1.0 PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon peruntukan bagi membeli peralatan
dan kelengkapan bagi melaksanakan Program Pembangunan Sukan Hoki di Peringkat
Pasir Gudang.
1.2 Program – program yang berterusan haruslah sentiasa diberi keutamaan dalam
memastikan bakat murid dapat dikenalpasti dan seterusnya penekanan kearah
kecemerlangan diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak.
1.3 Pelaksanaan program sukan di sekolah sepanjang tahun sering dilihat sebagai
keutamaan dalam usaha mengoptimumkan potensi dan seterusnya memaksimumkan
keberhasilan dalam pencapaian sukan.
3.0 PENGENALAN
3.2 Kecemerlangan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan juga Majlis
Sukan Sekolah Johor (MSSJ) pada asasnya adalah melalui program pembangunan dan
kecemerlangan sukan yang bermula di Sekolahsekolah yang mempunyai program yang
berterusan.
3.3 Tiga aspek utama dalam menggerakkan program pembangunan sukan
sekolah adalah sebagaimana berikut ;
4.0 MATLAMAT
Matlamat utama pembelian peralatan ini adalah untuk memantapkan fasiliti Unit
Pembangunan Hoki Sekolah Menengah sebagai satu badan yang membantu Majlis Sukan
Daerah Pasir Gudang untuk sentiasa menggilap bakat cemerlang dalam sukan hoki dan
seterusnya mengharumkan nama negara.
5.0 OBJEKTIF
1. Memantapkan lagi aktiviti tahunan Program Pembangunan Sukan Hoki.
2. Sebagai satu suntikan motivasi kepada pelajar untuk menjadi contoh kepada
sekolah-sekolah lain.
3. Memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri dan memperkukuh
bakat sinar kejayaan dalam diri
6.0 SASARAN
Pusat Pembangunan Sukan Hoki – SMK Taman Daya 2.
7.0 PENYIMPANAN
Keperluan ini akan menjadi hak milik Unit Program Kecemerlangan Hoki di bawah
penyelenggaraan Penyelaras Teknik dan Pengetua yang akan digunakan oleh semua
pelajar ketika menjalankan aktiviti mahupun majlis rasmi Sukan Sekolah Sekolah dibawah
Daerah Pasir Gudang dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
8.0 ANGGARAN PERUNTUKAN
Sila Rujuk Lampiran A
Disediakan oleh,
……………………………….
(En. Muhammad Faris Bin Nasir)
Penyelaras PPSS MSSD Pasir Gudang
Disahkan oleh,
…………………………………….
(Pn. Hjh. Salwana Bt Mohd Noor)
Pengetua
SMK Taman Daya 2
Lampiran A
SUMBER KEWANGAN
Jumlah RM3,000
ANGGARAN PERBELANJAAN
JUMLAH 3000
Lampiran B
TAHUN 2021
AJK TEKNIKAL
PERALATAN