Anda di halaman 1dari 12

HBEF3703

INTRODUCTION TO GUIDANCE AND COUNSELLING

JANUARY SEMESTER 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3
2 KEMAHIRAN MENDENGAR 4-6
3 CADANGAN UNTUK MENANGANI HALANGAN TERHADAP 7-8
MENDENGAR
4 MENGSINTESIS DUA ARTIKEL 9 - 10

5 KESIMPULAN 11

7 RUJUKAN 12

PENGENALAN

2
Mendengar bukan sekadar merupakan perkara fizik “mendengar”. Mendengar
merupakan proses intelektual dan emosional. Dengan proses itu pendengar akan
mengumpulkan dan mengintegrasi antara input, fizik, emosional dan intelektual dari
penyampai dan berusaha memahami maksud komunikasi serta makna yang ingin
disampaikan. Menurut Ambar (2016), mendengar merupakan keterampilan dalam
komunikasi yang paling diperlukan bagi menyelesaikan pekerjaan di tempat kerja.
Mendengar secara efektif dapat memperkukuhkan lagi hubungan dalam organisasi
tersebut, meningkatkan pengiriman produk, menyiapkan organisasi dengan inovasi,
dan sekaligus dapat memberi impak yang besar terhadap kualiti kerja. Mendengar
secara efektif juga merupakan proses komunikasi yang sangat penting dalam proses
mendapatkan kepercayaan bukan sahaja antara organisasi, tetapi juga antara individu.
Memehami merupakan sikap semulajadi dalam mendengar yang merupakan langkah
pertama dalam pembaikan keterampilan dalam mendengar.

Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengn baik
oleh seseorang kaunselor. Secara amnya dapatlah kita katakan bahawa mendengar itu
adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba sedaya upaya memberi sepenuh
tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk memahami dan mendapatkan
mesej yang hendak disampaikan secara berkesan.

Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua
bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan.
Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami mesej yang
disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya mesej secara lisan
lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya.

KEMAHIRAN MENDENGAR

3
A. Peringkat Dalam Kemahiran Mendengar

Keterampilan mendengar yang efektif tidak hanya dalam mengembangkan


hubungan, tetapi juga efektif dalam menghindari konflik. Oleh sebab itu, penting
untuk mengembangkan kemampuan mendengar untuk menghasilkan komunikasi
yang lebih efektif. Tanpa menggunakan teknik pendengaran yang efektif, seorang
penyampai dalam proses komunikasi tersebut tidak akan mungkin menjawab dengan
jelas atau menjawabnya secara menyimpang dari pertanyaan yang dilontarkan, atau
bahkan penyampai meminta pendengar untuk mengulang kembali pertanyaan-
pertanyaan yang dilemparkan. Untuk itu, perlu difahami bagaimana cara sesorang
mendengarkan penyampai dengan efektif. Agar dapat mendengarkan secara efektif,
anda perlu melakukan lima langkah yang berbeza dengan baik, iaitu:

1. Menerima: Memulai mendengar pesan secara fizik dan mengajuk semula


apa yang disampaikan oleh penyampai dalam proses komunikasi tersebut.
Hal tersebut menunjukkan bahawa anda memang mendengar. Penerimaan
secara fizik dapat terganggu oleh suara bising, pendengaran yang kurang
baik, atau kurang menaruh perhatian. Beberapa ahli juga menyertakan pesan
non verbal sebagai bahagian dari tahap ini, kerana faktor-faktor tersebut juga
mempengaruhi proses mendengar.

2. Mentafsir (decoding): langkah berikutnya adalah memberikan erti atau


maksud terhadap suara, yang dapat anda lakukan menurut nilai-nilai,
kepercayaan, idea, harapan, kebutuhan, dan sejarah peribadi anda.

3. Mengingat: sebelum dapat bertindak berdasarkan informasi tersebut, anda


perlu menyimpannya terlebih duhulu untuk diproses pada yang akan datang.
Anda perlu mentafsir informasi tersebut dalam memori jangka pendek,
kemudian memindahkan ke memori jangka panjang untuk disimpan dengan
baik.

