Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI SATU

JALAN MASJID,
30200 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON : 05-5260408

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2014


KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN TAHUN 5

1. Pengenalan

Bengkel ini dirancang untuk meningkatkan prestasi peperiksaan akhir tahun 5


2014 bagi SK Manjoi Satu. Program yang dirancang oleh Unit Kurikulum
diharap dapat memantapkan dan menyediakan peserta dari segi fizikal, emosi
dan rohani serta intelektual bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun yang
bakal menjelang. Seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam
semua mata pelajaran teras. Melalui bengkel ini murid-murid akan
didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.

2. Matlamat

Matlamat bengkel ini adalah bagi memberikan pendedahan terhadap bentuk-


bentuk soalan dan teknik menjawab soalan teras. Di samping dapat
meningkatkan peratus kelulusan peperiksaan akhir tahun Sekolah
Kebangsaan Manjoi Satu.

3. Rasional

Memandangkan setiap peperiksaan memerlukan pengetahuan yang luas dan


kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberikan. Justeru ,
kebanyakan daripada murid mempunyai masalah dalam proses memahami
dan menjawab dalam memberikan jawapan yang betul. Pemasalahan ini
menyebabkan ramai di kalangan murid luar bandar khususnya gagal dalam
memberikan jawapan yang baik dan berkesan. Ramai di kalangan mereka
gagal dalam beberapa mata pelajaran yang berbentuk penulisan terutamanya
dalam subjek Bahasa Inggeris yang banyak menggunakan istilah-istilah yang
sukar difahami atau dihafal.
Menyedari hakikat ini, Unit Kurikulum mengambil satu insiatif dan
merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan Bengkel Teknik Menjawab
Soalan Tahun 5 secara sistematik dan berkesan Melalui Program
Kecemerlangan Akademik. Seterusnya bengkel ini akan diadakan setiap
tahun.
4. Objektif bengkel

Pada akhir bengkel ini para pelajar dapat :

4.1 Membina keyakinan diri dalam menjawab soalan-soalan teras.


4.2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menjawab
soalan-soalan sebenar peperiksaan akhir tahun
4.3 Membantu meningkatkan peratus pencapaian keseluruhan
peperiksaan akhir tahun sekolah.

5. Pelaksanaan

5.1 Tarikh : 29 September - 2 Oktober 2014

5.2 Hari : Isnin hingga khamis

5.3 Tempat : Makmal Komputer SK Manjoi Satu

5.4 Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

5.5 Sasaran : 80 orang murid Tahun 5

5.6 5.6 Penceramah Undangan : Guru Matapelajaran dan Guru


Pemeriksa Peperiksaan UPSR
5.7 Subjek : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains
5.8 Pengisian : Ceramah dan Bengkel

6. Jawatan Kuasa Pengelola


Jawatankuasa Induk Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tahun 5 2014

Pengerusi : En. Yusof b. Yeop Yunus


(Guru Besar SK Manjoi Satu)
Naib Pengerusi : Pn. Noriah bt. Sibon
( PK Pentadbiran)
: Pn. Farasmini bt. Omar
(PK HEM)
Setiausaha : Pn. Noor Shihaza bt. Shadan
Bendahari : Pn. Mardiana bt. Kamil
AJK : Semua Guru tahun 5

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran : Pn. Noor Syapura bt. Said


Penyediaan bahan : Guru-guru Penceramah
Pengacara Majlis : En. Zakaria b. Noor Din
Siaraya : En. Mohd Faiza b. Mat Saman
Cenderahati : Pn. Sharifah Junita bt. Syed Amir
Disiplin murid : Pn. Nurmanja bt. Abdul Rahman
En. Mohd Nasri b. Abdullah
Cik Saadiah bt. Abdul Rahman
Jamuan : Pn. Norhayati bt. Yaacob
Cik Balbir Kaur a/p Charan Singh
Buku Program : Pn. Noor Azira bt. Mohd Basri
Juru Foto : Cik Nurul Shahfinas bt. Ismail
Urusan Penceramah : Pn. Noriah bt. Sibon

7. Anggaran bajet

7.1 Perbelanjaan
Bil Perkara Bil Unit Jum./RM

01 Makanan/Minuman RM 1.25 x 4 hari RM


murid x 80 orang 400.00
Jumlah RM
400.00

7.2 Sumber Pendapatan


Bil Perkara Jum/RM

01 SUWA / Kantin RM
400.00
Jumlah RM
400.00

8. Jadual Pelaksanaan
Rujuk lampiran 1
9. Penutup

Dengan adanya Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tahun 5 ini diharapkan


dapat memberikan satu pengalaman yang amat berharga bagi murid-murid
tahun 5 seterusnya dapat diaplikasikan semasa menjawab soalan peperiksaan
akhir tahun nanti. Bengkel ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan akademik sekolah ini. Akhirnya prestasi keputusan
peperiksaan akhir tahun 2014 nanti lebih cemerlang dari tahun-tahun
sebelumnya.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

………………………………………………… …………………………………………..
(PN. NOOR SHIHAZA BT SHAHDAN) (EN. YUSOF B YEOP YUNUS)
Setiausaha Peperiksaan Dalaman Guru Besar
Sek. Keb. Manjoi Satu Sek. Keb. Manjoi Satu
Lampiran 1
8.0 Jadual Perlaksanaan Bengkel Teknik menjawab Soalan Tahun 5

TARIKH HARI MASA SUBJEK PENCERAMAH SEKOLAH JAWATAN

29 Sept Isnin 8.00 Bahasa En. Suzaini b. SK Manjoi Guru


2014 pg. Melayu Samsudin Satu Bahasa
hingga Melayu
12.30 Tahun 6
tgh.

30 Sept Selasa 8.00 Matematik Cik Noor SK Manjoi Pemeriksa


2014 pg. Aisyah bt. Satu Kertas
hingga Samiun Soalan
12.30 UPSR
tgh. Matematik

1 Okt Rabu 8.00 Bahasa Pn. Sharifah SK Manjoi Pemeriksa


2014 pg. Inggeris Junita bt. Syed Satu Kertas
hingga Amir Soalan
12.30 UPSR
tgh. Bahasa
Inggeris

2 Okt Khamis 8.00 Sains Pn. Nurmanja SK Manjoi Pemeriksa


2014 pg. bt. Abdul Satu Kertas
hingga Rahman Soalan
12.30 UPSR
tgh. Sains

8.00 hingga 10.00 pg. - Ceramah Teknik Menjawab Soalan

10.00 hingga 10.20 pg. - Rehat

10.30 hingga 12.30 tgh. - Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Anda mungkin juga menyukai