Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA TERENDAM,


08200 SIK, KEDAH

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN


PUSAT SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :

NUR HANISAH BINTI ABDUL TALIB


GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
DENGAN KERJASAMA
ZAINURA AZLINA NADOWA BINTI DIN ZANUDIN
SETIAUSAHA PIBG SK PAYA TERENDAM

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK PAYA TERENDAM

0
KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang selesa,
menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber dan
prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi menarik
minat seluruh warga SKPT untuk menggunakan PSS dengan optimum.
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber
yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses
Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan
Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa kemudahan
asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya disamping lebih mudah
dan selesa digunakan sewaktu proses PdPc.

2.2 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya
sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.

2.3 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah
disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan
pelajaran masa kini.

2.4 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping mewujudkan situasi
PdPc yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

2.5 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan yang
lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna).

1
3.0 TARIKH

Februari hingga Disember 2022

4.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

5.0 SASARAN

5.1 Semua murid SK Paya Terendam

5.2 Pengawas PSS SK Paya Terendam

5.3 Guru-guru SK Paya Terendam

6.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

6.1 Penambahan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


PERBELANJAAN
1. Membeli pelbagai bahan bacaan dan
rujukan untuk kegunaan perpustakaan. RM 1500.00 PCG
(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung,
rujukan dan latihan serta langganan
majalah dan akhbar)

2. Membeli dan membina pelbagai bahan


bantu mengajar. RM 500.00 PCG
(bahan berbentuk carta, model serta alatan
yang berkaitan dengan P&P)

6.2 Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


BELANJAWAN
Memilih dan mengasingkan buku-buku lama Buku dilabel
1. dan menyusun buku mengikut Sistem - mengikut warna
Pengkelasan Dewey. pengkelasan
Membaik pulih dan menyusun semula rak-
2. - Sumbangan
rak buku
Menambah sudut informasi dan
melengkapkan papan kenyataan di bilik RM 300.00 PCG
4.
pusat sumber, bilik unit Teknologi
Pendidikan dan bilik akses.
5. Memasang lantai jenis vinyl RM1,000 Sumbangan
6. Menukar pintu kaca double swing RM 850 Sumbangan
Memasang aircond jenama Daikin 1.5HP
7. RM 4,000 Sumbangan
(2 UNIT)
8. Membeli rak-rak buku baharu RM 2,000 Sumbangan

2
Membeli tiga set computer untuk kegunaan
9. RM 9,000 Sumbangan
Pusat Sumber

6.3 Aktiviti dan Program PSS

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN
1 Mengadakan majlis perlantikan pengawas PSS RM 100.00

2 Program Nilam RM 100.00

3 Program Kem Membaca 1 Malaysia RM 500.00


4 Literasi maklumat - memperkenalkan Sistem Pengkelasan Waktu ganti kelas GPM
Dewey kepada murid

5 Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS RM 100.00


untuk projek mengindahkan sekolah.

6 Aktiviti bersama panitia atau unit kaunseling RM 50.00


contohnya program anti dadah peringkat sekolah

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek pembangunan Pusat Sumber Sekolah
adalah RM 20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja)

7.2 Pendapatan

BIL PERKARA PERUNTUKAN

1. Wang Sekolah (Peruntukan Geran Perkapita) RM 3500.00

2. Keuntungan jualan majalah teman pintar RM 21.00

3
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Penasihat : En. Abdullah bin Zainon


Guru Besar SK Paya Terendam

Pengerusi : Puan Rinnie binti Jamaluddin


Penolong Kanan Kurikulum SK Paya Terendam

Naib Pengerusi 1 : Puan Asmar Dalimi binti Kamarulzaman


Penolong Kanan HEM SK Paya Terendam

Naib Pengerusi 2 : Puan Ros Anizah binti Omar


Penolong Kanan Kokurikulum SK Paya Terendam

Setiausaha PIBG : Zainura Azlina Nadowa bt Din Zanudin

Penyelaras PSS : Puan Nur Hanisah bt Abdul Talib

AJK Pusat Sumber : semua guru

9.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dalam semua
aspek. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi.
Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang
dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

(Pn. Zainura Azlina Nadowa bt Din Zanudin) (En. Achiang A/L Endin Nai PJK) (En. Abdullah bin Zainon)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG Guru Besar
SK Paya Terendam SK Paya Terendam SK Paya Terendam

Anda mungkin juga menyukai