Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Aktiviti : “Gotong royong sempena Program Tiada Aedes Tiada Denggi”
SK SERUSUP, TUARAN
24 ANUARI 2018

2. Pendahuluan : Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu
masalah global dan endemic dibeberapa buah negara seperti Afrika,
USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik
Barat(WHO,2002). Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi
yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di Malaysia, penyakit demam
denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian,
pihaksekolah mengambil inisiatif dengan mengadakan
beberapa aktiviti yang berkaitan seperti taklimat dan aktiviti gotong-
royong untuk memastikan murid – murid mengetahui tentang
bahaya pembiakan nyamuk AEDES di sekolah dan
sentiasa berusaha mengekalkan kebersihan agar penyakit ini boleh
dicegah ibarat kata pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” .Aktiviti ini diadakan selama satu hari iaitu pada 24
Januari 2018.

3. Tujuan :  Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup


sihat . Pemupukan budaya hidup yang sihat mampu menjamin
kehidupan yang sejahtera.
 Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di
kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan
demam denggi.
 Menjadikan murid lebih peka terhadap pencegahan pembiakan
nyamuk Aedes.
 Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif,
dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.

4. Matlamat : Penganjuran aktiviti seperti taklimat, pengedaran poster dan pamplet


di setiap kelas serta aktivitigotong-royong untuk mencegah dan
memusnahkan nyamuk Aedes dapat membantu memupuk
sikapkeprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga
sekolah tentang pendidikan pencegahandemam denggi seterusnya
mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan
bebaspembiakan Nyamuk Aedes dan penyakit denggi.

5. Laporan : Semua Perbelanjaan Diuruskan Oleh Pihak Sekolah.


Perbelanjaan

6. Cadangan : Unit HEM dengan kerjasama semua berharap agar aktiviti yang
Penambahbaikan dijalankan pada masa hadapan dapat ditambahbaik seperti
penglibatan para ibubapa dan masyarakat setempat agar
pengetahuan yangdiperoleh dapat dikongsi bersama.

7. Kesimpulan : Aktiviti seperti ini memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran
setiap murid khususnyadalam Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan setelah dijalankan dengan jayanya. Kerjasama,
sumbangan dan penglibatan libatan daripada semua pihak amatlah
dihargai dalam menjayakannya. Diharapkan pelaksanaan pada masa
akan datang dan memberikan impak yang positif kepada semua
pihak terutamanya murid, guru dan masyarakat setempat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………. ………………………………….
(KOHAYE KUASAH) (UST MOHD ZULKIFLI JUSOH)
Penyelaras Unit Program 3K Pen. Kanan HEM
SK SERUSUP, TUARAN SK SERUSUP, TUARAN

Disahkan oleh:

………………………………….
(ZAID BIN DAS)
Guru Besar
SK SERUSUP, TUARAN
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai