Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KEMBARA MURID PRASEKOLAH MANJA KASIH DAN MANJA MESRA


BERSAMA KIDLAND DAN PUSAT PERIKANAN AKUARIUM, PULAU PINANG
____________________________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan kelulusan peruntukan
pengangkutan bagi melaksanakan Program Kembara Murid Prasekolah Manja Kasih
dan Manja Mesra bersama KidLand dan Pusat Perikanan Akuarium Pulau Pinang.

2.0 LATAR BELAKANG

Program Kembara Murid Prasekolah Manja Kasih dan Manja Mesra bersama KidLand
dan Pusat Perikanan Pulau Pinang adalah bertujuan untuk memberi pendedahan sains
dan teknologi dan mengalami dunia sebenar melalui aktiviti penerokaan dan
pengalaman kepada murid prasekolah Peringkat Kelas Prasekolah. Aktiviti ini adalah
anjuran pengurusan Prasekolah Manja Kasih dan Manja Mesra Sekolah Kebangsaan
Chepir, Sik, Kedah.

Memberi peluang untuk murid prasekolah meneroka kemajuan sains dan teknologi dan
mempelajari teknik penyelesaian masalah melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) apabila membuat sendiri aktiviti bersama rakan-rakan.

Matlamat program ialah untuk memberi peluang murid prasekolah untuk meneroka
kemajuan sains dan teknologi yang pelbagai. Memberi pendedahan kepada murid
prasekolah tentang cara menyelesaikan masalah melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dengan keupayaan dan imaginasi sendiri.

Program ini perlu diadakan sebagai pendedahan kepada murid prasekolah untuk
memberi pengalaman baharu dan semangat yakin diri dan berdisiplin murid prasekolah
dalam menerima arahan dan melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meneroka alam hidupan benda bukan hidup dan benda hidup.
3.2 Melihat keadaan alam pekerjaan yang sebenar di Malaysia.
3.3 Mengembangkan sahsiah dan minda dengan melihat persekitaran dalam
konteks umum.
3.4 Mengeratkan hubungan antara anak dan guru-guru.
3.5 Mengeratkan hubungan komunikasi murid untuk meningkatkan kemahiran sosial
mereka.

1
4.0 ANJURAN

4.1 Pengurusan Kelas Prasekolah Manja Kasih dan Manja Mesra Sekolah
Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Murid Prasekolah Manja Kasih dan Manja Mesra Sekolah Kebangsaan Chepir,
Sik, Kedah.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 18 November 2016

6.2 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

6.3 Tempat : KidLand, Perangin Mall dan Pusat Perikanan Akuarium


Batu Maung, Pulau Pinang

7.0 JUMLAH PESERTA

7.1 Murid Prasekolah : 50 orang


7.2 Guru Prasekolah : 3 orang
7.3 Pembantu Pengurusan Murid : 2 orang
Jumlah : 55 orang

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Sumbangan Ibu Bapa Murid Prasekolah Manja Kasih dan Manja Mesra Sekolah
Kebangsaan Chepir.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Seperti dalam Lampiran A

10.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

10.1 Seperti dalam Lampiran B

11.0 SENARAI NAMA PESERTA

2
11.1 Seperti dalam Lampiran C

12.0 PENUTUP

Pihak pengurusan prasekolah mengharapkan agar program ini dapat mencapai sasaran
matlamat dan objektifnya. Di harap juga program ini akan menarik minat masyarakat
luar terhadap pendidikan awal kanak-kanak yang mana ianya mampu memberi
perkembangan terhadap minda dan fizikal mengikut peringkat umur. Di harapkan
program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripadaNya

Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NOOR AZLINA BINTI ISMAIL) (MAT DESA BIN IBRAHIM)


Guru Prasekolah Guru Besar
Prasekolah Manja Kasih Sekolah Kebangsaan Chepir,
Sekolah Kebangsaan Chepir, 08200 Sik, Kedah.
08200 Sik, Kedah.

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai