Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Kelestarian dalam erti kata lain adalah berkaitan dengan pengekalan sesuatu perkara atau keadaan. Hal
ini bermakna kelestarian ini merupakan satu usaha mengekalkan serta memelihara keaslian sumber
tersebut. Namun, kelestarian dalam konteks yang lebih luas sewajarnya merangkumi bukan sahaja
pengekalan tetapi turut menambahbaik keadaan sedia ada. Kelestarian amat penting merangkumi aspek
ekonomi, sosial dan alam sekitar. konsep kelestarian turut merangkumi bidang-bidang lain iaitu
pendidikan, ekonomi, perniagaan, pemikiran sosial, sains dan sebagainya. Malah, dikatakan bahawa
kelestarian boleh disesuaikan dengan keperluan dan tujuan pelbagai disiplin sedia ada. Oleh itu, makna
sebenar kelestarian telah berubah kepada hanya bermakna “baik” atau “positif.” Hal ini telah
menimbulkan salah faham terhadap konsep tersebut dan keadaan itu boleh menjejaskan pemahaman
dan seterusnya mempengaruhi tindakan untuk mencapainya. Pembangunan lestari penting untuk
memastikan kesejahteraan hidup masyarakat secara beterusan. Dalam hal ini, semua masyarakat
mempunyai berperanan sangat penting dalam menerapkan pembangunan lestari untuk kesejahteraan
secara berterusan agar dapat di nikmati oleh generasi pada masa depan.

Kebiasaannya kelestarian ini dikaitkan dengan bidang alam sekitar iaitu melalui konsep pembangunan
lestari. Konsep ini bermaksud, satu bentuk pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa
menjejaskan kemampuan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Tetapi melalui
sudut dalam pandangan hidup Islam, konsep ini merangkumi tuntutan untuk berlaku adil kepada semua
makhluk Allah SWT, berhemah dalam penggunaan, berhikmah dalam membuat keputusan serta
mengambil kira konsep maslahah dalam melayari kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh
yang demikian maka kelestarian ini penting bagi menghindarkan kesan negatif dalam masyarakat
generasi yang akan datang. Nilai yang penting seperti Kesejahteraan, ketenangan, keselamatan,
kesihatan serta kesenangan hidup manusia akan terjejas seandainya tiada kesedaran dalam usaha untuk
memupuk elemen ini dalam melestarikan perniagaan di dalam Malaysia ini.

Anda mungkin juga menyukai