Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM SEMINAR SEJARAH SPM 2017

SMK TUN PERAK, RAWANG

1.0 Pengenalan :

Panitia Sejarah SMK Tun Perak bercadang untuk mengadakan Seminar Sejarah untuk
pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2017. Seminar ini akan
diadakan pada 14 April 2017.

2.0 Rasional :

Seminar ini diadakan agar murid dapat fokus kepada matlamat belajar Sejarah dan
didedahkan dengan teknik menjawab soalan Sejarah SPM.

3.0 Matlamat :

Adalah menjadi impian serta harapan pihak sekolah untuk melahirkan kualiti pelajar
yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya dapat mengharumkan nama
sekolah khususnya dalam subjek Sejarah.

4.0 Objektif :

Pada akhir program diharapkan dapat :

4.1 Meningkatkan prestasi subjek Sejarah SPM 2017

4.2 Membangkitkan minat murid terhadap subjek Sejarah

4.3 Mengetahui cara atau teknik yang betul untuk menjawab soalan Sejarah

4.4 Meningkatkan kemahiran berfikir membuat keputusan dan menyelesaikan


masalah secara analisis, kreatif dan kritis

5.0 Sasaran :

5.1 130 orang calon SPM 2017 dari kelompok cemerlang hingga sederhana.

6.0 Maklumat pelaksanaan :

Tarikh : 14 April 2017

Hari : Jumaat

Masa : 08.30-12.30

Tempat : Pusat Sumber, SMK Tun Perak


7.0 Jawatankuasa program :

Pengerusi : En. Ismail bin Md. Yatim

Timbalan pengerusi : Pn. Rohani bt. Jaafar

Penyelaras : Pn. Roshida bt. Abu Hamid

Setiausaha : Cik Norhanini bt. Md. Fadzil

AJK Guru : 1. Pn. Khalizah Hanim bt.Yazid

2. Pn. Siti Asmah bt. Maarop

Ahli jawatankuasa Tugasan


Pn. Roshida bt. Abu Hamid -menjemput penceramah
Cik Norhanini bt. Md. Fadzil -menyediakan kertas kerja
-menyediakan kemudahan LCD
Pn. Khalizah Hanim bt.Yazid -menguruskan PA system
-menguruskan tempat
Pn. Siti Asmah bt. Maarop -menguruskan peserta seminar
-menguruskan bahan seminar

8.0 Anggaran perbelanjaan :

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Penceramah 4Jam X RM100 + pengangkutan RM 400
2 Bahan edaran 130x RM10 RM 1300
JUMLAH RM 1700

9.0 Penutup :

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat
membantu murid menjawab soalan mengikut format dan lebih sistematik. Ketepatan
dalam menjawab soalan akan dapat membantu murid mendapat markah yang terbaik
dan akan memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek Sejarah sekaligus
meningkatkan kualiti peperiksaan SPM kelak.

Disediakan oleh,

........................................................
( NORHANINI BT. MD. FADZIL )
Ketua Panitia Sejarah
SMK Tun Perak
JEA 1005/SMKSR/07/05/09 ( 01 )

9 Januari 2012

Kepada,

.................................................................

.................................................................

................................................................

Saudara/saudari,

PROGRAM BERFOKUS SENTUHAN TERBILANG,GEMILANG DAN CEMERLANG SPM 2013

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah kerana anda terpilih menyertai program
tersebut berdasarkan keputusan akhir tahun Tingkatan 4. Anda merupakan kelompok pelajar yang berpotensi
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

3. Justeru itu program ini diadakan bertujuan untuk memastikan anda diberikan motivasi dan bimbingan
yang sewajarnya bagi memastikan kejayaan yang cemerlang menjadi milik anda. Perjumpaan pertama akan
diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Januari 2013


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Tingkatan 5 Aliff 1

4. Kehadiran adalah wajib. Sekiranya anda tidak hadir dianggap anda menolak dan akan digantikan oleh
pelajar lain. Semoga program ini akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan demi
mempertingkatkan prestasi akademik sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

......................................................
( HJ BUNI BIN SUNADE )
Pengetua,
SMK Taman Damansara Aliff,
Johor Bahru.

s.k : 1. PPDJB
2.YDP PIBG SMKTDA

Anda mungkin juga menyukai