Anda di halaman 1dari 22

Proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,

sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/masyarakat


bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk
menjadi ahli masyarakat tersebut.

KEPENTINGAN

Membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.

Menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang


menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya
silih berganti.

Kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada


generasi yang lain.

PERANAN

Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.


Memastikan aspirasi masyarakat terpelihara.
Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam
masyarakat.
Mengajar individu untuk memenuhi peranan sosial.

Norma ialah kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.
Norma sosial pula merupakan peraturan-peraturan yang diterima pakai oleh
sebahagian besar ahli masyarakat.
Contoh norma sosial ialah, beratur ketika menaiki bas, menjaga alam sekitar.

Norma sosial lahir dari proses interaksi antara masyarakat. Ia dapat dipelajari melalui
pemerhatian dan juga interaksi sosial.

Norma sosial sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sesuatu
masyarakat.

Perlakuan yang tidak selari dengan norma sosial dipanggil lencongan. Contoh,
menderhaka terhadap ibu bapa.

Folkways dan mores sangat berkait rapat dengan norma sosial.

Folkways- cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam


sesuatu masyarakat.Sebagai contoh, amalan nilai murni dan budi
bahasa.

Mores- norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia


menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku.

Anggota masyarakat wajib mematuhi mores. Ketidakpatuhan


terhadap mores akan mengakibatkan hukuman seperti ejekan dan
cacian.

Kawalan sosial bermaksud cara-cara yang


digunakan oleh masyarakat bagi
mempengaruhi tingkah laku anggotanya
supaya ahli-ahlinya menghargai nilai-nilai
dan mematuhinya.

Kawalan sosial mempunyai dua bentuk ialah


kawalan positif dan kawalan negatif.

Positif- Boleh berbentuk pemberian ganjaran, hadiah dan


pujian

Negatif- hukuman dan dendaan.

Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara


formal dan tidak formal.

Secara formal- berlaku secara perundangan, peraturan


dan penguatkuasaan. (Polis dan kehakiman)

Secara tidak formal- terbahagi kepada 4 jenis:


i.

Ganjaran sosial seperti kenaikan pangkat

ii.

Hukuman atau kritikan

iii.

Pujukan

iv.

Norma yang ditakrif oleh individu berstatus tinggi

Ibu bapa menjadi Role Model dalam pembentukan


sahsiah anak-anak.

Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis


dan suasana yang selamat bagi anak-anak.

Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada


anak-anak yang menghadapi masalah.

Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam


setiap aspek kehidupan.

Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih


sayang.

Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial


dan persekitaran

Membetulkan kesalahan anak-anak.

Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita,


kisah-kisah dan teladan

Pengetahuan Moral
- Memberikan maklumat/teori moral
- Penerapan melalui aktiviti
- Pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan

Peraturan Sekolah
- Lembaga Disiplin memastikan peraturan
sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi
- Mencegah dan menghalang pelajar
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
bermoral

Kegiatan Ko-Kurikulum
- Pelajar mengisi masa dengan aktiviti yang
berfaedah
- Menyediakan alternatif kepada para pelajar
untuk menyalur minat dan kebolehan masing-masing.

Menyediakan persekitaran yang merangsang


pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui
jalinan ikatan mesra dan muhibbah.

Guru

Umur sama dan berkongsi minat yang sama.

Kebiasaannya dari status sosial yang sama.

Apabila remaja, pengaruh rakan sebaya bertambah


penting.

Individu cenderung mengikut pandangan, nilai dan sikap


rakan sebaya.

Melalui penyampaian ajaran agama yang


disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah,
penyampaian melalui pendeta, sami.

Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama


yang dianuti.

Melalui lagu-lagu rohani

Aktiviti kerohanian

Seminar keagamaan yang bersifat membentuk


remaja

Perayaan sesuatu agama

Kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai


petunjuk dalam proses perkembangan moral

Merupakan satu mekanisme yang mempunyai


pengaruh yang amat besar.

Mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan


sahsiah.

Digalakkan menonton rancangan yang memberi


tauladan kepada mereka.

Ibu bapa hendaklah membimbing,


meningkatkan rasionaliti, kematangan dan
kewaspadaan dalam memilih siaran untuk
ditontoni oleh anak-anak.

Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam


kumpulan masyarakat

Menunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak


dapat diterima oleh masyarakat

Mempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan


perlu diikuti oleh golongan remaja

Mengubah tingkahlaku individu yang tidak


sesuai dengan teguran dan penjelasan

Penekanan adat resam dapat mempengaruhi


pembentukan peribadi yang lemah lembut dan
berhemah tinggi.

Semua orang perlu melalui proses sosialisasi yang sempurna agar mereka
menjadi insan yang bermoral. Proses sosialisasi berlaku sepanjang hayat
dan proses ini berterusan dan boleh berlaku dalam pelbagai hubungan. Guru perlu
menyediakan suasana sosialisasi yang terbaik di sekolah. Sebagai salah satu agen moral,
guru adalah model yang boleh dicontohi.
Guru juga berfungsi sebagai agen kawalan sosial.
Norma sosial yang terbaik perlu diamalkan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai