Anda di halaman 1dari 4

SMK DOKTOR MEGAT KHAS

JALAN LABROOY, 30100 IPOH,


PERAK DARUL RIDZUAN.

______________________________________________________________________

KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA BALING SESI 2023


ANJURAN: SUKAN DAN PERMAINAN BOLA BALING,UNIT KOKURIKULUM

1.0 PENGENALAN

Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan untuk kecemerlangan di peringkat MSSD. Pencapaian yang cemerlang
boleh dicapai sekiranya usaha pembangunan bola baling dijalankan di peringkat sekolah
lagi. Menyedari keperluan ini pihak sekolah berinisiatif menganjurkan Program
Pembangunan Bola Baling.

2.0 TUJUAN

Program ini dapat mencungkil bakat - bakat baru dalam kalangan murid dalam sukan
bola baling untuk menwakili sekolah ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat
lebih tinggi. Selain itu dapat meningkatkan lagi kemahiran permainan bola baling setiap
pelajar yang menyertai pertandingan ini. Setiap pelajar akan dapat mendalami lagi teknik
yang sepatutnya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke
pertandingan MSSD Kinta seterusnya ke MSSPK pada tahun 2023.
3.2 Menyemarakkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta.
3.3 Mencapai MSSD Kinta Utara nombor satu dalam sukan bola baling.
3.4 Memberi pengalaman bertanding kepada peserta.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 15/2/2023
Masa : 8:00 pagi hingga 11:00 tengah hari
Hari : Rabu
Tempat : Padang SMK Dr Megat Khas

5.0 SASARAN

Semua murid tingkatan 3 dan 4


6.0  JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad Saufi bin Ismail


Timbalan Pengerusi : Pn. Asmariah binti Harun
Naib Pengerusi : En Mazlan bin Mohamad Zaki
Penyelaras : En Suhasni bin Hayani
Setiausaha : Pn. Nurrulfaiza bt Mohd Saleh

Peralatan dan padang : Pn. Zuraidah bt Zolkapely@Zulkifli


Fotografi&Dokumentasi : Cik Alia bt Yashak
Sijil Penceramah : Pn. Padmavathi a/p Posenam

7.0  TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Pengenalan Asas Bola Baling
Pertandingan antara kumpulan
Penyampaian Sijil Jurulatih
Bersurai

8.0 KEWANGAN

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
BSS Unit 210.00 1. Bayaran Jurulatih 150.00
Kokurikulum 2. Hadiah Pertandingan
Tempat Pertama 20.00
Tempat Kedua 20.00
Tempat Ketiga 20.00
JUMLAH 210.00 JUMLAH 210.00

NILAI HAMPER JENIS BARANGAN


RM 20.00 1. 1 botol air gas
2. 1 bungkus besar wafer roll
3. 1 bungkus besar Twisties
4. 1 tong Mister Potato
5. 1 bungkus besar biskut Chipsmore
6. 1 bungkus kacang Pagoda
10.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya program pembangunan ini maka pihak sekolah akan


mempunyai pemain yang cukup dan pengalaman sedia ada bagi menghadapi
pertandingan bola baling peringkat MSSD yang akan diadakan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah. Segala usaha yang dilakukan pastinya akan berjaya dengan ada usahanya dari
pihak pentadbir dan Unit Kokurikulum bagi memajukan lagi sukan bola baling ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………….... ………………………………....
NURRULFAIZA BT MOHD SALEH MAZLAN BIN MOHAMAD ZAKI
Guru Penasihat Bola Baling Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Doktor Megat Khas, Ipoh SMK Doktor Megat Khas, Ipoh
KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA BALING SESI 2023
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

MELULUSKAN KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA


BALING SESI 2023
SMK DOKTOR MEGAT KHAS, IPOH

ATAU

TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN


BOLA BALING SESI 2023
SMK DOKTOR MEGAT KHAS, IPOH

ULASAN;

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

……………………………………………….
TN. HJ. MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL
Pengetua
SMK Doktor Megat Khas, Ipoh Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai