Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB MUET 2018


SEK MEN KEB BALING

1.0 RASIONAL

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman, penghayatan dan


motivasi sebagai persediaan akhir sebelum menghadapi peperiksaan MUET sebenar.
Program ini juga diharapkan dapat memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar bagaimana
mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental agar tabah menghadapi segala ujian dan
cabaran sebelum menduduki peperiksaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang sedia ada.


2.2 Dapat membuat rumusan dan penilaian tentang persoalan-persoalan semasa atau
fokus kepada Teknik Menjawab soalan peperiksaan MUET.

3.0 MATLAMAT

3.1 Dapat meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat Band 2 keatas dalam
peperiksaan MUET Sesi 3 2018.
3.2 Membantu pelajar kumpulan sederhana untuk skor sekurang-kurangnya Band 2
dan meyakinkan pelajar kumpulan cemerlang untuk mendapatkan Band 3 dan
keatas dalam peperiksaan MUET Sesi 3 2018.
3.3 Membantu pelajar dalam kumpulan galus memahami teknik penulisan dan
seterusnya memperbaiki diri untuk kecemerlangan.
3.4 Melatih pelajar supaya dapat bekerjasama dan berdikari.

4.0 TARIKH CADANGAN : 07 September 2018 (Jumaat)


TEMPAT PROGRAM : Dewan Al Bukhori SMK Baling
MASA : 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

5.0 KUMPULAN SASARAN : Semua pelajar tingkatan 6 Atas 2018

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH RM


1 Bayaran Penceramah 300.00
2 Makan Pelajar & Penceramah 250.00
JUMLAH 550.00
7.0 SUMBER KEWANGAN

1. Panitia MUET RM 250.00


2. PIBG RM 300.00

8.0 ATURCARA PROGRAM

MASA PERKARA TINDAKAN


7/9/2018 (JUMAAT)

09.00 pg -12.00 tgh Teknik Menjawab MUET Panitia MUET

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Hjh Zahara Binti Ismail


(Pengetua)

Naib Pengerusi : En Abdul Bashir Bin Che Senik


(Penolong Kanan Tingkatan 6)

Setiausaha : Pn Fitriyah Bt. Mat Rejab

Bendahari : Pn Fitriyah Bt. Mat Rejab

Kawalan Disiplin :En Mohamad Bin Saleh


En Rozman Bin Mahat
En Mohamad Zulfadli Bin Omar

Disediakan oleh,

…………………………………………………..
Fitriyah Bt. Mat Rejab,
Penyelaras MUET Tingkatan 6,
SMK Baling.

DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

……………………………
(Zahara Binti Ismail)
Pengetua
SMK Baling
09100 BALING KEDAH DARUL AMAN

TEKNIK MENJAWAB MUET

ANJURAN:
PANITIA MUET SMK BALING

TARIKH : 07 SEPTEMBER 2018


(JUMAAT)
Panitia MUET,
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling
09100 Baling , Kedah Darul Aman

SMKB.30/005/39 JLD.4( )
Tarikh : 4 September 2018

Tuan Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling,
0900 Baling, Kedah.

MEMOHON PERUNTUKAN PERBELANJAAN UNTUK MEMBIAYAI PROGRAM TEKNIK


MENJAWAB MUET BAGI TINGKATAN 6 ATAS

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Adalah dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan program tersebut


sebagaimana berikut:

Tarikh : 07 September 2018


Masa : 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sasaran Pelajar : Tingkatan 6 Atas

4. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon peruntukan daripada pihak sekolah
sebanyak RM250.00 bagi membiayai program tersebut.

5. Tujuan memohon peruntukan ini adalah untuk menampung bayaran makan serta
minum penceramah, dan para pelajar. Diharap mendapat pertimbangan yang sewajarnya
dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………..
Fitriyah Bt. Mat Rejab
Penyelaras MUET
SMK Baling
Panitia MUET,
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling
09100 Baling , Kedah Darul Aman

SMKB.30/002/06 (Ting.6)-18( )
Tarikh : 04 September 2018

Tuan Yang Dipertua,


Persatuan Ibubapa dan Guru-guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling,
0900 Baling, Kedah.

Melalui,
Pengetua,
SMK Baling, Kedah

MEMOHON PERUNTUKAN PERBELANJAAN UNTUK MEMBIAYAI PROGRAM


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MUET TINGKATAN 6 ATAS 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan program tersebut sebagaimana


berikut:
Tarikh : 7 September 2018 (Jumaat)
Masa : 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sasaran Pelajar : Tingkatan 6 Atas

4. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon peruntukan daripada pihak PIBG sebanyak
RM300.00 bagi bayaran saguhati kepada penceramah.

5. Diharap permohonan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………..
Fitriyah bt Mat Rejab
Penyelaras MUET
SMK Baling

Anda mungkin juga menyukai