Anda di halaman 1dari 19

NO.

ITEM PAGES

Soalan 1 (Kajian Silang Budaya)

1.0 Pengenalan 3-4


2.0 Pembudayaan dan Sosialisasi 4-5
3.0 Huraian Empat Jenis Persekitaran
Bronfenbenner (1979) 6 - 10
4.0 Kesan Jenis Persekitaran Bronfenbrenner
Dengan Kedudukan Sosial Ekonomi (SES)
Individu Berbeza 11 - 14
5.0 Kesimpulan 14

Soalan 2 (Jurnal Reflektif)

1.0 Pengenalan 15 - 16
2.0 Hubungan Antara Peranan Dan Stereotaip
Jantina Dengan Budaya 16 – 18
3.0 Kesimpulan 19
4.0 Rujukan 20 - 21

1 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


1.0 PENGENALAN
Manusia sentiasa mengalami proses perkembangan yang berlaku dari semasa ke
semasa bermula sejak dari dalam kandungan lagi hinggalah ke akhir hayat.
Perkembangan ialah proses kesempurnaan sifat kemanusiaan yang terkandung
perasaan, kecerdasan, kebijaksanaan, kemampuan berfikir, kebolehan mengatur
tingkah laku dan sebagainya. Ianya akan terus berlaku dari semasa ke semasa
hinggalah akhir hayat.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan seseorang


individu. Di antaranya termasuklah faktor baka dan persekitaran. Persekitaran
termasuklah sosio budaya, iklim, interaksi, politik dan fizikal. Di antara faktor-faktor
pesekitaran tersebut adalah merangkumi keluarga, rakan sebaya, guru dan sekolah,
status sosio ekonomi, pusat ibadat, pengaruh media, sumber teknologi dan
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. Salah seorang pengkaji terkemuka Urie
Bronfenbrenner, memberikan fokus kepada pengaruh persekitaran tehadap
perkembangan individu dalam teori ekologinya. Beliau menegaskan bahawa terdapat
empat sistem dan ditambah dengan satu lagi sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu
sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono.

Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk kepada


luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.
Norman L. Munn (1972) pula mendefinisikan peresekitaran sebagai segala benda
yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke (1974)
mengatakan persekitaran itu ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Berdasarkan takrifan di atas,
persekitaran merujuk kepada suasana di sekeliling individu yang meliputi kawasan
tempat tinggal, sosioekonomi, sosiobudaya, pergaulan, pendidikan, pemakanan, alam
sekitar, rakan sebaya, media massa dan sebagainya. Suasana ini dialami setiap hari
dari semasa ke semasa. Justeru sudah pastilah persekitaran memberi pengaruh yang
sangat besar kepada perkembangan individu.

2 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


2.0 PEMBUDAYAAN DAN SOSIALISASI
Budaya biasanya ditakrifkan sebagai cara hidup yang diterima oleh sesuatu
masyarakat yang di dalamnya terkandung intipati pemikiran dan amalan baik dan
murni. Budaya merupakan asas kepada pembudayaan. Istilah budaya diambil dari
perkataan Sanskrit, “buddayah” yang membawa erti budi pekerti atau akal. Bahasa
Inggeris menyebut budaya sebagai “culture” yang diambil dari perkataan latin
‘colore’ yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Kamus Dewan (2002) pula
memberi maksud budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi
yang merangkumi cara berfikir, bertingkah laku dan sebagainya. Manakala Modern
Dictionary of Sociology mentakrifkan budaya sebagai cara hidup manusia yang hidup
berkelompok sama ada berbentuk material ataupun bukan material.

