Anda di halaman 1dari 24

GAS-GAS ATMOSFERA :

KANDUNGAN DAN JISIM UDARA


KANDUNGAN DAN JISIM UDARA
 Kandungan Atmosfera
 Kandungan udara biasanya tidak tetap di mana ia
sentiasa berubah dari masa ke semasa dan dari
tempat ke tempat.

 Namun pada umumnya ia dibentuk oleh tiga jenis


unsur yang penting iaitu gas kekal, gas berubah dan
juzuk bukan gas.

 Peranan gas-gas di atmosfera memerangkap


pembahangan kembali seperti bahangan gelombang
panjang menyebabkan kadang kala gas-gas ini dikenali
sebagai gas-gas rumah hijau.
Gas kekal
 Tiga gas yang dianggap sebagai gas kekal iaitu
nitrogen, oksigen dan argon.

 Nitrogen dan oksigen membentuk kira-kira 99 % dari


isipadu atmosfera.

 Dari segi meteorologi, nitrogen sebagai gas terbanyak


adalah dianggap pasif di atmosfera. Ia berada dalam
atmosfera melalui proses pereputan dan pembakaran
bahan-bahan organik, letusan gunung berapi dan
penguraian kimia batuan-batuan tertentu.
Gas kekal
 Oksigen pula yang dianggap gas kedua
terbanyak adalah sangat aktif dalam
proses-proses kimia alam sekitar fizikal
dan biologikal serta ia mudah bergabung
dengan unsur-unsur lain.

 Ianya dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan


dan terhapus oleh berbagai-bagai proses
organik dan bukan organik.
Gas kekal
 Argon adalah gas lengai dan secara kimia
ianya tidak bertindakbalas dengan gas-gas
atau sebatian-sebatian lain di atmosfera.

 Ketiga-tiga gas ini mempunyai kesan yang


amat minimum terhadap iklim dan cuaca.

 Gas-gas surih neon, helium, metana, krypton


dan hidrogen adalah juga mempunyai kesan
yang amat sedikit ke atas cuaca
Gas berubah
 Sesetengah daripada gas-gas berubah ini
terdapat secara semulajadi dan setengahnya
pula terbentuk hasil proses-proses tempatan
seperti proses pembakaran.

 Kandungan gas-gas berubah ini tidak sama


dari semasa ke semasa dan dari tempat ke
tempat.

 Didapati ada tiga jenis utama dan merupakan


komponen-komponen yang amat penting
seperti wap air, gas karbon dioksida dan gas
ozon serta beberapa gas yang lain
Gas berubah

 Wap air penting dari segi tindakbalasnya


dengan bahangan solar kerana ia boleh
berubah dalam bentuk gas, cecair dan pepejal.

 Jumlah wap air secara pratiknya berubah-ubah


iaitu daripada 0 % di kawasan gersang
hinggalah kira-kira 3 – 4 % di kawasan-
kawasan tropika lembap.
Gas berubah
 Kandungan wap air atmosfera berkait
rapat dengan dengan suhu udara dan
juga kesediaadaan air di permukaan
bumi.

 Justeru itu, di garis-garis lintang


sederhana dunia, jumlahnya adalah
besar di musim panas berbanding pada
musim sejuk apabila keupayaan
atmosfera menakung lembapan adalah
rendah.
Gas berubah
 Wap air dianggap tidak wujud di paras
ketinggian antara 10 – 12 km daripada
permukaan bumi.

 Keadaan ini berlaku kerana wap air di


atmosfera adalah dibekalkan oleh
sejatpeluhan air dari permukaan bumi
dan dibawa ke atas oleh turbulens yang
begitu aktif di bawah paras bawah dari
10 km.
Gas berubah
 Sebenarnya jumlah wap air menentukan kadar
kelembapan atmosfera.

 Wap air mempunyai kesan nyata ke atas iklim dan


cuaca iaitu sebagai sumber semua awan dan kerpasan.

 Wap air juga terlibat dalam proses penyimpanan,


pergerakan dan pembebasan tenaga haba. Keadaan ini
berlaku semasa air bertukar bentuk ia akan menyerap
atau membebaskan haba yang dipanggil haba pendam.

 Wap air di dalam atmosfera memindahkan haba


pendam ini dari satu kawasan ke satu kawasan lain dan
ia menjadi sumber haba yang mampu menggerakkan
kebanyakan ribut.
Gas berubah
 Karbon dioksida sungguhpun
kandungannya dalam atmosfera
hanyalah kira-kira 0.036 peratus tetapi ia
dianggap komponen atmosfera yang
stabil seperti juga gas oksigen dan
nitrogen.

 Karbon dioksida memasuki atmosfera


terutamanya melalui tindakan-tindakan
organisma hidupan lautan dan juga di
atas daratan.
Gas berubah
 Gas ini penting dari segi keupayaannya menyerap
bahangan gelombang panjang dari permukaan bumi.

 Justeru itu, ia amat penting dalam mengekalkan suhu


global.

 Selain itu, ianya juga penting dalam proses


fototsintesis tumbuh-tumbuhan yang membolehkan
karbon dioksida yang dikeluarkan semasa manusia
bernafas ditukarkan ke gas oksigen oleh tumbuh-
tumbuhan.

 Oleh itu, proses fotosintesis dapat dianggap sebagai


proses yang mengekalkan imbangan jumlah karbon
dioksida glob.
Gas berubah

 Walaubagaimanapun, sejak 200 tahun


kebelakangan ini dipercayai
kandungannya di dalam atmosfera telah
meningkat dan mewujudkan satu
keadaan yang tidak seimbang di dalam
jumlah karbon dioksida glob kerana
meningkatnya penggunaan bahan api
fosil oleh aktiviti-aktiviti manusia.
Gas berubah
 Konsentrasi gas ozon di atmosfera banyak
terdapat di paras ketinggian 15 dan 35 km dari
permukaan bumi iaitu di lapisan stratosfera.

 Taburan gas ini adalah tidak seragam dan


kandungannya di atmosfera dikatakan terlalu
sedikit iaitu 0.00006 %.

 Bagaimanapun, ia adalah juzuk yang amat


penting kerana dari segi fungsinya ia menyerap
bahangan ultra lembayung dan dengan ini
meningkatkan suhu di lapisan stratosfera.
Gas berubah
 Ozon dibentuk melalui proses fotokimia
iaitu di bawah pengaruh bahangan ultra
lembayung, molekul-molekul oksigen
terpecah kepada atom-atom oksigen.

 Atom-atom oksigen ini akan berlanggar


dan bercantum dengan molekul oksigen
dan akhirnya membentuk ozon.
Gas berubah
 Kehadiran lapisan ozon bumi adalah amat penting kepada penghuni
bumi ini.

 Ini adalah kerana ozon mampu menyerap bahangan ultra lembayung


yang merbahaya yang berpunca dari matahari.

 Sekiranya ozon tidak menapis sejumlah besar bahangan ultra


lembayung dan sampai ke permukaan bumi, maka sudah semestinya
tidak akan ada kehidupan di atas permukaan bumi ini sebagaimana
yang ada pada hari ini.

 Justeru itu, sekiranya ada sesuatu faktor yang boleh menyebabkan


berkurangnya kandungan ozon atmosfera, maka ia mampu
menyebabkan kerosakan kehidupan di atas permukaan bumi.

 Keadaan ini sebenarnya telah pun berlaku pada hari ini.


Gas berubah

 Selain itu, gas metana yang secara


asasnya dihasilkan oleh proses anerobik
(kurangan oksigen) di kawasan tanah
lembap semulajadi dan juga di kawasan
sawah padi.

 Di samping itu ia dihasilkan juga oleh


proses penghadaman binatang,
pembakaran biomasa dan lain-lain aktiviti
binatang.
Gas berubah
 Nitrous oksida pula dihasilkan oleh
mekanisma biologi di lautan dan juga di dalam
tanah.

 Di samping itu, ia juga dihasilkan oleh


pembakaran industri, kenderaan, kapal
terbang, biomasa dan sebagai hasil dari
penggunaan baja-baja kimia.

 Ianya termusnah apabila berlaku tindak balas


fotokimia di dalam stratosfera yang melibatkan
penghasilan nitrogen oksida.
Gas berubah
 Kloroflorokarbon (CFC) adalah dihasilkan oleh
bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk peti sejuk,
bahan pencuci dan penyaman udara.

 Sebenarnya berasaskan kajian yang telah


dijalankan, gas CFC ini tidak wujud di atmosfera
sebelum tahun-tahun 1930 an.

 Secara perlahan-lahan molekul-molekul CFC naik


ke atmosfera dan bergerak ke arah kutub dan
terlerai oleh proses-proses fotokimia menjadi klorin.

 Dianggarkan jangka hayat CFC di atmosfera


adalah kira-kira 55-116 tahun lamanya.
Juzuk bukan gas
 Juzuk-juzuk bukan gas atau dikenali juga sebagai
aerosol termasuk habuk, asap, partikel garam dari
sejatan percikan laut dan air yang diluapkan.

 Kehadiran juzuk-juzuk bukan gas di atmosfera


adalah pada kadar konsentrasi yang berbeza-
beza iaitu dari beberapa partikel hinggalah
kepada juta partikel setiap meter padu udara dan
ia memberi kesan kepada tranmisi bahangan
melalui atmosfera.
Juzuk bukan gas
 Sesetengah daripadanya berasal dari partikel-
partikel butiran tanah dan habuk bahan galian
dari permukaan-permukaan kering, karbon dari
api dan debu dari gunung berapi.

 Bagi partikel-partikel yang kasar biasanya


selepas beberapa hari akan terus mendap ke
permukaan bumi akibat hujan tetapi bagi
partikel-partikel halus yang berasal dari letusan
gunung berapi mungkin mengekal di lapisan
atmosfera untuk 1-3 hari lamanya.
Peningkatan Konsentrasi Karbon Dioksida

 Umumnya, konsentrasi karbon dioksida di atmosfera


bumi pada akhir kurun ke 19 dianggarkan sekitar 290
ppm.

 Pengukuran yang dilakukan di pusat pemerhatian jauh


terletak di kawasan yang bebas dari pencemaran
industri seperti di Mauna Loa di kawasan Pasifik
menunjukkan bahawa purata konsentrasi karbon
dioksida tahunan telah meningkat ke 341 ppm dalam
tahun 1982.

 Pemerhatian di kutub selatan dan di tempat-tempat lain


menunjukkan paras berkenaan dan peningkatan
konsentrasi karbon dioksida sekarang adalah
dianggarkan kira-kira 0.3 % setiap tahun.
Peningkatan Konsentrasi Karbon Dioksida

 Salah satu punca utama peningkatan


konsentrasi ini ialah pembakaran bahan bakar
berasaskan karbon seperti arang batu, gas asli
dan minyak. Faktor penyumbang selanjutnya
ialah pemusnahan hutan secara meluas
seperti yang berlaku di Lembangan Amazon.

 Penggunaan bahan bakar berasaskan karbon


telah berlipat ganda setiap dekad sejak 1900 .
Tindakan manusia hari ini menambahkan
konsentrasi karbon dioksida sebanyak 18 juta
tan setiap tahun ke atmosfera terutamanya dari
penggunaan bahan –bahan bakar.
Sekian, Terima Kasih.

Salam : Cintailah Persekitaran Fizikal

Anda mungkin juga menyukai