Anda di halaman 1dari 3

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori Ekologi Bronfenbrenner menyatakan individu berbeza-beza kerana konteks sosial


yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Menurut Teori Ekologi
Bronfenbrenner perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi. Antara
lima sistem yang mempengaruhi teori ekologi adalah seperti berikut:-

1. Sistem mikro
Individu yang menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarga,
rakan sebaya ( di sekolah dan kawasan persekitaran tempat tinggal )
Mereka berinteraksi secara langsung dan bertimbal balik dengan orang lain
Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan penting di dalam
perkembangan kanak-kanak.

2. Sistem Meso
Melibatkan perhubungan antara sistem mikro
Pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah. Contonhya
murid yang dipingirkan keluarga, akan sukar menjalinkan hubungan positif
dengan guru dan rakan sekelas.
Menurut Bronfenbrenner, kanak-kanak yang diberi peluang berinteraksi dan
berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik
daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.




3. Sistem Ekso

Pengalaman dalam satu sesi pembelajaran ( murid tidak aktif ) mempengaruhi
pengalaman murid dan guru dalam konteks yang langsung.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil tersebut memberi
kesan kepada kanak-kanak tersebut.Misalnya sekolah dengan pasar raya.
Kaedah pengurusan kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan
oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi
perkembangan sosial kanka-kanak tersebut.

4 Sistem Makro
Melibatkan budaya yang lebih luas, di mana guru dan murid tinggal,
termasuklah nilai dan adat resam masyarakat.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan normanorma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan ( Santrock, 208 ). Di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting

5. Sistem Krono
Sosio sejarah perkembangan seseorang murid.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada
permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada
zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama
lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu
pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

Anda mungkin juga menyukai