Anda di halaman 1dari 6

TAJUK 

BICARA IMTIAZ (KONSULTASI IBU BAPA) SPM 2020

1.0       PENDAHULUAN                

            Program Bicara Imtiaz diilhamkan hasil dari perbincangan Pk Pentadbir dengan Guru
Kaunseling memandangkan keperluan sekolah pada masa kini. Program ini tercetus kerana
melihat kepada penyertaan ibubapa dalam aktiviti sekolah kurang memberangsangkan sedangkan
aktivti yang pihak
sekolah anjurkan adalah untuk kepentingan bersama antara pihak sekolah dan komuniti. Justeru
itu, program ini dijalankan antara ibubapa, pelajar dan guru melalui perbincangan khas
mengenai akademik, sahsiah dan disiplin. Program ini juga merupakan salah satu program untuk
memperkasakan sekolah dalam bidang akademik supaya dapat meningkatkan prestasi SPM
2020.
            Penyertaan ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam SPM. Oleh itu,
program ini melibatkan penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan adanya penglibatan ibu
bapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Program Bicara Imtiaz ini akan diadakan secara
berkelompok antara ibubapa dan pelajar secara berperingkat mengikut kelas masing-masing
khasnya pelajar Tingkatan 5.
           
2.0 RASIONAL
a)    Memberi peluang guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-
tukar pandangan ke arah meningkatkan prestasi akademik .
b)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
c)    Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
d)    Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-
murid.
e)    Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-
murid.

3.0       OBJEKTIF    :
a)    Merapatkan jaringan hubungan dan jalinan mesta antara ibubapa dan pihak sekolah bagi
memperkasakan lagi kemenjadian pelajar
b) Meningkatkan keputusan yang cemerlang bagi semua pelajar SPM 2020
c)    Supaya pelajar tahu bahawa semua orang mengambil berat tentang perkembangan diri mereka
seterusnya memberi kesedaran untuk menjadi manusia yang berguna demi masa depan yang baik
4.0       TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh, masa
dan tempat. Butirannya seperti berikut :

Tarikh            :          22 Sept – 09 Oktober 2020


Tempat          :           Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Setia Wangsa
Masa              :           09.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

5.0       SASARAN KUMPULAN

 Semua pelajar Tingkatan 5


 Pentadbir
 Ibubapa
 Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Guru Subjek
 Guru Disiplin

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI
Encik Saharin Bin Abdullah
Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI
En Badrul Hisham Bin Noh
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1
Puan Siti Fatimah Binti Abdullah
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
Puan Amilia Aida Binti Kamaluddin
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Puan Marlesa bt Abdul Malikarimallah
Guru Bimbingan dan Kaunseling

AJK
Guru Kelas
Guru Subjek
Guru Disiplin
  
7.0 MODUS OPERANDI
1. Perbincangan GBK dengan GPK tentang program
2. Menyediakan kertas kerja , surat menyurat makluman kepada pelajar tentang
Program
3. Mesyuarat dan pemakluman dengan guru kelas
4. Mengedarkan surat pemberitahuan kepada ibubapa/penjaga secara berperingkat
Tentang program
5. Menyediakan maklumat seperti kehadiran, markah P1 dan P2 dan perkembangan
Pelajar untuk dibentangkan kepada ibubapa/penjaga yang hadir
6. Konsultasi berjalan seperti yang dirancang antara ibubapa dan guru mengikut
Jadual masa yang ditetapkan

8.0 PENUTUP

            Semoga program ini dapat dijalankan dengan baik antara ibubapa/penjaga pelajar dengan
pihak sekolah dan mencapai objektif yang dirancang. Kejayaan para pelajar adalah gandingan
usaha antara ibubapa dan guru-guru ditambah dengan minat, semangat dan perubahan pelajar itu
sendiri. Harapan kami agar program Bicara Imtiaz ini mendapat sokongan dari semua pihak
khasnya ibubapa demi kecemerlangan anak-anak mereka dalam SPM 2020 . Terima kasih
kepada semua pihak yang menyokong dan membantu dalam program ini. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan Oleh :

………………… .................................. ............................

Marlesa Abdul Malikarimallah Siti Fatimah Bt Abdullah Shaharin BinAbdullah


Kaunselor pelajar GPK HEM Pengetua
SMK Setia Wangsa SMK Setia Wangsa SMK Setia Wangsa
PROGRAM : BICARA IMTIAZ

TARIKH : 23 APRIL 2019/SELASA

MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SESI KELOMPOK PERTAMA :

1. AINA NADHIRAH BINTI JASNI 5 JAYA

2. ANNAAS FADHLY BIN SAMSUDIN 5 JAYA


3. AZIEZATUL AZURA BINTI KAMARUZAMAN 5 JAYA
4. CHE NUR SYAMIMIY AQHILAH BINTI CHE MOHD ZAIDI 5 JAYA
5. FATIN SYAZUINA IZUANI BINTI ABDULLAH 5 JAYA
Kepada:
Tuan/puan
Ibubapa/penjaga murid
SMK Orang Kaya Haji

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM BICARA IMTIAZ TINGKATAN 5 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan program khas untuk
pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaaan SPM 2019. Program Bicara Imtiaz ini
adalah sesi konsultasi atau perbincangan ibubapa dengan dengan guru-guru yang terlibat.
Objektif program ini dirancang adalah untuk :

a)    Memberi peluang guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-
tukar pandangan ke
arah meningkatkan prestasi akademik .
b)    Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
c)    Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
d)    Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-
murid.

3. Justeru itu, kami ingin menjemput pihak tuan/puan/penjaga untuk hadir ke program
tersebut demi kejayaan anak-anak yang bakal menghadapi SPM 2019. Sesi ini akan diadakan
mengikut kelompok pelajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

Program : Bicara Imtiaz


Tarikh : 23 April 2019/Selasa
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Bimbingan Dan Kaunseling
Sesi Kelompok Pertama :

1. Aina Nadhirah Binti Jasni 5 Jaya


2. Annaas Fadhly Bin Samsudin 5 Jaya
3. Aziezatul Azura Binti Kamaruzaman 5 Jaya
4. Che Nur Syamimiy Aqhilah Binti Che Mohd Zaidi 5 Jaya
5. Fatin Syazuina Izuani Binti Abdullah 5 Jaya

4. Segala keprihatinan dan pertimbangan tuan/puan/penjaga dalam menjayakan program ini


didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga anak didik kita menjadi anak yang
cemerlang dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

Kamaluddin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Orang Kaya Haji,
Sk- Fail

Anda mungkin juga menyukai