Anda di halaman 1dari 15

Tajuk Proposal: Hubungan Majikan Dengan Kesatuan Sekerja Terhadap

Perkembangan Organisasi Di Tempat Kerja

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan unsur penting dalam rancangan kajian tindakan agar kajian
tindakan yang ingin dilaksanakan lebih sistematik dan mencapai objektifnya.
Metodologi kajian merujuk kepada kaedah penyelidikan bagaimana sesuatu
maklumat itu diperolehi. Menurut Azizi et.al (2006), metodologi penyelidikan penting
dalam menentukan himpunan data yang diperlukan dalam pelaksanaan serta cara
penyelidikan tersebut. Melalui metodologi kajian ianya dapat memberi panduan
kepada pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpul. Tujuan metodologi ialah
untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian. Topik kali ini akan membincangkan
dan menghuraikan secara terperinci mengenai rekabentuk kajian, persampelan,
instrumen kajian, proses pengumpulan data kajian dan proses analisis data kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kualitatif dan kuantitatif
yang melibatkan pemerhatian, senarai semak, temubual dan soal selidik yang
dikenalpasti bersesuaian dan membantu dalam kajian. Kajian kualitatif adalah jenis
penyelidikan di mana penyelidik memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya
soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh
dikualitatifkan daripada peserta, menganalisa nombor-nombor tersebut
menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk objektif dan tidak
terbatas (John W. Cresswell, 2008). Menurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian
merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh
ubah penyelidikan. Melalui pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini adalah
pemerhatian peserta.

1
Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau penyelidik menjadi salah seorang
daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa yang sama bertindak
sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat
mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian
menjadi lebih sah dan boleh dipercayai. Pemerhatian yang dijalankan dalam proses
pengumpulan data ini adalah pemerhatian berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw
(2006) melalui pemerhatian berstruktur pengkaji mengumpul data berdasarkan
tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah
disenaraikan dalam borang pemerhatian. Tingkahlaku ini juga disebut sebagai
pembolehubah.

Kaedah Kuantitatif pula secara dasarnya adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus
DBP) iaitu jumlah atau bilangan. Chua (2006) mengatakan kuantitatif dikaitkan
dengan data numerika dan ketepatan, yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri
positivis yang menggunakan kajian eksperimental dan data numerika untuk
dianalisis dengan ujian statistik. Di antara jenis-jenis kajian kuantitatif ialah kajian
deskriptif, kajian korelasi, perbandingan, dan kajian eksperimental.

Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif


dan kualitatif. Menurut Creswell dan Clark (2011), data yang diperoleh juga
menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif yang merupakan kombinasi kaedah,
falsafah, dan haluan reka bentuk penyelidikan yang merangkumi beberapa perkara
berikut:
i. Mengumpul dan analisis data kualitatif dan kuantitatif secara teliti dan
menyakinkan.
ii. Menggabungkan atau menghubungkan dua jenis data secara serentak
dengan cara menggabungkan secara berturutan atau menerapkan salah satu
ke dalam yang lain.
iii. Memberikan kepentingan kepada salah satu atau kedua bentuk data
(berdasarkan kepada penekanan dalam penyelidikan).
iv. Menggunakan prosedur ini dalam satu kajian atau mengikut beberapa fasa.
v. Merangka prosedur mengikut pandangan falsafah atau pandangan teori.
vi. Menggabungkan prosedur ke dalam rekabentuk kajian yang spesifik yang
akan memberi halatuju untuk melaksanakan kajian.

