Anda di halaman 1dari 14

HBEF 3703

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

SEMESTER JANUARI 2018

HBEF 3703

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

NO. MATRIKULASI : 870418086198001


HBEF 3703

NO. KAD PENGNEALAN : 870418086198

NO. TELEFON : 0122858012

E-MEL : yuvaneshwary@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SRI RAMPAI LEARNING CENTRE

1.0 Pengenalan

1.1 Etika
Etika merupakan suatu amalan yang paling penting dalam bimbingan dan kaunseling. Ia
merupakan suatu peraturan atau hala tujuh terhadap sesuatu piawaian profesional. Etika juga lebih
kepada set peraturan tingkah-laku yang bermoral. Othman (2005) menyatakan bahawa etika adalah
peraturan kawalan diri atau budi pekerti yang baik yang dipatuhi oleh seseorang ahli profesion. Ia
juga sebagai panduan kepada seseorang ahli profesion supaya ahli-ahli lain yang sama profesion
dapat mengikuti satu standard berkelakuan tertentu. Oleh itu, etika yang ditentukan untuk kaunselor
haruslah diikuti oleh setiap kaunselor untuk mematuhi standard kelakuan yang baik.

1.2 Kod Etika


HBEF 3703

Menurut Gladding S.T (2000) kod etika adalah satu set garis panduan atau prinsip yang
diwujudkan oleh sesebuah organisasi untuk merujuk sebagai panduan oleh ahli mengenai tingkah
laku berkomunikasi sesama ahli dan ahli oraganisasi yang lain. Maznah binti Baba dan Zainal bin
Madon (2007) menyatakan bahawa Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) sebelum
kaunselor 1998 telah mewujudkan kod etika kaunseling.

Pakar kaunseling dari banyak negara menggunakan beberapa kod etika yang tersendiri. Seperti,
pakar kaunseling dari negara Amerika Syarikat dinamakan sebagai Kod Etika Persatuan
Kaunseling Amerika Syarikat (American Counseling Association 2005) lebih dikenali sebagai
ACA. Selain itu, Prinsip-prinsip Etika dan Kod Tatalaku Ahli Psikologi Persatuan Psikologi
Amerika Syarikat (American Psychology Association 2010) singkatannya APA telah dinamakan
oleh ahli psikologi di negara Amerika Syarikat. Kod etika di negara Malaysia dinamakan sebagai
Lembaga Kaunselor Malaysia 2011. Lembaga Kaunselor Malaysia telah mengeluarkan kod etika
tersebut. Rafidah Aga Mohd Jaladin dan Lau Poh Li(2013) menyatakan bahawa setiap ahli
kaunselor perlu mematuhi dan memahami kod etika tersebut bersama-sama dengan Akta Kaunselor
580.

Tujuan Kod etika adalah sebagai garis panduan kepada ahli kaunseling dan rujukan untuk
isu-isu etika.tatatertib kaunselor untuk menjalinkan hubungan profesional dengan orang lain, rakan
sekerja, majikan, ahli dari profesion yang lain serta semua lapisan masyarakat. Selain itu, memberi
pendedahan untuk kaunselor dan masyarakat mengenai peranan dan tanggungjawab
masing-masing.

Kod etika perlu mematuhi oleh semua ahli kaunselor untuk mengukuhkan nama baik profesion
kaunseling.

2.0 Perbincangan mengenai prinsip-prinsip kod etika dalam profesion kaunseling.

Prinsip kod etika dalam profesion kaunseling merupakan satu petunjuk-pentunjuk yang perlu
diikuti atau peraturan yang digunakan untuk memastikan sama ada sesuatu perkara yang berlaku
dengan baik atau buruk. Corey et al. (2006) menyatakan bahawa terdapat beberapa prinsip kod
etika. Iaitu:

 Prinsip autonomy (kebebasan)

 Prinsip beneficence (membuat kebaikan)


HBEF 3703

 Prinsip fidelity (kesetiaan)

 Prinsip justice (keadilan)

 Prinsip non-maleficence (keselamatan klien atau )

 Prinsip self-respect (kehormatan diri)

2.1 Prinsip autonomy (kebebasan)

Dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam kaunseling, Othman Mohamed (2013)
menyatakan bahawa seseorang individu boleh bertindak secara bebas mengikut kehendaknya tanpa
sebarang halangan. Selain itu, dalam buku Pengenalan Kepada Profesion Kaunseling, Sapora Sipon
dan Hapshah Yusof (2010) menyatakan bahawa perlu menghormati, mengiktirafkan dan
menghargai tindakan dan hak seseorang individu apabila mereka meluahkan keinginannya dengan
bebas. Sebagai seorang kaunselor, prinsip autonomi ini harus diamalkan apabila berhadapan
dengan klien. Dengan prinsip autonomi ini juga, kita dapat penjelasan bahawa semua individu ada
hak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan tersendiri.

Contohnya, apabila seseorang klien rela memberitahu hal peribadi yang sulit dan isi hatinya
kepada kaunselor, kaunselor harus memberi peluang dan menghargai penjelasan dan hak klient
tersebut. Selain itu sebagai seorang kaunselor haruslah menghormati hak dan kebebasan klien tanpa
sebarang halangan.

Walaupun kaunselor menghormati atau menghargai kebebasan klien, namun ada juga batasan
kerana prinsip autonomi ini bukan bermakna wujud kebebasan yang mutlak. Sebagai kaunselor
haruslah mendapat tahu had kebebasan.

2.2 Prinsip beneficence (membuat kebaikan)

Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010) menyatakan bahawa prinsip beneficence ataupun
lebih dikenali sebagai prinsip membuat kebaikan ini adalah lebih kepada melakukan sesuatu
dengan niat yang mulia dan hasrat yang murni. Prinsip ini dapat diamalkan dalam proses
kaunseling untuk mengadakan sesi kaunseling yang lebih berkesan dan berfaedah. Selain itu,
menjadikan sesi kaunseling lebih bermakna seperti membantu klien untuk menjadikan seseorang
yang sempurna dalam masyarakat. Kod Etika Persatuan Kaunseling Amerika Syarikat (American
HBEF 3703

Counseling Association 2005) menyatakan bahawa kaunselor bertanggungjawab untuk memajukan


kesejahteraan klien.

Sebagai contoh, semasa sesi kaunseling,kaunselor mendapat tahu yang kliennya tidak
mempunyai tempat tinggal yang selamat. Jadi, kaunselor tersebut cuba membantu kliennya untuk
mendapatkan tempat tinggal yang lebih selamat. Dalam hal ini, kauselor mengamalkan prinsip
membuat kebaikan.

2.3 Prinsip fidelity (kesetiaan)

Prinsip fidelity juga boleh dipanggilkan sebagai prinsip kesetiaan. Prinsip kesetiaan ini
menunjukkan ketaatan kepada seseorang individu. Kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran saling
berkait rapat dengan prinsip kesetiaan. Dalam kaunseling,prinsip kesetiaan sangat penting untuk
mewujudkan perhubungan yang baik. Jadi, rahsia yang klien beritahu kepada kaunselor tetap dijaga
olehnya.

Sebagai contoh, klien mempercaya dan memberitahu rahsianya yang lama dipendamkan di
hatinya kepada kaunselor. Dengan setianya kaunselor juga menjaga rahsia kliennya untuk
mengelakkan perselisihan faham antara mereka.

2.4 Prinsip justice (keadilan)

Prinsip justice ini lebih dikenali sebagai prinsip keadilan. Keadilan bermaksud layanan yang
saksama. Semua manusia adalah sama dan semua mendapat layanan yang saksama. Dalam sesi
kaunseling, kaunselor perlu mendengar masalah klien dengan baik dan berhati-hati agar klien itu
mendapat layanan secara adil dan saksama. Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010) menyatakan
bahawa Prinsip justice ini lebih dikenali sebagai prinsip keadilan mempunyai dua kriteria yang
paling penting.iaitu:

 Sama dari segi keperluan

 Sama dari segi merit.

Sama dari segi keperluan adalah bermaksud semua insan adalah unik.oleh itu, semua orang
mendapat peluang tersendiri untuk mengukuhkan keadilannya. Sama dari segi merit adalah
HBEF 3703

bermaksud semua insan mendapat mengikut masalah masing-masing.Oleh itu, kaunselor perlu
memberi layanan saksama kepada klien berdasarkan keunikan setia individu.

2.5 Prinsip non-maleficence (keselamatan klien )

Prinsip non-maleficence lebih dikenali sebagai prinsip keselamatan klien. Prinsip ini adalah
prinsip yang perlu mengamalkan dalam setiap proses kaunseling. Othman Mohamed (2013)
menyatakan bahawa untuk menegakkan ketegasan, kaunselor tidak boleh melakukan kerosakan,
tidak boleh merugikan sesuatu dan tidak boleh buat perbuatan yang mendatangkan risiko yang
membahyakan seseorang individu. Beauchanp dan chidress(1979) juga menyatakan bahawa prinsip
ini dibahagikan kepada dua aspek. Iaitu mewujudkan situasi untuk mencederakan secara sengaja
dan mewujudkan situasi yang berrisiko untuk menghasilkan kecederaan. Sebelum proses
kaunseling, kaunselor perlu peka dengan aturan perosedur agar proses kaunseling tidak terganggu
dengan situasi-situasi yang mendatangkan risiko diri atau klien.

Sebagai contoh, sebelum proses kaunseling, kaunselor perlu membersihkan tempat kerana
alat-alat yang tajam juga boleh mewujudkan situasi yang berrisoko dan kaunselor juga perlu
membuat nota kecil untuk mengelakkan perselisihan faham antara klien.

2.6 Prinsip self-respect (harga diri)

Prinsip Self-respect adalah prinsip harga diri. Dalam proses kaunseling,kaunselor perlu
memberi peluang kepada klien agar harga diri klien tidak dijejaskan. Kaunselor perlu mengamalkan
prinsip ini untuk mengelakkan klien daripada berasa rendah diri. Prinsip ini juga membantu
menjaga maruah diri klien dan juga kaunselor.

Sebagai contoh, seorang kaunselor yang mengamalkan prinsip harga diri,perlu memberi
hormat kepada klien, walaupun kliennya lebih muda daripadanya. Situasi ini membantu klien
berasa selasa dan selamat.selain itu, harga diri klien juga tetap dijaga.

Pengamalan prinsip-prinsip kod etika ini dalam proses kaunseling adalah bukannya kerja yang
mudah. Terutamanya pada klien yang bermasalah prinsip-prinsip ini sukar diamalkan.
Walaubagaimanapun, prinsip kod etika tetap diamalkan oleh semua kaunselor.
HBEF 3703

3.0 Kaji kes berkaitan prinsip kod etika

3.1 kajian kes 1 : Kes Cik Munes

Cik Munes telah datang ke pejabat kaunseling dan berjumpa dengan kaunselor untuk
mendapatkan pandangan kedua tentang masalahnya. Tiga minggu yang lepas, Cik Munes pergi
berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Alasan dia berjumpa dengan doktor adalah
kerana dia terasa debaran jantung yang kuat, sentiasa berasa tertekan dan tidak dapat menumpukan
perhatian pada sesuatu kerja, dan gelisah. Doktor telah membuat beberapa pemeriksaan tekanan
darah untuk mendapat tahu punca sakit Cik.Munes. Setelah pemeriksaan doktor menyatakan
bahawa Cik.Munes mengalami serangan panik sederhana. Doktor tersebut memberi satu
prespkripsi kepada cik.Munes. Beliau memberitahu untuk mengambil satu dos rendah.Seterusnya,
doktor juga memberitahu dos ubat akan meningkat sekiranya mendapat perubahan pada simptom
Cik Munes yang dialami. Doktor telah memberi ubat tersebut untuk dua minggu. Selepas dua
minggu, ubat tersebut telah dihabiskan. Cik Munes cuba mendapatkan ubat itu daripada doktornya,
tetapi stok ubat itu habis. Namun, Cik Munes puas mencari ubat itu di farmasi dan klinik-klinik lain
tetapi masih stok ubat itu tidak dapat dijumpai. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menukar
ubat itu kepada ubat yang lain. Tetapi, doktor menasihatkan Cik Munes bahawa ubat sebelum ini
sangat berguna dan berkesan untuk menghentikan serangan panik.

Cik Munes berasa kecewa dengan perangai cuai doktornya yang tidak mengambil tempahan
ubat dengan serius. Oleh itu, Cik Munes mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang
kaunselor untuk mendapatkan bimbingan dan pendapat kedua. Cik Munes teringin untuk mendapat
pendapat daripada seorang yang bukan doktor. Cik Munes telah beritahu sebelum ini dia pernah
menghadiri sesi kaunseling dan dia mendapat manfaat daripadanya.

3.1.1 Prinsip kod etika

Prinsip kod etika yang terdapat dalam permasalahan kes ini adalah prinsip autonomi iaitu
prinsip kebebasan. Prinsip autonomi lebih kepada kebesan klien untuk mengambil keputusannya
sendiri tanpa sebarang halangan.
HBEF 3703

Kounselor harus memberitahu Cik Munes untuk mengambil keputusan sama ada meneruskan
mengambil ubat ataupun tidak (IAMFC, 2005 Seksyen A.3). Dalam permasalahan kes ini,
kaunselor tidak sepatutnya mengambil keputusan dari pihak klien. Tugas kaunselor adalah untuk
memberitahu maklumat dan informasi kepada klien tentang ubat tersebut dan membantu klien
untuk membuat keputusan yang betul oleh klien sendiri (IAMFC, 2005 seksyen A.3). Keputusan
perlu dimabil oleh klien, kaunselor hanya membimbing dan membantu klien untuk mengambil
keputusan dalam sesi ini.

3.2 kajian kes 2 : Kes Siva

Siva adalah seorang pelajar sederhana yang belajar di sekolah rendah. Dia berumur 7 tahun.
Siva telah membawa ke pakar psikiatrik di agensi kesihatan mental untuk membuat rawatan
psikiatrik. Ibubapanya telah memberitahu kepada pakar psikiatrik bahawa anaknya selalu bermain,
dan menunjukkan kelakuan yang keterlaluan sehinggan rakan-rakan sekelasnya membencikan
anaknya. Kelakuan keterlaluan itu menimbulkan masalah di sekolah. Siva juga sentiasa tidak sabar
dan membuat sesuatu dengan kelam kabut. Ibubapanya melaporkan bahawa ramai rakannya
membencikan siva disebabkan oleh kelakuannnya yang suka mengarah. Sering kali mendapat
panggilan daripada pihak sekolah menggenai kelakuan Siva.

Oleh itu, Guru kelas mencadangkan kepada ibubapanya membawa Siva ke agensi kesihatan
mental untuk melihat perubahan pada kelakuan Siva. Oleh itu, Sebelum ibubapa siva membuat
cadangan untuk berjumpa pakar kauselor. ibubapa siva juga telah berjumpa dengan pakar psikiatrik
selama tiga bulan dengan harapan anaknya mendapat perubahan pada kelakuan. Tetapi dalam
tempoh masa tiga bulan kesihatan anaknya terjejas. Siva selalu berasa mengantuk dan berkelihatan
lemah semasa dan kelas dan di luar kelas. Apabila berjumpa dengan pakar psikiatrik, pakar
psikiatrik telah memberitahu bahawa siva mengalami gangguan mental iaitu hyper active impulsive.
Oleh itu, pakar psikiatrik pula memberi ubat kepada Siva. Pakar psikiatrik memberi ubat strattera
dan adderall untuk mengambil setiap hari. Ibubapa tony telah berharap bahawa ubat tersebut akan
membantu anaknya untuk berpulih dari penyakitnya tetapi apa yang mereka harapkan itu telah
hancur. Ibubapanya risau anaknya yang kurang aktif dan Siva tidak dapat menumpukkan perhatian
sepenuhnya seperti dulu. Ibubapanya mempercayai bahawa ubat yang dibagi oleh pakar psikiatrik
itu memberi kesan negatif. Akhirnya Siva tidak lagi membuat masalah di sekolah malah dimenjadi
seorang pemalas.
HBEF 3703

Oleh itu, kounselor telah membuat kesimpulan bahawa ibubapa Siva sudah mula marah dengan
pakar psikiatrik. Disebabkan dalam kes ini melibatkan pakar psikiatrik, kaunselor telah berasa
tertekan dan dilema untuk mengambil keputusan. Kes ini juga satu kes yang mencabar profesion
kaunselor kerana terlibat badan profesional yang lain. Oleh itu, kaunselor memberi nasihat kepada
ibubapa klien agar bersabar. Kauselor juga memberi kaunseling kepada kedua-dua ibubapa dan
Siva. Selain itu, kaunselor juga mendapatkan sebuah sistem perunding yang sistematik untuk
menyediakan sebuah pendekatan yang sesuai untuk mengenalpasti penyakit yang dialami oleh Siva.

3.2.1 Prinsip Kod Etika.

Prinsip kod etika yang terdapat dalam kes ini adalah Prinsip justice iaitu prinsip keadilan.
Prinsip Keadilan bermaksud layanan yang saksama. Dalam kes ini, kaunselor telah mendengar
masalah yang dialami oleh kliennya dengan sabar dan berhati-hati agar klien mendapat layanan
secara adil dan saksama. Kaunselor juga bertindak untuk mendapatkan sebuah sistem perunding
yang sistematik untuk menyediakan sebuah pendekatan yang sesuai untuk mengenalpasti penyakit
yang dialami oleh Siva. Dengan ini, kaunselor menunjukkan bahawa beliau mengakur dengan
prinsip keadilan. Kaunselor bertindak sebegitu agar klien mendapat keadilan yang betul. Etika
kauselor membuatkan kes ini dapat menyelesaikan dengan baik.

3.3 Kajian kes 2: Kes Chong

En.Amin adalah guru disiplin di sekolah menengah. En.Amin mendapat tahu anak muridnya
Chong membuat masalah disekolah. Sebenarnya Chong adalah pelajar yang cemerlang dalam kelas
tetapi kebelakangan ini En.Amin mendapat tahu bahawa kelakuan Chong menjadi teruk. En.Amin
risau dengan kelakuan anak murid. Oleh itu, beliau mencadang untuk membawa Chong ke Unit
kaunseling untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah.

En.Amin melaporkan kepada kaunselor bahawa Chong adalah murid cemerlang tetapi
kebelakangan ini prestasi Chong merosot.En.Amin risau kalau kelakuan Chong berterusan sebegini
pihak sekolah akan mengambil tindakan untuk menukarkan kelas ke kelas hujang. En.Amin juga
memberitahu bahawa Chong tidak lagi menumpukkan perhatiannya pada pelajaran.

Dalam Sesi kaunseling kaunselor mendapat tahu bahawa kliennya Chong mengalami masalah
di rumah. Chong adalah pelajar tingkatan 4 dan Chong tinggal bersama ibubapa dan adik
HBEF 3703

perempuan. Ibubapa Chong selalu keluar untuk mencari duit dan lupa mengambil berat tentang
anaknya yang tinggal di rumah. Selain itu,adik perempuan juaga tidak hormat Chong. Hal-hal ini
membuatkan Chong berasa tertekan. Dua bulan lepas, Chong dapat dikenalkan dengan rakannya
yang baru berpindah dari sekolah lain. Persahabatan rakannya membuatkan Chong gembira dan
seronok.Lama-kelamaan Chong mula mengikut jejak langkah rakan yang berkelakuan kurang
sopan. Chong mula melepak dan balik lambat kerumah. Oleh itu,Chong tidak dapat menumpukkan
perhatiannya dalam pelajaran sehingga prestasi Chong merosot. Kaunselor mendengar segala
masalah kliennya dengan sabar.

Selepas proses kaunseling, Chong menjadi rapat dengan kaunselor dan meluangkan masa
lapangnya di bilik kaunseling. Kaunselor juga meluangkan masanya untuk mendengar masalah dan
hal-hal yang mengembirakan Chong. En.Amin berasa gembira apabila tengok perubahan positif
Chong.

3.3.1 Prinsip Kod Etika

Prinsip kod etika yang terdapat dalam kes ini adalah prinsip beneficence iaitu prinsip membuat
kebaikan. Prinsip ini bermaksud melakukan sesuatu dengan niat yang mulia dan hasrat yang murni.
Dalam kes ini, kaunselor berniat baik dan sanggup mendengar masalah kliennya dengan sabar.
Selain itu, kaunselor juga meluangkan masanya untuk mendengar masalah dan hal-hal kegembiraan
kliennya. Ini membuktikan bahawa hubungan kaunselor dan klien menjadi semakin baik.

kaunselor telah berniat baik untuk memajukan kesejahteraan klien. Prinsip ini dapat diamalkan
dalam proses kaunseling untuk mengadakan sesi kaunseling yang lebih berkesan dan berfaedah.
Contohnya dalam kes ini, Chong dapat berubah menjadi seorang pelajar yang baik.Dengan ini
mendapat tahu bahawa proses kaunseling ini telah berjalan dengan berkesan dan berfaedah.
Kaunselor membantu kliennya untuk menjadikan seorang yang sempurna dalam masyarakat.

3.4 Kajian Kes : Dilema kaunselor sekolah

En. Haris adalah seorang guru yang mengajar di sekolah menengah. En.Haris juga seorang
kaunselor dan guru disiplin di sekolah yang sama. Zul merupakan klien En.Haris yang telah
mengambil tindakan tatatertib untuk bergantung sekolah. Dalam sesi kaunseling Zul telah
memberitahu masalah keluarganya kepada kaunselor En.Haris. En Haris berasa sedih dan
HBEF 3703

berempati dengan perubahan tingkahlaku Zul. En.Haris mengambil keputusan untuk membantu Zul
dalam hal tindakan tatatertib yang diambil pihak sekolah.

