Anda di halaman 1dari 13

ABSTRAKS

Kaedah pengajaran bagi kanak kanak masalah pendengaran adalah pelbagai. Terdapat banyak kaedah yang boleh diaplikasikan terhadap kanak kanak ini kerana masalah pendengaran ini tidak boleh diklasifikasikan dalam kategori yang sama. Kaedah komuikasi seluruh,Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM),pertuturan kiu antara kaedah kaedah yang dibincangkan dalam tugasan ini. Masalah paling utama bagi kanak kanak masalah pendengaran adalah bahasa. Ini kerana mereka tidak dapat meniru bunyi bunyi bentuk bahasa dan menyukarkan perkembangan pembelajaran mereka. Dengan pelbagai kaedah yang wujud , memudahkan kanak kanak pekak ini belajar bahasa terutamanya menggunakan pelbagai medium kaedah pengajaran yang disediakan pada masa kini.

1.0 PENGENALAN

Sejak bermulanya pendidikan untuk kanak kanak masalah pendengaran, aspek pengajaran bahasa kepada kanak kanak ini menjadi focus dan matlamat utama dalam mendidik kanak kanak ini.pelbagai pendekatan diambil dan digunakan namun masih lagi memberikan hasil yang kurang memuaskan. Kanak-kanak pekak akan menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa terutamanya apabila mereka diajar tentang tatabahasa. Luckner, Sebald,Cooney, Young, & Muir (2005) menyatakan secara keseluruhannya, standard literasi kanak-kanak pekak adalah lemah dan ia berada di aras bawah di mana mereka seringkali gagal mencapai tahap kecemerlangan. Maka, peranan guru dan ibubapa sangat penting dan pada masa yang sama mencabar dalam mengajar bahasa kepada kanak kanak pekak. Hal ini bertepatan dengan laporan oleh Moores (2000) yang mendapati bahawa pencapaian keseluruhan pelajar masalah pendengaran yang berusia 17 hingga 18 tahun secara puratanya adalah 6 hingga 7 tahun lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka yang berpendengaran normal. Walaupun kanak kanak ini mempunyai potensi kognitif yang normal sama dengan usia mereka, namun mereka mempunyai pencapaian akedemik yang lemah. Menurut Moores (2000) kita masih belum menemui kaedah efektif untuk mengajar kanak kanak ini.. kanak kanak ini bukan sahaja mempunyai masalah dalam aspek membaca tetapi mereka juga menghadapi masalh dalam aspek penulisan (Schimer,2000). Sehingga ke hari ini, beberapa kaedah dulu muncul semula cuma kali ini ia bertopengkan dengan nama yang baru (Hennon & Ishiel, 2000). Berdasarkan beberapa kajian jelas menyatakan perlu pelbagai pendekatan dalam pengajaran kanak kanak masalah dengar ini. Ini bagi memastikan proses pengajaran kanak kanak ini mencapai objektif yang telah ditetapkan terutama dalam pengajaran bahasa bagi kanak kanak pekak ini. Permerolehan bahasa kanak kanak pekak adalah elemen penting dalam memastikan mereka menerima input yang tepat dan jelas dari gur semasa proses PdP dijalankan di dalam kelas. Bolehdikatakan golongan pelajar yang pekak boleh mempelajari bahasa melalui teknik pengajaran yang kreatif dan menarik. Scarborough (2001) dalamkajian beliau mencadangkan bahawa terdapat lapan ciri-ciri penting yang perlu adadalam diri seorang pembaca yang berkemahiran: pengetahuan sedia ada, kosa kata,struktur bahasa, verbal reasoning, pengetahuan literasi, kesedaran fonik,pentaksifan kod dan kesedaran penglihatan.

2.0 PENDEKATAN PENGAJARAN

Terdapat beberapa pendekatan pengajaran yang boleh kita gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak kanak masalah pendengaran ini. Dalam proses PdP kanak kanak pekak ini, pendekatan pengajaran yang sesuai dilihat sebagai aspek yang amat penting untuk mengajar kanak kanak masalah

pendengaran ini. Pendekatan pengajaran ini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori yang berbeza iaitu pendekatan auditori,pendekatan penglihatan dan bacaan bibir dan yang terakhir adalah pendekatan bercampur. Komunikasi bermaksud perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya (kamus dewan dan pustaka, edisis ke 4). Terjemahan daripada Thesaurus: synonyms for language.yahoo.com pula menyatakan bahawa komunikasi ialah proses pemindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi juga boleh dikatakan sebagai satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu atau sekumpulan individu yang lain. Sistem pemindahan maklumat juga melibatkan komunikasi melalui undang-undang mengenai kombinasi perkataan. Namun begitu manusia akan lebih senang apabila berkomunikasi menggunakan pertuturan iaitu dengan menggunakan bahasa. Bagi golongan tertentu pula, mereka mempunyai cara lain apabila hendak berkomunikasi lebih-lebih lagi bagi orang pekak, ada beberapa cara bagi mereka untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi bagi orang pekak adalah dengan cara menggunakan bahasa isyarat.

2.1

Bahasa Isyarat adalah kaedah menggunakan tangan untuk menyampaikan maklumat.

Bahasa Isyarat adalah kaedah komunikasi yang sesuai untuk komunikasidan pendidikan bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap pendengaran lebih daripada 70 desibel. Bahasa isyarat yang direka sendiri atas desakan untuk berkomunikasi, biasanya berbentuk kasar dari segi pergerakan tangan dan jari.Isyarat yang direka berlainan dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain danisyaratseperti initidak mengikut struktur mana-mana bahasa dan lebih

berbentukisyarat untuk sesuatu perkataan yang perlu sahaja.Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat.Pada tahun 1755, Abbe de LEpee telah menubuhkan sekolah untuk kanak kanakpekak yang pertama di Paris,dan menubuhkan American School for the deaf yangseterusnya berkembang menjadi Gallaudet University Laurent Clerc.1.1Masalah pendengaran Sebelum penggunaan istilah 'bermasalah pendengaran', istilah 'pekak', 'cacatpendengaran', 'tuli' dan 'pekak bisu' sering digunakan kepada kumpulan kanak-kanak ini. Istilah-istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi oleh masyarakat. Oleh itu, istilah 'bermasalah pendengaran' diperkenalkan walaubagaimanapun golongan orang dewasa bermasalah pendengaran masih merujukdiri mereka sebagai 'pekak', pekak bisu' dan 'cacat pendengaran' kerana iamelambangkan satu identiti kumpulan dan budayakepada mereka (Gregory, Silo &Callow 1995). Pendekatan pertuturan memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa (Adam, 1997) . Lazimnya, latihan melalui pendekatan bertutur diberikan kepada murid-murid yang mempunyai sisa-sisa pendengaran. Rasional penggunaan pendekatan pertuturan berasaskan kepada anggapan bahawa murid-murid pekak yang ada sisa pendengaran seharusnya digembeleng kebolehan pendengaran mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Anggapankedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam masyarakatyang berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa lisan amatlahperlu untuk membolehkan mereka selesa dalam masyarakat (Paul, 1998).Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar adalah penting (Paul & Quigley, 1994). Ketidakmampuan mendengar tidak dapat mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari. Boleh dikatakan pertuturan dalam bahasa adalah lemah disebabkan kekurangan atau tidak langsung mendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan. Inilah keadaan yang berlaku kepada murid-murid pekak dalam mempelajari bahasa lisan. Dapat dibayangkan betapa susah dan sukarnya murid-murid pekak diajar dan mempelajari bahasa lisan.Lagipun, mengajar bertutur bukan tugas utama persekolahan kanak-kanak pekak.Tugas mengajar bertutur terletak di atas bahu professional lain (contoh, audiologist dan

jurupulih pertuturan), bertutur hanya sampingan yang diajar dalam mata pelajaran BM. Yang hendak diajar di sekolah adalah kandungan kurikulum yangdipecahkan kepada beberapa matapelajaran. Pendekatan pertuturan dikatakan kurang berkesan dari aspek mempertingkatkan murid-murid pekak menguasai kurikulum persekolahan. (Lihat Chua Tee Tee, 1970, 1976, 1977, 1991). Berbagai-bagai sebab yang membawa kepada ketidakberkesanan pendekatan ini.Umpamanya, Shukdev Sing (1982) dan Selena (1989) menyatakan bahawa kebanyakan murid-murid pekak tidak dapat bertutur atau pertuturan mereka sukar difahami setelah tiga belas tahun bersekolah yang mengamalkan pendekatan pertuturan dalam pengajaran bahasa. Laporan Conrad (1979) yang meneliti prestasi pelajar-pelajar pekak di Britain setelah tamat persekolahan memperlihatkan gejalayang sama, di mana pelajar-pelajar pekak tidak mampu menguasai kurikulum dan kemahiran bertutur yang digunakan di sekolah pada ketika itu. Mereka juga lemah dalam berbahasa isyarat ASL kerana tidak digalakkan menggunakannya dalam kawasan sekolah. Denda juga dikenakan kepada kanak-kanak pekak menggunakan bahasa isyarat ASL pada ketika itu. Laporan ini dijadikan asas kepada perubahan pendekatan pengajaran secara bertutur kepada pendekatan komunikasi seluruh dan bahasa isyarat. Hal yang sama berlaku dalam sistem pendidikan kepada kanak-kanak pekak di Malaysia sebelum pendekatan BMKT diamalkan kerana sistemnya adalah adaptasi daripada sistem pendidikan Britain (Chua Tee Tee, 1977; Goh &Teh, 1993).Ketidakbolehan bertutur oleh murid-murid pekak tidak ada kaitan dengan kecacatanmana-mana alat artikulasi dan artikulator pertuturan sebagaimana anggapan sesetengah anggota masyarakat. Alat-alat anatomi dan fisiologi pertuturan merekaa dalah normal (Watson, 1996) . Dalam pengajaran pertuturan, alat bantuan pendengaran sangat penting bagi murid-murid ini kerana alat ini berfungsi menguatkan bunyi dan membolehkan murid-murid pekak mendengar bunyi bahasa dengan lebih jelas. Seperti dijelaskan sebelum ini, ketidakmampuan murid-murid inibertutur bukannya ada kaitan dengan kecacatan anotomi pertuturan tetapi bermasalah dengan anatomi pendengaran, iaitu mereka tidak menerima input bunyi-bunyi bahasa untuk diajuk atau ditiru. Alat bantauan pendengaran yang mereka miliki

kebanyakannya tidak mampu menjalankan tugas ini. Oleh itu mereka hanyamampu untuk menghasilkan beberapa perkataan sahaja semasa berkomunikasi lisan, malah pertuturan mereka tidak sama seperti bunyi bahasa yang sepatutnya. Adalah sukar untuk memahami pertuturan mereka jika guru tidak biasa dengan mereka. Hal ini ada kaitanya dengan kelewatan memberi latihan dan pendedahan bunyi bahasa kepada mereka.Walau bagaimanapun, latihan-latihan pendengaran bunyi bahasa dan pertuturan yang diajarkan kepada mereka membolehkan mereka sedikit-sebanyak membantu memahami pertuturan jika berkomunikasi dengan orang berpendengaran biasa. Hal ini mereka lakukan dengan mengagak

bunyi bahasa, memerhati dan mengecam gerak bibir orang yang bertutur. Mengecam gerak bibir penutur adalah satu cara untuk memahami pertuturan orang lainbagiorang pekak. (Huraian tentang gerak bibir lihat Abdullah, 1995). Murid-murid ini juga terpaksa menggunakan bahasa lisan jika bertutur dengan orang yang tidak dapat memahami isyarat mereka walaupundalam keadaan bahasa lisan yang tidak jelas.Kebolehan murid-murid pekak menguasai bahasa lisan adalah sesuatu yang istimewa. Jika latihan-latihan pertuturan dilakukan seawal mungkin, iaitu semasa peringkat bayi lagi secara sistematik dan oleh professional dalam bidang pemulihanpertuturan, peluang untuk kanak-kanak pekak bertutur adalah lebih positif (Watsonet al, 1999)

2.2

Pendekatan auditori pula merangkumi kaedah auditori verbal dan auditori

oral. Bagi kaedah auditori oral, kaedah ini menggalakkan kanak kanak masalh pendengaran berkomunikasi dengan menggunakan pertuturan. Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan sisa pendengaran termasuk yang menggunakan alat bantu dengar, derail ihat, deria sentuh dan deria rasa untuk mempelajari bunyi bunyi

pertuturan dan seterusnya menguasai pertuturan. Pendekatan auditori oral ini menekankan kemahiran menguasai pendekatan pertuturan dimana murid digalakkan melihat kedudukan lidah dan bibir dalam menghasilkan sebutan. Bagi pendekatan auditori verbal pula ia adalah satu pendekatan yang menggunakan pendengaran sahaja untuk mempelajari bahasa dimana kaedah ini menggunakan saki baki pendengaran ( residual hearing) kanak kanak masalah pendengaran yang dibantu dengan penggunaaan alat bantu dengar atau implant koklea. Pendekatan ini amat berbeza dengan pendekatan tadi kerana guru akan menutup mulut semasa bertutur dengan murid dan menyembunyikan diri.. Bermakna murid tidak boleh melihat guru semasa guru bertutur. Bagaimanapun, dalam kedua dua pendekatan ini, pertuturan perlu diajar awal kepada murid murid masalah pendengaran sebelum kanak kanak ini menguasai kaedah isyarat untuk berkomunikasi.

2.3

Pendekatan seterusnya yang boleh digunapakai dalam proses PdP kanak

kanak masalah pendengaran adalah secara pendekatan penglihatan dan bacaan bibir. Antara jenis pendekatan ini ialah komunikasi menyeluruh. Menurut Stewart ( 1996) , istilah komunikasi seluruh mula digunakan dalam pendidikan khas murid murid bermasalah pendengaran di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1960 an. Ia merupakan kaedah komunikasi dalam proses PdP. Diasaskan oleh Denton pada tahun 1976 dimana beliau merupakan penguasa di sekolah kanak kanak khas masalah pendengaran Maryland, Amerika Syarikat. Mayer dan Lowerbraun ( 1990 ) menyatakan komunikasi seluruh merupakan gabungan kaedah pertuturan dengan bahasa isyarat dan digunakan meluas. Rawlings dan Jensem membantu murid murid ini berkomunikasi (1997) menyatakan lebih 90 % daripada ibubapa normal mempunyai anak bermasalah pendengaran percaya kaedah komunikasi seluruh. Kaedah ini juga membantu kanak kanak masalh pendengaran ini berkomunikasi dengan kanak kanak normal. Kaedah ini merupakan kaedah terbaik

yangmenggabungkan pengajaran pertuturan bibir,penggunaan sepenuhnya sisa pendengaran,penggunaan isyarat semulajadi dan ejaan jari yang diselaraskan dengan betul ( Moress ,1996). Di Malaya kaedah ini digunakan sebagai media komunikasi dalam PdP di kalangan murid masalah pendengaran sewaktu berkomunikasi ( Jabatan Pendidikan Khas 2000). Selain itu Allen (1986) dan Lynas (1994) mendapati mereka yang dididik menggunakan pendekatan total

communication menamatkan persekolahan dengan tahap literasi dan numerasi yang sama dengan mereka yag tidak menggunakan total communication dimana struktur dan perbendaharaan kata mereka lemah. Bagi Groove (1979) Montogometry (1968) dan White & Stevenson (1975) dalam Bench (1992) communication berpendapat system total

merupakan kaedah komunikasi yang efektif dan sama dengan

keberkesanan kaedah komunikasi oral. Thompson &Swissher (1975) dalam bench 1992 meegaskan ia adalah input bahsa yang segera dan konsiten untuk kanak kanak bermasalah pendengaran yang sangat muda sebelum kemahiran persepi secara auditori. Kaedah ini sesuai kerana tidak memerlukan input linguistic yang panjang dan kompleks. Kanak kanak masalah pendengaran ini akan mendapat maklumat linguistic yang lebih menyeluruh dengan adanya isyarat yang mewakili bahasa verbal.

