Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI

RESORT
JALAN LAMPAM
81700 PASIR GUDANG
JOHOR

KERTAS CADANGAN
MINGGU SAINS DAN MATEMATIK PPKI 2024
Yang Berusaha,
Guru besar,
SK Tanjung Puteri Resort

KERTAS CADANGAN
MINGGU SAINS DAN MATEMATIK PPKI 2024

1.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM


Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru
menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri,
kebolehan, keupayaan, bakat, minat dan latar belakang murid. Program ini adalah
satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik STaPuRe. Program
ini bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan
Matematik. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang
kepada murid supaya minat terhadap mata pelajaran sains dan teknologi serta
matematik dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif

2.0 MATLAMAT:

Minggu Sains dan Matematik ini sememangnya dapat menarik minat para murid terhadap mata
pelajaran sains dan matematik dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi. Selain itu, ia
dapat mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Seterusnya, ia
sememangnya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang
telah ditetapkan. Minggu Sains dan Matematik ini jelas dapat melahirkan pelajar yang kompeten
dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia.

1
3.0 OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif utama yang diharapkan sepanjang program iaitu:


 Untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan
Matematik.
 Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains
dan Matematik.
 Untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik.

4. KUMPULAN SASAR
- Semua murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
SK Tanjung Puteri Resort

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 19-20 Mei 2024


Hari : Ahad-Isnin
Tempat : STaPuRe.

6. Tentatif ( Rujuk lampiran A)

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan


8.00 pg  Majlis perasmian pembukaan
 Bacaan doa
 Gimik Perasmian
 Taklimat kepada guru dan
19 Mei murid.
2024 8.00-9.15 pg  Pertandingan Puzzle Matematik
mengikut tajuk
10.00-11.30 pg  Teka silang kata matematik
 Teka gula-gula
7.30 pg  Bacaan doa
 Taklimat kepada guru dan murid

8.00-9.15 pg  Senamrobik
20 Mei  Sukaneka Sains
2024

 Majlis Penutup dan Penyampaian


11.00-12.00 hadiah
tgh/h  Bersurai

2
7. JAWATANKUASA INDUK

Cikgu Haji Jaidi bin Ali


Pengerusi
Guru Besar

Cikgu Norhayati Binti Khamis


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Cikgu Norazah bin Mat Sarif


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Cikgu Haji Shahudin Bin Ibrahim


Naib Pengerusi Guru Penolong Kanan HEM

Cikgu Zuhaila Bt Zakaria


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Cikgu Wan Asraniza Bt Abd Ghani


Guru Penolong Kanan (Petang)

Penyelaras Cikgu Azrol Bin Abu Bakar

Setiausaha : Cikgu Nur Najmi Syamila Bt Mohd


Sakari
Ajk Pelaksana : Cikgu Edham Redza Bin Ahmad Foad
Ahli Jawatankuasa : Cikgu Suriani Binti Ahmad
: Ustazah Noraliza Bt Jamak
: Semua PPM

3
8. JAWATANKUASA KERJA

Perkara Bidang tugas Tindakan

Buku Program  Menyediakan buku program


Cikgu Suriani
sijil  Menyediakan sijil penyertaan dan Ustazah Noraliza
penghargaan.
Fotografi dan  Mengambil gambar sepanjang aktiviti Cikgu Najmi
videografi  Menyediakan video selepas aktiviti

Poster Menyediakan poster-poster sebelum aktiviti. Puan Fatihah


(PPM)

Kebersihan  Menyediakan peti pertolongan cemas Puan Mazni & Puan


dan  Menyediakan plastik sampah Norasida
keselamatan  Mengawal selia murid sepanjang aktiviti (PPM)

Peralatan dan  Memastikan lembaran kerja lengkap Cikgu Azrol


tempat  Memastikan peralatan dan bahan mencukupi

PA Sistem  Memastikan tempat aktiviti selamat dan sesuai Cikgu Edham


 Menyediakan PA Sistem di venue yang
dicadangkan.

4
9. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan : PCG-TERAS

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan : RM 670.00

SUMBER
PERKARA KUANTITI ANGGARAN SEUNIT JUMLAH RM
KEWANGAN
Hadiah pertandingan Puzzle
Matematik 5 RM 20.00 RM 100.00
Hadiah pertandingan teka
silang kata 5 RM 20.00 RM 100.00
Hadiah pertandingan teka
gula-gula 5 RM 20.00 RM 100.00
Hadiah pertandingan
Sukaneka Sains PCG-
4 RM 40.00 RM 160.00 TERAS
(berkumpulan)
Cenderamata berbentuk alat
tulis 35 RM 5.00 RM 175.00

Sijil 35 RM 1.00 RM 35.00

JUMLAH RM 670.00

10. PENUTUP
Program Minggu Sains dan Matematik ini diharapkan dapat memberikan input
berguna kepada murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Sekolah Kebangsaan
Tanjung Puteri Resort sebagai pelengkap kepada kurikulum KSSR Pendidikan Khas
di sekolah di samping menimba ilmu baru yang boleh diketengahkan dalam konteks
pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

5
Disediakan Oleh: Disemak oleh:

………………………………………………. ……………………………………………………

Nama : CIKGU AZROL BIN ABU BAKAR Nama : CIKGU NORHAYATI BT KHAMIS
Jawatan : PENYELARAS PROGRAM Jawatan : GURU PENOLONG KANAN PPKI
Nama Sekolah : SK TG PUTERI RESORT Nama Sekolah : SK TG PUTERI RESORT
Tarikh : 02 MAC 2024 Tarikh : 02 MAC 2024

6
KERTAS CADANGAN
MINGGU SAINS DAN MATEMATIK PPKI 2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Minggu Sains Dan Matematik Pendidikan Khas


2024

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Minggu Sains Dan Matematik Pendidikan


Khas 2024

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

……………………….
(HAJI JAIDI BIN ALI)
Guru Besar
SK Tanjung Puteri Resort

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai