Anda di halaman 1dari 23

DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

MENGAPLIKASI KONSEP, PRINSIP DAN TEORI PEMBELAJARAN DAN PERSEKITARAN


CLO 1
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK (C3, PLO3)

1.0 PENGENALAN KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:

i. Menghuraikan konsep pengajaran dalam pendidikan awal kanak- kanak.


ii. Menghuraikan konsep pengajaran dalam pendidikan awal kanak- kanak.
iii. Menjelaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak- kanak.
iv. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak
v. Menghuraikan teori-teori pembelajaran

1.1 PENGENALAN
Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak tersebut dari waktu dilahirkan
sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut ‘The National Association for The Education of Young Children
(NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, istilah awal kanak-kanak merujuk
pendidikan awal kanak-kanak yang memerlukan segala program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan
bimbingan kepada kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-
kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka
diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih
tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.

1.2 KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.

Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan
ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar
pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

Pengajaran juga ditarikan sebagai semua perkara yang diajar oleh guru dalam usaha untuk membantu kanak-
kanak memperoleh ilmu, kemahiran, nilai-nilai dan sikap yang baru dengan menggunakan kaedah dan pendekatan
pengajaran yang berbeza.

Antara perkara yang diambil kira dalam pengajaran kanak-kanak ialah:

i. Kanak-kanak (latar belakang)


ii. Isi kandungan
iii. Pendekatan, kaedah dan teknik
iv. Persekitaran bilik darjah.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.3 KONSEP PEMBELAJARAN Maksud pembelajaran ialah proses


Slavin mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu mengasimilasi maklumat di mana
pengetahuan,teknik atau
akibat daripada pengalaman.
kemahiran baharu diperolehi
menyebabkan perubahan tingkah
Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu laku.

perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang.
Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan
sedar atau tidak sedar.

Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi,
kepercayaan dan tingkah laku.

Menurut Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang
diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan
seseorang.

1.4 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

o Belajar sambil bermain


o Naluri ingin tahu
o Tahap perkembangan kanak-kanak
o Estetika dan daya kreatif kanak-kanak

o BELAJAR MELALUI BERMAIN


Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitu belajar melalui bermain.
Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi
motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan
berdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:
•menggalakkan perkembangan kognitif 
•menggalakkan perkembangan fizikal
•menggalakkan kestabilan emosi
•menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial
•menggalakkan perkembangan bahasa
•menggalakkan kreativiti
•memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak

o MERANGSANG NALURI INGIN TAHU


Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan
sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman
sbenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat, mendengar,
menyentuh merasa dan bau. Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan
a) Memerhati : tarik perhatian kepada pelbagai objek
b) Kasifikasi : galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

c) Eksperimen : kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?”


d) Menjangka : cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku.
e) Menyoal : tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir….
f) Penyelidikan : tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklimat
g) Komunikasi : jelaskan pengalaman

Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendiri
sesuatu maklumat dengan cara berikut:
a) Memberi motivasi kepada kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan.
b) Mengenal pasti apa yang kanak-kanak tahu dan apa yang ingin tahu,kemudian pilih tajuk dan aktiviti yang
sesuai.
c) Melibatkan semua kanak-kanak dengan memilih aktiviti yang mereka dapat lakukan sendiri
ataupun dalam kumpulan kecil.
d) Berikan masa dan kebebasan yang diperlukan untuk kanak-kanak menjelajah
e) Hormati perbezaan individu kanak-kanak. Cara kanak-kanak menyelesaikan masalah tidak
sama dengan cara orang dewasa. Kanak-kanak belajar dengan kadar yang berbeza-beza. Oleh itu
mereka mungkin tidak faham sepenuhnya sesuatu konsep yang diajar.
f) Tanyakan berbagai soalan terbuka dan terima pelbagai jawapan mereka
g) Kerap berikan maklum balas dan peneguhan kepada kanak-kanak semasa proses
pembelajaran.
h) Kembangkan pelajaran dengan membuat lawatan, bercerita, melihat filem atau menjemput penceramah.
i) Tunjukkan model sikap positif dan guru berkongsi minat ataupun semangat dan kekaguman bersama
kanak-kanak berkaitan dunia di sekeliling mereka.

o TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semua b i d a n g k u r i k u l u m .
P e m b e l a j a r a n p e r l u d i f o k u s k a n k e p a d a k a n a k - k a n a k s e c a r a menyeluruh dengan memenuhi
keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanak-kanak.

Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi perkembangan jasmani, emosi,
rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini adalah penting dan saling
berkaitan. Tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting.
Contohnya, seseorang kanak-kanak yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di
samping lima aspek lain seperti sosial dan kreatif.Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak
hendaklah secara menyeluruh. Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangan sangat
penting.

o ESTETIKA DAN DAYA KREATIF KANAK-KANAK


Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran bagi
menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia. Terdapat beberapa aspek kreativiti yang perlu
diberikan penjelasan iaitu:
a) Hubungan kreativiti dengan seni kecerdasan
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

- kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat buntuk merangsangkan kreativiti
ialah seni.
- kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina dan dilatih jika kanak-kanak
diberikan keadaan yang sesuai.
b) Ciri-ciri seseorang kreatif 
 kebolehan menghadapi risiko
 berdikari
 berkeyakinan mencuba
 kesanggupan menahan ketegangan

Peranan guru membina kreativiti


Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberi motivasi dan mencipta suasana
tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi
merangsangkan kreativiti. Oleh itu guru perlulah bersikap positif seperti:
i. Menghargai idea dan soalan kanak-kanak.
ii. Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita.
iii. Memberikan komen yang ikhlas.
iv. Memahami kanak-kanak.
v. Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka.
vi. Mewujudkan suasana menggalakkan

1.5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

o Keperluan Kasih Sayang


Seseorang individu memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa, kawan dan juga penerimaan dari masyarakat.
Setiap orang perlu dikasihi dan mengasihi orang lain. Jika keperluan ini dipenuhi, seorang individu akan berasa
bahagia dan dapat meningkat ke satu lagi peringkat yang lebih tinggi. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang itu
akan menunjukkan ciri-ciri emosi yang tidak stabil seperti bimbang, tidak bahagia dan kecewa. Dalam konteks
persekolahan, guru mesti menunjukkan kepada pelajarnya bahawa dia menyayangi mereka. Perkhidmatan
prasekolah yang akan dibentuk perlulah menekankan aspek ini. Tenaga pengajarnya, iaitu orang yang terdekat
dengan pelajar perlu memberikan perhatian dan kasih sayang selaras dengan usia kanak-kanak prasekolah.

o Keperluan keselamatan

Ini merujuk kepada keperluan kedamaian, ketenteraman dan perasaan yang bebas daripada segala jenis ancaman
dan ketakutan bagi kanak-kanak. Jika kehendak seseorang kanak-kanak selalu dilayani, dia akan berasa selamat
dan akan menjadi seseorang yang mempunyai emosi yang stabil. Dalam konteks persekolahan, guru mesti
mengelakkan diri daripada menghina pelajar dan mewujudkan satu suasana yang selamat dan harmonis dalam bilik
darjah. Perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dan
bersesuaian dengana keadaan sekeliling supaya pelajar dan juga tenaga pengajar berada dalam keadaan baik
sepanjang masa.

o Keperluan Untuk Cabaran Intelektual


DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

Perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang telah meningkat. Oleh itu, kesediaan untuk
menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah bersedia untuk menerimanya. Namun,
pendidik harus mempertimbangkan tahap perkembangan intelek murid-murid adalah tidak sama dan pendidik perlu
bijak menyediakan strategi pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang lebih sukar atau mengaturkan aktiviti-
aktiviti pengayaan yang sukar kerana murid-murid bersedia menerima tahap pembelajaran yang lebih sukar.
o Pengalaman-pengalaman
 Pengalaman kanak-kanak juga sangat bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaaan
masyarakat dan alam sekelilingnya. Mengikut kajian Rosen (1958), keluarga yang berasal daripada kelas
menengah ialah keluarga yang banyak memberikan sumbangan dalm kesediaan belajar anak-anak mereka.
Contohnya mereka telah diasuh, diajar dan diberi peneguhan supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran
untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Mengikut prinsip Pavlov kanak-kanak menjadikan
peneguhan daripada ibu bapa seperti berbentuk ganjaran untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
 pengalaman lampau juga boleh mempengaruhi seseorang untuk mempelajari sesuati. Dalam proses
pembelajaran, kemahiran asas perlu ada bagi murid-murid untuk menyerap mata pelajaran dengan kadar
yang cepat. Melalui pengalaman sedia ada pada seseorang individu akan meletakkan dirinya dalam
keadaan yang lebih sedia semasa belajar.
o Konteks bermakna
 Sikap guru
 Pembelajaran yang bersesuaian dan menarik
 Menekankan pembelajaran yang berpusatkan murid
 Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran

FAKTOR LAIN YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

1) Kematangan
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan. Kematangan otak kanak-kanak yang
berkembang dengan cepat dapat menguasai kemahiranperkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau
tidak matang, kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari dengan lebih lambat
jika berbanding dengan kanak-kanak biasa.

2) Ibu bapa
- Berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu
sering mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran bahasa dengan baik
- Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran.
Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai
ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran
boleh diwarisi daripada keturunanan.

3) Ruang pembelajaran
persekitaran pembelajaran yang responsif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan
menumpukan perhatian dalam pembelajaran. persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan
semangat murid untuk terus belajar.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

4)Minat dan sikap


Kebiasaannya, minat dan sikap seseorang dikaitkan dengan kematangan emosi dan faktor persekitaran keluarga
atau murid-murid. Jika seseorang kanak mempunyai minat dan sikap yang positif, kanak tersebut akan bersemangat
yang mendadak untuk belajar. Maka, guru memainkan peranan yang penting ketika memulakan satu tajuk khasnya
dalam peringkat set induksi. Guru harus memperkenalkan sesuatu yang menarik, mengagumkan atau sesuatu yang
boleh menimbulkan minat murid-murid bagi ingin mengambil tahu sesuatu topik yang akan diperkenalkan dan
mendapatkan kepuasan dalam pembelajaran. Ini dapat merujuk dengan hukum kesediaan Thorndike (1913), apabila
seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.

5) Persekitaran
Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah
yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak
mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.Terdapat bukti menunjukkan
bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi
masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar
bermasalah pembelajaran.

Faktor –faktor yang menyebabkan kurang minat pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak:

a) Ibu bapa -Kekurangan penglibatan ibu bapa diluar sekolah menyebabkan kanak-kanak tidak belajar dirumah.
Sedangkan pelajar menghabiskan masa 70% dirumah bersama keluarga.

b) Masalah Keluarga -Pelajar rasa tidak selamat berada dirumah akan menyebabkan mereka berasa tidak
selamat berada di sekolah. Perceraian dan pergaduhan dirumah akan menjadikan pelajar menjadi takut dan
gelisah.

c) Alat Bantu Mengajar -Kekurangan alat bantu mengajar ataupun latihan menyebabkan pelajar tidak akan dapat
mengulangi pembelajaran yang mereka belajar bersama guru.

d) Kualiti Taska/Tadika- Kualiti taska juga mempengaruhi pembelajaran kanak-anak.


DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.6 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN


Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian daripada ahli psikologi pendidikan yang terdahulu mengenai
konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan proses pembelajaran
Teori pembelajaran Unsur berkaitan Tokoh psikologi
Humanis Kemanusiaan, sempurna Rogers maslow
kendiri,keperluan asas dan meta.
Kogitif Pemikiran, celik akal, penemuan, Koffka/ Kohler, Bruner Gagne,
kategori pembelajaran, resepi Ausuble
Sosial Prestasi Bandura
pemodelan
Behavioris Tingkahlaku, pelaziman klasik Pavlov
(emosi), (tabiat) pelaziman operan, Watson
cuba-ralat dan peneguhan Guthrie
Thorndike
Skinner

1.5.1 TEORI BEHAVIOURISME


Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner,
berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran
mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti
anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara
‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku
pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal.

1.5.2 TEORI KOGNITIF


Teori Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan
pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne.
Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran
yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan
maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua
maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula
seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.

Prinsip-Prinsip Kognitif:
1. Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

2. Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.


3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru.
4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati.
5. Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

Pendekatan Teori Kognitif.


1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses
melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai
pula dan disusun semula.
2. Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.

