Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR

KG. SUNGAI MERAB LUAR


43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
SUDUT BACAAN BERKUMPULAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH

TAHUN 2017

BIDANG :
KURIKULUM

DISEDIAKAN OLEH :
ASLIMAN BIN ASRI
IRFAN IZZUDDIN BIN JAWALI

0
1.0 PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan tempat yang menyediakan
kemudahan serta koleksi bahan bacaan merangkumi bahan bacaan berkaitan
pengajaran dan pembelajaran mahupun bahan bacaan tambahan. PSS
memainkan peranan penting dalam memperkasakan dan memperkayakan
pengalaman, kemahiran dan kompetensi warga sekolah khususnya murid-murid
dan guru-guru. Sehubungan itu penyediaan kemudahan fizikal yang disertai
suasana yang ceria dan kondusif amat berkesan dalam menarik minat warga
sekolah memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah ini.

2.0 MATLAMAT
Menyediakan Sudut bacaan berkumpulan yang lebih selesa dengan beberapa
kemudahan asas dan ruang bacaan yang lebih sistematik dan sesuai untuk
proses pengajaran dan pembelajaran, rujukan atau bacaan santai seterusnya
mewujudkan suasana yang pelbagai dan berlainan daripada kelas atau bilik
darjah.

3.0 KONSEP
Sudut Bacaan berkonsepkan Alaf 21 yang mana konsep ini dirangka bagi
memenuhi keperluan ruang pembacaan yang lebih selesa, sesuai dan bebas
bersesuaian dengan saiz atau keluasan PSS di sekolah ini. Dalam masa yang
sama konsep yang dipilih ini dapat memberikan kelainan dan kepelbagaian
suasana kepada pengguna dan mewujudkan persekitaran yang boleh menarik
dan merangsang minat membaca di kalangan warga sekolah.

4.0 PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bil Perancangan Anggaran Sumber


Perbelanjaan
1 Membaik pulih rak-rak buku sedia RM 300 Sumbangan
ada dan mengecat .

2 Mengecat semula dinding dan RM 300 Sumbangan


siling
3 Menampal poster atau wall sticker RM 1200 PCG
Yuran Khas
kata hikmah pada dinding PSS
4 Menampal perkataan berinspirasi RM 500 Sumbangan
pada rak buku
5 Memasang karpet pada lantai PSS RM 3000 Sumbangan

1
termasuk Pusat Akses
(Anggaran keluasan 64 kakix23
kaki)
6 Meletakkan kusyen-kusyen yang RM 1500 Sumbangan
sesuai dan pelbagai bentuk di
ruang bacaan (contoh: bean bag
dll)
7 Memasang Langsir RM 2000 Sumbangan
8 Membaik pulih sistem penghawa RM 700 Sumbangan
dingin
9. Menceriakan laluan / tangga ke RM 2000 Sumbangan
PSS
10 Membaik pulih pintu RM 500 Sumbangan
11 Menyediakan rak kasut RM 300 Sumbangan

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN


5.1 Anggaran Perbelanjaan
Secara anggarannya, jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diperlukan
bagi menjayakan projek ini adalah sebanyak RM 12,300

5.2 Anggaran Pendapatan

Bil Perkara Amaun


1 Peruntukan Geran Perkapita RM 600
2 Yuran Khas RM 800
3 Sumbangan Peribadi RM 300
4 Jualan Kad Ahli RM 80
Jumlah RM 1780

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Hjh. Siti Zaharah Bt. Hj. Mohd. Mukhtar (Guru
Besar)
Naib Pengerusi 1 : En Muzzan Bin Talib (Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Zunainah Bt. Hj. Mahat
Naib Pengerusi 3 : En Yaacob Bin Yusoff
Setiausaha : Pn. Amal Bt. Osman@Othman (Guru Perpustakaan dan
Media)
Pen. Setiausaha : Pn. Sahibah Bt. Yusoff
Bendahari : Pn. Nur Fadhillah Bt. Ghazali

2
Ahli Jawatankuasa :
Pn. Norashikin Bt. Abd. Rahman (Perpustakaan)
Pn. Norlizah Bt. Jasit (Perpustakaan)
Pn. Sarinah Bt. Mustadi (Perpustakaan)
En. Ahmad Azwan Bin Ahmad Azali (Penyelaras Bestari)
En. Mohd Asrin Bin Mohd Ariff (Keceriaan grafik)
Pn. Rosmaziah Bt. Kamarudin (NILAM)
Pn. Zarisa Bt. Jailani (NILAM)
Pn. Noor Haslina Bt. Rhazalee (NILAM)
Pn. Norzirah Bt. Ismail (NILAM)
Pn. Azian Bt Azahari (Pusat Akses)
Pn. Intan Solehah Bt. Omar (Juruteknik Komputer)

7.0 PENUTUP
Semoga perancangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang ditetapkan dalam memenuhi matlamat Pusat Sumber Sekolah ke
arah Pusat Sumber cemerlang tahun 2019. Segala bantuan dan sumbangan
yang dihulurkan didahului dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh:
Diluluskan oleh:
……………………………….
(AMAL BINTI OSMAN @ OTHMAN)
Guru Perpustakaan dan Media …………………………………………..
SK Sungai Merab Luar
Lampiran (SITI ZAHARAH BT. HJ. MOHD. MUKHTAR)
Guru Besar
SK Sungai Merab Luar

Gambaran dinding dan susunan rak selepas diubahsuai

3
Contoh gambaran kusyen

Anda mungkin juga menyukai