2
3.3 Triangulasi Data
Triangulasi data merupakan suatu pendekatan analisis data, yang datanya datang
daripada pelbagai sumber penyelidikan, samada penyelidikan berbentuk teoritikal,
penyelidikan kuantitatif mahupun berbentuk kualitiatif. Dengan kata lain, triangulasi
data bersesuaian diaplikasikan kepada kajian berbentuk campuran (mixed
methodology). Kaedah ini digunapakai oleh pengkaji untuk memperkuatkan data
atau bukti yang sedia ini dan juga berperanan untuk meningkatkan kefahaman bagi
sesuatu penelitian terhadap data dan fakta yang dimiliki. Walau bagaimanapun,
kaedah triangulasi ini bukannya bertujuan untuk mencari kebenaran. Triangulasi
data digunapakai dalam kajian ini untuk memeriksa dapatan kajian kuantitatif dan
juga kualitatif mengenai pengaruh hubungan majikan dan kesatuan sekerja di
tempat kerja yang mana hasil dapatan kajian daripada dua kaedah penyelidikan ini,
akan menguatkan lagi hujah bagi menjawab persoalan dan objektif kajian.

3.4 Instrumen Kajian


Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen kajian yang dianggap dapat
membantu pengkaji mendapatkan data kajian serta membuat analisis kajian yang
berikutnya. Di antara instrumen kajian tersebut termasuklah:

3.4.1 Pemerhatian
i. Pemerhati penuh di mana seorang pengkaji merupakan salah
seorang peserta yang dikaji. Peranannya sebagai pengkaji tidak
diketahui oleh peserta. Segala tingkahlaku peserta diperhatikan oleh
pengkaji untuk membuat kajian mengenai isu yang dikaji. Pengkaji
boleh membuat catatan apa yang telah diperhatikannya di masa lain
apabila tidak bersama-sama dengan peserta.
ii. Peserta sebagai pemerhati di mana dalam situasi ini fungsi pengkaji
diketahui oleh peserta. Pengkaji turut serta menjalani aktiviti bersama-
sama peserta yang dikajinya. Dalam masa yang sama pengkaji
membuat catatan apa yang diperhatikannya.
iii. Pemerhatian penuh di mana pengkaji tidak langsung mempunyai
interaksi dengan peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan
membuat catatan tingkahlaku responden.

3
3.4.2  Temu Bual
Kaedah temu bual dikatakan adalah merupakan satu kaedah yang penting
dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, pengkaji dapat memperolehi
informasi dan maklumat terus daripada responden kajian. Di samping itu
kajian ini mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu membenarkan pengkaji
memberi penjelasan sekiranya terdapat soalan yang kurang jelas. Selain
daripada itu, responden juga dapat memberi keterangan lanjut kepada
soalan-soalan yang penting.

3.4.3 Soal Selidik


Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia
merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul
maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.

Bidang perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua bidang yang kerap
menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap. Individu yang membina
borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina
adalah wajar, boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi. Menurut Gillham
(2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan
kebanyakkan pengkaji:

i. Kos membina borang selidik yang murah dan masa yang


diperuntukkan singkat.
ii. Pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah
responden yang lebih ramai dan cepat.
iii. Responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan
bagi melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.
iv. Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden
dan ia lebih mudah untuk dianalisis.
v. Kemungkinan wujud responden tidak bernama. Pengkaji boleh
mengenalpasti responden yang tidak bernama itu dengan mengenal pasti
kepada siapa pengkaji menghantar borang soal selidiknya.

4
Penggunaan soal selidik dalam tugasan ini adalah untuk mendapatkan
maklumat tambahan kepada pengkaji untuk kajian yang dijalankan dan tidak
digunakan untuk diintepretasi sebagai hasil dapatan kajian. Soal selidik ini
merangkumi dua bahagian iaitu Bahagian A adalah pengumpulan data
maklumat peribadi responden sebanyak 5 soalan manakala Bahagian B
adalah pengumpulan data maklumat responden yang terdiri daripada pekerja
sebuah organisasi, berkaitan tajuk kajian iaitu manfaat kesatuan sekerja
kepada pekerja dan pengaruh hubungan kesatuan sekerja dengan majikan,
sebanyak 20 soalan.