Pembudayaan dalam kehidupan dianggap sebagai elemen pinggiran dalam ekosistem


kehidupan manusia di negara ini. Berdasarkan kepada tafsiran ini, pembudayaan
dilihat sebagai proses atau kaedah membudayakan sesuatu seperti pemikiran, ilmu,
undang-undang, adat resam dan sebagainya. Proses ini tentulah melibatkan pelaksana
yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Ini adalah kerana manusia
adalah makhluk yang unik kerana memiliki perbezaan dengan individu yang lain.
Perbezaan ini lahir daripada sikap atau tingkahlaku individu tersebut seperti cara
berkomunikasi, berfikir, perwatakan, pergaulan dan banyak lagi. Proses pembudayaan
lahir daripada beberapa proses lain seperti proses Pengkulturan (enculturation),
Akulturasi (aculturation), Sosialisasi (socialisation) dan Asimilasi (assimilation).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat, Sosialisasi adalah satu konsep umum yang
bermaksud suatu proses di mana seseorang belajar untuk menyesuaikan diri dengan
suasana iaitu sikap, nilai dan sebagainya, yang dapat diterima dalam masyarakat.
Sebagai contoh, ketika seorang bayi dilahirkan, dia tidak tahu apa-apa tentang diri dan
persekitarannya. Namun begitu, bayi tersebut memiliki potensi untuk mempelajari diri
melalui perseitaran tersebut. Apa dan bagaimana dia belajar, banyak sekali
dipengaruhi oleh persekitaran sosial di mana dia dilahirkan.

3 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


Begitu juga dengan kanak-kanak di mana sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak
ini mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial
mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh
sesuatu kumpulan sosial. Misalnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang
sesuai dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.
Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial
yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.
Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan
merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Terdapat lima lingkaran besar yang
menentukan sosialisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Lingkaran Sosialisasi

3.0 EMPAT JENIS PERSEKITARAN BRONFENBRENNER (1979)

4 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-
kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak
tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-
kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya
atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup
mikro.

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang
terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama
lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat empat sistem yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem dan
makrosistem. Manakala kronosistem adalah sistem yang telah ditambah. Kesemua
sistem persekitaran mempengaruh perkembangan individu.

3.1 Sistem Mikro (Microsystem)


Merupakan persekitaran terkecil dan terdekat yang merujuk kepada aktiviti dan
interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Bagi kebanyakan kanak-kanak,
sistem mikro mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran
tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang berlaku di pusat
asuhan, tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya.
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu
dalam kategori sistem mikro semata-mata. Tetapi turut terkesan dengan perwatakan
biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan
bakatnya. Sebagai contoh, dalam sesebuah keluarga, ibu bapa merupakan agen
sosialisasi terpenting dalam kehidupan kanak-kanak. Faktor persekitaran dalam
keluarga merupakan faktor yang paling besar mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak. Individu yang terlibat dalam pembentukan sosialisasi peringkat awal di
sekeliling kanak-kanak sangat penting dalam perkembangan minda, fizikal dan emosi.

3.2 Sistem Meso (Mesosystem)

5 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


Merangkumi interaksi sistem mikro yang berbeza di mana kanak-kanak yang
berkembang itu mengenal dirinya. Sistem meso ini merujuk kepada hubungan
dalaman dalam kalangan sistem mikro seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan
sebaya. Bronfenbrenner percaya bahawa sistem ini mempunyai hubungan yang kuat
dengan sistem mikro. Ia boleh meningkat dengan sokongan dan kestabilan sistem
mikro. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu sistem mikro dapat mempengaruhi
interaksi dengan sistem mikro yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat
mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di
sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah
tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan
implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.

3.3 Sistem Ekso (Exosystem)


Sistem ini merupakan konteks di mana kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak
di dalam lapisan ini. Tetapi secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan
mereka. Sistem ekso merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan
kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut
mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah dan pasar raya.
Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di
tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Sistem ekso juga mempunyai kaitan rapat di antara pengalaman dengan persekitaran
yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil
dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa
yang terlibat dengan murid itu. Keadaan ini bererti bahawa pengalaman seseorang
individu akan turut mempengaruhi orang di sekelilingnya.