1.5.3 TEORI HUMANISTIC


Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang
ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan
individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah
menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
Prinsip Teori Pendekatan Humanis :

 Mengetahui cara belajar daripda memiliki banyak pengetahuan


 Penilaian bermak penilaian kendiri hasil kerja pelajar
 Perasaan adalah sama penting dengan fakta
 Fizikal, emosi psikologikal serta nyaman aspek yang penting dalam pembelajaran
 Mudah belajar perkara yang diingini dan diketahui

Hierarki Keperluan Maslow


 diperkenalkan oleh Abraham Maslow
 Mengikut Maslow keperluan manusia terbahagi kepada 5 peringkat iaitu;
keperluan asas, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan
penghargaan dan keperluan sempurna kendiri
Keperluan Asas
 juga dikenali sebagai keperluan fisiologi
 tanpa keperluan ini manusia tidak boleh hidup
 keperluan ini membolehkan manusia berfungsi dengan baik.
Keperluan Keselamatan
 manusia perlu merasakan diri bebas daripada segala ancaman bahaya 
 contohnya ancaman bintang buas, jenayah, kesihatan
 untuk memenuhi keperluan ini manusia perlukan perlindungan daripada pihak polis/tentera/bomba, perlindungan
daripada syarikat insurans
Keperluan Kasih Sayang
 merujuk kepada keperluan kasih sayang yang diperolehi daripada keluarga, kawan-kawan serta masyarakat
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

 secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup bersendirian di muka bumi


 untuk mengelakkan diri daripada pengaruh negatif ataupun gejala tidak sihat 
Keperluan Penghargaan Diri
 keperluan manusia untuk dihargai, disanjungi atau pun dihormati atas sesuatu usaha dan kejayaan yang dicapai
 individu dikatakan belum mencapai keperluan ini jika mereka mudah berputus asa dan tidak mempunyai
motivasi untuk mencuba sesuatu yang baru.

Keperluan Sempurna Kendiri


 keperluan yang tertinggi
 keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru dan lebih menarik
 dikenali sebagai keperluan rohani kerana ia berkaitan dengan kejiwaan, kepuasan, perasaan dalaman

1.5.3 TEORI KONSTRUKTIVISME


Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman.
Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses
pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk
mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta
kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John
Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktiviti pembinaan mental yang
dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam
menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan
berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan
satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.

Teori Konstruktivisme Von  Fokus kepada penyelesaian masalah di kalangan pelajar


Glaserfeld, metakognisi,  Teori konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak
Roger Sperry boleh wujud di luar minda tetapi boleh dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar

Teori Konstruktivisme Lev  Merupakan seorang psikologi berbangsa Rusia, seorang guru dan
Vygotsky sarjana sastera
 Vygotsky berpendapat scaffolding yang diberikan kepada seorang
kanak-kanak adalah penting bagi membantu mereka mencapai tahap
optimum dalam pembelajaran.
Apa itu scaffolding  Konsep scaffolding amat berkait rapat dengan idea zon perkembangan
Scaffolding ialah merujuk proksimal
kepada pelbagai kaedah /  Ia adalah satu struktur sementara yang digunakan untuk menyokong
taktik arahan yang bahan-bahan dalam pembinaan atau pembaikan sesuatu banggunan.
digunakan untuk membantu  Secara umumnya, scaffolding : mengubahsuai tahap sokongan yang
pelajar maju kehadapan diberikan
serta berdikari dalam proses  Perspektif Pendidikan, ia merupakan hubung kai tantara bantuan yang
pembelajaran diberikan oleh guru terhadap murid-murid
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

Teori Konstruktivisme Lev  Pada awal pembelajaran, pelajar di beri bantuan dengan kadar yang
Vygotsky lebih kerap namun apabila pelajar tersebut dipercayai sudah boleh
menguasai kemahiran, tunjuk ajar dikurangkan seterusnya tiada
langsung panduan
 Dengan kaedah scaffolding, perbualan dan interaksi merupakan alat
terpenting bagi membolehkan pelajar menyusun konsep-konsep baru
secara lebih sitematik.

Prinsip-Prinsip Pembelajaran Konstruktivisme

1. Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif.
2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa
sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara kumpulan ketika bermain lego.
3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan.
4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal dan pengetahuan sedia
ada murid.
5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
6. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses pembelajaran.

2.0 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan National Association for the Education of Young Children (NAEYC 2018) terdapat sepuluh
aspek standard yang boleh menjadikan sesebuah tadika berkualiti iaitu dari aspek perhubungan (relationship),
kurikulum (curriculum), pengajaran (teaching), penilaian perkembangan murid (assessment of child pogress),
kesihatan (health), sokongan, persediaan dan kompetensi staf (staff competencies, preparation and support),
kekeluargaan (families), perhubungan komuniti (community realtionships), persekitaran fizikal (physical environment)
dan pengurusan dan kepemimpinan (leadership and management). Justeru, setiap tadika disarankan untuk
memenuhi standard kualiti yang telah ditetapkan untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan.

Persekitaran fizikal bilik darjah merupakan elemen penting dalam membentuk pembelajaran yang kondusif
dan memberangsangkan. Persekitaran yang kondusif dapat membantu mewujudkan keselesaan sesi pengajaran dan
pemudahcaraan di samping dapat mempengaruhi tumpuan dan minat belajar murid dalam bilik darjah. Persekitaran
fizikal tadika termasuk ruang dalaman, ruang luaran, sudut pembelajaran, peralatan, perbahanan, hiasan dan
dekorasi ruang dan keselamatan (Kostelnik et al. 2011). Semua ciri ini antara aspek yang perlu dititikberatkan di
sesebuah tadika kerana setiap ciri dapat mempengaruhi pembelajaran murid sama ada berjaya atau sebaliknya.
Berdasarkan kajian Che Nidzam et al. (2016) berkaitan pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap sesi PdPc,
menunjukkan bahawa ruang pembelajaran, perabot, pengaliran udara dan pencahayaan dalam bilik darjah
mempengaruhi suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap dan tingkah laku murid

Selain itu, pihak kerajaan juga sangat mengambil berat terhadap persekitaran fizikal di sekolah. Hal ini boleh
dilihat melalui Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 di mana kemudahan infrastruktur merupakan satu elemen
penting yang diberikan perhatian dalam perancangan pendidikan demi memastikan pembangunan pendidikan yang
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

seimbang dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan. Kemudahan infrastruktur yang penting di sesebuah sekolah
ialah bilik darjah kerana bilik darjah merupakan tempat yang sinonim dengan proses pengajaran dan
pemudahcaraan murid. Maka ia harus dijaga agar mampu memberikan impak yang positif kepada murid seperti
melancarkan proses pembelajaran dan proses pengajaran (Nurul Jannah 2015). Selain itu, Zedan (2010)
menyatakan bahawa bilik darjah yang berkualiti dan selesa adalah penting dalam membentuk emosi dan sikap murid
terhadap rakan kelas, subjek yang dipelajari dan sistem pendidikan secara keseluruhannya. Justeru, sangat penting
untuk mengetahui keadaan persekitaran fizikal sesebuah tadika kerana ia memberi kesan kepada banyak faktor
terutamanya terhadap proses pembelajaran murid.

2.1 ASAS PENGURUSAN RUANG PEMBELAJARAN DI TASKA DAN TADIKA

2.1.1 Peranan pendidik, pembantu murid, penyelia, dan pengasuh dalam merancang persekitaran
pembelajaran di TASKA dan TADIKA.

Persekitaran pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Persekitaran fizikal seumpama guru ketiga yang membimbing pembelajaran dalam bilik darjah.
Semua kanak-kanak akan dapat memberi lebih penumpuan terhadap pembelajaran apabila mereka berada dalam
situasi yang selamat dan selesa. Jesteru, semua TASKA dan TADIKA seharusnya mempunyai persekitaran
pembelajaran yang baik samada daripada aspek fizikal dan psikososial. Ketidak selesaan dalam bilik darjah boleh
mendatangkan pelbagai kesan sampingan terhadap kanak-kanak dan boleh menimbulkan masalah disiplin dalam
kalangan kanak-kanak.

Bidang tugas:

Pengurus
1. Mempunyai kemampuan untuk mengarah, merancang, mengkoordinasi dan mengawal aktiviti
pelaksanaan organisasi.
2. Mempunyai bakat dan cirri kepimpinan.
3. Berkemahiran dalam membuat keputusan.
4. Mengurus kewangan, kemudahan dan sumber
5. Mengenalpasti keperluan-keperluan taska
6. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada
7.Memastikan kemudahan dan kelelngkapan diselenggara dengan baik.
8. Mengurus perhubungan dalaman dan luaran

Penyelia
1. Memastikan setiap kakitangan amanah dalam melaksanakan tugas harian.
2. Memantau segala pergerakan kakitangan bagi mengelak sebarang kesulitan.
3. Membuat laporan harian dan memaklumkan segala permasalahan kepada pengusaha atau pengurus.
4. Merekod perkara berkaitan dan memastikan segala rekod dalam keadaan baik.
5. Memastikan segala keperluan mencukupi.
6. Menyelesaikan masalah-masalah kakitangan yang berkaitan dengan efektif.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

7. Sentiasa meningkatkan produktiviti dan kekal cemerlang dalam melaksanakan tugasan.


8. Mampu mengawal tadika semasa ketiadaan pengusaha atau pengurus.
9. Memastikan segala yang dirancang berjalan lancar.

Pendidik
1. Membuat Rancangan Pengajaran setiap hari.
2. Merekod perkembangan murid setiap hari.
3. Menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian.
4. Memastikan keperluan pengajaran mencukupi.
5. Memastikan kehadiran dan segala rekod berkaitan kanak-kanak disemak setiap hari.
6. Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan ceria.
7. Memaklumkan kepaa yang berkenaan jika berlaku sebarang permasalahan.
8. Memastikan objektif serta matlamat tadika dicapai.
9. Sentiasa peka terhadap perubahan kanak-kanak.
10. Mengikuti sebarang latihan yang dirancang oleh pihak tadika dan lain-lain tugas yang berkaitan serta bergantung
dengan keperluan pihak tadika

Pembantu Guru
1. Membantu guru semasa proses pengajaran berjalan.
2. Membantu guru mengawal keadaan murid.
3. Membantu guru menyiapkan keperluan murid.
4. Membantu guru menyediakan alat bantu mengajar.
5. Dan lain-lain tugas berkaitan serta bergantung dengan keperluan pihak tadika.

2.1.2 Motivasi diri


Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan
menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai
keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat (Siti Hawa Munji, 1990). Bagi kanak-kanak
yang memerlukan motivasi ekstrinsik, mereka selalu didesak atau digalakkan supaya bertindak untuk
mendapatkan ganjaran. Dalam pembelajaran, insentif diberikan dalam bentuk markah atau hadiah di dalam
kelas. Pada akhir satu peringkat pembelajaran, kanak-kanak yang inginkan ganjaran berusaha dengan lebih
tekun semasa sesi pemebelajaran di dalam kelas. Motivasi intrinsik juga penting untuk kanak-kanak bagi
memberikan dorongan dalaman kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Dorongan
dalaman ini adalah seperti keperluan, minat, sikap dan emosi yang semulajadi ataupun berpandukan
pengalaman serta kehendak persekitaran. Apabila kanak-kanak sukar memahami dan memperoleh
pengetahuan dalam sesuatu pengajaran, pelajar mudah kehilangan minat dan kurang memberi tumpuan.

Bartlett (2003) menyatakan bahawa keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya keadaan
persekitaran pembelajaran adalah selesa. Pengalaman pembelajaran yang selesa akan memberikan persepsi
yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Maka, persekitaran pembelajaran yang kondusif, hubungan pendidik
dan kanak-kanak yang baik dan motivasi belajar yang tinggi akan meningkatkan keselesaan pembelajaran dan
seterusnyan meningkatkan pencapaian pembelajaran kanak-kanak dari masa ke masa.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

2.1.3 Pengurusan kelas dan bahan pengajaran


Keadaan fizikal seperti cahaya, suhu, kualiti udara dan kelengkapan dalam sesebuah TASKA dan TADIKA perlu
diambil berat sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Keadaan persekitaran yang selesa akan
meningkatkan minat belajar dan kanak-kanak juga akan lebih menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang
disampaikan oleh pendidik. Gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh mengugat motivasi kanak-
kanak untuk menumpukan perhatian yang sepenuhnya.

Antara gangguan yang biasa berlaku ialah:


i. Suhu bilik
ii. Bunyi bising
iii. Perabot rosak (papan putih atau tempat duduk)
iv. Pencahayaan yang tidak cukup (lampu berkelipan atau mentol terbakar)
v. Peralatan rosak (seperti komputer )
vi. Kanak-kanak yang datang lewat ke kelas .

Penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian akan memudahkan proses pengajaran guru dan meningkatkan
keberkesanan pembelajaran pelajar (Kamarudin Haji Kachar, 1989). Perancangan pendidik akan menjadi lebih
kreatif dan efektif dengan adanya bantuan seperti OHP, projekter dan komputer. Kanak-kanak juga akan lebih
menumpukan perhatian terhadap kaedah pengajaran yang tidak hanya berpandukan kepada buku atau lisan sahaja.
ajian Lee Chiong Wee (2012), mendapati bahan-bahan visual yang boleh dilihat dan ditonton pasti membolehkan
kanak-kanak untuk memahami dengan mudah. Penggunaan visual dapat menyelesaikan masalah yang wujud dalam
kalangan murid prasekolah. Pembelajaran visual juga dapat membantu murid untuk mengaitkan sesuatu yang telah
dipelajari dengan bahan sebelumnya dan menggalakkan murid untuk mengingati apa yang disampaikan oleh guru
sejurus meningkatkan kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah.