3.4.3.1 Skala Likert


Skala Likert skor 1 hingga 5 digunakan dalam soal selidik yang disediakan.
Skala Likert telah diasaskan oleh Rensis Likert yang berasal dari Amerika
Syarikat pada tahun 1932 untuk mengukur sikap masyarakat pada masa itu.
Skala Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi
seseorang atau sekelompok orang tentang fenomena sosial. Melalui
penggunaan Skala Likert ini, responden berpeluang untuk menyatakan sejauh
mana mereka bersetuju atau tidak bersetuju bagi satu siri pernyataan tentang
item atau objek.

3.3.4 Senarai Semak Pemerhatian


Senarai semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang
telah ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian.
Menggunakan senarai semak, seseorang pemerhati boleh memberi
tumpuan kepada aktiviti yang difokuskan dan membantunya menetukan
kekerapan sesuatu aktiviti berlaku.

3.3.5 Nota Lapangan


Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik
berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan
pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap
data. Mengandungi deskripsi dan dialog hasil temubual yang releven tentang
latar konteks dan responden yang dikaji. Sebagai bukti yang membantu
proses membuat analisis kajian.

5
3.4 Persampelan
Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan iaitu orang, institusi, tempat
atau fenomena yang ingin diselidiki oleh pengkaji. Tujuan utama persampelan
adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi tersebut. Matlamat
utama persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi
dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji
mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat
generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut. Oleh itu,
pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah
berkenaan dari populasi yang disasarkan.

Maka itu kajian ini telah dilaksanakan di sebuah organisasi yang terletak dalam
daerah Kuala Lumpur. Sampel dalam kajian ini, terdiri daripada populasi pekerja di
organisasi tersebut seramai 130 orang. Manakala subjek kajian (responden) ini telah
melibatkan seramai 5 orang pekerja dari kalangan ahli jawatankuasa kesatuan
sekerja dan 10 orang pekerja yang terdiri daripada pekerja lama dan pekerja baru.
Pengkaji menggunakan teknik persampelan secara bertujuan untuk menentukan
subjek kajian. Kriteria pekerja lama dan pekerja baru menjadi keutamaan dalam
persampelan ini. Kriteria ini dipilih untuk membantu dan memudahkan pengkaji
mendapatkan maklumat pekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja di bawah
majikan yang sama serta tindakan dan pengaruh hubungan majikan tersebut dengan
kesatuan sekerja yang ada di tempat kerja tersebut juga layanan dan pendekatan
terhadap para pekerja terutama dalam penyelesaian masalah yang timbul dalam
tempoh mereka bekerja. Pekerja lama merupakan pekerja yang telah bekerja
selama 10 tahun dan ke atas di organisasi tersebut manakala pekerja baru yang
telah bekerja selama dua tahun dan ke bawah di organisasi yang sama.

Selain itu, responden telah dilabelkan sebagai Responden 1 (R1), Responden 2


(R2), Responden 3 (R3), Responden 4 (R4), Responden 5 (R5), Responden 6 (R6),
Responden 7 (R7), Responden 8 (R8), Responden 9 (R9), Responden 10 (R10),
Responden 11 (R11), Responden 12 (R12), Responden 13 (R13), Responden 14
(R14) dan Responden 15 (R15) untuk memudahkan pengkaji menyusun data secara
terperinci. Interpretasi data lebih mudah dihuraikan dengan cara ini.

6
Data ini juga digunakan oleh responden semasa melengkapkan soal selidik yang
telah disediakan oleh pengkaji. Ianya dapat membantu pengkaji membuat analisis
dan mengaitkannya dengan kajian-kajian literature yang dapat menjelaskan data-
data tersebut dengan lebih terperinci dan boleh dipercayai.

3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian


Pengkaji menjalankan pemerhatian menggunakan senarai semak dan nota lapangan
serta temubual bersama responden kajian. Kajian dimulakan dengan memberikan
satu set boring soal selidik yang mempunyai 20 soalan dan dua bahagian iaitu
Bahagian A, soalan 1 hingga soalan 5 adalah mengenai maklumat responden dan
Bahagian B, soalan 1 hingga soalan 15 adalah mengenai maklumat persepsi
responden terhadap majikan, kesatuan sekerja dan hubungan majikan dengan
kesatuan sekerja di tempat kerja.

Untuk melaksanakan sesi soal selidik, kesemua responden diminta untuk


melengkapkan borang soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji dalam
tempoh 20 minit secara serentak di dalam sebuah bilik yang telah disediakan oleh
pengkaji sebelum bermulanya waktu bekerja. Pengkaji membuat sedikit penerangan
bagaimana responden akan menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik
tersebut. Selepas tamat tempoh melengkapkan borang soal selidik, pengkaji
mengutip borang-borang soal selidik tersebut.

Pengkaji mengambil satu tempoh untuk menganalisis borang-borang tersebut.


Borang-borang tersebut dianalisis untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat
utama setiap responden khususnya dalam pekerjaan. Ini bertujuan untuk
mengenalpasti persepsi para pekerja terhadap hubungan majikan dengan kesatuan
sekerja serta manfaatnya kepada organisasi. Tujuan responden lama dan baru
dipilih adalah untuk mendapatkan maklumat persepsi mereka tentang tindakan dan
kebaikan kesatuan sekerja di tempat kerja sama ada positif atau sebaliknya tanpa
disedari selama tempoh bekerja. Ianya akan memberi hasil dapatan yang dijangka
berbeza atau sama terhadap hubungan majikan dan Kesatuan Sekerja dalam
sesuatu tempoh.

7
Selepas sesi melengkapkan soal selidik selesai, pemerhatian menggunakan senarai
semak dijalankan semasa responden sedang bekerja. Sesi temu bual tidak
berstruktur juga dilaksanakan sepanjang pemerhatian dilakukan. Temu bual juga
dilaksanakan pada waktu-waktu yang dijangkakan perlu untuk dijalankan iaitu bukan
pada waktu bekerja responden. Segala data yang diperolehi direkodkan supaya data
yang diperoleh tidak hilang dan boleh dianalisis untuk mendapat keputusan yang
dikehendaki.

3.6 Proses Analisis Data Kajian


Bagi penganalisisan kualitatif, data diperiksa untuk menentukan sama ada ianya
sesuai untuk kategori yang dikehendaki. Melalui proses ini, data ditapis dan
kemudiannya pembuangan bagi data-data yang tidak berkaitan dilakukan untuk
memudahkan analisis kajian. Di dalam kajian ini, soalan temubual yang dijalankan
adalah dalam bentuk soalan semi-struktur. Semasa sesi temubual dijalankan, adalah
penting bagi penyelidik untuk mendengar dengan jelas segala butiran yang
disampaikan oleh responden.

Data yang dikumpulkan daripada sesi temubual yang telah dijalankan perlu
diterjemahkan, diinterpretasi dan dianalisis. Kajian ini menggunakan soalan
temubual, senarai semak, nota lapangan, dokumentasi data dan pemerhatian
sebagai alat pengumpulan data kajian. Semua maklumat yang diperolehi akan
ditriangulasi yang menjadi satu keperluan dalam kajian kualitatif. Triangulasi
bermaksud integrasi cara yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk
data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih meyakinkan
dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul.

Petikan (quotation) daripada sesi temubual juga dipilih sebagai rujukan dalam
penulisan bab yang seterusnya berdasarkan kepada isu dan masalah yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan (Kvale, 1988). Petikan ini dapat
menerangkan kesan semula jadi dan menyokong isu yang berkaitan dengan
penguasaan kemahiran murid dalam membina ayat majmuk daripada ayat tunggal.
Petikan ini juga digunakan bagi tujuan kesahihan dengan merujuk kepada temubual
yang telah dijalankan ke atas responden yang berbeza-beza.

8
Pengkaji menggunakan panduan yang dikemukakan oleh Miles dan Huberman
(1994) dalam menjalankan analisis ke atas data kualitatif yang telah diperolehi.
Menurut Miles dan Huberman (1994), terdapat tiga aliran aktiviti dalam menjalankan
analisis kualitatif. Tiga aktiviti ini ialah pengurangan data (data reduction),
mempamerkan data (data display) dan kesimpulan dan pembuktian (conclusion
drawing and verification). 

Pengurangan data merujuk kepada proses pemilihan, fokus, perincian, dan


menukarkan data daripada catatan nota atau transkrip yang diperolehi semasa
pengumpulan data dijalankan. Pengurangan data ini berlaku sepanjang penyelidikan
dijalankan di mana pengkaji akan memilih dan menentukan rangka kerja yang harus
diikuti, persoalan kajian yang perlu dikemukakan dan pendekatan pengumpulan
maklumat yang harus dipilih. Selepas pengumpulan data dilakukan, pengurangan
data juga berlaku dalam membentuk kesimpulan, pengkodan, penyingkiran,
pembentukan kelompok atau dalam bentuk  penulisan memo. Aktiviti pengurangan
data ini juga diteruskan selepas kerja lapangan dijalankan sehingga laporan akhir
disempurnakan.

Langkah seterusnya dalam aktiviti penganalisisan data ialah mempamerkan data


tersebut. Pameran data melibatkan aktiviti seperti mengendalikan, memadatkan
maklumat bagi memudahkan kesimpulan dan tindakan dilakukan. Dengan
memerhatikan data yang dipamerkan, ianya dapat membantu pengkaji untuk
memahami perkara yang berlaku untuk analisis seterusnya dan tindakan selanjutnya
yang perlu diambil berdasarkan kepada pemahaman pengkaji. Berdasarkan kepada
transkrip yang dipamerkan, ianya memudahkan pengkaji untuk membuat rumusan
kerana kebiasaannya manusia sukar untuk memproses maklumat dalam kuantiti
yang besar.

Akhir sekali kesimpulan dan pembuktian. Kaedah mengorganisasi dan pelaporan


hasil dapatan kajian kualitatif tidak eksklusif kepada sebarang data atau kajian
tertentu. Bahagian laporan tertentu boleh menggunakan pelaporan yang berbeza
(Patton, 2002). Pengkaji boleh memilih sebarang gaya penulisan atau menggabung
beberapa gaya penulisan bagi tujuan pelaporan kajian kualitatif.

9
Bagi data analisis kuantitatif melalui soal selidik yang dijalankan, ianya diproses dan
dihuraikan dengan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan maklumat
daripada data yang diperolehi. Penggunaan aplikasi tersebut memudahkan pengkaji
mengananlisis dengan tepat data yang diperolehi dan dapat menjimatkan masa.
Data yang dianalisis akan dibentangkan dengan bantuan jadual dan peratusan bagi
memudahkan hasil kajian tersebut. Data-data soal selidik yang dianalisis, akan
dikumpul mengikut item soalan dan dihuraikan dengan sokongan kajian-kajian
literatur dan kajian-kajian lepas yang seumpamanya. Tinjauan literatur serta kajian-
kajian lepas akan memperkukuhkan lagi hasil dapatan kajian yang diperolehi.

Secara kesimpulannya, analisis data didefinisikan mengikut pendapat masing-


masing oleh para pengkaji. Menurut Ian Dey (1995), analisis data boleh dilakukan
dengan menganalisis data tersebut melalui data yang telah dipecahkan menjadi
bahagian-bahagian kecil (menurut elemen atau struktur) yang kemudiannya
digabungkan bersama untuk memperolehi pahaman yang baru. Sofian Effendi,
(1987) dalam bukunya ‘Metode Penelitian Survai’ pula mendefinisikan analisis data
sebagai menyederhanakan data dalam bentuk yang lebih mudah dibaca dan
diinterpretasi. Manakala menurut Patton (1980), analisis data adalah proses
menyusun ukuran data, mengorganisasikannya ke dalam suatu pola, kategori, dan
menyatukannya dalam bentuk huraian yang menjelaskan sesuatu data perolehan
tersebut.

Setiap analisis data dilakukan untuk mempersembahkan data kepada bentuk yang
lebih bermakna. Cara data itu dipersembahkan menunjukkan bahawa pengkaji telah
menganalisis data yang diperoleh dengan sistematik dan efisien. Data yang telah
disusun rapi mengikut golongan seperti yang telah ditetapkan oleh pengkaji akan
dianalisis dengan sistematik. Data-data inilah yang akan mempengaruhi hasil
dapatan kajian seseorang pengkaji. Ini adalah kerana data-data tersebut akan
digunakan semula sebagai satu kajian literatur dalam kajian-kajian lanjutan berkaitan
kajian seumpamanya.

10
3.7 Rumusan
Bab Ketiga kajian ini telah dapat menjelaskan proses pelaksanaan metodologi kajian
yang telah dipilih. Adalah diharapkan dengan adanya pendedahan perancangan
kajian ini, keberkesanan dan manfaat yang positif dalam hubungan antara majikan
dan kesatuan sekerja dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan sempurna.
Semoga kajian ini dapat memberikan faedah di samping membantu memperbaiki
dan meningkatkan hubungan antara majikan dan kesatuan sekerja sekaligus
memberi impak yang positif terhadap perkembangan organisasi di tempat kerja.

11
Rujukan

Abdul Razak Omar & Zainal Ariffin Ahmad. (1999). Perhubungan industri di
Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Akta Kesatuan Sekerja
Malaysia 1959 (Akta 262) dan Peraturan-peraturan 1959. Kuala Lumpur:
International Law Book Services.

Akta Kesatuan Sekerja, (1959). Akta 262 & Peraturan-peraturan 1959. Kuala
Lumpur: International Law Book Services.

Aminuddin, M. (2003). Malaysian Industrial Relations and Employment Law. Edisi


ke-4. Malaysia: McGraw-Hill Sdn Bhd.

Arudsothy, P. (1991). The State and Industrial Relations in Developing Countries:


The Malaysian Situation. ASEAN Economic Bulletin.

Balakishnan Parasuraman, (1999). Hubungan Industri di Negara Asia Pasifik. Kuala


Lumpur: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Farnham, D. & Pimlott, J. (1996). Understanding Industrial Relations. London:


Cassell.

Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof & Husna Johari, (2006). Persepsi Terhadap
Hubungan Kesatuan Sekerja Dan Majikan Serta Sikap Kolektivisme: Peramal
Kepada Interest Based Bargaining (IBB) Dalam Kesatuan Sekerja Di Sabah.
Universiti Malaysia & Universiti Utara Malaysia.

Kuruvilla & Arudsothy, P. (1995). Economic development strategy, government


labour policy and firm-level industrial relations practices in Malaysia. Dalam
Verma, A. et al. (Eds.) Employment Relations in the Growing Asian
Economies. London: Routledge.

Maimunah Aminuddin, (2011). Human resource management. Principles and


Practices. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

12
Metcalf, D. (1990). Union presence and labour productivity in British manufacturing
industry. A reply to Nolan Marginson. British Journal of Industrial Relations.
Minford, P. (1982). Trade Unions Destroy A Million Jobs. Journal of Economic
Affairs.

Ouedraogo, A. & Leclerc, A. (2013). Job satisfaction and organizational


performance: Evidence from Canadian Credit Union. Journal of
Organizational Culture, Communications & Conflict.

Poon, J. (2002). Pengurusan sumber manusia (2nd ed.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Qasim Ahmad, (1999). Revolusi Industri. Sejarah permasalahan sosioekonomi dan


politik. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Ramasamy, N. & Rowley, C. (2008). Trade unions in Malaysia. Complexity of a


state-employer system. Trade Unions in Asia. An Economic and Sociological
Analysis.