Misalnya, peraturan-peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti cuti dan waktu kerja
serta keputusan untuk berpindah rumah dilakukan tanpa meminta persetujuan

6 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


daripada anak-anak. Apabila hal seumpama ini berlaku, maka persekitaran kanak-
kanak akan berubah kerana kanak-kanak tersebut tidak dapat membiasakan diri di
tempat baru pada peringkat awal. Keadaan ini membuktikan bahawa kanak-kanak
tidak terlibat dalam keputusan yang dibuat oleh ibu bapa, namun keputusan itu turut
memberi kesan ke atas diri mereka.

3.4 Sistem Makro (Macrosystem)


Merupakan persekitaran terbesar dan paling jauh merujuk kepada masyarakat dan
tempat terhadap kanak-kanak yang masih dalam proses mengenalpasti pengaruh
penting kepada mereka. Ia adalah konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung
di dalam sistem mikro, sistem meso dan sistem ekso. Ia adalah ideologi yang benar-
benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang
patut dianggap pada mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usahakan. Dengan
ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap
satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.

Sistem makro melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-


norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan
jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki
diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum
perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak
layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang
masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan
tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.
Mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak
perempuan.

Mereka masih mempercayai bahawa kononnya anak lelakilah yang akan bakal
menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka
menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga

7 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Maka itu, kepercayaan
seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran kanak-kanak agar mereka tahu
kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf
perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.

3.5 Sistem Krono (Chronosystem)


Daripada keempat-empat lapisan tersebut, terdapat satu lagi lapisan tambahan iaitu
sistem krono. Sistem krono yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau
konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan
emosinya. Keadaan ini selaras dengan arus perubahan serta perkembangan teknologi
maklumat (IT) yang dicapai oleh sesebuah negara. Contohnya, kanak-kanak pada
zaman global ini lebih berfokus kepada permainan yang diperolehi daripada gajet-
gajet elektronik seperti komputer dan video games. 

Emosi kanak-kanak adalah berubah-ubah akibat daripada pengaruh permainan-


permainan yang terdapat dalam gajet-gajet tersebut tanpa disedari. Kadang-kadang
emosi ini menimbulkan ketidakselesaan kepada orang di sekeliling individu terebut.
Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan
yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang
demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada
perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek.

Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun
begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul
dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama komputer. Selain itu, anasir-
anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara
semakin maju.

Tambahan lagi dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting
dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini,
murid-murid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet

8 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah
terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling mereka.

Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan
ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang
mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu,
ibu bapa, guru dan masyarakat bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid
dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak
dengan perkara-perkara negatif yang semakin menular kini.

Rajah 3.1: Model Ekologi Bronfenbrenner (1979)

4.0 KESAN JENIS PERSEKITARAN BRONFENBRENNER DENGAN


KEDUDUKAN SOSIAL EKONOMI (SES) INDIVIDU BERBEZA
Kesejahteraan hidup kanak-kanak mempunyai kaitan rapat dengan ekologi keluarga
yang dianggotai dan didiaminya. Kanak-kanak perlu membesar dalam persekitaran

9 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


keluarga yang mesra dan penyayang untuk hidup dengan sejahtera. Salah satu faktor
keluarga yang mempengaruhi kesejahteraan hidup kanak-kanak adalah keadaan
ekonomi-fizikal keluarga tersebut. Kehidupan ekonomi-fizikal keluarga yang miskin
menyebabkan keluarga tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas anak-anak yang
seterusnya boleh memudaratkan perkembangan anak. Taraf sosioekonomi yang
rendah juga mengganggu-gugat kelancaran keluarga menjalankan fungsi sosial
mereka, khususnya peranan keibubapaan yang berkesan kepada anak.

4.1 Kesan Sistem Mikro


Hasil daripada temubual dengan seorang individu (R1) yang datangnya dari sebuah
keluarga yang sederhana dari segi sosial ekonomi, menjelaskan bahawa bagaimana
beliau dibesarkan dalam situasi yang amat terhad. Segala tindakannya adalah terbatas
berdasarkan kemampuan keluarganya. Sebagai contoh beliau hampir tidak dapat
meneruskan persekolahan akibat daripada kesempitan kehidupan keluarganya.
Seumur 10 tahun individu ini telah bekerja sambil bersekolah untuk menampung
perbelanjaan sekolahnya di samping turut membantu keluarga. Berbeza dengan
seorang lagi individu (R2) yang datangnya dari sebuah keluarga yang amat
berkemampuan dari segi sosial ekonomi. Individu ini tidak mempunyai sebarang
halangan dalam persekolahan dan pembelajarannya. Beliau dapat belajar dengan
sempurna sehinggalah ke peringkat universiti dan hasil daripada pengajian tersebut,
beliau telah menjadi seorang doktor.

Hasil dapatan tersebut dapat menjelaskan bagaimana sistem mikro memberi kesan
terhadap perkembangan individu. Ianya secara tidak langsung telah mencorak hala
tuju kehidupan individu tersebut tanpa disedari.

4.2 Kesan Sistem Meso


Meskipun datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dari segi sosial
ekonomi, individu ini (R1) merasa amat bertuah kerana mendapat perhatian semasa di
sekolahnya. Guru-guru serta rakan-rakannya di sekolah begitu prihatin dan
mengambil berat akan keadaan dirinya. Individu ini menyatakan bagaimana guru-guru

10 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


dan rakan-rakannya sentiasa membantunya dalam pelajaran. Beliau menyatakan
perasaan syukurnya kerana dapat meneruskan pelajaran walaupun bukan di peringkat
tinggi.

Bagi seorang lagi individu (R2), melalui alam persekolahan adalah merupakan
pengalaman yang bemakna bagi dirinya. Beliau mendapat ilmu yang lebih mendalam
dan terperinci apabila belajar di universiti. Ini adalah kerana tenaga pendidik di
universiti mempunyai kemahiran yang tinggi dan meluas. Apatah lagi beliau
ditempatkan di universiti di luar negara.

Kesimpulannya, sistem meso telah mempengaruhi perkembangan kedua-dua individu


tersebut dari segi pembelajaran tetapi masih terdapat perbezaan dari segi tahap
pendidikan mereka akibat daripada kerana keadaan sosial ekonomi mereka yang
berbeza. Seperti pernyataan Bronfenbrenner di mana beliau percaya bahawa sistem ini
mempunyai hubungan yang kuat dengan sistem mikro. Ia boleh meningkat dengan
sokongan dan kestabilan sistem mikro.

4.3 Kesan Sistem Ekso


Individu R1 ada menyatakan bahawa kerana desakan hidup keluarganya, pernah satu
ketika beliau tidak mahu meneruskan pekerjaan sedia adanya dan ingin membantu
ibubapanya yang merupakan petani, di kebun sayur meskipun kebun tersebut bukan
milik mereka dan ibubapanya hanya bekerja di situ. Berbeza dengan individu R2, di
mana persekitaran tempat bekerja ibu dan bapanya memberikan beliau lebih
bersemangat untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kerjayanya. Lebih-lebih lagi
ibunya seorang pensyarah dan bapanya juga seorang doktor.

Kesan sistem meso telah memperlihatkan bahawa bagaimana persekitaran yang bukan
milik mereka dapat mempengaruhi perkembangan mereka. Mereka terpengaruh
dengan aktiviti dan kehidupan harian ibu dan bapa mereka. Kesimpulannya sistem
meso bagi seorang dewasa ialah hubungan antara keluarga, kerja dan kehidupan
sosial.

11 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


4.4 Kesan Sistem Makro
Persekitaran yang baik sangat penting dalam membentuk perkembangan kanak-
kanak. Seperti dalam penerangan sebelum ini, individu R1 mempunyai latar belakang
keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah. Ini menjadikan individu R1
tersebut sedikit pasif. Beliau lebih gemar mendiamkan diri dan tidak akan bercakap
dengan individu yang kurang rapat dengannya, kecuali setelah mengambil masa yang
agak lama untuk mewujudkan kepercayaan seterusnya keselesaan. Selain itu beliau
juga mempunyai self-esteem yang rendah. Apabila individu R1 ini dibawa ke bandar,
jelas kelihatan beliau agak janggal dan tidak biasa dengan persekitaran luar. Nalurinya
akan terserlah dan beliau merasa teruja. Oleh sebab individu R1 tidak terlalu
didedahkan dengan persekitaran luar sosial, sebagai contoh, apabila ke restoran KFC
beliau tidak tahu apa jenis makanan yang beliau inginkan dan hanya menerima apa
sahaja yang diberikan kepada beliau. Dari segi emosi, individu R1 merupakan ndividu
yang mudah tersentuh dan sensitif. Ini mungkin disebabkan persekitaran dalam rumah
di mana beliau kerap melihat ibu dan bapanya bergaduh akibat daripada kesempitan
wang.

Berbanding dengan individu R2 yang usianya sama seperti individu R1, tidak begitu
bernasib baik. Beliau merupakan seorang yang bijak dan cepat belajar melalui
persekitaran. Beliau juga seorang yang mudah mesra dengan individu yang
menunjukkan kemesraan kepada beliau. Beliau menunjukkan ciri-ciri berani mencuba
sesuatu yang baru dan suka meneroka keadaan sekeliling dan pandai menguruskan
diri sendiri. Beliau menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap kerjayanya.

Selain itu, kemesraan beliau terhadap individu-individu sekeliling membuatkan dia


begitu disenangi. Beliau menunjukkan ciri yakin diri dan mempunyai self-esteem
yang tinggi. Faktor persekitaran yang membentuk Asyraf menjadi lebih bijak adalah,
mempunyai ibu bapa yang membentuk persekitaran yang sesuai. Faktor sosio-
ekonomi juga menjadi faktor persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan
individu ini. Ini kerana beliau lebih terdedah kepada persekitaran luaran seperti ke
pusat-pusat membeli belah, restoran-restoran, dan pelbagai aktiviti luaran yang

12 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


menjadikan beliau terdedah kepada persekitaran umum dan seterusnya belajar melalui
pemerhatian.

Kesimpulannya, dalam situasi ini, individu R2 lebih bernasib baik dari individu R1.
Persekitaran mempengaruhi perkembangan sekaligus membentuk personaliti dan
pembawaan diri mereka. Persekitaran yang baik membentuk individu ke arah yang
lebih positif dan unggul berbanding sebaliknya. Namun persekitaran yang tidak sihat
akan menjadikan individu lebih pasif dan memberi kesan negatif dalam jangka masa
yang panjang. Maka itu, kesan sistem makro melalui persekitaran melibatkan konteks
budaya yang lebih luas seperti sikap dan ideologi budaya yang mempengaruhi cara
hidup individu.

4.0 KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, status
sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan
sekolah mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Jelaslah bahawa faktor
persekitaran mempengaruhi perjalanan kehidupan kanak-kanak, dan memberi impak
terbesar dalam perwatakan, pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak
terutama yang sedang meningkat dewasa. Kepentingan kanak-kanak sebagai aset
sosial masyarakat dan negara adalah satu fakta yang tidak boleh disangkal. Mereka
merupakan generasi pewaris yang bakal meneruskan corak budaya sesebuah
masyarakat dan mentadbir negara pada masa akan datang. Maka itu, masyarakat
haruslah peka terhadap persekitaran yang mampu menjadikan kanak-kanak itu
seorang individu yang seimbang dari segi fizikal, mental dan sahsiah.

SOALAN 2

1.0 PENGENALAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merujuk jantina kepada satu dimensi teras
daripada manusia yang merangkumi perbezaan seksual dan identiti, orientasi,
eroticism, emosi dan pembiakan. Ia dialami atau dinyatakan dalam fikiran, fantasi,
keinginan, keyakinan, sikap, aktiviti-aktiviti, nilai-nilai, amalan, peranan, interaksi

13 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


biologi, psikologi, sosio-ekonomi, budaya, dan sebagainya. Kebiasaannya, istilah
jantina dihuraikan sebagai perbezaan antara lelaki dan perempuan hasil daripada
konstruksi sosio-budaya. Dengan kata lain, ia merujuk kepada sifat maskulin
(masculinity) dan feminin (femininity) yang dipengaruhi dengan kebudayaan,
simbolik, stereotaip dan pengenalan diri (Raymond, 1999).

Manakala budaya pula ialah suatu cara hidup yang berkembang, dan dimiliki bersama
oleh sebuah kelompok orang, dan diwariskan dari generasi ke generasi. Secara
umumnya budaya mempunyai empat ciri-ciri yang berikut:

1.1 Budaya Dipelajari


Ia merupakan tingkah laku yang dipelajari dan dipindahkan melalui proses
pembelajaran dan interaksi dengan persekitaran dan ia tidak diwarisi.

1.2 Budaya Tidak Ketara


Ia bukan mengenai benda seperti produk atau nilai. Ia menekankan tentang makna
yang tidak dapat dilihat sebaliknya harus disimpulkan.

1.3 Budaya Perlu Dikongsi


Ia tidak dimiliki oleh seseorang individu tetapi dikongsi antara individu yang
merupakan ahli sesebuah kumpulan atau masyarakat. Budaya dikenal pasti melalui
sesuatu bangsa, firma atau masyarakat.

1.4 Budaya Saling Berkaitan


Ia merangkumi pelbagai bahagian berbeza yang saling berkaitan, sebagai contoh,
budaya seseorang seperti bahasa atau agama memberi kesan ke atas bahagian lain.

2.0 HUBUNGAN ANTARA PERANAN DAN STEREOTAIP JANTINA DENGAN


BUDAYA
Dalam sesebuah institusi keluarga, telah menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia
khususnya bahawa seorang bapa atau lelaki menjadi ketua keluarga. Para bapa

14 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


mempunyai peranan yang penting serta membina untuk dimainkan di dalam keluarga
mereka dan juga di dalam perkembangan anak-anak mereka. Peranan dan
tanggungjawab yang dibawa oleh para bapa terhadap anak-anak mereka telah berubah
mengikut masa di dalam kebanyakan keluarga dan budaya. 

Di dalam kebanyakan masyarakat, tanggungjawab tradisional dan peranan yang


dibawa oleh bapa adalah sebagai seorang guru moral, pendisiplin, ‘role model’ lelaki
dan juga ketua keluarga. Secara tidak langsung para bapa menunjukkan kehadiran
yang lebih kuat di dalam kehidupan keluarga, walaupun mereka tidak melibatkan diri
secara langsung di dalam membesarkan anak-anak mereka. Para bapa yang terlibat
secara aktif dengan kehidupan anak-anak mereka boleh menunjukkan bahawa lelaki
dewasa bertanggungjawab, membantu mendirikan kelakuan yang bersesuaian, dan
juga memberikan contoh-contoh seharian tentang bagaimana menghadapi kehidupan,
dan juga pentingnya pencapaian dan produktiviti.

Sekiranya mereka mempunyai kehidupan yang aktif dari segi keagamaan dan rohani,
seperti juga bapa, dan ibu, boleh menunjukkan contoh di dalam aspek tersebut juga.
Penglibatan seorang bapa juga menggalakkan anak-anak untuk menerokai dunia di
sekeliling mereka dan juga meningkatkan keyakinan mereka di dalam keupayaan
untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah mereka. Secara
umumnya seorang bapa menjadi contoh terhadap perlakuan anak-anak mereka.

