Anda di halaman 1dari 4

SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH, PERAK

KERTAS KERJA

BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM

2022

ANJURAN & KELOLAAN:

PANITIA SAINS,

SMK JELAPANG JAYA, IPOH


KERTAS KERJA BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM

2022

SMK JELAPANG JAYA, IPOH


1.0 NAMA PROGRAM:

Bengkel Teknik Menjawab Sains Kertas 2 2022

2.0 PENDAHULUAN:

Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada
dari segi akhlak, akademik, kokurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang
akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam khususnya SPM 2022. Bagi
mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius
khususnya dari segi teknik-teknik menjawab,pembahagian masa dan soalan-soalan pencapaian yang
kerap disoal di dalam peperiksaan.

Menyedari hakikat inilah maka pihak Panitia Sains telah mengambil pendekatan untuk
mengadakan bengkel kecemerlangan Sains 2022 bagi membantu para pelajar menghadapi
peperiksaan SPM 2022

3.0 RASIONAL:

Kebanyakan pelajar yang tidak mencapai pencapaian cemerlang berpunca dari tidak
menguasai teknik menjawab dengan betul. Justeru adalah penting bagi pelajar menguasai teknik
menjawab peperiksaan dengan tepat dan betul sebelum menduduki peperiksaan SPM.

4.0 OBJEKTIF:

Selepas program ini dijalankan, adalah diharapkan semua pelajar dapat:

4.1 Menguasai teknik menjawab soalan dengan tepat.

4.2 Menjawab soalan peperiksaan dengan skema yang dikehendaki

4.3 Memvariasikan teknik menjawab soalan.

4.4 Membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik yang

betul.
4.5 Memperoleh keputusan cemerlang di dalam SPM.

5.0 SASARAN

123 orang pelajar Tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Sains Teras.

6.0 TARIKH , HARI DAN MASA

Tarikh Masa Tempat Penceramah

8 hb Dis 10.00 pm -1.50 pm Dewan Wawasan Puan Noor Azmah Binti Abdul
2022 Hadi

7.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En Zabri Bin Mat Basir (Pengetua)

Timbalan Pengerusi 1 : Pn Tuan Rohaiza Bt Tuan Lah

Timbalan Pengerusi 2 : Pn Norzita Bt Ismail

Penyelaras : Pn Siti Hajar Binti Mohd Dzuki

AJK : Pn.Amirah Bt Harun(Persiapan Tempat dan pendaftaran)

: Pn Kavitha A/P Gunasegaran ( Surat Jemputan)

8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH/ MASA PERKARA

8 hb Disember 2022

9.30-10.00 PENDAFTARAN

10.00-1.40 BENGKEL KECEMERLANGAN

1.40 -1.50 PENYERAHAN SIJIL PENCERAMAH DAN PENUTUP

1.50 BERSURAI
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER KEWANGAN

1 CENDERAHATI PENCERAMAH 300.00 RM300.00 PCG SAINS

2. MAKAN MINUM MURID 100 RM100.00 PCG SAINS


UNTUK PROGRAM

JUMLAH RM400.00

10.0 PENUTUP:

Kami meletakkan harapan yang tinggi terhadap kejayaan dan keberkesanan program ini.
Adalah diharapkan dengan berakhirnya bengkel ini, para pelajar memperoleh maklumat berguna
dan faham akan strategi menjawab soalan yang efektif bagi subjek Sains di dalam SPM yang
dijadualkan berlangsung kelak.

Disediakan oleh,

.......................................
(SITI HAJAR BT MOHD DZUKI)
KETUA PANITIA SAINS ,
SMK Jelapang Jaya,
30020 Ipoh,Perak.

Disemak Oleh,

.........................................................
(PN NORZITA BT ISMAIL)
GURU KANAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
SMK Jelapang Jaya

Disahkan oleh,

........................................................

(EN ZABRI BIN MAT BASIR)

Pengetua,
SMK Jelapang Jaya

Anda mungkin juga menyukai