4. Mengevaluasi: Menerima maklumat komunikasi daripada penyampai dalam


proses komunikasi tersebut, langkah anda berikutnya adalah mengevaluasi

4
pesan tersebut dengan menerapkan keterampilan berfikir secara kritis. Dalam
hal ini, fakta dan pendapat perlu dipisahkan dan evaluasilah kualiti bukti
tersebut.

5. Merespon: Setelah anda melakukan evaluasi terhadap maklumat yang


disampaikan oleh penyampai dalam proses komunikasi tersebut, anda perlu
memberikan reaksi terhadap apa yang disampaikan. Bila anda berkomunikasi
dari satu orang ke satu orang lainnya atau dalam kelompok kecil, respons
awal biasanya maklum balas. Sekiranya anda merupakan audiens dalam
kelompok yang besar, respon awal komunikasi seperti bertepuk tangan,
tertawa atau diam. Kegiatan mendengarkan orang lain merupakan proses
yang sudah sering dilakukan, sama ada yang dilakukan melalui secara
berdepan (face-to-face) mahupun dalam suatu kelompok.

Setiap individu memiliki berbagai macam tujuan ketika mendengarkan sesuatu,


antara lain berinteraksi dengan orang lain, menerima informasi, mengatasi masalah,
dan saling meluahkan perasaan dengan orang lain. Kegiatan mendengarkan
(menyemak) suatu percakapan dengan orang lain merupakan bahagian penting dalam
memahami suatu pesan yang disampaikan oleh orang lain. Dalam hal ini, istilah
mendengarkan (listening) bukanlah kegiatan yang statik tetapi merupakan langkah
dinamik, iaitu kegiatan mendengar secara aktif percakapan dengan orang lain yang
dituntut adanya fokus secara penuh dan tidak terpengaruh oleh faktor-faktor
pengganggu dalam suatu percakapan tersebut.

B. Halangan Terhadap Mendengar

5
1. Perbezaan Budaya
Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya halangan dalam
proses mendengar adalah perbezaan budaya dan fahaman. Kepelbagaian etnik,
budaya, kaum dan dialek masyarakat dalam komuniti satu Malaysia kadang kala
menimbulkan ketidakselesaan kepada pendengar dari segi bahasa yang sukar
difahami. Budaya merupakan kepercayaan, nilai dan cara kelakuan yang dikongsi
sesebuah masyarakat dan diturunkan dari generasi ke generasi lain (Devito,
2013).

Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang menentukan perilaku


seseorang. Justeru, budaya amat mempengaruhi iklim komunikasi. Sehubungan
dengan itu, menggambarkan trend (budaya) masyarakat yang lebih bergantung
kepada gajet serta informasi yang diperoleh daripada internet berbanding
pertuturan atau komunikasi.

2. Mendengar Secara Beremosi


Mendengar secara beremosi ini berlaku kerana perkataan yang dilafazkan
membawa makna yang berbeza-beza. Kemungkinan orang yang menuturkannya
tidak tahu atau faham adat resam, tradisi dan budaya orang yang mendengarnya.
Perkataan yang dilafazkan secara tidak berhati-hati dan tidak mengambil kira
lingkungan geografis dan budaya boleh menimbulkan salah faham apabila
pendengar tersilap membuat tafsiran. 

3. Emosi atau persepsi individu


Ia berlaku ketika atau semasa proses mendengar itu berlaku. Di mana
individu biasanya akan menerima mesej dan memahaminya dari apa yang dilihat
dan didengar sahaja mengikut keperluan, kehendak, emosi, latar belakang dan
ciri-ciri yang berkaitan dengan individu tersebut. Disini kita boleh lihat,
bagaimana seorang pelajar yang datang ke kelas semata-mata ingin mendapatkan
‘clue’ untuk peperiksaan, bukannya untuk mendapatkan seluruh isi kandungan
pelajaran tersebut. Maka proses mendengar yang dilakukan oleh pelajar tersebut
tidak kesampaian.
CADANGAN MENANGANI HALANGAN TERHADAP MENDENGAR

6
1. Mendengar secara aktif
Dalam hal ini, mendengar secara aktif bermaksud seseorang kaunselor
berkeupayaan mendengar sambil menterjemah maksud dan mesej yang diterima
dengan menimbangkan aspek-aspek lain seperti situasi, emosi penyampai mesej,
bahasa badan dan berkeupayaan pula memahami mesej-mesej yang tersirat. Oleh itu,
kita bukan hanya mendengar dan menunjukkan yang kita sedang mendengar (bahasa
badan/anggota) tetapi juga kata-kata lisan yang mengemukakan apa yang telah kita
fahami. Ini dinamakan “parafrasa”.