Selain itu, jantina juga telah membentuk satu budaya di mana seorang bapa
mempunyai tanggungjawab bekerja dan menyara keluarga dan seorang ibu adalah suri
rumahtangga yang bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak serta membuat kerja-
kerja di rumah. Peranan wanita sebagai isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal
rumah dan keluarga dan lebih utama lagi mereka berjaya menentang diskriminasi
yang dikenakan kepada kaum wanita dalam soal gaji dan pembayaran cukai.
Kedudukan wanita yang subordinat di dalam masyarakat disebabkan oleh pelbagai
faktor dan diperkukuhkan oleh pelbagai institusi, kepercayaan dan amalan. Hart
(1971) melihat wanita Melayu sebagai individu yang lebih praktikal dan

15 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


berkemampuan untuk mendapatkan kewangan yang kukuh serta mampu mengambil
alih urusan pendapatan keluarga. Beliau juga mendapati bahawa wanita Melayu
dikatakan memerlukan perlindungan daripada kaum lelaki dan kaum lelaki
bertanggungjawab melindungi wanita serta menjaga sosio-ekonomi rumahtangga.

Seperkara lagi, dalam kebanyakan masyarakat, tatacara penyediaan makanan secara


tradisinya dipelopori oleh kaum wanita yang memainkan peranan utama. Amalan ini
merupakan paksi kepada hubungan sosial di antara para ibu dan anak-anak perempuan
mereka di mana anak-anak perempuan akan memerhati, mempelajari dan membantu
ibu-ibu mereka melakukan tugas. Dengan memainkan peranan khusus ini berulang-
kali, ia menjadi sebahagian daripada identiti mereka sebagai wanita.

Dalam konteks masyarakat tradisional di Malaysia, peranan kaum wanita adalah


terhad kepada peranan pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. Ini dapat
dilihat daripada jenis-jenis tugas yang mereka lakukan, umpamanya peranan mereka
dalam pekerjaan sawah adalah untuk membantu suami mereka seperti menyemai,
mengubah dan menuai. Dalam membangunkan keluarga masing-masing, wanita
zaman tradisional menjalankan tugas seperti bertani, membela ayam itik dan lain-lain
sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok dalam kehidupan
keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Dalam bidang politik dan pemerintahan status kaum wanita telah bertambah baik dan
jika dilihat dalam perkembangan status mereka sama tinggi dengan lelaki. Ini dapat
dilihat apabila kaum wanita diberikan hak mengundi seawal-awal usia penubuhan
negara kita ini. Dalam bidang ekonomi, adalah bidang yang sudah diterokai oleh
kaum wanita dan di mana kaum lelaki agak bersikap liberal dalam membuka pintu
kepada kemasukan dan penyertaan wanita. Pada masa dahulu peranan dan fungsi
kaum wanita dalam bidang ini amat terbatas.

Jumlah wanita yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta semakin
bertambah dan begitu juga pembahagian pendapatan. Walaupun jumlah pekerja-

16 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


pekerja wanita ramai, hampir keseluruhannya termasuk pada peringkat pekerja-
pekerja kurang mahir mendapat jumlah gaji yang kecil sahaja. Perubahan pada
peranan ekonomi mempunyai kesan yang amat besar dan meluas terhadap kaum
wanita yang terlibat dari segi peranan dan fungsi sosial.

Stereotaip jantina juga mewujudkan isu mengenai persamaan hak wanita dan lelaki
dalam masyarakat yang berkait rapat dengan idea pembebasan kaum wanita daripada
kongkongan budaya dan sosial masyarakat setempat. Soal tuntutan persamaan hak
wanita di Malaysia tidak sehebat Negara-negara lain terutamanya di Negara-negara
maju. Ini kerana di Malaysia peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang
dihargai. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan pengaruh idea pembebasan wanita
yang berakar unjang daripada Barat meresapi masyarakat Melayu terutamanya. Nilai-
nilai masyarakat Melayu dianggap mengongkong perkembangan peribadi kaum
wanita serta peluang yang lebih luas untuk menceburkan diri dalam segenap aspek
kehidupan.

