Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELUPID

TELUPID, SABAH

KERTAS KERJA

SUKANEKA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

TARIKH :
22 MEI 2023

TEMPAT :
DEWAN TERBUKA
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELUPID

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELUPID
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penaung
Encik Dominic Nara
(Guru Besar SK Pekan Telupid)

Penasihat I
Encik Razi Sgt Yunus @ Mohd Yunus
Penolong Kanan Kokurikulum

Penasihat II
Puan Zainab Ag. Dullah
Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum)

Penasihat III
Puan Wiwean Sangau
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pengerusi
Puan Noor Zaineh binti Wailin
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Pengurus Sukaneka PPKI


Cik Nur Syahzananie binti Zambri

Bendahari
Puan Jrrenye binti Jastine

AJK
Guru-guru PPKI
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI
Hakim yang dilantik dalam kalangan guru perdana
1.0 PENGENALAN

Sukaneka Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini dilaksanakan untuk tujuan
memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan menggembirakan kepada para
murid pendidikan khas yang menyertai pertandingan. Program ini juga menjurus
kepada pendedahan murid pendidikan khas tentang persaingan sihat dalam
kalangan rakan sekelas dan meningkatkan keyakinan untuk menonjolkan bakat dan
kebolehan di khalayak ramai. Secara tidak langsung, program ini dapat memupuk
semangat kesukanan dalam diri murid pendidikan khas disamping memberikan fokus
kepada motor halus dan motor kasar setiap individu. Melalui aktiviti yang telah
dirancang, para murid pendidikan khas juga akan didedahkan kepada peraturan dan
pelbagai jenis kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Murid pendidikan khas dapat memperolehi pengalaman yang menyeronokkan


dan menggembirakan.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid pendidikan khas tentang persaingan
sihat dalam kalangan rakan.
2.3 Memupuk keyakinan diri dalam kalangan murid pendidikan khas untuk
menonjolkan bakat dan kebolehan diri.
2.4 Murid dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan
sebenar.

3.0 SASARAN

Sukaneka PPKI ini melibatkan semua murid pendidikan khas, guru-guru pendidikan
khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta beberapa orang guru perdana
yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa pelaksana.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Program Minggu Pendidikan Khas ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Mei 2023


Masa : 6.50 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Pekan Telupid
5.0 CADANGAN AKTIVITI PROGRAM

Antara aktiviti yang dicadang untuk dilaksanakan pada Sukaneka PPKI adalah:

1. Getah dan Straw


Murid membawa gelung getah menggunakan straw secara bergilir-gilir.
Kumpulan yang mengumpulkan gelung getah paling banyak dalam tempoh
masa yang diberikan adalah pemenang.
2. Boling Kelapa
Setiap ahli kumpulan diberikan satu kali peluang untuk membalingkan boling
kelapa. Satu botol yang dijatuhkan dikira sebagai satu mata. Kumpulan yang
berjaya mengumpulkan mata paling banyak dikira sebagai pemenang.
3. Isi Air dalam Botol
Setiap ahli kumpulan mengisikan air ke dalam botol yang disediakan
menggunakan span secara bergilir-gilir. Kumpulan yang mempunyai jumlah air
yang paling banyak adalah pemenang.
4. Balingan Belon Air
Belon air akan disediakan dalam jumlah yang banyak dan murid membalingkan
belon air secara bergilir-gilir sehingga ke ahli kumpulan yang terakhir. Kumpulan
yang berjaya mengumpulkan belon air yang paling banyak adalah pemenang.

6.0 TENTATIF PROGRAM


MASA AKTIVITI AJK YANG TERLIBAT
6.50 - 7.20 am Pendaftaran peserta  Guru pendidikan khas
 PPM
7.20 - 7.30 am Pembahagian ahli  Pengurus Sukaneka PPKI
kumpulan  PPM
7.30 - 8.00 am Aktiviti Getah dan Straw  Puan Noor Zaineh binti Wailin
 PPM
 Hakim yang telah dilantik
8.00 - 8.30 am Aktiviti Boling Kelapa  Puan Jrrenye binti Jastine
 PPM
 Hakim yang telah dilantik
8.30 - 9.00 am Aktiviti Isi Air dalam Botol  Puan Callina Marcus
 PPM
 Hakim yang telah dilantik
9.00 - 9.30 am Aktiviti Balingan Belon Air  Cik Nur Syahzananie binti
Zambri
 PPM
 Hakim yang telah dilantik
9.30 - 10.30 am Rehat  Guru pendidikan khas
 PPM
10.30 - 11.30 am Majlis Penutup dan  AJK Hadiah
Penyampaian Hadiah
11.30 am Bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Program Sukaneka PPKI melibatkan beberapa kos untuk membeli bahan, peralatan
dan hadiah pemenang. Beberapa bahan kitar semula juga akan digunakan seperti
botol air terpakai dan buah kelapa.

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


Straw plastik x 1 paket 5.00
Gelung getah x 1 paket 12.00
Span x 3 paket 15.00
Belon x 5 paket 100.00
Sports cone x 12 60.00
Portable microphone speaker x 3 150.00
Jumlah RM 342.00

7.0 PENUTUP

Diharapkan Sukaneka PPKI ini dapat memberikan impak yang bermakna kepada
murid pendidikan khas dan individu yang terlibat. Disamping pelaksanaan program
ini diharapkan dapat membantu dalam perkembangan murid dari segi jasmani,
emosi, rohani dan mental. Murid pendidikan khas juga diharapkan lebih berminat
untuk melibatkan diri dalam mana-mana pertandingan pada masa hadapan.
Disediakan oleh,

….……………………………………………..
(CIK NUR SYAHZANANIE BINTI ZAMBRI)
Pengurus Sukaneka PPKI,
SK Pekan Telupid.

Disemak oleh,

….………………………………………
(PUAN NOOR ZAINEH BINTI WAILIN)
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),
SK Pekan Telupid.

Disahkan oleh,

….…………………………
(ENCIK DOMINIC NARA)
Guru Besar,
SK Pekan Telupid.

Ulasan:

Anda mungkin juga menyukai