Persekitaran bilik darjah juga mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran (Che Nidzam, 2011). Perspektif
fizikal bagi bilik darjah boleh dilihat dari segi saiz dan bentuk, ruang, cahaya dalaman, warna, keadaan terma, tahap
kebisingan, perabot dan susunan tempat duduk dan kemudahan teknologi yang moden. Keadaan bilik darjah yang
sesak akan menjadi penghalang kepada kecapaian matlamat proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Oleh itu, persekitaran pembelajaran bilik darjah perlu memenuhi keperluan guru, pelajar dan aktiviti pembelajaran
yang dijalankan.

Peralatan, susun atur bilik darjah perlu merangsangkan pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif pelajar dan
memudahkan fasilitasi oleh guru. Hal ini penting kerana guru, pelajar dan persekitaran saling berhubungan dalam
proses pembelajaran. Penggunaan peralatan, pengurusan bilik darjah dan persekitaran yang baik akan dapat
meningkatkan produktiviti pembelajaran dan menjanjikan keselesaan. Sekiranya wujud ketidakselesaan, ianya
mampu mempengaruhi motivasi pelajar untuk belajar.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

Kualiti sesebuah tadika boleh dikenal pasti melalui persekitaran fizikalnya. Berdasarkan Iowa Department of
Education (2007), kualiti persekitaran sesebuah tadika diukur melalui empat perkara. Pertama, peralatan dan
perbahanan aktivti yang pelbagai seperti peralatan main peranan, perbahan untuk aktiviti sensori-deria, peralatan
untuk mengembangkan kemahiran motor dan perbahanan yang membantu meningkatkan matlamat pembelajaran.
Kedua, reka bentuk ruang dalaman yang membolehkan guru-guru mengawasi murid semasa proses pembelajaran
dan bukan pembelajaran. Ketiga, jumlah peralatan dan perbahanan mencukupi dan sesuai untuk aktiviti individu dan
kumpulan serta minat murid. Keempat, ruang dalaman tadika sesuai untuk aktiviti berkumpulan dan individu, ruangan
aktiviti dibahagikan dan mempunyai sempadan dan menyediakan ruang untuk murid yang berkeperluan khas.

Selain itu, kemudahan fizikal turut melibatkan keselamatan. Antara keselamatan yang digariskan oleh Iowa
Department of Education (2007) ialah, saiz kelas (35 kps bagi setiap kanak-kanak), kebersihan tandas, jauh daripada
kemalangan seperti renjatan elektrik,, lantai tidak licin, dilengkapi dengan peti pertolongan cemas dan alat pemadam
api yang berfungsi, pengudaraan yang baik dan kawasan bebas merokok. Menurut Webster (2012) pula, kualiti
kemudahan fizikal sesebuah tadika diukur melalui ruang pembelajaran, saiz kelas, perabot dan peralatan. Selain itu,
menurut Natasya Prasetya (2012), keadaan ruang belajar sesebuah tadika sangat penting untuk memastikan
kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah lantai, cat dan warna,
hiasan dan saiz perabot yang sesuai dengan kanak-kanak.

2.1.4 Kepimpinan
 Model kepimpinan autentik Bill George (2003) .Menurut Northouse (2016) penyelidikan mengenai
kepimpinan autentik telah dilakukan sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan keinginan rakyat
untuk mempunyai pemimpin yang jujur dan baik. Model George telah fokus terhadap kualiti
seseorang pemimpin. Berdasarkan Penn State (2017) mengemukakan bahawa terdapat lima
dimensi yang dibincangkan oleh George (2003) di dalam modelnya. Sekiranya pemimpin
menunjukkan kualiti atau ciri-ciri, mereka akan menjadi pemimpin yang autentik dan pengikutnya
akan memberi maklum balas yang positif serta organisasi akan mendapat manfaat. Antara
dimensi tersebut adalah tujuan dan kesabaran, nilai dan tingkah laku, hubungan dan saling
berhubung, disiplin diri dan konsisten, hati dan belas kasihan.

2.1.5 Pemantauan dan pegawalan kualiti


 Aspek pemantauan merangkumi sumber manusia , pengurusan dan pentadbiran ,keselamatan
pegawai khas dan pemerhatian dan kewangan
 Kaedah pemantauan seperti lantikan

2.1.6 Komunikasi
 Interaksi yang baik antara pendidik dan kanak-kanak boleh mewujudkan hubungan yang positif dalam bilik
darjah. Pendidik yang baik dapat menilai perubahan yang berlaku mengetahui keperluan kanak-kanak
dalam bilik darjah. Kepekaan pendidik terhadap keadaan bilik darjah akan memberikan impak yang besar
kepada pendidik dan kanak-kanak itu sendiri. Menurut Bucholz dan Sheffler (2009) guru berupaya
mencorakkan persekitaran bilik darjah supaya selesa dan seterusnya meningkatkan kemampuan pelajar
untuk belajar.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

 Persekitaran bilik darjah yang kondusif akan terhasil bila ada kerjasama dan interaksi berkesan antara
pendidik dan kanak-kanak. Interaksi dengan persekitaran ketika proses pembelajaran dapat merangsang
semua perkembangan deria kanak-kanak dan menggalakkan kanak-kanak belajar secara kreatif dan
inovatif. Fenomena ini akan mencetuskan budaya berfikir dalam kalangan kanak-kanak dan mengelak
kanak-kanak daripada hanya menghafal fakta dan konsep yang dipelajari. Apabila situasi pembelajaran
menjadi menarik maka minat kanak-kanak terhadap pembelajaran dipertingkatkan. Jesteru, kanak-kanak
akan berasa seronok untuk belajar kerana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran yang
aktif dan memberangsangkan. Beberapa sintesis kajian yang telah dijalankan menunjukkan pendekatan
pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah seperti pujian dan dendaan mempunyai kesan
yang kuat ke atas pembelajaran pelajar (Welberg, 1984).

2.2 Faktor – faktor yang mempengaruhi kanak-kanak di pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

2.2.1 Kemahiran guru


 Guru Jarang Menggunakan Bahan Bantu Mengajar
 kurang pasti bagaimana melaksanakan pendekatan ini dalam pengajaran bahasa di
prasekolah atas kerana kurang pengalaman mengajar.

2.2.2 Kepadatan kelas/ruang pembelajaran dan aktiviti


 Kanak-kanak akan kurang tumpuan ataupun hilang fokus semasa sesi pembelajaran kerana tidak
selesa dengan jumlah murid-murid yang berada di dalam kelas tersebut
 Guru akan terlepas pandang dengan prestasi kanak-kanak yang berada di dalam kelas semasa
sesi pembelajaran kerana guru perlu memberi perhatian kepada kanak-kanak yang terlalu ramai
lalu boleh menyebabkan mereka ketinggalan.
2.2.3 Komposisi kaum
 Malaysia dikenali sebagai sebuAh negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum seperti
melayu, Cina, india, Sikh dan Terdapat pelbagai etnik juga.Komposisi kaum di dalam bilik darjah
juga mendatangkan pengaruh kepada kanak-kanak sama ada dari segi yang baik atau buruk.
 Kesan BaiK:
1. Kanak-Kanak dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi
2. Kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuan am mereka Tentang budaya lain.
3. Kanak-Kanak dapat menghargai kepelbagaian kaum yang terdapat di malaysia.
 Kesan buruk:
1. kanak-kanak sukar untuk mendapatkan kawan.
2. kanak-kanak akan menyisihkan diri di dalam kelas.
3. Kanak-kanak gagal menumpukan perhatian sewaktu belajar.
4. kanak-kanak akan merasa tidak selesa sewaktu melakukan aktiviti berkumpulan.
2.2.4 Estetika persekitaran
 Estetika adalah kualiti visual sesuatu benda-benda dan persekitaran yang disertai dengan
pengalaman-pengalaman yang melibatkan penhayatan yang mendalam (Flannery, 1977). Flannery
menggambarkan pewarisan tingkah laku estetika sebagai suatu yang mampu menarik tumpuan
sesuatu untuk memfokuskan perhatian dengan kehadiran pelbagai aspek, pelbagai lapisan
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

penghayatan visual, deria rasa, penghayatan olfaktori, penghayatan kinestetik, penghayatan


gustatori, dan emosi. Setiap komponen ini menjadi komponen dan sifat-sifat estetika.
 Sesebuah sekolah akan mempunyai sebuah koridor sebagai laluan utama semua orang untuk
membantu pergerakan keluar dan masuk ke bilik-bilik darjah. Kesan secara menyeluruh
memperlihatkan satu perincian visual imej-imej dengan perincian sesuatu estetika. Hanya dengan
berdasarkan imej-imej pada dinding-dinding itu serta-merta dapat menggambarkan berada dalam
sebuah tadika atau bilik darjah. Menyumbang untuk kesenian unik ini adalah simbol-simbol
stereotaip dan sifat-sifat visual barang-barang itu dalam bilik itu.

2.3 ASPEK UTAMA PENYEDIAAN RUANG PEMBELAJARAN KANAK-KANAK


Aspek utama penyediaan ruang pembelajaran :
1. Pengcahayaan bilik mempengaruhi prestasi dan kesihatan kanak-kanak. Cahaya yang kurang akan
menyukarkan kanak-kanak untuk fokus.
2. Pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan kanak-kanak berasa sentiasa mengantok. Hal tersebut
terjadi kerana kekurangan oksigen pada bilik
3. Susun atur Kelas .Ruang yang sempit akan menyebabkan kanakkanak menjadi rimas dan mengundang
mereka untuk menganggu rakan.
4. Warna bilik.Warna yang ceria akan menaikkan semangat pelajar untuk belajar dan mengurangkan stress
mereka.

2.3.1 Jenis-jenis ruang persekitaran pembelajaran


 Persekitaran ialah gabungan kualiti fizikal dan kualiti manusia untuk mewujudkan atau menghasilkan satu
ruang pada kanak-kanak dan orang dewasa bagi bekerjasama dan bermain bersama dan merangkumi aspek
keadaan fizikal, keadaan interpersonal dan aspek waktu agar dapat menggalakkan pembelajaran kanak-kanak.  

 Keperluan bagi TASKA adalah berbeza dengan keperluan ruang di Tadika. Ini kerana, tadika dibina
berdasarkan keperluan umur antara 5 hingga 6 tahun manakala TASKA pula dibina untuk keperluan bayi dari
lingkungan 0 sehingga 4 tahun.

 Jenis-jenis ruang persekitaran pembelajaran terdiri daripada:

i. Ruang luar bangunan


ii. Ruangan peribadi
iii. Ruang dalam bangunan.
iv. Ruang sokongan (tandas, dapur, ruang makan dan bilik isolasi)

2.3.2 Penyediaan persekitaran yang bersih dan selamat


Persekitaran ialah di mana kualiti fizikal dan kualiti manuasia digabungkan untuk mewujudkan atau menghasilkan
satu ruang pada kanak-kanak dan orang dewasa untuk berkerjasama dan bermain bersama-sama. Persekitaran
merangkumi aspek keadaan fizikal, keadaan interpersonal dan aspek waktu. Persekitaran yang baik dapat
menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Persekitaran yang selesa, selamat, berwarna-warni dan menarik
dapat memberikan galakan dan stimulasi kepada kanak-kanak. Persekitaran pembelajaran yang tenang, selamat
dan mencabar sangat mustahak dalam menimbulkan motivasi instrinsik kepada kanak-kanak. Tadika atau taska
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

yang baik sepatutnya mempunyai kawasan yang menyediakan ruang yang berkualiti dan selamat untuk kanak-
kanak bergerak.

Penyediaan Persekitaran Pembelajaran Taska


Kawasan ruang utama untuk pembelajaran kanak-kanak terbahagi kepada:
a) Aktiviti motor kasar – 40%
 memberi peluang kanak-kanak merangkak, memanjat , berlari dan sebagainya.
b) Aktiviti main peranan – 20%
 memberi peluang kanak2 melakukan aktiviti main pondok, berniaga dan sebagainya.
c) Aktiviti sensori binaan – 30%
 menyediakan sudut permainan blok dan melukis, main doh, menjahit yang memberi peluang kanak-
kanak meningkatkan kemahiran motor halus.
d) Aktiviti bahasa – 10%
 merangkumi permainan susun suai gambar, menconteng, manipulasi, membaca dan sebagainya.

- Konsep ruang pembelajaran di TASKA


a) Konsep terbuka
 Kanak-kanak bebas memilih ruang permainan
b) Konsep berkumpulan

 jalankan aktiviti dalam kumpulan kecil yang dirancang oleh pengasuh

c) Konsep sudut pembelajaran


 berdasarkan aspek perkembangan

Ciri-ciri persekitaran yang perlu difahami dan diaplikasikan sebelum menyediakan persekitaran di TASKA
i. Kesesuaian perabot mengikut tahap perkembangan dan umur kanak-kanak, kesesuaian saiz perabot atau
peralatan di TASKA
ii. Cara perabot dan peralatan digunakan, daya ketahanan dan kebersihan perabot dan peralatan.
iii. Persekitaran yang selesa dan tenang sebagai tempat berehat.
iv. Tempat untuk aktiviti bersenam dan aktiviti fizikal
v. Pencahayaan yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan peredaran udara yang cukup.
vi. Hiasan dalaman seperti warna, hiasan atau pameran bahan sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran di TASKA.
vii. Penyediaan sudut fokus kepada elemen perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
viii. Mempunyai kepelbagaian peralatan pembelajaran dan barang permainan yang selamat serta sesuai dan
mudah digunakan bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek yang berbeza.
ix. Keluasan ruang atau sudut yang sesuai dengan bilangan kanak-kanak.
x. Cara penyusunan perabot di setiap ruang memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas.
xi. Ruang yang disediakan memberi peluang kanak-kanak untuk meneroka secara bebas.
xii. Ruang mempunyai bilangan permainan dan peralatan yang mencukupi.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

xiii. Penyediaan ruang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berbual atau bertanya.
xiv. Persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi ketika bermain.
xv. Ruang untuk kanak-kanak berlakon dan berstimulasi.
xvi. Ruang membolehkan kanak-kanak meneroka, berimaginasi dan berkreativiti.

KEMUDAHAN FIZIKAL BANGUNAN PRASEKOLAH


Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan diselenggarakan dengan baik serta mampu
menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai
dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara yang penting dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai
dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan.
Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang
diwujudkan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i) Selesa
a) Keluasan yang bersesuaian
b) Pengudaraan yang baik
c) Pencahayaan yang baik

ii) Mudah alih


a) Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.
b) Peralatan boleh ditamba mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

iii) Pelbagai guna


a) Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

iv) Selamat
a) Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat.
b) Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan murid.
c) Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid.
d) Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.
e) Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan punca kuasa.

v) Ceria
a) Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik, berlabel dan sesuai
dengan pengajaran dan pembelajaran semasa.
b) Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

vi) Bermakna
a) Ruang yang disediakan dapat merangsang murid untuk terlibat secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran.
b) Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian. Peralatan dan bahan
dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah. Ruang ini merangkumi ruang dalam kelas,
ruang luar kelas, ruang dapur dan ruang bilik air.

a) Ruang dalam Kelas


Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan memantapkan peningkatan kemahiran
kognitif seperti kemahiran berbahasa dan kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran
bersosial dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri.
Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk membolehkan murid menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap
kebolehan mereka. Walhal pula, ruangan ini turut membantu guru dalam menjalankan aktiviti bimbingannya
terhadap murid yang bermasalah selain memudahkannya untuk membuat penilaian terhadap perkembangan
murid dari aspek kognitif (pengetahuan dan kemahiran), afektif (sikap dan tingkahlaku) dan psikomotor (fizikal).
Jenis-jenis ruang dalam kelas dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pusat pembelajaran seperti Pusat
Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat Teknologi, Pusat
Main Peranan serta Pusat Kerohanian dan Moral; Ruang Berkumpul (circle time) dan Pusat rujukan Guru.

b) Ruang Luar Kelas


Ruang Luar Kelas terdiri daripada ruang pondok dan tempat main air, main pasir dan ruang berkebun.

i) Ruang Pondok
Ruang pondok boleh diwujudkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang ini diwujudkan bagi
membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti sendiri serta membolehkan mereka berinteraksi dan
berkomunikasi sesama sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini juga, murid-murid dapat mengalami akan
suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah kediaman, klinik mahupun kedai. Mereka juga mampu untuk
melahirkan emosi yang pelbagai berdasarkan bentuk aktiviti atau permainan yang dijalankan. Tambahan pula,
kehadiran pondok ini juga secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat serta minat murid-murid terhadap
sesuatu bidang kerjaya sama ada guru mahupun doktor dan sebagainya. Mereka cuba untuk melakonkan
pelbagai watak dalam sesebuah cerita berdasarkan pengalaman yang diperoleh semasa di rumah dan juga di
persekitaran mereka.
Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini adalah berbentuk set alat permainan main peranan
seperti mainan memasak, pakaian doktor dan peralatannya serta peralatan ubat-ubatan. Selain itu, jenis alat
permainan berbentuk tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti congkak, guli, batu seremban, dan
konda-kondi. Pengisian-pengisian ini secara tidak langsung mambu membantu memperkembangkan tahap
pemikiran kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu aktiviti.

ii) Tempat Main Air dan Main Pasir


Ruang ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid melalui karya yang dihasilkan.
Secara tidak langsung, ruangan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti
mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan karya masing-masing. Tambahan
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

pula, ruangan ini berfungsi untuk menimbulkan kepekaan terhadap persekitaran dalam diri murid iaitu dengan
menamakan apa sahaja objek yang dilihat berada disekeliling mereka. Bahkan, ruangan ini juga mampu
menanam sikap keprihatinan murid-murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan diri terutama semasa
mereka bermain dengan pasir. Selain itu, ruangan ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid
dalam menimba dan memperoleh pengalaman melalui penerokaan yang dilakukan. Antara alatan bagi ruangan
ini adalah kotak air dan pasir penutup, alat permainan pasir dan pasir, pasir yang bersih dan pili air di Kotak Main
Air.
iii) Ruang Berkebun
Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada murid-murid untuk merasai suasana sebenar yang
dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan ini juga berfungsi untuk memberi pengetahuan kepada murid-
murid tentang perkembangan dan pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Murid-murid dapat melihat perkembangan
dan pertumbuhan tumbuhan tersebut apabila mereka bersama-sama menanam benih tumbuhan itu dan
memerhatikan tumbesaran yang berlaku ke atas benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di ruangan ini
seperti sawi, lada dan bunga-bungaan. Antara pengisian untuk ruangan ini adalah kepelbagaian jenis pokok
herba dan poko renek, tanaman berbatas dan kolam untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.

iv) Alat Permainan Luar


Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan kemahiran motor kasar mereka,
mendisplinkan diri semasa menggunakannya dan juga menjadi prihatin terhadap aspek keselamatan semasa
menggunakan setiap jenis alatan permainan luar. Antara peralatan yang boleh diletakkan dalam permainan luar
ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan imbangan, rangka panjat (monkey bar), terowong dan buaian.

c) Ruang Dapur
Ruang dapur terbahagi kepada ruang penyediaan makanan dan juga ruang makan.

