Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO PERMAISURI

98000 MIRI, SARAWAK.

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN TEN PIN BOLING PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(PPKI)

BERMASALAH PENDENGARAN

TEMPAT :
MEGALANE BOWLING CENTRE,

BINTANG PLAZA MEGAMALL

Tarikh :
9/8/2019

(JUMAAT)

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

BERMASALAH PENDENGARAN.
KERTAS KERJA

PERTANDINGAN TEN PIN BOLING PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


INTEGRASI (PPKI)

BERMASALAH PENDENGARAN

1. PENGENALAN

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi
pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-
kanak tersebut. Keperluan untuk mengajar kemahiran bersukan kepada murid masalah
pendengaran adalah menjadi satu tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat.

2. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan tentang konsep pelaksanaan
Pertandingan Ten Pin Boling bagi melatih pelajar mengambil tindakan yang wajar dalam
menangani cabaran bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah
Pendengaran Tahun 2019, Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri.

Pelajar-pelajar berkeperluan khas bermasalah pendengaran seharusnya seiring


dengan matlamat Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, pelajar-pelajar berkeperluan khas
bermasalah pendengaran memerlukan pendekatan pendidikan yang sesuai dan seiring
dengan perkembangan semasa.

3. LATAR BELAKANG PROGRAM

3.1 Permainan Ten Pin Boling ini merupakan satu kemahiran yang penting dalam
mengajar kemahiran bermain dan kemahiran menyelesaikan masalah kepada
seseorang. Justeru itu, Aktiviti bermain ini merupakan salah satu medium untuk
memberi peluang kepada murid masalah pendengaran belajar kemahiran
menyelesaikan masalah.

3.2 Sebelum ini, aktiviti sukan ini kurang dilaksanakan di kelas Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pendengaran. Murid hanya
belajar ilmu dari buku sahaja. Sebagaimana yang kita ketahui, mempraktikan
diri dalam aktiviti bermain membolehkan murid lebih minat dan cepat
menguasai kemahiran dalam proses belajar.

3.3 Pertandingan Ten Pin Boling ini akan diadakan pada 9/8/2019 (Jumaat) pada
pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
4. OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para pelajar akan dapat :

4.1 Menggalakkan pelajar berkeperluan khas bermasalah pendengaran menceburi


diri dalam aktiviti luar kelas.

4.2 Memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara pelajar


dengan melalui aktiviti sukan.

4.3 Meningkatkan keyakinan diri pelajar berkeperluan khas bermasalah


pendengaran.

4.4 Mengenal pasti potensi diri dan langkah-langkah untuk mengembangkan


potensi diri.

4.5 Mengambil tindakan yang wajar dalam menangani cabaran semasa bermain.

5. SASARAN PESERTA

5.1 Para pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Dato Permaisuri,
Miri. (20 orang)

5.2 Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid di PPKI SMK Dato Permaisuri,
Miri. (6 orang )
6. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

BIL JAWATANKUASA TINDAKAN BIDANG TUGAS CATATAN


1 Pengerusi Cikgu Haslinda Binti -Memberi nasihat untuk
Haji Jedi (Pengetua) program yang akan
dijalankan
2 Penyelaras Cikgu Nurulhuda Binti -Memberi taklimat
Program Mahmud Taridi kepada murid yang
terlibat
-Memantau dan
memastikan perjalanan
program dijalankan
dengan lancar.
3 Setiausaha -Cikgu Noorafidah -Mengumpul segala
Binti Zakaria maklumat untuk program
yang akan dijalankan.
-Mendokumentasikan
laporan

4 Bendahari Cikgu Nor Adiah Binti-Mengurus urusan


Mohd Adam kewangan program
5 Kebajikan Pn. Rosimawati Bt Sili
-Menjaga kebajikan
pelajar
6 Keselamatan Cikgu Mohamad Faizal -Memastikan keselamatan
guru dan semua pelajar
sebelum, semasa dan
selepas sepanjang lawatan
berlangsung.
7 Peralatan dan Tyson Then Yiik Shen -Menyediakan peralatan
Kelengkapan Mathew Lah dan kelengkapan yang
diperlukan
8 Makanan dan Pn.Rosimahwati -Membuat tempahan dan
Minuman Nur Najwa Nabilah berurusan dengan katerer
Fiqriah Elyana
9 Kebersihan Maggie Paya Udau -Memastikan persekitaran
Evelyn Latai Anak terdekat bersih sebelum,
Juan semasa dan selepas
Chan Ling Kiat aktiviti
Erica Uchi
10 Fotografi Amanda Vinessa -Mengambil foto
Mohd Anuar Bin sepanjang program
Mohd Othman berlangsung
7. TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 Pertandingan Ten Pin Boling bagi pelajar-pelajar PPKI (Bermasalah


Pendengaran) akan diadakan pada :

Tarikh :9/8/2019 (Jumaat)


Masa :2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Megalane Bowling Centre, Bintang Plaza Megamall.

8. JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN TEN PIN BOLING

MASA AKTIVITI
12.00p.m -1.00 p.m Makan Tengahari
1.00 p.m –1.15 p.m Taklimat Keselamatan
1.15 p.m - 1.30 p.m Bertolak Ke Parkson
2.00p.m Pertandingan Ten Pin Boling
– 4.00 p.m
4.00 p.m – Minum petang dan Penyampaian Hadiah
5.00 pm
5.00 pm Bersurai
9. ANGGARAN PERBELANJAAN

NO BARANG YANG DIPERLUKAN HARGA SUMBER


KEWANGAN

1 Minum Petang ( 20 × RM5) RM 100.00


LPBT

3 Makan Tengah hari (20 ×RM10.00) RM200.00

Jumlah =RM300.00

Hadiah (Set Alat Tulis)


RM100 + RM80 + Matapelajaran
Johan = RM100.00 RM60 + RM40 + Wajib (PJPK)
4 RM20
Naib Johan = RM 80.00 =RM300.00

Ketiga = RM60.00

Keempat = RM40.00

Kelima = RM20.00

Jumlah =RM300.00
20 orang =
Perbelanjaan Ten Pin Boling RM16 ×20 Perbelanjaan
5 1 orang (3 game = RM 16 + kasut) = RM320 Sendiri.

Jumlah =RM320.00

Jumlah Keseluruhan RM 920.00

10. PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan pelajar-
pelajar berkeperluan khas bermasalah pendengaran yang seimbang dari segi rohani dan
fizikal. Begitu juga dengan para pelajar berkeperluan khas bermasalah pendengaran, besar
harapan pihak penganjur agar mereka dapat menguasai kemahiran dalam bermain, supaya
murid dapat berdikari selepas keluar dari sekolah. Apabila kemahiran menyelesaikan
masalah ditingkatkan, secara tidak langsung murid-murid ini akan lebih bermotivasi dan
dengan sendirinya akan terdorong untuk terus belajar.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

..................................................... .........................................

(Nurulhuda Binti Mahmud Taridi ) (Mohamad Faizal bin Bakar)


Guru, Penyelaras,
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),
Bermasalah Pendengaran, Bermasalah Pendengaran,
SMK Dato Permaisuri, 98000 Miri. SMK Dato Permaisuri, 98000 Miri.

Disahkan oleh :

.....................................................

( Haslinda Binti Haji Jedi ),


Pengetua,
SMK Dato Permaisuri, 98000 Miri.

Anda mungkin juga menyukai