Pendekatan ini juga dapat mengelakkan kegagalan yang dihadapi oelh sebilangan kanak kanak masalh pendengaran menguasai pertuturan ( Denton 1976 dalam Lynas , 1994). Grave dan Roda 1984 dalam Hyde & Power 1992 menyatakan bukti bukti bahawa kombinasi pelbagai kaedah seperti isyarat, ejaan jari pendengaran pembacaan bibir dapat meperbaiki linguistic kanak kanak bermasalh pendengaran kerana ia mempunyai kesan kesan yang berbbeza. Ia merupakan kaedah yang mempunyai sitem simbol yg reseptif dan ekspresif terutama di tahap prasekolah iaitu komunikasi ibu bapa dan anak adalah amat penting ( Denton 1972,dalam Heward & Orlarnsky 1992) dan disokong oleh Moores & Moores 1980 dalam Heward &

Orlansky 1992 iaitu mereka mendapati kanak kanak pendengaran yang sangat teruk pun akan memahami dan menggunakan bahasa isyarat dengan berkesan. Namun terdapat juga pendidik yang mendapati ia menghalang kejaan murid itu mengembang kemahiran berbahasa secara verbal. Rooney (1982) dalam Havard % orlansky berpendapat kebimbangan mereka ini tidak disokong oleh keputusan

kajian lain. Berdasarkan kajian Evans (1988), keupayaan ibubapa berkomunikasi dengan berkesan menigkatkan 90% sekiranya pertuturan ditambah dengan isyarat dan ejaan jari. Didapati jika menggunakan ketiga tiga kaedah ia akan meningkatkan sehingga 94 % . kanak kanak yang ibu bapa menggunakan kaedah ini mempunyai kendiri yang tinggi berbanding yang menggunakan pertuturan sahaja. (Desselle & Pearlmutter,1997). Potts (1974) dalam Lynas (1994) mendapati pelaksanaan

kaedah ini dipengaruhi oleh guru guru yang kurang ambil berat tentang pengurusan dan penjagaan alat bantuan pendegnaran disamping tidak mempunnyai kemahiran dalam menggunakan teknik teknik pendekatan pengajaran. Perlaksanaan

pendekatan ini juga terhalang kerana tidak di sokong oleh intervensi awal.

2.4

Pendekatan lain yang boleh digunakan adalah pertuturan kiu (cued speech).

Pendekatan ini dicipta oleh Cornett (1967) untuk mengatasi kesamaran bacaan bibir dengan member pelbagai isyarat atau tanda menggunakan tangan secara serentak semasa bertutur. System ini menggunakan sebelah tangan diletakkan di keliling bibir untuk membezakan bunyi pertuturan yang dilihat serupa dan mengenal bunyi bunyi yang tidak dapat dilihat. Pendekatan ini membantu ketepatan dan kefahaman bentuk bibir dan membantu kana kanak memahami asas bunyi bunyi fonetik. Untuk pendekatan ini isyarat ini mudah dipelajari dan boleh dikuasai dalam masa yang disingkat. Kaedah pertuturan kiu melibatkan sistem pergerakan tangan yang

bolehmembezakan bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan digerak hampir dengan muka penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif. Ianya mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan digunakan sebagai tambahan informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza dari yang lain sama ada dibibir atau di tangan. Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan. Ini bermakna petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat. Dalam pendekatan pengajaran awal bacaan dan tulisan terdapat pendekatan Bottom Up dan Top Down yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan meningkatkan proses bacaan. Pendekatan Bottom Up adalah hasil kerja Gough (1972) dankemudian mempengaruhi pakar bahasa lain seperti LaBerge dan

Samuels( 1974) di dalam Scheetz (2001). Pendekatan ini menekankan kepentingan persepsi dan proses fonemik serta pengaruhnya ke atas fungsi kognitif yang lebih tinggi. Owen ( 1996). Dalam pendekatan ini , pembaca akan menganalisa hruf huruf,memahami sukukata, dan membantu kanak kanak ini memberi tumpuan kepada maksud teks dan tulisan. Bagi pendekatan Top Down pula, menggunakan cara atau pendekatan memfokus tugas kognitif yang mengeluarkan makna dari apa yang difikirkan oleh pembaca. Pendekatan ini individu membentuk hipotesis dan membuat andaian mengenai apa yang dibaca berdasarkan pengetahuan,

kandungan berkaitan bacaan dan stuktur sintaksis yang dibaca Owens (1996).

Pembaca juga memahami unit terbesar dan terus ke bawah unit yang terkecil ( Paul 1998). Pendekatan ini berpegang kepada falsafah bahawa kanak kanak tidak perlu di ajar membaca dan hanya perlu didedahkan kepada aktiviti bacaan untuk mereka berkembang mencapai kemahiran tersebut. 2.5 Pendekatan yang terakhir yang boleh digunakan adalah Kod Tangan Bahasa

Melayu (KTBM). Konsep asas KTBM ini adalah menyerupai tatabahasa bahasa Melayu. Ini kerana ia mempunyai pelbagai hokum tatabahasa seperti imbuhan,kata ganti diri dan pelabagai lagi hukum hukum tatabahasa termasuk struktur ayat. Ia merupakan bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota manusia termasuk mimic muka untuk berkomunikasi menurut asas asas tatabahasa dan prinsip prinsip bahasa Melayu sebagaimana didengar,ditutur,ditulis ,dibaca dan difahami oleh pengguna bahasa Melayu. Menurut Saadiah Ahmad ( 2009) KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip komunikasi seluruh. Kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari dan pertuturan digunakan. KTBM memberi penekanan kepada pembelajaran Bahasa Melayu, melalui kod dan bukan menukar kod kepada bahasa. KTBM adalah cara mempelajari Bahasa Malaysia dengan menggunakan kod-kod tertentu. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. KTBM sangat penting untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

KESIMPULAN

Secara konklusinya, pelbagai pendekatan ini mempunyai pelbagai kelebihan serta kekuatan dalam mengajar kanak kanak masalh pendengaran ini untuk mempelajari bahasa secara am nya. Pendekatan pelbagai dilihat sebagai satu cara yang amat sesuai kerana pelbagai perbezaan yang kita dapat di lihat dikalangan murid murid masalah pendengaran ini. Pendekatan secara holistic disamping mencari punca punca masalah kesukaran pengajaran bahasa adalah juga satu bentuk pendekatan yang perlu diambil oleh setiap guru dalam mendidik kanak kanak masalah pendengaran. Selain itu juga guru juga harus bertanggungjawab dalam menyediakan kaedah kaedah pengajaran yang sesuai bagi murid mereka, apabila kaedah yang diberikan sesuai kepada murid mereka barulah objektif pengajaran itu tercapai dan memberikan kepuasan kepada guru dalam mendidik kanak kanak masalah pendengaran ini khususnya. Walaupun di Malaysia hampir keseluruhan kanak kanak masalah pendengaran menggunakan BIM namun kaedah komunikasi seluruh (total communication ) dilihat sebagai kaedah terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kanak kanak masalah pendengaran kerana penggunaan pelbagai pendekatan yang dilihat sesuai bagi proses pembelajaran kanak kanak masalah pembelajaran.

Bibliografi Abdul Aziz B. Awang, (1989). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar Pekak : Satu Tinjauan Di Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Bangsar, KL.Latihan Pendidikan, Universiti Abdullah Yusoff, Komunikasi Seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT): Bahasa Komunikasi Pelajar Pekak dlm. Jurnal. Dewan Bahasa, 38:3, 1994. Abdullah Yusoff, Mengajarkan Bahasa Kepada Pelajar-Pelajar Pekak dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 39: 6, 1995. Bender, W.N (1995). Learning Disabilities : Characteristic, identification and teaching strategies (2nd er) . Boston : Allyn and Bacon Mooores, D. 2000 Educatin the deaf : psychology ,principle and practices ( 5 th ed.) Boston : Houghton Mifflin. Owens, R.E 1996 Language Development : An Introduction (4th ed) Boston : Allyn 7 Bacon Poloway, E. A. & Patton, J. R. 1993. Strategies for teaching learners with special needs. Upper Saddle River, N J: Prentice Hall/ Merrill. Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan. Fakulti

KAEDAH PENGAJARAN KANAK KANAK PEKAK MUHAMAD KASHFI MAHALI M20131001000 860111-06-5289

Anda mungkin juga menyukai