbert R. Winter dan Thomas I. - kuasa yang diberikan oleh warganegara yang
dianggap sah. Ini tidak bererti seseorang itu bersetuju dengan setiap perkara
yang dicadangkan oleh seseorang yang mempunyai autoriti. Ia merupakan
perhubungan antara autoriti dan paksaan.
 Lasswell dan Kaplan - kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu
jawatan atas penerimaan syarat asas yang telah ditetapkan untuk operasi
sistem politik.
AUTORITI (SAMB……)
 Kuasa yang sah dan diperakui oleh peraturan dan undang-undang
 Syarat asas kepada pemberian kuasa yang sah kepada pemerintah.
 Contoh - peruntukan kuasa-kuasa tertentu kepada Perdana Menteri memberikan
Perdana Menteri autoriti dan hak untuk memberi arahan kepada rakyat menurut
peruntukan perlembagaan.
 Max Weber mencadangkan tiga klasifikasi sumber autoriti politik yang ada pada
pemerintah dalam sesebuah negara moden.
 autoriti tradisional
 autoriti karismatik
 autoriti legal-birokratik atau legal-rasional
 Kebanyakan kerajaan moden merupakan gabungan daripada dua atau tiga autoriti.
PENGARUH
 Kekuasaan amat berhubungan erat dengan pengaruh (pengaruh-
mempengaruhi).
 Pengaruh (influence) merupakan bentuk lebih lembut dari kekuasaan.
 Belum tentu dua orang yang memiliki bidang kuasa yang sama akan memiliki
bidang pengaruh yang sama .
 Pengaruh itu berkaitan dengan keupayaan, keterampilan dan keperibadian
seseorang.
 Pengaruh tidak selalu berkait dengan kekuasaan, sebab ada orang yang tidak
mempunyai kekuasaan (kedudukan formal) tetapi mempunyai pengaruh.
 Pengaruh bukan satu-satunya faktor penentu perilaku, dan tidak seefektif
kekuasaan tetapi ia mengandung unsur psikologis yang sering berhasil.
KEABSAHAN
 Keabsahan - perakuan atau pengiktirafan kuasa yang bersifat menyeluruh.
 Kuasa keabsahan hanya mampu diperolehi sekiranya seorang pemimpin mempunyai
pengetahuan serta mempunyai karisma yang terbentuk dari pelbagai elemen - perwatakan,
keikhlasan, ketenangan, penampilan peribadi secara keseluruhan.
 Dengan kuasa keabsahan, mudah mengendalikan organisasi kerana mendapat kesetiaan
menyeluruh berdasarkan rasa hormat, kagum dan keinginan seluruh organisasi untuk
memberikan khidmat yang terbaik.
 Merupakan salah satu syarat kepada pemberian kuasa kepada autoriti oleh golongan yang
diperintah.
 Tanpa keabsahan - huru-hara dan perebutan kuasa antara pemerintah dan golongan yang
diperintah.
 Tanpa keabsahan - kerajaan yang memerintah itu tidak diterima oleh golongan yang
diperintah sebagai satu kerajaan yang sah.
KEABSAHAN (SAMB……)
 David Easton - keabsahan adalah keyakinan dari pihak anggota (masyarakat) bahawa
sudah wajar baginya untuk menerima baik dan mentaati penguasa dan memenuhi
tuntutan-tuntutan dari rejim itu.
 A.M. Lipset - keabsahan mencakupi kemampuan untuk membentuk dan
mempertahankan kepercayaan bahawa kepimpinan politik yang ada adalah yang
paling wajar untuk masyarakat itu.
 Dahl - keabsahan merupakan satu syarat yang paling asas kepada pemerintahan dan
pembentukan sebuah kerajaan. Tanpa sedikit pun keabsahan, sesuatu kerajaan itu
akan sering mengalami konflik dan akhirnya runtuh.
 John Locke - keabsahan itu adalah “…sesuatu pemerintah memerlukan persetujuan
daripada yang diperintah”. Apabila sesebuah kerajaan gagal untuk mempunyai
sedikit pun keabsahan, konflik akan berlaku antara pihak pemerintahan dengan
golongan yang diperintah.

Anda mungkin juga menyukai