i) Ruang Penyediaan Makanan


Ruang penyediaan makanan diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak dan aktiviti mencuci peralatan
dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi bimbingan kepada murid dalam penyediaan makanan dan
minuman. Tambahan pula, ruangan ini mampu membantu dan memberi bimbingan kepada murid untuk
mengemas peralatan dapur serta mengasingkannya mengikut tahap keselamatan masing-masing setelah
digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk,
set peralatan memasak, peralatan mencuci, set pinggan mangkuk, menu, kain pengelap, bahan pencuci atau
pembasmi kuman dan alat pemadam api.

ii) Ruang Makan


Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid untuk makan ditempat yang disediakan. Selain itu,
mereka juga boleh didedahkan dan dibimbing mengenai cara penyediaan serta hidangan makanan dan
minuman. Murid-murid juga dibimbing dalam ruangan ini mengenai cara mengemas ruang makan selepas
digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah meja beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan,
carta doa makan, carta makanan seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin.

d) Ruang Bilik Air


DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid untuk mengamalkan kebersihan diri dengan betul,
mengamalkan kebersihan tandas sebelum, semasa dan selepas menggunakannya, serta mengetahui cara
penggunaan air secara berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti
tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang diasingkan mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi (shower),
cermin, sabun, berus, mop, pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar

Persediaan Ruang Pembelajaran TADIKA

Susun atur ruang dalam bilik darjah


 Kanak-kanak dapat merasakan mereka berupaya, dapat membuat pilihan, mencetuskan idea serta pendapat
mereka dihormati.
 Belajar dan menggunakan kemahiran dalam konteks yang bermakna.
 Mereka dapat menerokai pelbagai bahan dan sumber.
 Berupaya menyatakan keperluan dan meluahkan perasaan mereka.
 Belajar menggunakan dan menghargai sumber2 maklumat manusia, bahan bercetak dan bahan visual.
 Berupaya mengeluarkan perasaan mereka secara kritis dan kreatif.
mengeluarkan perasaan mereka secara kritis dan kreatif.

Jenis Sudut Yang Selalu Terdapat Di TADIKA


1. Sudut keluarga. Peralatan permainan yang perlu disediakan di sudut ini ialah seperti peralatan dapur untuk
mainan masak-masak, kerusi kanak-kanak, bekas-bekas makanan yang kosong, makanan yang diperbuat
daripada plastik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, anak-anak patung. Boleh juga dilengkapkan dengan
cermin solek, pakaian termasuk pakaian yang melambangkan pekerjaan supaya kanak-kanak dapat menjalankan
aktiviti main peranan.
2. Sudut permainan blok. Sudut ini boleh dilengkapkan dengan blok-blok yang pelbagai saiz. Blok-blok juga boleh
ditulis dengan huruf abjad dan berwarna-warni. Di sudut ini juga boleh dilengkapkan dengan patung-patung
binatang atau orang.
3. Sudut permainan puzzel dan manipulatif sudut ini boleh dilengkapkan dengan picture puzzles, insert
puzzles, lego dan alat permainan binaan lain yang mengembangkan motor halus kanak-kanak. Alat-alat ini boleh
digunakan untuk menggenggam, menolak, menarik, mencangkuk, dan sebagainya.
4. Sudut bahasa /bacaan sudut ini disediakan dengan buku-buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak. Buku-
bukunya terdiri daripada yang kulitnya keras atau lembut. Daripada buku-buku ini kanak-kanak boleh melakukan
aktiviti. Selain itu bahan-bahan seperti komik, majalah, surat khabar, buku telefon, permainan huruf-huruf abjad,
puisi, dan katalog juga boleh disediakan. Sudut ini juga biasanya dilengkapkan dengan bantal untuk kanak-kanak
berehat sambil membaca. Sudut ini perlulah senyap dan selesa supaya kanak-kanak dapat menumpukan
perhatian mereka.
5. Sudut agama sudut ini dilengkapkan dengan patung-patung yang dipakaikan dengan pakaian untuk beribadat
seperti telekung bagi kanak-kanak perempuan dan pakaian Melayu bersongkok bagi kanak-kanak lelaki. Sudut ini
juga perlu dilengkapkan dengan sejadah dan al-Quran. Selain itu sudut ini juga dihiasi dengan huruf hijaiah,
gambar-gambar sembahyang yang bersiri, gambr kaabah dan buku-buku cerita yang berunsurkan agama.
6. Sudut sains sudut ini dilengkapkan dengan bahan yang dikeringkan seperti bunga-bunga kering dan daun-daun
kering, biji-biji benih, jenis-jenis kekacang dan bahan-bahan yang masih segar. Model-model binatang, buah-
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

buahan dan orang juga boleh disediakan di sudut ini. Sudut ini juga boleh dilengkapkan dengan akuarium supaya
kanak-kanak boleh memelihara ikan.
7. Sudut komputer sudut ini dilengkapkan dengan peralatan komputer yang antara pengisiannya mengandungi
permainan untuk kanak-kanak dan rekod pribadi kanak-kanak untuk memudahkan guru atau ibu bapa menyemak
perkembangan mereka.

2.3.3 Reka pelan kelas, susun atur perabot dan corak lalu lintas
Aspek yang dinilai dalam susun atur ruang pembelajaran yang kondusif:
1. Keluasan
2. Susun Atur Perabot
3. Alat bantu Mengajar
4. Pengudaraan
5. Laluan pelajar
6. Kedudukan perhiasan bilik
7. Warna Bilik
8. Lakaran kemas

Contoh pelan lantai susun atur ruang TADIKA

2.4 Mengikut kurikulum PERMATA dan KSPK

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan semakan 2017.(KSPK)


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap
dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam
tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-
nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta
DSA 2113 PENDEKATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

inovatif.Ruang pra sekolah termasuk dalam tunjang kemanusiaan iaitu memahami hubungan dengan sekolah yang
menceritakan tentang kelas.

Kurikulum PERMATA
Kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek:

1.1 keselesaan dan kesesuaian premis atau bangunan;


1.2 kawasan luaran serta sekitaran yang boleh merangsang minda,fizikal dan emosi kanak
1.3 kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang berkualiti dan memenohi keperluan kanak-kanak.

Adalah sangatlah penting bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran yang positif dan berpanjangan.
Malahan kemudahan fizikal dan sekitaran luaran boleh berperanan sebagai guru ketigakepada kanak-kanak selepas
ibu-bapa dan tenaga pendidik di pusatdidikan awal. Oleh itu kemudahan fizikal dan pembelajaran pusatdidikan awal
perlulah menyumbang kepada pembinaan keyakinan,keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di
pusat-pusat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai