Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN

SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA


PERINGKAT SEKOLAH

22 APRIL 2018
(AHAD)

SK SEROM 3,
JALAN MASJID SEROM 3
SG. MATI, TANGKAK

TARIKH : 22 APRIL 2018 (AHAD)


TEMPAT : DEWAN SERI SEROM
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
LAPORAN PROJEK SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA

1. Maklumat projek
Projek dinamakan sebagai Sambutan Hari Autisme Sedunia. Dilaksanakan bersama
kolaborasi dengan pihak sekolah dan pihak luar.
Tarikh : 22 April 2018 (Ahad)
Tempat : Dewan Seri Serom
Masa : 7.30 Pagi - 8.00 Pagi

2. Pengenalan
Tahap kesedaran yang rendah disebabkan kurangnya pendedahan maklumat dalam media
massa di kalangan masyarakat tentang hak kesamarataan, dikenal pasti sebagai suatu halangan
kepada golongan tersebut untuk terlibat secara penuh di dalam masyarakat. Selain itu, terdapat
kurangnya statistik dan kajian terperinci tentang isu OKU di Malaysia serta masalah yang
dihadapi oleh mereka (Hasnah et.al, 2010).

Maka ia perlulah bermula dengan satu komuniti yang kecil dahulu dalam mewujudkan
kesedaran tentang golongan orang kurang upaya ini. Maka Autisme dipilih sebagai tema dalam
melaksanakan projek ini. Autisme ini adalah merupakan sejenis gangguan neurologikal atau
gangguan perkembangan kanak-kanak yang kebiasaanya melibatkan masalah dalam
komunikasi dan kemahiran social seperti dalam perkembangan bahasa yang lambat atau tidak
berkembang.
Ia juga dikatakan sebagai satu gangguan perkembangan yang kompleks yang disebabkan
oleh kecelaruan kefungsian otak sehingga memberikan kesan kepada perkembangan
komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadap persekitaran yang biasanya
terjadi ketika anak berumur 3 tahun dan ke bawah. Kementerian Pelajaran Malaysia
mengharapkan agar setiap warga sekolah dapat memberi sokongan dalam sambutan Hari
Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun.

3. Rasional, tujuan & objektif projek


Matlamat program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran bahawa setiap insan adalah
istimewa termasuk kanak-kanak yang mempunyai masalah Autisme. Di samping itu, program
ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat berkaitan Autisme kepada semua warga sekolah.
Ia juga bertjuan untuk menyahut kempen membaca yang dijalankan oleh Pusat Sumber. Ini
adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid.

OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini adalah:

3.1. Menghargai insan istimewa terutamanya kanak-kanak yang menghidap autisme.

3.2. Memupuk kesedaran tentang masalah Autisme dalam kalangan warga sekolah.

3.3. Mengurangkan diskriminasi terhadap golongan yang mempunyai masalah


autisme.

3.4. Memupuk rasa kasih sayang antara guru dan murid aliran perdana serta aliran
pendidikan khas.

4. Kumpulan sasaran projek


Aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan

4.1. Semua guru, PPM dan murid PPKI SK. Serom 3

4.2. Guru dan murid aliran perdana

5. Perjalanan projek yang dijalankan


Perancangan sebelum program, semasa dan selepas.
Minggu Aktiviti yang dilakukan
Minggu1 dan 2 1. Berbincang dengan guru
Pendidikan Khas dan pentadbir
mengenai program yang akan
dirangka.
2. Proses rasionalisasi kepada pihak
pentadbir tentang kepentingan
program ini dijalankan.
3. Pembentangan kertas kerja
program kolaborasi.
Minggu 3 dan 4 1. Menentukan pihak yang sesuai dan
boleh bekolaborasi dalam
melaksanakan program ini.
2. Perbincangan bersama pihak-pihak
luar untuk bersama-sama
menyajakan program ini. ia lebih
kepada pertemuan secara empat
mata.
3. Perbincangan dalam mengatur
perjalanan program serta pengisian
program yang sesuai untuk murid-
murid dan guru di aliran perdana.
4. Mesyuarat bersama ahli
jawatankuasa program dan
membincangkan dengan lebih
terperinci tentang tugas setiap
individu.

Minggu 5 1. Program dilaksanakan awal


memandangkan kekangan masa
yang terdapat kepada guru dan
program sekolah yang terlalu
banyak.

Aktiviti yang dirancang sepanjang minggu adalah merujuk jadual di bawah.

Pertandingan Kategori Tahun 6 (Pertandingan penulisan Esei berfakta.)


menulis Esei
- Merangkumi maklumat-maklumat tentang autisme. Bahan
Waktu PdPc maklumat boleh dirujuk di papan pendidikan khas dan
Bahasa kantin sekolah.
Melayu - Aktiviti adalah kolabrasi bersama Panitia bahasa Melayu.
- Dijalankan di dalam kelas ketika waktu PdPc.
- Tarikh akhir penghantaran adalah pada hari Rabu.

Pertandingan Kategori Tahun 5 ( Pertandingan Pamplet / Brosur)


Pamplet /
Brosur - Pamplet / brosur perlulah mengandungi maklumat-
maklumat tentang autisme.
Waktu PdPc - Aktiviti adalah kolobrasi bersama Panitia Pendidikan Seni
Bahasa Visual.
Melayu - Pemenang dikira melalui isi kandugan dan kreativiti peserta
menghasilkan pamplet/brosur.
- Terbuka untuk dwi bahasa.
- Tarikh akhir penghantaran adalah pada hari Rabu.

Peta i-think Kategori Tahun 4 ( i-thik )

Waktu PdPc - Murid boleh menghasilkan satu peta i-think yang


Bahasa mengandungi input-input tentang autisme.
Inggeris Contoh: menggunakan peta bulatan untuk menceritakan
tentang ciri-ciri kanak-kanak Autisme.
- Pemenang diambil kira melalui kreativiti yang ditonjolkan
serta penggunaan peta i-think yang betul. (Saiz Kertas
Lukisan)
- Aktiviti adalah kolobrasi bersama Panitia Bahasa Inggeris.
- Maklumat boleh diperolehi di papan pendidikan khas dan
kantin.
- Tarikh akhir penghantaran adalah pada hari Rabu.
Poster Logo Kategori Tahun 3 (Pertandingan Poster Logo Hari Autisme)
Hari Autisme
- Murid melukis logo Hari Autisme sedunia.
- Kolobrasi bersama Panitia Pendidikan Seni Visual.
- Tarikh akhir penghantaran pada hari Rabu.
Waktu PdPc - Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti yang ditonjolkan.
Pendidikan
Seni Visual
Kolaj hari Kategori Tahun 2 ( Pertandingan Kolaj hari Autisme )
Autisme - Dijalankan pada hari Rabu, selepas waktu rehat.
- Bahan-bahan beras bewarna, dan lembaran akan disediakan.
Rabu, selepas - Murid hanya perlu membawa gam dan alas.
waktu rehat.
Pertandingan Kategori Tahun 1, Pra sekolah dan pendidikan Khas (
mewarna Pertandingan mewarna Logo Autisme)
Logo Autisme
- Pertandingan akan berlangsung pada hari Rabu, selepas
Waktu PdPc, waktu rehat, di kelas masing-masing.
selepas rehat - Kolobrasi bersama Pra sekolah.
rabu.
Ceramah Khamis,
daripada
Pakar Pulih
Terapi cara - Ceramah daripada pakar Terapi cara kerja kanak-kanak,
kerja Kanak- Puan Aisyah binti Rozalli ( Gymcademy, Melaka)
Kanak. - Pertandingan Kahoot Games antara guru-guru.
- Pameran hasil kerja murid yang memasuki pertandingan.
Pertandingan - Booth daripada Sekolah-sekolah Program pendidikan Khas.
Kahoot
(GURU)

Khamis,
Penutupan.
6. Laporan kewangan

ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga Seunit Jumlah anggaran


Bil Item Kuantiti
(RM) (RM)
Makan Murid 15 orang x 2
1 15 pcs RM 12 .00 RM 180.00
kali
2 Bayaran Penceramah 1 RM 150.00 RM 150.00

Jumlah RM 330.00

7. Pihak yang terlibat dan peranan mereka dalam pembentukan kolaborasi

Komuniti sekolah Sebagai peserta untuk menyertai aktiviti yang


dianjurkan oleh pihak penganjur.
Pihak Jurupulih Terapi cara kerja Penceramah bagi sesi kesedaran tentang
Autisme dan kepentingannya mengethaui
tentang Autisme.
Sekolah-sekolah program PPKI Tangkak Kolaborasi dari segi, jalinan kerjasama untuk
pameran kerjaya dari pelajar MBK.

8. Kepentingan kolaborasi dalam projek


- Memberi pengalaman baru kepada semua yang terlibat.
- Membentuk jaringan kerjasama yang baik dengan pihak-pihak luar.
- Memberi info yang berguna kepada warga sekolah secara keseluruhannya.

9. Kemahiran yang perlu dalam membentuk kolaborasi


a) Kemahiran komunikasi
- Perlu sentiasa jujur dan cekap.
- Komunikasi secara terbuka dan memberi makna.
- Adaptasi komunikasi yang sesuai dengan diri dan pihak-pihak yang terlibat.
b) Kemahiran mendengar
c) Cara bertanya soalan yang betul dan bagaimana untuk mendapatkan respon.
d) Cara penyelesaian masalah.
(Friend and Cook, 2003)
10. Hasil projek
Projek dapat dijalankan dengan baik dan seperti yang dirancang. Ia dapat memberi panduan
kepada guru-guru di perdana agar dapat membantu dalam mengesan murid-murid yang
mempunyai ciri-ciri Autisme. Justeru, dapat meningkatkan rasa hormat murid-murid terhadap
murid bekeperluan khas yang ada di sekolah. Penerapan nilai murni bahawa kita semua
adalah sama dapat ditanam dalam diri murid-murid perdana. Ia juga dapat mengeratkan
hubungan professional antara pihak-pihak berkepentingan.

11. Kekuatan dan kelemahan projek yang dijalankan


Kekuatan Program : Program ini dilihat sebagai satu program berskala besar. Ini kerana ia
memberi impak yang sangat besar kepada seluruh warga dalam menambah ilmu dan menjadi
masyarakat yang lebih cakna dengan situasi golongan OKU dan Autisme khasnya. Program ini
dilihat mempunyai kekuatan dan sewajarnya dijadikan sebagai akiviti tahunan sekolah.

Kelemahan Program : Perlukan penambahbaikan dari segi pengurusan dan


perbelanjaan kewangan.

12. Penambahbaikan projek

Cadangan Penambahbaikan : Semoga akan dapat melibatkan lebih banyak komuniti luar
terutamanya ibu bapa agar pendedahan ini membuka mata dan memudahkan urusan intervensi
murid-murid. Juga permintaan daripada guru-guru agar dapat dilakukan satu sesi bengkel
kepada mereka untuk membantu mereka supaya dapat menilai sedikit sekiranya ada murid
bermasalah di kelas arus perdana.

13. Kesimpulan/rumusan projek yang dijalankan


Kesimpulannya, program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih cakna
dengan golongan istimewa ini. Ia telah memberi pendedahan kepada murid-murid dan guru,
bahawa autisme ini boleh dibentuk dengan baik.
14. Lampiran gambar

Anda mungkin juga menyukai