Anda di halaman 1dari 4

SMK DATO DOL SAID, 78000 ALOR

GAJAH, MELAKA

KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK DATO DOL
SAID
TAHUN 2023

TARIKH

7 JUN 2023

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM SMK DATO’ DOL SAID


KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK DATO DOL SAID
TAHUN 2023

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK DATO DOL SAID TAHUN 2023

2.0 PENGENALAN
Merentas Desa merupakan satu aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Merujuk (Surat No. Rujukan
KPM.600-1/6/24 Jld 7(80) Bertarikh 16 Januari 2018), Pelaksanaan 6 aktiviti Program Sukan di
sekolah di bawah Dasar 1 Murid 1 Sukan ialah Latihan dan Pertandingan Merentas Desa, Sukantara,
Latihan dan Kejohanan Balapan dan Padang, Latihan dan Pertandingan antara Rumah sukan, Latihan
dan pertandingan antara kelas dan latihan dan persediaan pasukan sekolah.

Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cergas dan sihat, seterusnya dapat bergiat aktif
dalam aktiviti sukan. Pertandingan ini juga adalah salah satu cara mencari atlet yang boleh mewakili
sekolah ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Seterusnya, menjadikan SMKDDS antara sekolah di
Melaka yang cemerlang dalam bidang sukan dan permainan. Bagi memastikan kecemerlangan ini
berterusan, semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan para pelajar saling bekerjasama dalam
usaha meneruskan kesinambungan kecemerlangan ke peringkat yang tertinggi.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Tujuan
Supaya dapat memaksimumkan penglibatan pelajar dalam bidang sukan. Hal ini akan melahirkan
pelajar yang cinta akan sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
3.2 Hasil
3.2.1 Melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan.
3.2.2 Mengekal dan meningkatkan prestasi olahraga di peringkat sekolah, kawasan dan negeri.
3.2.3 Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pelajar pada semua peringkat umur dan
kebolehan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid lelaki dan perempuan SMK Dato’ Dol Said (Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6)

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 14 Jun 2023 (pramerentas desa) & 21 Jun 2023 (Merentas desa)
Masa : 7.40 – 9.10 pagi
Tempat : Trek luar (Rujuk Pelan)

6.0 JAWATAN KUASA KERJA


Rujuk lampiran Senarai Jawatan kuasa Larian Merentas Desa 2023
7.0 KOS
Bil Perkara Kuantiti Anggaran Harga Jumlah (RM) Sumber
seunit (RM) Kewangan
1 Hadiah 200 7.50 1500.00 Koku Tambahan
2 Air mineral 10 kotak 15.00 150.00 Sahsiah Koku
3 Roti QM 80 2.00 160.00 Sahsiah Koku
4 Roti 600 1.00 600.00 BKK
Jumlah (RM) 2510.00

8. SUMBER KEWANGAN
Bil Sumber Baki terkini sehingga Belanja(RM) Baki (RM)
30/04/22(RM)
1. BKK 9340.03 600.00 8740.03
2. KOKU Tambahan 10682.14 1500.00 9182.14
3. Sahsiah Koku 3366.03 310.00 3056.00

9. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.
Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan.

Disediakan oleh Disemak oleh

Nama : Mohd Fareed bin Yusof Nama : Rabiatun Adawiyah binti Mohamad
Jawatan : Setiausaha Sukan Yasin
Nama Sekolah : SMK Dato Dol Said Jawatan : GPK Kokurikulum
78000 Alor Gajah, Melaka. Nama Sekolah : SMK Dato Dol Said
78000 Alor Gajah, Melaka.
Tarikh :
Tarikh :
KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK DATO DOL SAID
TAHUN 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kejohanan Merentas Desa SMK Dato’ Dol Said Tahun
2023

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kejohanan Merentas Desa SMK Dato’ Dol Said
Tahun 20223

Ulasan :

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

……………………………..

Encik Mohd Kamar bin Othman


Pengetua,
SMK Dato Dol Said
78000 Alor Gajah, Melaka.
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai