Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN Menurut teori ekologi Bronfrenbrenner (1970-1989) menyatakan bahawa

perkembangan kanak-kanak adalah hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Perkembangan kanak-kanak juga adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut terhadap persekitaran. Secara ringkasnya perkembangan kanak-kanak mengikut teori Bronfrenbrenner lebih menjurus kepada konsep iklim sekolah, di mana peranan guru dan faktor sekolah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Namun begitu, untuk penjelasan lebih lanjut mengenai definisi iklim sekolah boleh dirujuk kepada beberapa pandangan tokoh antaranya seperti, Ballatine (1997), beliau melihat iklim sekolah sebagai sesuatu yang tunggal mengenai persekitaran di setiap sekolah. Walau bagaimanapun, Moss (1979) pula, iklim sekolah adalah satu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Hal ini berlaku adalah disebabkan daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza seterusnya mereka berada di dalam satu kumpulan di mana sikapnya banyak bergantung kepada protokol yang diwujudkan oleh pihak pentadbir sekolah dan guru-guru. Selain mempengaruhi itu, Mc Brien menjelaskan pelajar bahawa Iklim sekolah konsep banyak kendiri,

perkembangan

melalui

pengenalan

keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina hubungan yang baik dengan orang di sekeliling. Iklim sekolah yang positif juga akan membuatkan muridmurid merasakan diri mereka lebih selesa, diperlukan, selamat, diterima dan sebagainya sewaktu berada dalam kawasan sekolah dengan berinteraksi dengan orang yang mereka percayai. Brandt (1997) berpendapat bahawa iklim sekolah adalah sejumlah nilai, budaya, amalan keselamatan dan struktur organisasi yang terdapat dalam sesebuah sekolah. Mereka melihat kepelbagaian amalan dan hubungan antara pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan murid yang dapat membentuk iklim sekolah yang positif. Interaksi antara elemen-elemen tersebut akan menentukan sama ada suasana iklim di sekolah tersebut berada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Ringkas kata, suasana persekolahan dan pengaruh

persekitaran guru memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tahap perkembangan pelajar.

DEFINISI TEORI EKOLOGI BRONFRENBRENNER Teori ekologi Brofrenbrenner (2004) adalah sebuah teori yang telah diutarakan oleh seorang tokoh yang bernama Urie Bronfrenbenner pada (1917). Di mana, teori Ekologi ini lebih memfokuskan kepada pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu yang bermula sejak dilahirkan sehingga peringkat dewasa. Sambungan itu, teori ekologi Bronfrenbenner ini mempunyai lima sistem yang telah diasaskan kepada interaksi kanak-kanak dalam jalinan keluarga mereka, rakan sebaya, guru-guru serta orang dewasa yang dekat dengannya, termasuk juga pengaruh sosiobudaya keluarga dan komuniti tempatan.

LIMA JENIS SISTEM DALAM TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Mikrosistem Mesosistem

Teori Ekologi Bronfenbrenner

Ekosistem Makrosistem Kronosistem

HURAIAN

RINGKAS

TERHADAP

LIMA

SISTEM

TEORI

EKOLOGI

BRONFENBRENNER

Mikrosistem Mesositem

Persekitaran terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interasksi secara langsung dan menghabiskan paling

banyak masa Perhubungan antara mikrosistem, misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dlm persekitaran tersebut beri kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut

Eksosistem

Makrosistem

Perkembangan individu dipengaruhi oleh normanorma, nilai-nilai dan amalan-amalan masyrakat. Perubahan dalam suatu tempoh masa

Kronosistem

5 Huraian Teori Ekologi Bronfrenbrenner

Interaksi Elemen-Elemen Dalam Lima Sistem Ekologikal Berasaskan Teori Brenfrenbenner

TUGASAN INDIVIDU: Bagi menunjukkan sejauh mana pengaruh persekitaran guru dan pengaruh persekitaran sekolah telah memainkan peranan dalam mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak, saya telah melakukan soal selidik terhadap beberapa orang guru bagi mengetahui tentang bagaimana usaha dan peranan yang telah dimainkan oleh pihak sekolah dan juga pihak guru khususnya dalam mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi, rohani dan sosial para pelajar tersebut.

Emosi Kognitif

Rohani Sosial

PENGARUH PERSEKITAN GURU DAN SEKOLAH

Pecahan Pengaruh Persekitaran Guru Dan Sekolah Dalam Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

Pengaruh persekitaran guru dan sekolah dalam perkembangan kognitif para pelajar. Berdasarkan borang soal selidik yang telah saya edarkan kepada beberapa orang guru mengenai sejauh mana peranan guru dan sekolah dalam mempengaruhi kognitif para pelajar, ramai di antara mereka memberi jawapan bahawa, usaha dan peranan yang telah dimainkan oleh pihak guru dan juga pihak sekolah adalah dengan memberi bimbingan serta didikan secara berperingkat kepada para pelajar. Di mana, konsep mastering diberi keutamaan supaya para pelajar dapat menguasai penerapan nilai pengajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, pendedahan terhadap isi dan situasi pengajaran dilakukan secara bersesuaian dengan tahap kemampuan para pelajar iaitu sesi pengajaran yang tidak terlalu susah bagi pelajar yang berada di tahap rendah dan tidak terlalu senang bagi mereka yang berada di tahap tinggi. Tambahan pula, bagi mengembangkan lagi tahap kognitif para pelajar tersebut, terdapat daripada sebahagian guru yang menyatakan bahawa mereka cuba membuka peluang kepada para pelajar untuk berkongsi pandangan serta mengemukakan hujah-hujah dan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik pembelajaran. Maksudnya di sini, guru tidak terlalu terikut dengan huraian isi pelajaran yang terdapat di dalam buku teks tetapi cuba menggalakkan murid memahami huraian isi pelajaran itu tadi mengikut kefahaman sendiri. Di mana, melalui teknik ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan murid supaya berfikir secara kreatif dan kritis yang semestinya menyumbang kepada percambahan kognitif para pelajar itu sendiri. Selain daripada itu, terdapat juga guru yang menyatakan peranan mereka sebagai agen penyebaran maklumat dan memberi bimbingan kepada para pelajar untuk meneroka informasi dengan bantuan teknologi semasa. Peranan guru di sini adalah sebagai pembuka jalan dan merupakan garis panduan kepada

pengembangan kognitif para pelajar tersebut. Di mana, guru hanya bertindak sebagai penunjuk cara kepada penggunaan teknologi semasa dan para pelajar perlu menerokai sendiri setelah mahir menggunakannya. Hasil daripada penerokaan inilah yang boleh menjadi pencetus kepada pengembangan kognitif para pelajar tersebut. Di samping usaha yang dimainkan oleh pihak sekolah seperti mewujudkan beberapa program pertandingan bagi menilai tahap kemampuan mereka.

Pengaruh persekitaran guru dan sekolah dalam mempengaruhi perkembangan emosi para pelajar. Bagi menunjukkan sejauh mana peranan guru dan sekolah dalam mempengaruhi perkembangan emosi para pelajar pula, terbukti apabila terdapat daripada salah guru yang menyatakan beliau cuba menarik perhatian pelajar dengan menerapkan nilai kasih sayang terhadap proses P&P, di samping memberi teguran dengan lemah lembut dan memotivasikannya jika perlu. Maksudnya di sini, bagi merangsang

emosi para pelajar tersebut guru perlu mempunyai sifat penyayang terutamanya kepada muri-murid yang mereka ajar. Seseorang guru itu dikatakan penyayang sekiranya sifat-sifat seperti prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. Selain itu, guru hendaklah menyukai dan menyayangi kanak-kanak serta berminat untuk mengajar, berdedikasi dan melaksanakan aktiviti P&P dengan bersungguh-sungguh supaya murid-murid akan merasa dirinya diberi perhatian dan dihargai sewaktu guru mengajar. Oleh yang demikian, secara tidak langsung hubungan di antara guru dan murid akan terjalin erat dan merang emosi para pelajar untuk terus belajar secara bersungguh-sungguh. Selain daripada itu, terdapat responden guru yang menyatakan beliau sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar dengan cara yang baik dan memberi suntikan motivasi kepada para pelajar yang memerlukannya. Jelas beliau lagi, pengajaran guru secara garang akan menjadi penyebab kepada ketidakstabilan emosi para pelajar bahkan boleh menjadikan mereka semakin stress dan tidak suka untuk terus belajar. Oleh itu, seandainya mereka memberi jawapan yang salah semasa sesi pembelajaran di dalam bilik darjah, guru tidak boleh terus marah atau meninggikan suara di hadapan mereka tetapi guru perlu pandai bertindak dengan memberi tunjuk ajar dan bimbingan dengan cara yang baik. Tambahan pula, terdapat juga guru yang memulakan sesi pengajarannya dengan menanya khabar kepada para pelajar dan disusuli dengan sedikit aktiviti permainan. Hal ini demikian kerana, berdasarkan pendapat beliau guru perlu mencari inisiatif bijak dalam menyediakan emosi pelajar yang baik sebelum memulakan sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Justeru itu, ada juga sebahagian guru yang menggunakan kaedah memberi pujian serta rangsangan positif di atas usaha-usaha yang telah

dilakukan murid, di samping mengambil tahu tentang permasalahan yang sedang mereka hadapi. Ekoran itu, berdasarkan temu bual yang telah saya lakukan dengan PK hem sekolah, beliau telah menyatakan pihak sekolah turut memainkan peranan yang penting dalam merangsang emosi para pelajar terutamanya melibatkan mereka yang berada di kelas hujung. Tegas beliau lagi, pada kebiasaannya pihak sekolah akan mengadakan program motivasi dengan menjemput pakar motivasi untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar supaya mereka lebih bersungguhsungguh dan mengambil penekanan yang serius terhadap proses pembelajaran mereka. Usaha sekolah yang keseterusnya pula adalah dengan meletakan kata-kata hikmah seperti Belakang parang kalau diasah nescaya tajam juga, Tiada gunung yang tinggi tidak dapat didaki dan tiada pula lurah yang dalam tidak dapat dituruni, inilah di antara kata-kata hikmat yang banyak terdapat pada dinding-dinding sekolah kebangsaan Rantau Panjang dengan harapan apabila para pelajar membacanya akan bangkit satu semangat untuk mencapai hasrat-hasrat atau visi dan misi sekolah yang telah ditetapkan.

Pengaruh persekitaran guru dan sekolah dalam mempengaruhi perkembangan rohani para pelajar. Bagi menunjukkan sejauh mana peranan guru dalam mempengaruhi perkembangan rohani para pelajar sekolah pula, 50% daripada responden guru telah menyatakan bahawa, mereka telah menggunakan kaedah penyerapan nilai-nilai murni serta unsur-unsur keagamaan ke dalam diri pelajar. Penyerapan tersebut dilakukan dalam dua bentuk cara, pertama penyerapan dilakukan melalui proses P&P di dalam bilik darjah manakala yang kedua pula, dilakukan dengan menjadikan diri mereka sebagai model dengan menunjukkan cara dan menjadi contoh teladan yang baik kepada para pelajar. Di sini menunjukkan bahawa, peranan guru di dalam bilik darjah cuba menggabungjalinkan sukatan pelajaran dengan nilai-nilai kerohanian yang perlu ada pada diri seseorang pelajar, di samping guru menunjukkan nilai-nilai murni serta akhlak yang mulia melalui tingkah laku dan perbuatan mereka dalam kehidupan seharian, dengan harapan contoh yang baik daripada mereka dapat diserapkan ke dalam diri pelajar. Selain daripada itu, bagi menunjukkan sejauh mana peranan sekolah dalam mempengaruhi perkembangan rohani para pelajar pula, terdapat pelbagai langkah yang telah dimainkan oleh pihak sekolah seperti mewajibkan bacaan doa dan memberi salam sebelum memulakan sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga telah menganjurkan program bacaan Yasin untuk warga sekolah yang diperuntukkan masa khas pada setiap pagi hari Khamis untuk program tersebut. Di sini jelas menunjukkan bahawa, pihak sekolah telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan rohani para pelajar dengan memasukkan unsur-unsur kerohanian dan unsur-unsur keagamaan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ekoran itu, pihak sekolah juga sering kali mengadakan program motivasi berkaitan dengan kerohanian dan keagamaan sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan kerohanian para pelajar ke tahap yang lebih tinggi, di samping mengadakan jalinan hubungan dengan pihak ibu-bapa supaya dapat bergerak secara berseiringan dan saling bantu-membantu dalam mempengaruhi perkembangan rohani pelajar, sama ada ketika mereka berada di rumah atau ketika mereka berada di sekolah.

Pengaruh persekitaran guru dan sekolah dalam mempengaruhi perkembangan sosial pelajar. Akhir sekali, bagi menunjukkan sejauh mana persekitaran guru dan juga persekitaran sekolah dalam mempengaruhi perkembangan sosial para pelajar pula, dapat dilihat melalui penekanan budaya memberi salam dan bersalaman di kalangan murid dan guru oleh pihak sekolah. Di mana, pihak sekolah telah menggalakkan dan memberi penekanan yang serius terhadap budaya memberi salam dan bersalaman apabila berjumpa antara satu sama lain, sama ada dengan mereka yang dikenali ataupun tidak dikenali. Peranan sekolah yang ke seterusnya adalah dengan mewujudkan aktiviti perkhemahan dan aktiviti gotong-royong di kalangan pelajar, supaya melalui aktiviti yang diadakan ini dapat dijadikan sebagai pencetus kepada interaksi dan hubungan sosial di kalangan murid dan guru khususnya. Tambahan pula, melalui aktiviti yang sering kali dianjurkan oleh pihak sekolah seperti hari sukan, sambutan hari guru, hari merdeka, sambutan Maulidurasul dan sebagainya. Hal ini dapat memberi perubahan terhadap murid apabila mereka berinteraksi antara satu sama lain sewaktu menjalankan aktivit-aktiviti tersebut. Sekiranya sesebuah sekolah mempunyai kepelbagaian integrasi kaum, perpaduan antara kaum dapat direalisasikan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Hal ini penting bagi memastikan hubungan antara kaum akan menjadi lebih harmonis sewaktu berada di sekolah seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya permusuhan antara kaum khususnya di kalangan pelajar. Selebihnya pula adalah peranan guru di dalam bilik darjah, berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah saya edarkan kepada guru-guru sekolah, ramai di antara mereka yang menyatakan bahawa, mereka telah mengadakan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan di kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana, melalui pembelajaran secara berkumpulan dapat mewujudkan interaksi di kalangan murid yang secara tidak langsung natijahnya dapat mewujudkan hubungan sosial yang sihat di kalangan pelajar. Selain daripada itu, terdapat juga peranan guru yang cuba melatih murid untuk berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling supaya hubungan mesra di kalangan masyarakat berbilang kaum dapat dibentuk. Selain daripada itu, para pelajar juga akan merasa lebih seronok untuk belajar apabila kemesraan dalam hubungan sosial diamalkan khususnya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai