Anda di halaman 1dari 12

ELMK3043: Isu Moral dan Peranan Agen-

Agen Moral
Tajuk 1: Konsep Sosialisasi
Disediakan oleh: Mohd Richard Neles
Ketua Unit Pusat Sumber,
IPG Kampus Batu Lintang
mrichardn33@yahoo.com.my

Schoology Course's Name: ELMK3043_Isu &


Peranan Agen Moral_Section 1

Schoology Access Code: 573W4-GWB3V


Konsep Sosialisasi
• Berkaitan dengan konsep dan peranan sosialisasi dalam
pembentukan tingkah laku moral individu
• Tajuk ini turut mengandungi pecahan yang lebih kecil iaitu
Norma Sosial dan Kawalan Sosial serta Peranan &
Tanggungjawab Agen-Agen Moral
Sosialisasi
• Merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,
sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga & masyarakat bagi
membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat
tersebut
• Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya
dengan sempurna. Misalnya seorang guru akan sedar dan tahu peranan dan
tanggungjawabnya tentu akan mengasuh dan menyayangi anak muridnya
• Seorang anak dan pelajar juga akan tekun belajar jika dia sedar bahawa itu
adalah tanggungjawabnya dan harapan ibu bapanya
• Oleh itu, sosialisasi menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan
tidak patut dilakukan
....Sosialisasi
• Merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap,
kemahiran yang dipunyai oleh keluarga & masyarakat bagi membentuk personalitinya
yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut
• Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan
sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk
mengekalkan kumpulan dan masyarakat
• Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan
terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti
• Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar
• Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia,
tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi
• Sosialisasi mengubah organisme biologikal kepada insan sosial
Tujuan Proses Sosialisasi:
• a. Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat
• b. Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat
• c. Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat
• d. Mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial
• Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi:
a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Dia mesti tahu
tingkah laku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat
b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk
bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari
kemahiran-kemahiran intelektual, sosial & fizikal daripada ibu bapa, sekolah &
sumber-sumber lain daripada persekitaran
c. Seseorang mesti akur dan rela mengikut peraturan-peraturan masyarakat
Norma Sosial
• Bermaksud kelakuan standard yang dimiliki oleh anggota
sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan
mematuhinya
• Sebagai tingkahlaku yang standard, norma sosial merupakan
peraturan yang ditentukan & dipersetujui oleh sebahagian
besar anggota masyarakat dengan mengambil kira mengenai
munasabah atau tidaknya tingkah laku itu
• Norma sosial boleh dianggap sebagai suatu garis panduan
bagi anggota masyarakat bertingkah laku mengikut sesuatu
situasi
....Norma Sosial
• Bermaksud kelakuan standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan
anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya
• Beberapa norma sosial yang diterima oleh kebanyakan masyarakat ialah seperti
larangan terhadap perlakuan membunuh, merogol, mencuri & merompak
• Tanpa norma sosial sistem masyarakat akan terganggu atau menjadi kacau bilau
• Apabila sesuatu perlakuan dianggap sebagai satu norma atau bersifat normatif,
kita sebenarnya menekankan hakikat bahawa perlakuan itu mematuhi atau
bersesuaian dengan jangkaan dan kehendak masyarakat umumnya
• Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial atau bertentangan dengan
harapan sebilangan besar ahli masyarakat adalah dianggap sebagai
‘penyimpangan’ atau ‘deviance’ atau ‘lencongan’
• Cthnya, dalam masyarakat yang menganggap keikhlasan sebagai satu standard
kelakuan atau norma, maka penipuan adalah penyimpangan
....Norma Sosial
• Norma sosial bukannya sesuatu yang tetap. Ia berubah dari semasa ke semasa
mengikut keadaan masyarakat
• Folkways dan mores sesuatu masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan
norma sosial masyarakat tersebut
• Folkways adalah cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam sesuatu
masyarakat seperti sikap bersopan santun dan berbudi bahasa (berbeza bagi
masyarakat berbeza)
• Ia berasaskan kepada adat resam dan tradisi yang diwarisi dari generasi ke
generasi melalui proses sosialisasi (pelanggarannya dianggap serius)
• Mores pula merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia
menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku
• Anggota sesuatu masyarakat adalah wajib mematuhi mores dan ketidakpatuhan akan
mengakibatkan hukuman tidak formal yang keras seperti ejekan, hinaan dan penyingkiran dari
kelompok-kelompok yang berkenaan
Kawalan Sosial
• Merupakan cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah
laku ahlinya supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi & pola-pola
tingkah laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu
• Kawalan sosial boleh bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga
boleh bersifat formal atau tidak formal
• Kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh seseorang yang
mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat
• Ganjaran yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji
atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu telah
berjasa kepada masyarakat & negara
• Satu bentuk kawalan sosial yang lebih asas adalah bergantung kepada
penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan penghayatan
individu mengenai norma sosial, nilai & jangkaan peranannya melalui proses
sosialisasi
....Kawalan Sosial
• Kawalan sosial yang negatif adalah berdasarkan kepada amaran serta
ancaman terhadap hukuman
• Ketakutan terhadap hukuman seperti denda, penjara, kesakitan, kematian dan
sebagainya diandaikan dapat menghalang individu daripada melakukan tingkah
laku
Tugasan Tutorial
“Saya berjanji akan menjadi guru yang baik budi pekerti”

Berdasarkan kata-kata di atas, bincangkan ciri-ciri yang


dimaksudkan melalui peta minda.

Laporkan dalam bentuk powerpoint


Tugasan ISL
• Buat carian maklumat di Perpustakaan mengenai
perbezaan maksud perkataan berikut:
a. Sosial
b. Sosiologi
c. Sosialisasi
d. Sains sosial
e. Kajian sosial

Anda mungkin juga menyukai