Anda di halaman 1dari 6

SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH, PERAK

KERTAS KERJA

BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM

2023

ANJURAN & KELOLAAN:

PANITIA SAINS,

SMK JELAPANG JAYA, IPOH


KERTAS KERJA BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM

2023

SMK JELAPANG JAYA, IPOH


1.0 NAMA PROGRAM:

Bengkel Teknik Menjawab Spm Sains 2023

2.0 PENDAHULUAN:

Sekolah adalah tempat untuk melahirkan insan yang berprestasi tinggi dari aspek akademik mahupun
ko-kurikulum.Oleh itu dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian
sewajarnya sama ada dari segi akhlak, akademik, kokurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar
dalam bidang akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam khususnya SPM 2023.
Bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius khususnya dari segi teknik-teknik
menjawab,pembahagian masa dan soalan-soalan pencapaian yang kerap disoal di dalam peperiksaan.

Selari dengan hasrat tersebut, maka pihak Panitia Sains SMK Jelapang Jaya telah mengambil
inisiatif untuk mengadakan bengkel kecemerlangan Sains 2023 bagi membantu pelajar-pelajar menghadapi
peperiksaan SPM 2023 dengan lebih bersedia.

3.0 RASIONAL:

Berdasarkan analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu di dapati bahawa kebanyakan pelajar
Tingkatan 5 yang tidak mencapai pencapaian cemerlang berpunca daripada kurangnya penguasaan teknik
menjawab yang betul betul. Justeru adalah penting bagi pelajar menguasai teknik menjawab peperiksaan
dengan tepat dan betul sebelum menduduki peperiksaan SPM 2023 nanti.

4.0 OBJEKTIF:

Selepas program ini dijalankan, adalah diharapkan semua pelajar dapat:

4.1 Menguasai teknik menjawab soalan dengan tepat.

4.2 Menjawab soalan peperiksaan dengan skema yang dikehendaki

4.3 Memvariasikan teknik menjawab soalan.

4.4 Membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik yang

betul.
4.5 Memperoleh keputusan cemerlang di dalam SPM.

5.0 SASARAN

124 orang pelajar Tingkatan 5 dari kelas 5 SK1, 5 SK2, 5 SK3, 5 ST2 dan 5 ST3

6.0 TARIKH , HARI DAN MASA

Tarikh Masa Tempat Penceramah

30 8.30 pm -1.30 tengahari Makmal Sains 1 Pn.Noor Azmah Bt Abd Hadi


November
2023

7.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En Zabri Bin Mat Basir (Pengetua)

Timbalan Pengerusi 1 : Pn Anita Bt Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi 2 : Pn Norzita Bt Ismail

Penyelaras : Pn Siti Hajar Bt Mohd Dzuki

AJK : Pn.Kavitha A/P Gunasagaran (Persiapan Tempat dan pendaftaran)

: Pn Komathi A/P Soma Sundaran ( Surat Jemputan)

8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH/ MASA PERKARA

30 November 2023

7.30-8.15 PENDAFTARAN

8.30-12.30 BENGKEL KECEMERLANGAN

12.30 1.00 PENYERAHAN SIJIL PENCERAMAH DAN PENUTUP

1.30 BERSURAI
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER KEWANGAN

1 CENDERAHATI 300.00 RM300.00 Sumbangan NCER


PENCERAMAH

2. MAKAN MINUM GURU & 68 orang x RM340.00 Sumbangan NCER


MURID UNTUK RM5.00
PROGRAM

JUMLAH RM640.00

10.0 PENUTUP:

Kami meletakkan harapan yang tinggi terhadap kejayaan dan keberkesanan program ini. Adalah
diharapkan dengan berakhirnya bengkel ini, para pelajar memperoleh maklumat berguna dan faham akan
strategi menjawab soalan yang efektif bagi subjek Sains di dalam SPM yang dijadualkan berlangsung kelak.

Di sediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… …………………………………………………

Puan Siti Hajar Bt Mohd Dzuki Puan Norzita Bt Ismail

Ketua Panitia Sains (Guru Kanan Sains & Matematik )

SMK Jelapang Jaya SMK Jelapang Jaya

Diluluskan Oleh :

………………………………………

Encik Zabri bin Mat Basir


Pengetua
SMK Jelapang Jaya
KERTAS CADANGAN

BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM


PERINGKAT SEKOLAH
SMK JELAPANG JAYA

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

MELULUSKAN KERTAS CADANGAN : BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM


PERINGKAT SEKOLAH

ATAU

TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN : BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM


PERINGKAT SEKOLAH

ULASAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

ZABRI BIN MAT BASIR


PENGETUA
SMK JELAPANG JAYA
TARIKH :

Anda mungkin juga menyukai