Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN RAKYAT


DAN
MAKANAN TRADISIONAL
PRASEKOLAH SRK SERI INDERA
2018

TARIKH:
12 MEI 2018 ( SABTU )

MASA:
7.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI

TEMPAT:
SRK SERI INDERA

DENGAN KERJASAMA:
JAWATANKUASA SARANA PRASEKOLAH

1
1.0. NAMA PROGRAM
1.1. Karnival Sukan Rakyat danMakananTradisional SRK Seri Indera 2018

2.0 RASIONAL PROGRAM


2.1 Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang canggih seperti 
permainan komputer  merupakan  ancaman  kepada permainan tradisional di
mana melahirkan tanggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan
arus zaman. Perkara ini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan
kian melupakan cara atau kaedah sesuatu permainan tradisional dimainkan.
Sehubungan dengan itu, untuk mengembalikan kegemilangan permainan
tradisonal dan memperkenalkan makanan tradisional di kalangan murid
prasekolah dalam aktiviti Karnival Sukan Rakyat dan Makanan Tradisional.
.

3.0 MATLAMAT PROGRAM

3.1 Matlamat karnival ini diadakan adalah untuk mengembalikan kegemilangan


sukan rakyat dan memperkenalkan makanan tradisional masyarakat Melayu
kepada murid. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk semangat
kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Aktiviti
permainan yang dijalankandapatmembentuksikpdanamalanpositif di kalangan
peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.Aktiviti yang dijalankan juga
secara tidak langsung dapat menjadikan peserta aktif dan seronok dalam
menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Program ini bertujuan untuk memperkenalkan beberapa jenis permainan


tradisional dan makanan tradisional kepada murid
4.2 Membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai daya
saing untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan
sebaya, bersungguh-sungguh dan sebagainya.
4.3 Menanamkan sikap rajin berusaha dan bersaing secara sihat. Menanam konsep
ganjaran dan siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya.
4.4 Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk
interaksi yang sihat di kalangan murid prasekolah, guru serta ibu bapa daripada
pelbagai latar belakang kaum dan agama ke arah melahirkan satu bangsa dan
negara yang kuat melalui aktiviti berbentuk komuniti.
2
5.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

5.1 Cadangan tarikh pelaksanaan adalah seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 12 Mei 2018 ( Sabtu )


Tempat : SRK Seri Indera
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tgh

6.0 KUMPULAN SASARAN

i. Murid-murid prasekolah SRK Seri Indera


ii. Guru dan PPM
iii. Ibu bapa / penjaga (sarana)

7.0 ACARA
7.1 Permainan Dalaman
 Congkak
 Batu Seremban
 Dam Aji
 Dam Ular

7.2 Permainan Luar


 Ketinting
 Bowling Kelapa
 Kasut Tempurung
 Tuju Tin
 Tarik Upih

8.0 TENTATIF PROGRAM

3
8.1 Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh Masa Aktiviti/Perkara Catatan
7.30 pagi Pendaftaran peserta dan ketibaan ibu
bapa
12 MEI
2018 8.20 pagi Ketibaan tetamu VIP
(Sabtu)
8.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri
Perlis

8.45 pagi Kata Kata Aluan Pengacara Majlis

9.00 pagi Bacaan doa

9.10 pagi Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengarah


Pendidikan Perlis
Gimik Pelancaran ’Kasut Tempurung’

9.30 pagi Jamuan makan VIP


-Memperkenalkan makanan tradisional
9.40 pagi Sukan Rakyat bermula.
i. Permainan Dalaman
Stesen 1 : Congkak
Stesen 2 : Batu Seremban
Stesen 3 : Dam Aji
Stesen 4 : Dam Ular

ii Permainan Luar
Stesen 1 : Ketinting
Stesen 2 : Bowling Kelapa
Stesen 3 : Kasut Tempurung
Stesen 4 : Tuju Tin
Stesen 5 : Tarik Upih

11.30 pagi Acara waris


’Kukuq Nyoq’
12.00 Majlis Penyampaian hadiah
tengahari
12.30 Majlis Bersurai
tengahari 4
9.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Noorizah binti Shuid


(Guru Besar SRK Seri Indera)

Timb. Penasihat : En. Shaharuddin bin Khalib


(Pen. Kanan Koku SRK Seri Indera)

Penyelaras : Pn. Noor Azizah binti Abu Seman


(Guru Pra Dinamik)

Setiausaha : Pn. Mazlinda binti Mansor


(Guru Pra Inovatif)

Bendahari : Pn. Wan Rokiah binti Wan Jaafar


(KPT SRK Seri Indera)

AJK : Pn. Rozita binti Baharom


(PPM Pra Dinamik)

Pn. Suhaila binti Hussein


(PPM Pra Inovatif)

Pn. Faizah binti Mahmud


(Guru Agama)

Pn. Huda binti Kamaruddin


(Guru Agama)

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Anggaran perbelanjaan

JUMLAH
BIL PERKARA/PERBELANJAAN
[RM] CATATAN
Ibu/Waris/Penjaga
1.0 Pengangkutan Tiada Kos menghantar sendiri
5
terlibat murid-murid ke
lokasi
Peruntukanwang
2.0 Makanan dan minuman Tiada kos KOKO /PCG
terlibat prasekolahmasing-
masing

3.0 Hadiah MURID RM150.00


(50 orang murid x RM3.00)

4.0 Hadiah ACARA WARIS RM15.00


( 5 orang x RM3.00)

5.0 Jamuan VIP RM15.00


(RM5.00 x 3 orang)

6.0 Cenderamata VIP RM36.00


(RM18.00 x 2 orang)

7.0 Banner RM84.00 Backdrop

JUMLAH KESELURUHAN RM300.00

11.0 PENUTUP
Dengan adanya program Sukan Rakyat ini, kebolehan dan potensi kanak-kanak dalam
bidang sukan akan dapat ditonjolkan. Ibu bapa juga akan lebih memahami minat dan
kebolehan anak-anak melalui aktiviti ini. Diharapkan dengan sukan rakyat ini akan
dapat menanamlan minat dalam diri kanak-kanak untuk bidang sukan.

6
Disediakan oleh, Disemak oleh,

MAZLINDA BINTI MANSOR


Setiausaha AJK Prasekolah,
SRK Seri Indera,
01000 Kangar, Perlis.

Anda mungkin juga menyukai