Rutherford, J. P. (1961). Report of the Department of Labour and Welfare for the
year 1960. Jesselton: North Borneo Government Printing Office.

Rutherford, J. P. (1963). Report of the Department of Labour and Welfare for the
year 1962. Jesselton: North Borneo Government Printing Office.

Siti Zaharah Jamaluddin, (2000). Pengenalan kepada undang-undang perhubungan


perusahaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

Turnbull, P. (1994). Organising Works in Australia - Can it work in Britain?


Department of Management and Industrial Relations. Working Paper Series.
University of Melbourne.

13
LAMPIRAN A

SOAL SELIDIK

Responden: ________________________

BAHAGIAN A: MAKLUMAT RESPONDEN

1. Jantina : ________________________________________________________.

2. Umur: ________________________________________________________.

3. Tempoh Bekerja Semasa: ____________________________________________.

4. Status: Bekahwin/Belum Berkahwin (Potong yang tidak berkenaan)

5. Bilangan Tanggungan: ____________________________________________.

BAHAGIAN B: MAKLUMAT PERSEPSI PEKERJA TERHADAP MAJIKAN,

KESATUAN SEKERJA DAN HUBUNGAN MAJIKAN DENGAN KESATUAN

SEKERJA DI TEMPAT KERJA

SKALA: 1 Sangat Tidak Setuju


2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Tidak Setuju
5 Sangat Setuju

14
SKOR
NO PERNYATAAN JAWAPAN
1 2 3 4 5
1. Saya merupakan pekerja berpengalaman dalam bidang kerja
saya.
2. Saya merupakan pekerja berkemahiran dalam bidang kerja
saya.
3. Saya merupakan ahli Kesatuan Sekerja di tempat kerja saya.
4. Saya telah lama menyertai Kesatuan Sekerja di tempat kerja
saya.
5. Hampir kesemua pekerja merupakan ahli Kesatuan Sekerja
di tempat kerja saya.
6. Saya mengenali tingkahlaku majikan saya.
7. Majikan saya seorang jenis yang prihatin terhadap
pekerjanya.
8. Saya sentiasa berpeluang berbincang dengan majikan saya
mengenai masalah yang saya hadapi.
9. Saya mengenali secara rapat ahli jawatankuasa Kesatuan
Sekerja di tempat kerja saya.
10. Saya senang meluahkan masalah kerja saya dan berbincang
dengan Kesatuan Sekerja di tempat kerja saya.
11. Kesatuan Sekerja mengambil berat masalah yang dihadapi
oleh para pekerja di tempat kerja saya.
12. Kesatuan Sekerja banyak membantu menyelesaikan masalah
pekerja.
13. Mesyuarat atau perjumpaan Kesatuan Sekerja bersama
Majikan diadakan secara berkala dan bersesuaian.
14. Majikan saya memandang serius dan bertindak mengikut
keputusan mesyuarat bersama kesatuan kerja di tempat kerja
saya.
15. Motivasi kerja saya meningkat dengan adanya sokongan
Kesatuan Sekerja di tempat kerja.
16. Saya mempunyai keyakinan terhadap kerja-kerja yang saya
lakukan dengan adanya sokongan Kesatuan Sekerja di
tempat kerja saya.
17. Saya dapat meningkatkan kualiti kerja saya dengan adanya
sokongan Kesatuan Sekerja di tempat kerja saya.
18. Saya menyokong semua tindakan yang diambil oleh
Kesatuan Sekerja di tempat kerja saya.
19. Saya berharap Kesatuan Sekerja di tempat kerja saya akan
berkekalan.
20. Saya berharap Kesatuan Sekerja di tempat kerja saya
menjadi contoh kepada Kesatuan-Kesatuan Sekerja di
organisasi-organisasi yang lain.

15

Anda mungkin juga menyukai