Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM KEMBARA ILMU FASA 2 PUSAT SUMBER SK LADANG YONG PENG

BERSAMA PUSAT SUMBER SMK SERI PULAI PERDANA 2018

1.0 Pendahuluan :
Program Kembara Ilmu Fasa 2 ini adalah kesinambungan dari Program Kembara Ilmu
Fasa 1 yang telah dijalankan pada bulan Julai yang lepas. Program ini bertujuan memberi
pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber SK Ladang Yong Peng tentang pengurusan
Pusat Sumber Sekolah dan perkongsian idea di antara Guru Perpustakaan Media kearah
menyediakan Pusat Sumber sekolah yang lebih ceria dan sistematik. Diharap dengan
adanya program ini, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Ladang Yong Peng dapat
menambah baik mutu perkhidmatan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran
demi menjadikan Pusat Sumber sekolah lebih lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi
sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras
dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

2.0 Matlamat :
Memberi pendedahan kepada Guru Perpustakaan Media dan pengawas Pusat Sumber SK
Ladang Yong Peng cara-cara pengurusan Pusat Sumber yang sistematik.

3.0 Objektif :
3.1. Mewujudkan perkongsian idea cara menstruktur susunan dan keceriaan Pusat Sumber
ke arah Pusat Sumber Abad ke-21.
3.2. Pendedahan kepada Guru Perpustakaan Media dan pengawas Pusat Sumber cara
pengurusan PSS yang sistematik.
3.3 Melahirkan pelajar yang bermaklumat terutamanya dalam bidang pengurusan Pusat
Sumber sekolah.
4.0 Tarikh : 8 Oktober 2018
5.0 Hari : Isnin
6.0 Masa : 10.00pagi – 1.00 petang
7.0 Tempat : Pusat Sumber SMK Seri Pulai Perdana
8.0 Sasaran : 3 orang guru dan 12 Pengawas Pusat Sumber
9.0 Pelaksanaan :
8.00 pagi : Berkumpul dan bergerak ke SMK Seri Pulai Perdana
10:00pagi : Sampai ke SMK Seri Pulai Perdana
- Lawatan di sekitar Pusat Sumber SMK Seri Pulai Perdana.
-Perkongsian pintar pengurusan Pusat Sumber sekolah bersama GPM SMK Seri
Pulai Perdana
1.00 petang : Bertolak balik.
10.0 Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Jumlah ( RM)
1 Makan murid RM 10x12 = RM 120
JUMLAH RM 120

11.0 Sumber Kewangan : Sumbangan PIBG


12.0 Penutup:
Adalah diharap dengan adanya program dan perkongsian pintar ini, Pusat Sumber SK Ladang Yong
Peng dapat menambahbaik mutu perkhidmatan dan pengurusan Pusat Sumber sekolah .

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

……………………………………………… …………………………………………………
( SUHAILA BINTI ABD WAHID )

Anda mungkin juga menyukai