Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan


serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara
sistematik. Hal ini supaya PSS dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berlaku dalam situasi yang selesa, menarik, mudah difahami
serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber dan prasarana yang
cukup serta keceriaan pusat sumber adalah antara aspek utama bagi menarik
minat seluruh warga SMK Kuala Selangor untuk menggunakan PSS dengan
optimum. Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik
keadaan fizikal serta mutu perkhidmatan pusat sumber sekolah yang sedia ada
boleh menjadikan sebuah pusat sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta
berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan (PSPN)
dan Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1      Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dan mengoptimumkan keberkesanan
pengajaran guru melalui penambahan Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti,
mudah digunakan dan mudah disimpan.
2.2      Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di
samping mewujudkan situasi PdP yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik
darjah.
2.3      Mewujudkan keadaan ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan yang
lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna).
2.4      Menarik minat para pelajar dan guru untuk mengunjungi PSS.

3.0 KUMPULAN SASARAN


3.1 Guru-guru Pusat Sumber SBP Integrasi Kuantan
3.2 Pengawas-pengawas Pusat Sumber SBP Integrasi Kuantan (Tingkatan 4)

4.0 TARIKH DAN TEMPAT


4.1       Tarikh   :  8 November 2020
4.2       Tempat :  Pusat Sumber SBP Integrasi Kuantan
5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Azhar bin Daud (Pengetua)
Naib Pengerusi      : Tn. Haji Izzaluddin bin Mat Nor (GPK Pentadbiran)
En. Mat Hatta bin Hassan (GPK HEM)
:  Pn. Zalini bt. Mat Zain (GPK Kokurikulum)
Setiausaha :  Pn. Dilla Amira binti Awang (GPM)
Bendahari :  Cik Aizar binti Mat Noor (Penyelaras NILAM)

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL PENYELARAS SKOP TUGAS


1. Dilla Amira binti Awang Mengecat dinding luar dan dalam Pusat
Sumber sekolah.
2. En. Mikram bin Ab. Latiff Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak
buku, meja dan kerusi.
3. Pn. Nora binti Abdul Rahman Memilih dan mengasingkan buku-buku lama
dan menyusun buku mengikut Sistem
Pengkelasan Dewey.
4. Pn. Hairiana binti Husin Menambah sudut informasi dan
melengkapkan papan kenyataan luar dan
dalam Pusat Sumber.

7.0 PERANCANGAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG KECERIAAN PUSAT SUMBER

BIL. AKTIVITI
1. Mengecat dinding luar dan dalam Pusat Sumber Sekolah.

2. Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku, meja dan kerusi.

3. Memilih dan mengasingkan buku-buku lama dan menyusun buku mengikut


Sistem Pengkelasan Dewey.
4. Menambah sudut informasi dan melengkapkan papan kenyataan luar dan dalam
Pusat Sumber.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA ANGGARAN KUANTITI JUMLAH


HARGA
1. Set Gambar Berbingkai YDP RM 140.00 1 set RM 140.00
Agong & Permasuri

2. Gambar Berbingkai Perdana RM 50.00 1 RM 50.00


Menteri Malaysia

6. Cat Pelaka RM 15.00 6 RM 90.00

JUMLAH BESAR RM 280.00

9.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami agar program gotong-royong keceriaan ini dapat


dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan mencapai objektif yang
digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di sekolah ini
seterusnya melahirkan para pelajar yang lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan oleh,

……………………………….                                                                                        
PN. DILLA AMIRA BINTI AWANG
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
SBP Integrasi Kuantan                                                                  

Diluluskan oleh,

……………………………….                                                                                        
EN. AZHAR BIN DAUD
Pengetua
SBP Integrasi Kuantan                                                                  

Anda mungkin juga menyukai