Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB ADAB WA BALAGHAH


SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAHMUDI

1.0 LATAR BELAKANG


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik mata
pelajaran Adab Wa Balaghah Sekolah Menengah Agama Al-Mahmudi. Program ini
merupakan kesinambungan daripada program Panitia Adab Wa Balaghah seperti tahun-
tahun sebelum ini.

2.0 RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada pelajar mengenai teknik menjawab Adab Wa Balaghah bagi
pelajar tingkatan 5.
2.2 Membantu pelajar-pelajar membuat ulangkaji secara bijak dengan adanya modul
yang disediakan.
2.3 Membantu guru-guru Adab Wa Balaghah berkongsi ilmu bagi menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan berkesan dengan
cara ‘perkongsian pintar’ untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Adab Wa
Balaghah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu murid-murid menjawab soalan Adab Wa Balaghah dengan cemerlang
dalam peperiksaan SPM.
3.2 Membantu murid-murid mengulangkaji mata pelajaran Adab Wa Balaghah
menggunakan modul yang disediakan.
3.3 Membantu guru-guru Adab Wa Balaghah menjalankan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan input-input yang berguna bagi memantapkan P&P
Adab Wa Balaghah dengan cara perkongsian pintar .

4.0 PROGRAM
Ceramah Teknik Menjawab Soalan Adab Wa Balaghah SPM 2022.

5.0 SASARAN
19 orang pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Agama Al-Mahmudi.

6.0 BILANGAN PESERTA / GURU


19 orang pelajar tingkatan 5 Ibnu Rusyd dan 1 orang guru mata pelajaran.
7.0 CADANGAN PROGRAM
Tarikh : 5 November 2022 ( Sabtu )
Masa : 8.30-11.00 Pagi
Tempat : Kelas Tingkatan 5 SMA Al-Mahmudi

8.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Sabtu (5 Nov 2022)

8.00 pagi - Pelajar mengambil tempat


8.30 pagi - Seminar Teknik Menjawab soalan Adab Wa Balaghah
Tingkatan 5
9.30 pagi - Rehat
10.00 pagi - Bengkel Teknik Menjawab
11.00 pagi - Bersurai

Catatan: Semua aktiviti adalah tertakluk kepada perubahan semasa

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tn. Hj Mohd Anis Bin Dato’ Hj. Mahmud


Pengetua SMA Al-Mahmudi

Timbalan Pengerusi : Dr. Ikbal Zahin bin Mohamed


Penolong Kanan Pentadbiran SMA Al-Mahmudi

Naib Pengerusi 1 : En. Rostam bin Ishak


Penolong Kanan HEM,SMA Al- Mahmudi

Naib Pengerusi 2 : Pn. Nahariah Bt. Hassan


Penolong Kanan Ko-kurikulum,SMA Al- Mahmudi

Penyelaras : Pn. Nur Ayuni Binti Abdullah

AJK Cenderamata & : Pn. Nur Ayuni Binti Abdullah


Sijil

AJK P.A Sistem & : Ahmad Afiq Daniel Bin Mohd Fadil
Persiapan Tempat Muhammad Anas Fiqrielhazim Bin Alias

AJK Makanan : Pn. Nur Ayuni Binti Abdullah


9.0 PERBELANJAAN

Perkara Kuantiti Jumlah


1. Makanan RM 7 X 2 orang RM 14
2. Bayaran penceramah
SPM RM 250 X 1 orang RM 250

Jumlah RM 264

10.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai program ini, dapat membantu pelajar-pelajar menjawab soalan
Adab Wa Balaghah dengan cemerlang semasa peperiksaan SPM nanti.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………….... ……………………………………………
Pn. Nur Ayuni Binti Abdullah Tn. Hj. Mohd Anis Bin Dato’ Hj. Mahmud
Penyelaras Pengetua
SMA Al-Mahmudi

Anda mungkin juga menyukai