Anda di halaman 1dari 35

KPP 60104

BAB 1
TEORI PERKEMBANGAN
SOSIAL, EMOSI DAN
MORAL
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

1
PENILAIAN

• 2 eForum = 10% (100 words) : 7 Mac 2024


• Pembentangan tajuk 3-9 = 20% (group) : bermula 19 Feb
• Laporan kajian kes = 30% (group) : due date 22 April
• Exam = 40% (2 esei) : Mac

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 2


KAJIAN KES (TIADA PEMBENTANGAN)
• Interview individu yang ada masalah emosi/social
• Bukti rakaman (link)- setiap ahli hadir semasa interview
• Bahan2 ilmiah (jurnal/buku/teori)
• Perbincangan disokong dengan teori2
• 30-50 mukasurat
• Times New Roman size 12; 1.5 spacing

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 3


Bab 1 Pengenalan
-Bab 2 Sorotan literatur
KAJIAN KES -Bab 3 Metodologi
-Bab 4 Dapatan
-Bab 5 Perbincangan
Rujukan

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 4


PEMBENTANGAN TAJUK 3-9
• Dalam kumpulan
• Powerpoint
• Q&A
• 20 minit
• Submit tapak MyGuru

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 5


FORUM 1
BUKU RUJUKAN

• Pilih satu konsep dalam teori Albert Bandura (cth.efikasi


kendiri) dan kaitkan dengan pengalaman hidup anda dari
aspek perubahan emosi/sosial.
• (100 perkataan)

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 6


FORUM 2
BUKU RUJUKAN

• Sila baca mengenai teori Erik Erikson dan buat ringkasan tentang
apa yang anda faham mengenai konsep teori tersebut mengenai
personaliti manusia.
• (100 perkataan)

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 7


Teori Perkembangan Sosial,
Teori Ekologi

Emosi dan Moral


Bronfenbrenner
Teori Psikososial
Erikson
Teori Penaakulan
Moral Kohlberg

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 8


9

TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

• Teori ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917– 2005)


memberi fokus terhadap konteks sosial dan agen-agen sosial dalam
mempengaruhi perkembangan individu.
• Lima Sistem Persekitaran
• Teori ekologi Bronfenbrenner mengenal pasti lima sistem persekitaran yang terdiri
daripada interaksi interpersonal yang rapat hingga pengaruh budaya yang luas.
• Lima sistem tersebut adalah system mikro, system meso, system ekso,
system makro, dan system krono.

10
Sistem mikro adalah konteks di mana
individu menghabiskan banyak masa seperti
keluarga, rakan sebaya, sekolah, dan
kawasan kejiranan pelajar.

Dalam mikrosistem ini, individu tersebut


TEORI EKOLOGI mempunyai interaksi langsung dengan ibu
BRONFENBRENNER bapa, guru, rakan sebaya, dan lain-lain.

Menurut Bronfenbrenner, pelajar bukan


penerima pengalaman yang pasif, tetapi
merupakan seseorang yang saling
berinteraksi dengan orang lain dan
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR
membantu membina system mikro. 11
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
• Sistem meso melibatkan hubungan antara mikrosistem.
• Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.
• Contohnya adalah hubungan antara pengalaman keluarga dan
pengalaman sekolah dan antara keluarga dan rakan sebaya.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 12


TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
• Sistem ekso merupakan pengalaman dalam suasana lain (di mana
individu tidak mempunyai peranan aktif) mempengaruhi apa yang
dialami oleh individu dalam konteks langsung.
• Sebagai contoh, sekolah dan persatuan pengawasan taman dalam
komuniti, di mana kedua-duanya memainkan peranan yang penting
dalam menentukan kualiti sekolah, taman, kemudahan rekreasi, dan
perpustakaan, yang dapat membantu atau menghalang
perkembangan individu.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 13


TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
• Sistem makro melibatkan budaya dan masyarakat yang membentuk
perkembangan manusia, seperti kepercayaan, nilai dan adat resam.
• Budaya adalah istilah yang sangat luas yang merangkumi peranan
etnik dan faktor sosioekonomi dalam mempengaruhi perkembangan
individu.
• Ini adalah konteks yang paling luas yang dialami oleh individu dan
merangkumi nilai dan adat masyarakat.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 14


TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
• Sistem krono merangkumi konteks sosio-sejarah perkembangan
individu, iaitu peranan masa dalam membentuk perkembangan &
peristiwa.
• Sebagai contoh, kehidupan anak-anak pada masa kini berbeza dalam
pelbagai cara daripada apa yang dialami oleh ibu bapa dan datuk
nenek mereka ketika kanak-kanak.
• Anak-anak masa kini lebih cenderung berada dalam penjagaan anak,
menggunakan komputer, dan membesar di kawasan-kawasan bandar.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 15


Teori Baumrind
• Jenis-jenis Gaya Asuhan Ibubapa (Baumrind, 1960s)
• Gaya autoritatif - ibu bapa mengamalkan ketegasan yang diimbangi
dengan kesediaan mendengar pandangan anak-anak, bertoleransi,
setiakawan, serta sentiasa melibatkan diri bersama dengan anak-anak.
• Gaya autoritarian - ibu bapa meletakkan jangkaan tinggi terhadap anak-
anak dengan mempraktikkan pendekatan kawalan, hukuman, dan
peraturan yang ketat yang tidak membenarkan anak-anak
mempertikaikannya.
• Gaya permisif - ibu bapa mesra, terlalu berlembut dan memenuhi
kehendak anak-anak tanpa kawalan.
• Gaya pengabaian - ibubapa meletakkan kawalan yang rendah terhadap
tingkahlaku anak-anak dan tidak melibatkan diri dengan anak-anak.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 16


Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan
Autonomi lawan Rasa Malu / Ragu-ragu

TEORI PSIKOSOSIAL Inisiatif lawan Rasa Bersalah


ERIKSON Industri lawan Rasa Rendah Diri

Identiti lawan Kekeliruan Identiti

Keintiman lawan Pengasingan

Generativiti lawan Stagnasi (Kekakuan)

Integriti lawan Putus Asa


P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 17
TEORI PSIKOSOSIAL
ERIKSON
• Lapan peringkat perkembangan sepanjang jangka hayat
manusia.

• Setiap peringkat mempunyai tugas perkembangan yang


memerlukan individu berhadapan dengan krisis.
• Setiap krisis merupakan titik perubahan peningkatan
potensi individu.

• Kesejahteraan psikologi individu ditentukan berdasarkan


kejayaan individu dalam menyelesaikan setiap krisis.
• Setiap peringkat mempunyai aspek positif dan negatif.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 18


P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

19 TEORI PSIKOSOSIAL
ERIKSON
• Peringkat psikososial pertama - Kepercayaan lawan
Ketidakpercayaan
• Berlaku dari lahir sehingga sekitar 18 bulan.
• Kepercayaan - memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang mesra.
• Ketidakpercayaan wujud apabila bayi diperlakukan secara negatif atau
diabaikan.
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

Peringkat psikososial kedua - Autonomi lawan


Rasa Malu / Ragu-ragu

Berlaku dari usia 18 bulan sehingga sekitar 3


20 TEORI tahun.
PSIKOSOSIAL
ERIKSON Mula mengetahui bahawa tingkah laku
mereka adalah untuk diri mereka
sendiri.

Kekangan atau hukuman


terhadap tingkahlaku
menimbulkan rasa malu dan ragu.
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

21 TEORI PSIKOSOSIAL
ERIKSON

• Peringkat psikososial ketiga - Inisiatif lawan Rasa Bersalah


• Berlaku sekitar usia 3 hingga 6 tahun.
• Mengalami cabaran yang lebih banyak berdasarkan konteks
sosial yang lebih luas.
• Terlibat dalam tingkah laku aktif dan bertujuan yang
melibatkan inisiatif.
• Membentuk perasaan bersalah sekiranya inisiatif yang dilakukan
tidak disokong oleh konteks sosial.
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

22 TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

• Peringkat psikososial keempat - Industri lawan Rasa Rendah Diri


• Berlaku di peringkat sekolah rendah, dari usia 6 tahun hingga akil
baligh atau awal remaja.
• Memperuntukkan tenaga ke arah menguasai pengetahuan dan
kemahiran intelektual.
• Membentuk rasa rendah diri, tidak produktif, dan tidak kompeten
sekiranya tidak merasai pencapaian.
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 23

TEORI • Peringkat psikososial kelima - Identiti lawan Kekeliruan


PSIKOSOSIAL Identiti
ERIKSON • Berlaku ketika usia remaja.
• Cuba mencari identiti diri.
• Berhadapan dengan banyak peranan baru dan status
orang dewasa.
• Perlu dibenarkan meneroka pelbagai bidang untuk
mencapai identiti yang sihat.
• Membentuk kecelaruan identiti
sekiranya tidak dapat
meneroka peranan yang berbeza.
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

Peringkat psikososial keenam - Keintiman lawan


Pengasingan

24 TEORI Berlaku pada usia awal dewasa (20-an dan 30-an).


PSIKOSOSIAL
ERIKSON Membentuk hubungan rapat yang positif dengan orang
lain.

Membentuk rasa terasing sekiranya


gagal menjalin hubungan intim
dengan pasangan.
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

25 TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

• Peringkat psikososial ketujuh - Generativiti lawan Stagnasi


(Kekakuan)
• Berlaku pada usia pertengahan dewasa (40-an dan 50-an).
• Generativiti - menyebarkan sesuatu yang positif kepada generasi
seterusnya.
• Melibatkan peranan seperti keibubapaan dan pengajaran, di mana
orang dewasa membantu generasi seterusnya dalam melalui
kehidupan yang berguna.
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

26 TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

Peringkat psikososial kelapan Berlaku pada usia akhir Merenung kehidupan lampau
dan terakhir - Integriti dewasa (60-an hingga dan perkara yang dilakukan
lawan Putus Asa kematian). sepanjang kehidupan.

Membentuk rasa
Membentuk rasa integriti putus asa
sekiranya memiliki sekiranya
pandangan yang positif memiliki pandangan
terhadap kehidupan lampau. yang negatif
terhadap kehidupan lampau.
TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
(moral reasoning)

Lawrence Kohlberg (1976,


Konsep utama dalam 1986) menegaskan bahawa
memahami perkembangan
moral melalui peringkat dan
perkembangan moral
tahap adalah sejauhmana melibatkan penaakulan
penaakulan moral individu moral dan berlaku secara
lebih dipengaruhi oleh faktor berperingkat.
dalaman atau faktor luaran.

Kohlberg memperkenalkan teorinya


setelah menemubual kanak- kanak,
remaja, dan orang dewasa
(terutamanya lelaki) mengenai
pandangan mereka mengenai senario-
senario dilema moral.
ORIENTASI HUKUMAN DAN
KEPATUHAN
PRAKONVENSIONAL

TEORI PERKEMBANGAN
MORAL KOHLBERG
Orientasi ganjaran peribadi

Jangkaan dan hubungan


interpersonal
KONVENSIONAL
Kepatuhan terhadap sistem sosial

Etika kontrak sosial dan hak


individu
POSKONVENSIONAL
Prinsip etika sejagat
P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 28
TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
• Peringkat 1 : Pra-Konvensional
• Peringkat pra-konvensional adalah peringkat penaakulan
terendah dalam teori Kohlberg dan terdiri daripada dua
tahap:
• Orientasi hukuman dan kepatuhan (tahap 1)
• Orientasi ganjaran peribadi (tahap 2).

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 29


TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
• Tahap 1. Orientasi hukuman dan kepatuhan
• Pada tahap ini, pemikiran moral sering dikaitkan dengan hukuman.
• Contohnya, kanak-kanak dan remaja mematuhi orang dewasa kerana orang
dewasa menyuruh mereka untuk patuh.
• Tahap 2. Orientasi ganjaran peribadi
• Pada peringkat ini, individu mengejar minat mereka sendiri tetapi turut
membenarkan orang lain melakukan perkara yang sama.
• Apa yang betul melibatkan pertukaran yang sama.
• Seseorang berbuat baik kepada orang lain supaya orang lain berbuat baik
kepada mereka sebagai balasan.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 30


TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
• Peringkat 2 : Konvensional
• Peringkat konvensional adalah peringkat kedua, atau pertengahan,
dalam teori perkembangan moral Kohlberg.
• Individu mematuhi standard tertentu (dalaman), tetapi turut
mematuhi standard orang lain (luaran), seperti ibu bapa atau undang-
undang masyarakat.
• Peringkat penaakulan konvensional terdiri daripada dua tahap:
• Jangkaan dan hubungan interpersonal (tahap 3)
• Kepatuhan terhadap sistem sosial (tahap 4).

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 31


TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
• Tahap 3. Jangkaan dan hubungan interpersonal
• Pada tahap ini, individu menghargai kepercayaan, keprihatinan, dan kesetiaan
kepada orang lain sebagai asas penilaian moral.
• Kanak-kanak dan remaja sering menggunakan standard moral ibu bapa
mereka pada tahap ini, yang dianggap oleh ibu bapa mereka sebagai "anak
yang baik".
• Tahap 4. Kepatuhan terhadap sistem sosial
• Pada tahap ini, penilaian moral didasarkan kepada pemahaman undang-
undang, keadilan, dan kewajipan sosial.
• Sebagai contoh, remaja mungkin mengatakan bahawa, sebuah komuniti perlu
dilindungi oleh undang-undang yang dipatuhi oleh anggotanya bagi menjamin
kesejahteraan warganya.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 32


TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
• Peringkat 3 : Poskonvensional
• Peringkat poskonvensional adalah peringkat ketiga dan tertinggi
dalam teori Kohlberg.
• Pada peringkat ini, penaakulan moral lebih bersifat dalaman.
• Peringkat poskonvensional terdiri daripada dua tahap:
• Etika kontrak sosial dan hak individu (tahap 5)
• Prinsip etika sejagat (tahap 6)

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 33


TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
• Tahap 5. Etika kontrak sosial dan hak individu
• Pada tahap ini, individu berpendapat bahawa nilai, hak, dan prinsip-prinsip
menjadi asas kepada undang-undang.
• Seseorang menilai kesahihan undang-undang sebenar dan memeriksa
sistem sosial dari segi sejauh mana mereka memelihara dan melindungi
hak asasi dan nilai-nilai manusia.
• Tahap 6. Prinsip etika sejagat
• Pada tahap ini, individu mengembangkan standard moral berdasarkan hak
asasi manusia sejagat.
• Ketika menghadapi konflik antara hukum dan hati nurani, individu pada
tahap ini akan mengikuti hati nurani, walaupun keputusan itu mungkin
melibatkan risiko peribadi.

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR 34


TERIMA KASIH

P.M.DR.AZLINA ABU BAKAR

35

Anda mungkin juga menyukai