Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROJEK:

PROJEK INTERNSHIP

Sukaneka
Tautan Kasih

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT


TARIKH : 13 MAC 2018 (SELASA)
ANJURAN : GURU PELATIH PISMP PAKK JUN 2014
(INTERNSHIP IPG KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU, MELAKA)
1.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah suatu aktiviti bermain dan beriadah yang menyeronokkan untuk
mengisi masa lapang. Permainan sukaneka memainkan peranan yang penting dalam
Pendidikan fizikal murid-murid prasekolah. Selain dapat menghiburkan para peserta,
permainan sukaneka turut menyumbang dalam perkembangan dan pertumbuhan para
peserta terutama dari aspek fizikal dan sosial. Tambahan pula, menerusi permainan
sukaneka, para peserta dapat meningkatkan kepantasan, daya tenaga, ketangkasan,
kemahiran fizikal (motor kasar dan motor halus), semangat bersaing dan game sense dalam
diri mereka. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan
pengetahuan kepada guru pelatih selaku penganjur dalam pengelolaan sesuatu
pertandingan seperti ini.

Selain itu, para peserta aktiviti sukaneka juga dapat memupuk hubungan yang erat di
antara satu sama lain sepanjang terlibat dengan permainan yang dijalankan. Aktiviti
sukaneka yang melibatkan kumpulan juga dapat membentuk satu pertalian dan jalinan
ukhwah di antara peserta. Justeru, program sukaneka ini juga amat sesuai dijadikan sebagai
satu wadah untuk memberi peluang kepada murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan
Paya Rumput untuk bergaul dan berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru-guru
pelatih internship IPGK PM akan mengambil peluang ini untuk melaksanakan satu program
Sukaneka Tautan Kasih bersama-sama murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Paya
Rumput, yang terdiri daripada dua buah kelas iaitu Pra Inovatif dan Pra Kreatif. Program ini
juga diharapkan agar dapat memberikan pengalaman bermakna kepada guru pelatih IPG
Kampus Perempuan Melayu.

2.0 RASIONAL

Pelaksanaan Sukaneka Tautan Kasih ini tercetus apabila Sukaneka RIMUP yang
telah dirancang tidak dapat dilaksanakan atas beberapa kekangan yang tidak dapat
dielakkan. Antara kekangan yang telah dialami adalah dari segi kewangan dan prosedur
pelaksanaan aktiviti yang melibatkan sekolah lain. Oleh itu, bagi meneruskan program
internship, kami telah memilih untuk melaksanakan aktiviti sukaneka bersama-sama murid
prasekolah Sekolah Kebangsaan Paya Rumput seramai 50 orang melibatkan dua buah
kelas prasekolah. Program Sukaneka Tautan Kasih ini diharapkan dapat mengeratkan
lagi hubungan murid kedua-dua kelas tersebut.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif program Sukaneka Tautan Kasih ini dilaksanakan adalah seperti yang
berikut:
i) Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid-murid prasekolah Sekolah
Kebangsaan Paya Rumput.

ii) Menyediakan peluang kepada murid prasekolah untuk bergaul dan berinteraksi di
antara satu sama lain.

iii) Menyemai dan memupuk perpaduan dalam kalangan murid prasekolah.

iv) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah bagi memenuhi tugasan internship IPGK PM.

v) Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan kepada sekolah.

vi) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan
sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai
guru sebenar pada masa akan datang.

4.0 SASARAN
Murid-murid prasekolah Pra Inovatif dan Pra Kreatif

5.0 BILANGAN PESERTA


Pra Inovatif (25 orang)
Pra Kreatif (25 orang)

6.0 KETERANGAN PROGRAM


4.1 Tarikh : 13 Mac 2018 (Selasa)
4.2 Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
4.3 Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Paya Rumput

4.4 Tentatif :

MASA PERKARA
 Pendaftaran peserta
 Pembahagian kumpulan
8.00 pagi (murid akan dicampurkan dan dibahagikan kepada
5 kumpulan)

8.15 pagi Aktiviti sukaneka dimulakan:


 Bawa bola ping pong menggunakan botol
 Cari gula-gula dalam tepung
 Baling belon air ke dalam gelung
 Isi air dalam botol menggunakan span

Penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta


9.30 pagi

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Perkara Harga/Kos

1. Hadiah peserta RM 70.00

2. Cenderamata kepada sekolah RM 20.00

3. Bahan-bahan untuk sukaneka RM20.00


Bahan terpakai untuk aktiviti
4. -
sukaneka
-
5. Alatan sukan (stor sukan
sekolah)
8.0 SUMBER KEWANGAN Jumlah RM 110.00
Sumbangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

9.0 AHLI JAWATANKUASA

9.1 Jawatankuasa induk/pengurusan

Penaung : Puan Noor Azimah binti Amat


(Guru Besar SK Paya Rumput)

Penasihat 1 : Tuan Syed Hussain bin Syed Ismail


(GPK Pentadbiran SK Paya Rumput)

Penasihat 2 : Puan Hajah Bahariah binti Abdul Hamed


(GPK Hal Ehwal Murid SK Paya Rumput)

Penasihat 3 : Encik Abdul Mutalib bin Awang


(GPK Kokurikulum SK Paya Rumput)
Penasihat 4 : Puan Rohana binti Mohd Som
(GPK Pendidikan Khas SK Paya Rumput)

Penyelaras program : Puan Zuhaidah binti Abdullah


(Mentor guru pelatih IPGK PM)

Setiausaha : Siti Aisyah binti Ab Hamid


(Guru pelatih IPGK PM)

Naib Setiausaha : Nashlyn binti Sapai’ee


(Guru pelatih IPGK PM)

Bendahari : Puan Nur Atiqah binti Mahmod


(Guru prasekolah SK Paya Rumput)

9.2 Jawatankuasa pelaksanaan

Jawatankuasa brosur : Puan Nur Izwah Binti Abdul Halim


(Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah)

Jawatankuasa dokumentasi : Nashlyn binti Sapai’ee


dan jurugambar (Guru pelatih IPGK PM)
Jawatankuasa persediaan :Cik Nur Shahirah Nazurah binti Ramli
tempat dan bahan (Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah)

Jawatankuasa keselamatan, : Puan Nur Atiqah binti Mahmod


kebajikan dan kecemasan (Guru prasekolah SK Paya Rumput)

Jawatankuasa hadiah dan :Puan Nur Izwah Binti Abdul Halim


cenderamata (Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah)

Jawatankuasa pengadilan : Puan Zuhaidah binti Abdullah


(Mentor guru pelatih IPGK PM)
10.0 PERANCANGAN PROGRAM

Bil. Aktiviti Catatan Tindakan


Perbincangan mengenai aktiviti
1. sukaneka yang akan dilaksanakan. Semua guru pelatih

Perbincangan dan pemilihan


bersama pihak pentadbiran untuk
2. khidmat nasihat bagi mendapat Kertas Cadangan Semua guru pelatih
kelulusan daripada Guru Besar.

3. Pembinaan kertas kerja Kertas kerja Setiausaha

Memaklumkan dan mengundang Pra


4. Surat jemputan Setiausaha
Inovatif dan Pra Kreatif
Pemilihan aktiviti dan permainan yang
5. brainstorming
akan diadakan semasa sukaneka Semua guru pelatih

Penyediaan hadiah untuk peserta dan 50 peserta


6. Semua guru pelatih
cenderamata guru

Pengumpulan bahan terpakai untuk


7. -botol terpakai Semua guru pelatih
aktiviti sukaneka

Peminjaman alatan dari stor sukan


8. Unit sukan Setiausaha
SK Paya Rumput

9. Persiapan tempat Padang sekolah Semua guru pelatih

10. Sukaneka RIMUP diadakan 13 MAC 2018 Semua guru pelatih

Guru pelatih dan


11. Refleksi dan dokumentasi Kertas Dokumentasi
penyelaras program

11.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan program yang
akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Perempuan Melayu. Kami berharap
program Sukaneka Tautan Kasih ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek
seperti ini akan memberikan satu pengalaman yang bermakna kepada guru-guru pelatih
mengenai pengurusan aktiviti di sekolah di samping mengeratkan hubungan antara guru
pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Paya Rumput. Semoga projek yang bakal
dilaksanakan ini dapat meningkatkan lagi semangat kekitaan dalam kalangan warga
Sekolah Kebangsaan Paya Rumput.

Anda mungkin juga menyukai