2. Mendengar dengan mata dan hati


Mendengar denga mata dan hati bermaksud mendengar untuk mendapatkan fakta
tetapi mendengar melalui perasaan pengucap, mendengar dan memahami bahasa lisan
serta bukan lisan. Memerlukan pendengaran melalui mesej lisan terhadap
komunikator. Melatih diri memerhati dan membaca komunikasi bukan lisan
komunikator.

3. Mendengar dengan sabar


Mendengar dengan penuh budi bahasa, sabar dan tenang. Hal ini penting bagi
mewujudkan komunikasi dua hala dan penting.

4. Mendengar dengan tumpuan


Tabiat menyampuk merupakan tabiat yang buruk. Budaya mengelamun
menghilangkan daya tumpuan. Biasakan diri mendengar sehingga komunikasi dengan
klien selesai bercakap.

5. Menagguh penilaian
Ia disebabkan emosi negatif kaunselor yang timbul daripada penilaian dan
pertimbangan awal. Penilaian awal berlaku setelah kaunselor mendapat maklumat
sekunder daripada komunikasi denga klien yang berunsurkan negatif. Bagi
mengelakkan penilaian awal negatif, kaunselor seharusnya jangan tergesa-gesa
membuat penghakiman terhadap komunikasi denga klien.

6. Mendengar dengan penuh perhatian


Mendengar dengan sepenuh tumpuan dan berminat terhadap penerangan

7
komunikator. Ini dapat mengelakkan komunikator berasa kecewa. Terdapat beberapa
cara mewujudkan komunikasi berkesan seperti menganggukkan kepala, memandang
klien, hubungan mata, mengeluarkan kata-kata seperti “..oh!..” dan membalas
pertanyaan.

7. Respon secara empati


Apabila berkomunikasi dalam perhubungan menolong, kaunselor perlu
memahami orang berkenaan, agar sambutan yang kaunselor kemukakan menunjukkan
yang kaunselor memahami apa yang dikata oleh klien dan apa yang sedang dia alami.
Pendengaran empati berlaku apabila kaunselor memahami orang itu dengan
sepenuhnya dan secara mendalam, secara emosi dan intelek. Dalam memberi respon
empati, setiap kaunselor perlu mendengar dengan telinga, mata dan hati mereka.

8. Bersedia untuk mendengar


Mendengar dengan baik membayangkan kesediaan untuk mendengar dan ini
dipanggil persediaan untuk mendengar – secara fizikal, mental dan emosi. Baca
topik yang berkaitan terlebih dahulu: semakin banyak yang anda tahu tentang
topik yang berkaitan, anda akan semakin berminat terhadap apa yang dituturkan
oleh penutur. Persediaan mental secara automatik akan membawa kepada
penglibatan emosi kerana ia memberikan anda tujuan untuk mendengar.

9. Tentukan tujuan anda mendengar


Mendengar melibatkan minda dan telinga. Mendengar mempunyai tujuannya
dan tujuan yang berbeza membayangkan cara mendengar yang berbeza. Mungkin
tujuan anda adalah untuk bersikap peramah dan suka bergaul (perbualan di parti),
untuk mendapatkan maklumat (kuliah), atau untuk menganalisis secara kritis
(perdebatan politik). Setiap situasi ini memerlukan kemahiran yang berbeza dan
tahap penumpuan yang berbeza. Tujuan mendengar patut ditentukan; jika anda
tahu mengapa anda perlu mendengar, anda akan menjadi pendengar yang lebih
baik.

MENGSINTESIS DUA ARTIKEL

8
A. Nikodemus, T.M (2014) Keterampilan mendengarkan secara aktif dalam
komunikasi interpersonal. Jurnal Komunikasi Vol 5(1): 501-509.

Dalam artikel Keterampilan Mendengarkan Secara Aktif Dalam Komunikasi


Interpersonal (Nikodemus, 2014) adalah merupakan proses mendengar yang
dilakukan, bukan hanya terjadi penyampaian dan pertukaran maklumat antara
penyampai maklumat dan penerima maklumat, tetapi juga penentukan kadar
hubungan antara personal. Oleh itu, proses mendengar merupakan hal yang sangat
utama bukan hanya pada maklumat sesuatu komunikasi tersebut melainkan juga pada
penentuan hubungan yang diciptakan.

Dari sudut psikologi komunikasi, dikatakan bahawa hubungan interpersonal


seseorang dengan orang lain akan semakin baik jika ada saling keterbukaan untuk
mengungkapkan diri dan sekaligus memberikan impak dalam komunikasi tersebut.
Dalam komunikasi interpersonal itu makin tercipta persepsi yang jelas tentang
kedudukan orang lain juga sekaligus penyampaian yang sebenarnya terhadap persepsi
diri sendiri. Akan tetapi ada aspek yang sering keluar daripada perhatian kita yang
memberi impak sangat penting untuk mendefinisikan dan membuat proses
komunikasi tersebut berkualiti iaitu mendengar secara aktif.

Dalam proses berkomunikasi kaunselor mungkin bersikap mendengar tetapi


belum mendengarkan secara aktif. Menurut Nikodemus (2014) jika mengukur tahap
kepentingan suatu. Komunikasi tersebut diukur berdasarkan masa, maka
mendengarkan secara aktif merupakan proses komunikasi yang paling penting
disamping mentafsir maksud yang ingin disampaikan. Kesimpulannya, kebanyakkan
dari kita adalah pendengar yang buruk. Sememangnya mendengar secara aktif
bukanlah sesesuatu proses komunikasi yang mudah namun dapat meningkatkan
keterampilan dalam proses komunikasi itu sendiri.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Nikodemus diatas, dapat


disimpulkan bahawa proses mendengar yang menjadikan sukar bagi kaunselor untuk
memberikan kaunseling yang berkesan kepada pelanggan ialah tidak mendengar
secara aktif. Mendengar secara aktif memberi kesan yang agak mendalam dalam
proses sesuatu komunikasi tersebut. Mendengar secara aktif disini bermaksud

9
mendengar dengan perasaan empati. Dalam hal ini, kaunselor perlu mendengar setiap
perkataan atau luahan pelanggannya dengan memahami situasi mereka.

B. Ambar, W.S (2016) Pentingnya keterampilan mendengar dalam menciptakan


komunikasi yang efektif. Jurnal Edutech Vol.2(1): 2442-6042

Manakala artikel (Ambar, 2016) Pentingnya Keterampilan Mendengar Dalam


Menciptakan Komunikasi Yang Efektif bukan sekadar merupakan perkara fizik dalam
proses “mendengar”. Mendengar merupakan proses intelektual dan emosional.
Dengan proses itu pendengar akan mengumpulkan dan mengintegrasi antara input,
fizik, emosional dan intelektual dari penyampai dan berusaha memahami maksud
komunikasi serta makna yang ingin disampaikan.

Menurut Ambar (2016), mendengar merupakan keterampilan dalam komunikasi


yang paling diperlukan bagi menyelesaikan pekerjaan di tempat kerja. Mendengar
secara efektif dapat memperkukuhkan lagi hubungan dalam organisasi tersebut,
meningkatkan pengiriman produk, menyiapkan organisasi dengan inovasi, dan
sekaligus dapat memberi impak yang besar terhadap kualiti kerja. Mendengar secara
efektif juga merupakan proses komunikasi yang sangat penting dalam proses
mendapatkan kepercayaan bukan sahaja antara organisasi, tetapi juga antara individu.
Memehami merupakan sikap semulajadi dalam mendengar yang merupakan langkah
pertama dalam pembaikan keterampilan dalam mendengar.

Keterampilan mendengar yang efektif tidak hanya dalam mengembangkan


hubungan, tetapi juga efektif dalam menghindari konflik. Oleh sebab itu, penting
untuk mengembangkan kemampuan mendengar untuk menghasilkan komunikasi
yang lebih efektif. Tanpa menggunakan teknik pendengaran yang efektif, seorang
penyampai dalam proses komunikasi tersebut tidak akan mungkin menjawab dengan
jelas atau menjawabnya secara menyimpang dari pertanyaan yang dilontarkan, atau
bahkan penyampai meminta pendengar untuk mengulang kembali pertanyaan-
pertanyaan yang dilemparkan.
KESIMPULAN

10
Manusia bercakap pada kadar 100 hingga 175 perkataan seminit; tetapi,
mereka boleh mendengar dengan kadar 600 hingga 800 perkataan seminit (Charlotte
Burton, 2015). Pada sesuatu masa yang sama, hanya sebahagian kecil daripada otak
kita yang dapat memberikan perhatian; oleh itu, fikiran kita berkecenderungan untuk
melayang-layang; otak kita akan memikirkan perkara lain semasa kita sedang
mendengar cakap seseorang. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mendengar
secara aktif, iaitu, mendengar dengan tujuan tertentu. Kita mungkin bertujuan untuk
mendapatkan maklumat tertentu seperti statistik terkini tentang angka jualan bulanan,
menanya kedudukan sesuatu tempat semasa kita sesat jalan, bertukar idea dengan
seseorang yang mempunyai minat yang sama atau hanya untuk mengetahui perasaan
orang lain. Ia memerlukan usaha tertentu untuk memberikan perhatian kepada apa
yang sedang diucapkan atau disampaikan oleh seseorang itu. Ia melibatkan
pendengaran, mendengar, mentafsirkan mesej yang diterima, mengesahkannya dan
seterusnya memberikan maklum balas yang sewajarnya.

Mendengar secara kritikal memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan
analitis. Untuk mencapai ke peringkat ini, pelajar harus diberi latihan mendengar dan
berfikir secara intensif. Kemahiran ini boleh dilakukan melalui proses pembelajaran
secara tidak sengaja. Kemahiran mendengar secara berhati-hati ini boleh dicapai
dengan memberikan banyak latihan mendengar kepada pelajar. Mereka dilatih untuk
mempelajari bahasa lisan secara formal lebih berkesan daripada pembelajaran yang
dilakukan secara tidak formal.

Perubahan dalam masyarakat adalah asas kepada perkembangan Negara.


Pelbagai masalah social wujud secara langsung atau tidak langsung hasil daripada
perubahan pesat dalam masyarakat. Kaunseling tidak akan menghapuskan atau
menyelesaikan semua penyakit social yang disebabkan oleh pembangunan ekonomi
tetapi untuk mencapai keadaan minda yang harmoni dalam masyarakat, kaunseling
perlu disediakan dalam semua institusi untuk ia memainkan peranan dalam
pembangunan sesebuah Negara.

( 2111 PATAH PERKATAAN )


RUJUKAN

11
Alavi,K., Aizan,S.A., Subhi,N., Mohamad,M.S dan Samon,N.(2012) Kerja sosial di
sekolah: memahami dan menangani penderaan kanak-kanak. Jurnal Kaunseling 7
(1):17-37.

Ambar, W.S (2016) Pentingnya keterampilan mendengar dalam menciptakan


komunikasi yang efektif. Jurnal Edutech Vol.2(1): 2442-6042

Aslina, A. (2013) Kesan intervensi psiko-pendidikan terhadap tingkah laku murid


sekolah menengah oleh guru bimbingan dan kaunseling. Jurnal Pendidikan
Kaunseling 5 (1):20-27.

Khadijah, A. dan Maizatul, H. M. (2017) Komunikasi berkesan dengan warga emas:


dari perspektif intervensi kerja sosial. Jurnal Komunikasi 33(4):21-37.

Nikodemus, T.M (2014) Keterampilan mendengarkan secara aktif dalam komunikasi


interpersonal. Jurnal Komunikasi Vol 5(1): 501-509.

Sharif, F., & Masoumi, S. (2012). A qualitative study of nursing student experiences
of clinical practice. BMC Nursing 4(1), 6-10.

12

Anda mungkin juga menyukai