Oleh itu, En.Haris telah memberitahu masalah Zul semasa mesyuarat dengan lembaga disiplin
sekolah dan hal ini membuatkan En.Haris memungkir kerahsiaan Zul. Namun, pihak sekolah tetap
bertindak untuk mengeluarkan Zul dari sekolah. Hal ini membuatkan Zul marah dengan En.Haris
kerana perbuatan En.Haris yang memecahkan amanah. Oleh itu, En.Haris.berasa sangat kecewa
dan sedih kerana niat baiknya tidak dapat dicapai.

3.4.1 Prinsip Kod Etika

Prinsip yang terdapat dalam kes ini pula adalah prinsip fideliti iaitu prinsip kesetiaan. Prinsip
kesetiaan ini menunjukkan ketaatan kepada seseorang individu. Kepercayaan, keikhlasan dan
kejujuran saling berkait rapat dengan prinsip kesetiaan. Dalam kes ini, En.Haris sebagai seorang
kaunselor terpaksa memungkir kerahsiaan Zul demi kebaikan kliennya. Dalam kaunseling,prinsip
kesetiaan sangat penting untuk mewujudkan perhubungan yang baik tetapi dalam kes ini tindakan
kaunselor membuatkan kliennya marah dengannya. Kes ini menunjukkan bahawa kalau seseorang
kaunselor tidak mematuhi prinsip kod etika, akhir berakhir dengan tindakan negatif.

4.0 Penutup

Professional kaunseling juga seperti professional-professional lain yang mempunyai etikanya


tersendiri. Etika perlu dipatuhi oleh kaunselor untuk melaksanakan perkhidmatan kaunseling yang
berkesan dan berfaedah. Ia merupakan suatu peraturan atau hala tujuh terhadap sesuatu piawaian
professional dan etika juga lebih kepada set peraturan tingkah-laku yang bermoral. Etika juga
membantu kounselor untuk meyelamatkan daripada menganiaya klien atau dianiaya oleh klien.
HBEF 3703

Kod etika pula bermaksud tingkah laku dan peranan kaunselor terhadap klien, rakan, orang
awam dan terhadap organisasi dan majikan. Profession kaunselor mempunyai tanggungjawab dan
amanah yang besar terhadap orang ramai. Demi menjaga kepentingan professional kaunselor,
kaunselor mengikut garis panduan atau kod etika yang ditetapkan oleh lembaga.

Kaunselor perlu mematuhi prinsip kod etika untuk mengeratkan hubungan kaunselor dan klien.
Ia juga membantu untuk menangani perselisihan faham diantara kaunselor dan klien. Apbila
mematuhi prinsip kod etika seseorang kaunselor mendapat tahun cara melayan kliennya dengan
baik. Ia juga membantu kaunselor untuk beretika tinggi.

Secara keseluruhan, profession kaunselor adalah sesuatu profession yang dapat dipercayai oleh
semua. kaunselor juga memastikan kesejahteraan kliennya terjaga dan memberikan perkhidmatan
yang cemerlang kepada kliennya.

(2711 patah perkataan)


HBEF 3703

Rujukan

1.https://www.slideshare.net/nurshafinazshahbani/etika-profesional-52031703

2. https://www.lkm.gov.my/

3. file:///C:/Users/HP/Downloads/211558876-Kajian-Kes.pdf

4. https://www.scribd.com/document/23236093/KAJIAN-KES-5

5. https://prezi.com/yxisk9myx3gf/kod-etika-mengikut/

6. https://www.academia.edu/17384728/DILEMA_ETIKA_ETIKA_KAUNSELOR

7. http://ethics.iit.edu/ecodes/node/5132

8. Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat.(2009). Bimbingan dan Kaunseling Sekolah :
Etika Kaunseling, Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

11. Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim.(2010). Teori dan Amalan Kaunseling : Etika
Kaunseling. Kuala Lumpur. Pts Professional Publishing Sdn.Bhd.

12. Kitchener, K.S. (1984). Intuition, critical evaluation and ethical principles: The foundation for
ethical decision in counseling psychology.
HBEF 3703

13. Lembaga Kaunselor Malaysia. (2011). Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselllor Malaysia.
LKM

14. Corey.G.Corey.M.S. and Callanan, P.(2003). Issue And Ethics In The Helping Profession, 6th
Edition Monterey: California.Brooks/ Cole Publishing Company

Anda mungkin juga menyukai