3.0 KESIMPULAN
Satu kajian mendapati sifat-sifat maskulin dan feminin pada lelaki dan wanita dibentuk secara
sosial dan budaya, bukan ditentukan oleh biologi. Sifat-sifat ini dihasilkan dan diulang
melalui proses sosial dan budaya, dengan keibubapaan, keluarga, sekolah, media, dan
sebagainya, memainkan peranan penting. Lagi pun, bidang sosialisasi yang berbeza
cenderung mengukuhkan antara satu sama lain dengan berkongsi pandangan peranan jantina
yang sama. Umumnya, stereotaip jantina membentuk peranan wanita dan lelaki yang
digariskan oleh masyarakat kita untuk menghasilkan sifat-sifat lelaki untuk memegang
jawatan yang berkuasa, usaha untuk berjaya, dan menjadi pencari rezeki dan orang yang
berkuasa memimpin keluarga. Ianya menghasilkan sifat-sifat wanita yang menghargai ikatan

17 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


dan hubungan, menjadi prihatin, membelai, berempati, ringkasnya menjadi penjaga dan
penggalak keperluan emosi untuk keluarga.

Stereotaip jantina tidak menyatukan sifat-sifat dalam kedua-dua jantina. Lebih penting lagi,
penyebaran peranan jantina, seperti contoh pembahagian tugas dalam masyarakat kita
mencerminkan budaya ‘patriachal’ yang berterusan meletakkan posisi dominan lelaki dan
posisi kepatuhan wanita. Dalam banyak keadaan, perbezaan dalam pencapaian antara kedua-
dua jantina dalam pendidikan dan kerjaya, diskriminasi yang dideritai di tempat kerja dan
masyarakat amnya, ringkasnya, ketidaksetaraan kuasa di antara lelaki dan wanita adalah hasil
seksisme (sexism) yang terdapat dalam budaya kita. Masyarakat, ibubapa dan guru perlu
menyedari peranan mereka dalam membentuk peranan jantina serta memberi kesedaran, dan
seharusnya cuba membantu membetulkan keadaan berat sebelah yang telah meresap ke
dalam diri kanak-kanak dan pelajar semasa mereka membesar.

4.0 RUJUKAN

Abdullah Zakaria Ghazali, (2007). Hart, (1971) dalam Sejarah Malaysia: Sootan
Masa Lalu, Ikhtibar Hari Ini dan Akan Datang. Universiti Malaya.

Ahmad Mahdzan Ayob, (2007). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi (Ed. ke-3). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badrulzaman, B. (2006). Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah


Laku Devian Remaja Di Daerah Pontian, Johor. Tesis Sarjana: Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

18 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA


Choo, O. Y. (2012). Child Psychology. Selangor: Open University Malaysia.

Fenwick, E., (2000). Buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu & Anak. (Edisi
Terjemahan). Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Natacha David, (1998). International Women’s Day: Women in the Economic. El


Publication.

Norman L. Munn (1972). Introduction to Psychology. Amazon.

Syukri Abdullah, Dr., (2006). Panduan Membimbing Anak Belajar: Anakku Bijak
Belajar; Sentuhan Ibu Bapa. Selangor: Al Ameen Serve Holdings.

Tengku Ismadi Ph.D, (2009). Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif. Selangor,
Batu Caves: PTS Mellinnia Sdn Bhd.

Theodorson, G. A. (1969). Modern Dictionary of Sociology. New York: Crowell.

Yaacob Harun, (1998). Culture and Family Values (The Case Of The Malays). In
Thumboo, E. (Ed.) Cultures In Asean and The 21th Century. Singapore: Unipress.

W. Edgar Vinacke, (1974). The Psychology of Thinking. Mcgraw-Hill Series.

19 ABPS2103 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA

Anda mungkin juga menyukai