Anda di halaman 1dari 4

SMK.

DATUK SYED AHMAD 06300 KUALA NERANG,


KEDAH.

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN KECERIAAN RUANG PINTU MASUK


PUSAT SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :
ZANARIAH BINTI ABU BAKAR
GURU PUSAT SUMBER
PUSAT SUMBER
SMK DATUK SYED AHMAD

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN KECERIAAN RUANG PINTU MASUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (Pd&Pc) berlaku dalam situasi
yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan
itu,keceriaan ruang pintu masuk Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi menarik minat
seluruh warga SMKDSA untuk mengunjungi PSS dan menggunakan semua sumber yang ada
di dalamnya secara optimum.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menjadikan ruang pintu masuk ke Pusat Sumber Sekolah yang ceria dan
cantik,sekaligus dapat menarik minat murid-murid untuk mengunjungi PSS dengan lebih
kerap.

2.2 Menambah bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber Sekolah selaras dengan
fungsinya sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.

2.3 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid .

3.0 TARIKH

Februari hingga Mac

4.0 TEMPAT

Ruang Pintu Masuk Pusat Sumber


5.0 SASARAN

Semua Pelajar dan Semua Guru SMKDSA


6.0 RANCANGAN KECERIAAN

BI PERANCANGAN ANGGARAN
L PERBELANJAAN
1. Memasang rumput karpet pada empat
penjuru yang berukuran: RM 450.00
1m x 5m ( 2 penjuru)
2m x 5m ( 2 penjuru)

2. Batu hiasan(batu putih) bagi setiap penjuru


RM 136.00
3. Pokok hiasan plastik bagi setiap penjuru
Rm 480.00
4. Peralatan Hiasan Rm 150.00

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek keceriaan ruang pintu masuk Pusat
Sumber Sekolah adalah Rm 1216.00

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Penasihat : En. Suhaimi Bin Yahya


Pengetua SMK. Datuk Syed Ahmad

Pengerusi : Pn. Rosnah Bt. Hashim


Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Datuk Syed Ahmad

Naib Pengerusi 1 : En. Roshidi Bin Derani


Penolong Kanan HEM SMK. Datuk Syed Ahmad

Naib Pengerusi 2 : En. Rosman Bin Ahmad


Penolong Kanan Ko kurikulum SMK. Datuk Syed Ahmad

Penyelaras : Pn. Asiah Bt. Othman


Guru Kanan Bahasa SMK. Datuk Syed Ahmad

Setiausaha : Pn. Zanariah Bt. Abu Bakar

Guru Pusat Sumber SMK. Datuk Syed Ahmad

Pen.Setiausaha : Pn. Salmajmen Bt. Aziz

AJK Pusat Sumber : 1.Pn. Rushayati Bt. Abdul Rahim (Unit Automasi)
2.Pn. Rusnani Bt. Arof (Unit Aktiviti)
3.Pn. Noryani Bt. Ahmad (Unit Aktiviti)
4.En. Hafizuddin Bin Yahaya (Unit Media)
5.Pn. Rohida Bt. Ahmad (Unit Sudut-sudut)
6.Pn. Norma Bt. Saad (Unit Nilam)

7.Pn. Nurul Izzati Bt. Zakaria (Unit Nilam)


8.Pn. Noriah Bt. Maudin (Unit Keceriaan)
9.Pn. Khalijah Bt. Mahmood (Pembantu PSS)

9.0 LAMPIRAN
9.1 Gambar-gambar ruang pintu masuk Pusat Sumber Sekolah
9.2 Lakaran projek keceriaan ruang pintu masuk Pusat Sumber Sekolah

10.0 PENUTUP
Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

(Pn.Zanariah Bt. Abu Bakar) ( Pn.Asiah Bt. Osman) (En. Suhaimi Bin Yahya)
Guru Perpustakaan & Media Guru Kanan Bahasa Pengetua
SMK Datuk Syed Ahmad, SMK Datuk Syed Ahmad SMK Datuk Syed Ahmad
06300 K.Nerang, Kedah 06300 K.Nerang,Kedah 06300 K.Nerang,Kedah

Anda mungkin juga menyukai