Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2018

SMK ABDUL RAHIM 2

1.0 Pengenalan :

Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan


kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2018. Bengkel ini
akan diadakan pada bulan mei.

2.0 Rasional :

Bengkel ini diadakan agar murid dapat mempelajari cara belajar yang betul serta
teknik menjawab soalan Sejarah SPM.

3.0 Matlamat :

Adalah menjadi impian serta harapan pihak sekolah untuk melahirkan kuantiti dan
kualiti pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya dapat
mengharumkan nama sekolah .

4.0 Objektif :

Pada akhir program diharapkan dapat :

4.1 Dapat mengetahui cara atau teknik yang betul untuk menjawab soalan

4.2 Meningkatkan prestasi subjek SPM 2018

4.3 Membangkitkan minat murid terhadap subjek

4.4 Meningkatkan kemahiran berfikir membuat keputusan dan menyelesaikan


masalah secara analisis, kreatif dan kritis

5.0 Sasaran :

5.1 Semua pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM

6.0 Maklumat pelaksanaan :

Tarikh : 12 Mei 2018 - 16 Mei 2018

Hari : Isnin

Masa : 02.00-04.00 petang

Tempat : Dewan As-syafie, SMK Taman Jelutong


7.0 Jawatankuasa program :

Pengerusi : En. Johari bin Hajat

Timbalan pengerusi : En. Abdullah Akop

Timbalan pengerusi :Pn Juliana Ampion

Setiausaha : Pn. Fadzleha binti Juanas

8.0 Anggaran perbelanjaan :

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Makan minum penceramah 6 x RM10 RM60
(6 orang)
2 Penceramah 100 x 6 RM600
JUMLAH RM600

9.0 Penutup :

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat
membantu murid menjawab soalan mengikut format dan lebih sistematik. Ketepatan
dalam menjawab soalan akan dapat membantu murid mendapat markah yang terbaik
dan akan memperoleh keputusan cemerlang sekaligus meningkatkan kualiti
peperiksaan SPM kelak.

Disediakan oleh,

...................................................
(HABIBAH MAT SALIM)
Setiausaha Panitia Sejarah

JEA 1005/SMKSR/07/05/09 ( 01 )

9 Januari 2012

Kepada,

.................................................................

.................................................................

................................................................
Saudara/saudari,

PROGRAM BERFOKUS SENTUHAN TERBILANG,GEMILANG DAN CEMERLANG SPM 2013

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah kerana anda terpilih menyertai program
tersebut berdasarkan keputusan akhir tahun Tingkatan 4. Anda merupakan kelompok pelajar yang berpotensi
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

3. Justeru itu program ini diadakan bertujuan untuk memastikan anda diberikan motivasi dan bimbingan
yang sewajarnya bagi memastikan kejayaan yang cemerlang menjadi milik anda. Perjumpaan pertama akan
diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Januari 2013


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Tingkatan 5 Aliff 1

4. Kehadiran adalah wajib. Sekiranya anda tidak hadir dianggap anda menolak dan akan digantikan oleh
pelajar lain. Semoga program ini akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan demi
mempertingkatkan prestasi akademik sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................
( HJ BUNI BIN SUNADE )
Pengetua,
SMK Taman Damansara Aliff,
Johor Bahru.

s.k : 1. PPDJB
2.YDP PIBG SMKTDA

Anda mungkin juga menyukai